1. Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi,
Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri telah
menyalahkan semua orang kecuali dirinya sebagai penyebab prestasi
Barisan Nasional yang buruk pada Pilihanraya Umum ke-12.
2. Dia menyalahkan pengundi kerana kononnya tidak mahukan dia menang dua-pertiga majoriti; ahli Barisan Nasional kerana sabotaj, ahli UMNO di Kedah dan Perak juga kerana sabotaj, Tengku Razaleigh Hamzah kerana kekalahan Barisan Nasional di Kelantan dan saya sendiri kerana lantang mengkritik dirinya dan Kerajaan pimpinannya.
3. Apa yang dikatakan olehnya bukanlah semuanya salah. Ada banyak kebenaran di dalam apa yang dikatakan. Saya tahu ramai ahli UMNO yang mengundi pembangkang. Saya akui apa yang saya katakan mungkin pengaruhi sesetengah daripada mereka untuk lakukan apa yang tidak pernah terfikir oleh mereka.

4. Tetapi soalnya, kenapakah
mereka berbuat demikian? Ahli UMNO selalunya amat setia terhadap parti
mereka. Mereka tidak akan mengundi pembangkang, terutamanya PAS dan
DAP. Tetapi di dalam Pilihanraya Umum 2008, mereka buat demikian.
Bagaimana pembangkang boleh menang jika mereka tidak mendapat undi
penyokong Barisan Nasional? Kekurangan jumlah undi pada calon Barisan
Nasional hampir sama jumlahnya denganpeningkatan undi untuk parti
pembangkang.
5. Selama 50 tahun dan 11 Pilihanraya Umum, ahli UMNO dan rakyat Malaysia secara purata tidak pernah gagal menyokong UMNO mahupun Perikatan/Barisan Nasional. Kecuali pada tahun 1969 apabila orang Cina tidak memberi sokongan mereka, Perikatan dan Barisan Nasional menang dua-pertiga majoriti tiap kali.
6. Tunku Abdul Rahman (kecuali Pilihanraya Umum tahun 1969), Tun Razak, Tun Hussein Onn, dan saya sendiri tidak pernah gagal menang lebih dua-pertiga majoriti. Sudah tentu kami tidak pernah menyalahkan ahli parti kerana sabotaj. Tetapi Dato Seri Abdullah mengakui bahawa dirinya telah disabotaj oleh ahli UMNO.
7. Ahli UMNO tidak mahu parti mereka kalah. Tetapi mereka rasakan perlu untuk hantar mesej kepada Dato Seri Abdullah dan konco-konconya yang hanya berminat untuk mengiakan setiap apa yang dia katakan. Mereka (ahli UMNO) tidak boleh meluahkan perasaan mereka kerana semua jalan telahpun tertutup. Perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO dipilih kerana mereka tidak akan mengkritik Presiden. Anak saya Mukhriz apabila menyatakan tidak ada benda baru yang disampaikan presiden parti dalam ucapan 2006 telah dipanggil oleh Jawatankuasa Pemuda, dimarahi dan diarah untuk memilih antara bapanya dan Presiden.
8. Majlis Tertinggi UMNO dan Kabinet dipenuhi "Yes-Men" yang tidak pernah menyuarakan ketidakpuasan hati ahli UMNO di peringkat akar umbi. Ahli UMNO diugut tindakan disiplin jika mendengar ucapan sesiapa yang tidak mendapat restu atau kelulusan Presiden. Ini termasuk saya. Polis dan UMNO Negeri akan memanggil pihak yang menjemput saya dan diarah menarik balik jemputan mereka.
9. Apabila ahli UMNO tidak dapat menyuarakan pendapat sebenar mereka berkenaan Kerajaan, hanya terdapat satu cara sahaja bagi mereka untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka, iaitu dengan undi mereka dalam Pilihanraya Umum. Undi secara dasarnya adalah rahsia. Begitu takutnya pengundi UMNO ini akan orang lain mengetahui tentang niat mereka, maka mereka tidak mendedah kepada sesiapapun niat mereka untuk mengundi pembangkang. Begitulah sehinggakan tiada siapa dapat meramal dengan tepat peralihan sokongan yang besar yang berpihak kepada pembangkang.
10. Sesetengah ahli UMNO masih tidak sanggup mengundi pembangkang. Oleh itu mereka sengaja rosakkan undi mereka. Terdapat 300,000 undi rosak, satu angka yang mungkin terbesar dalam sejarah pilihanraya. Tak mungkin setelah 50 tahun dan 11 Pilihanraya Umum pengundi masih lagi tidak tahu bagaimana nak mengundi.
11. Mungkin kerana saya pengundi UMNO berbuat demikian. Saya telah menyeru ahli UMNO untuk mengundi calon yang terbaik dan bukan hanya parti. UMNO boleh meletakkan calon yang benar-benar baik tetapi walaupun Presiden memberi jaminan yang semua calon bersih dan berkelayakan, mereka kalah. Ini kerana calon tidak baik dan ini mengganti calon yang berjaya atau "giant killers" yang telah berjaya pada pilihanraya lalu. Kebanyakan calon payung terjun muda dan ahli UMNO marah kerana mereka syak calon muda ini dipilih oleh orang tertentu. Buatlah satu kajian untuk tentukan berapa ramai calon baru ini yang kalah.
12. Kepimpinan parti percaya yang ahli UMNO akan undi siapa sahaja yang dipilih oleh kepimpinan parti. Kepimpinan salah apabila memiliki pendapat ini.
13. Pengundi UMNO begitu sekali marah hinggakan mereka sanggup undi calon pembangkang yang bukan sahaja tidak layak dari segi akademik, tetapi tidakpun berpengalaman.
14, Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional, terutamanya Dato Seri Abdullah patut terima kenyataan. Pengundi tidak menolak atau sabotaj Barisan Nasional tanpa sebab. Pada tahun 2004 pengundi belum lagi dapat menilai kepimpinan Dato Seri Abdullah. Jadi tidak ada sabotaj. Tetapi pada 2008 mereka telah dapat melihat siapa sebenarnya Dato Seri Abdullah. Dan mereka tidak suka apa yang mereka lihat.
15. Perkara pertama yang dilakukan selepas menjadi Perdana Menteri ialah untuk membawa masuk ahli keluarganya secara tidak rasmi ke dalam pentadbiran Kerajaan. Beliau boleh menafikannya tetapi orang ramai tahu akan kegiatan Khairy Jamaluddin dan Kamaluddin Abdullah serta konco-konconya termasuk budak-budak Tingkat Empat. Mereka sering turut serta dalam mesyuarat rasmi Kerajaan dan apabila Perdana Menteri mengadakan perjumpaan.
16. Kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO menaikkan kebencian ramai. Jika veteran parti dengan rekod perkhidmatan yang lama yang menang tanpa bertanding tidak ada sesiapa yang akan membantah. Tetapi Khairy berada dalam UMNO kurang dari lima tahun dan tidak pun mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di dalam UMNO. Bagaimana dia boleh menang tanpa bertanding?
17. Pengambilalihan Scomi oleh Kamaluddin timbulkan tandatanya. Seorang pemegang saham terbesar Scomi ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Dia masih lagi ditahan. Pada waktu yang sama Scomi menang banyak kontrak yang melibatkan kelulusan Petronas.
18. Scomi juga telah mengambil-alih M-Trans baru-baru ini kerana sistem monorel telah dicadangkan untuk Pulau Pinang. Keputusan juga dijangka dibuat untuk meneruskan projek monorel Putrajaya.
19. Setelah berjanji ketelusan dan pengagihan kontrak melalui tender terbuka, Kerajaan terus memberi kontrak yang besar kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), dan selalunya sebelum Unit Perancang Ekonomi dapat membuat penilaian dan perancangan. Tidak ada tender. GLC ini tidak punyai kemampuan untuk menjalankan projek-projek ini. Ianya kemudian akan di sub-kontrak kepada kontraktor-kontraktor yang tiada sesiapa pun tahu. Dipercayai bahawa harga kontrak ditingkatkan melebihi harga jangkaan asal.
20. Kalimullah Masheerul Hassan dan ECM-Libra tiba-tiba menjadi begitu terkenal. Kalimullah mempunyai pengaruh yang kuat ke atas Kerajaan. Sebuah syarikat Kerajaan yang besar, Avenue Assets digabungkan dengan ECM-Libra yang rendah nilai sahamnya. Tetapi nilai saham Avenue Assets sengaja diturunkan supaya ECM-Libra dapat menguasai syarikat gabungan ini.
21. Kalimullah juga berpengaruh kerana dianya adalah timbalan pengerusi eksekutif New Straits Times Press dan mempunyai suara yang besar di dalam bilik berita New Straits Times. Oleh itu Dato Seri Abdullah sentiasa dipaparkan dalam keadaan yang amat baik. Cerita yang menonjolkan Abdullah akan mendapat kelulusan untuk disebar meluas.
22. Malang bagi Abdullah, dia mula mempercayai cerita-cerita ini dan menyangka yang dia benar-benar popular. Oleh sebab itu dia telah mengadakan pilihanaya awal menyangkakan yang dia akan sapu bersih. Dia tidak menjangkakan yang pengundi menolak kepimpinannya. Tetapi dia masih lagi bertegas bahawa dia menang.
23. Di awal pemerintahannya dia memutuskan untuk tidak meneruskan apa yang dikatakan "mega projeck" yang saya sendiri telah mulakan. Itu haknya. Yang tidak betul dan apa yang membuatkan orang berfikir yang dia sebenarnya berdendam adalah cadangan yang mengatakan saya membuang duit ke atas banyak "pet" projek saya sehinggakan Kerajaan sudah tidak mempunyai wang untuk meneruskannya. Sebenarnya orang tahu bahawa projek-projek berkenaan amat diperlukan. Bayangkan Malaysia tanpa KLIA, Stesen Sentral, Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Utara-Selatan, projek rel-keretapi berkembar dan elektrik, LRT, monorel Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya, lebuhraya bertol, Pelabuhan Barat, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Litar lumba Formula 1, Menara KL dan lain-lain
24. Saya tidak akan sebutkan berkenaan perkara-perkara yang dilakukannya yang menyentuh diri saya dan umumnya tidak diketahui orang ramai. Ini kerana pengundi tidak mungkin dipengaruhi perkara ini.
25. Tetapi apa yang diketahui ialah reaksinya terhadap kritikan saya berkenaan APs (Approved Permits) dan keputusan untuk tidak membina jambatan bengkok di Johor. Dia dan menteri-menterinya menghina saya di khalayak ramai dan di satu ketika hendak melucutkan saya daripada keahlian parti. Datuk Seri Nazri Aziz terutamanya, amat biadap.
26. Rakyat juga tahu bahawa dia dan rakan-rakan Kabinetnya, yang kebanyakannya adalah lantikan saya amat tidak mengenang budi. Rakyat juga tahu bahawa jika bukan kerana saya Abdullah tidak akan jadi Perdana Menteri hari ini. Begitu juga kebanyakan yang lain yang dilantik Menteri oleh saya. Mereka dahulunya merupakan penyokong kuat saya, cium tangan saya dan menangis apabila saya meletakkan jawatan. Sekarang mereka menentang saya dan menghina saya dengan cara yang amat tidak sopan. Saya tidak tersinggung kerana ini tetapi saya fikir orang ramai anggap perangai sebegini amat buruk.
27. Ketakutan yang Abdullah semaikan dalam diri Menteri-Menterinya, ahli Majlis Tertinggi UMNO dan kepimpinan UMNO yang lain begitu hebat sekali sehinggakan tiada yang sanggup berdiri mempertahankan saya ataupun untuk mempertikaikan apa yang Abdullah dan rakan-rakannya kata..
28. Jika Singapura tidak bersetuju untuk membina jambatan lurus melainkan pasir dijual kepadanya, kita sepatutnya boleh teruskan pembinaan jambatan bengkok kerana ianya tidak ada kena-mengena dengan Singapura. Tetapi kerana marahkan penolakan rakyat Johor terhadap usaha menjual pasir dan kebenaran bagi jet pejuang Singapura melintasi ruang udara Johor, Abdullah telah batalkan pembinaan jambatan bengkok. Kenapa?
29. Saya percaya ianya kerana 1 billion meter persegi pasir yang dia mahu jual kepada Singapura tetapi dibantah Johor. Ada orang yang akan mendapat untung hingaa satu bilion Ringgit dalam masa 20 tahun dari penjualan pasir. Singapura bersedia membeli pasir pada harga yang lebih tinggi daripada pasaran kerana tanah yang ditambak akan dijual pada harga antara 3,000-5,000 dolar Singapura satu kaki persegi.
30. Bantahan Johor adalah kerana perlombongan pasir dasar laut akan menyebabkan hakisan pantai, kemusnahan kawasan pembiakan ikan dan akan menyebabkan nelayan Johor kehilangan kawasan menangkap ikan. Royalti yang akan dikutip Johor juga tidak terbanding dengan keuntungan yang diraih Singapura dengan mejual tanah tambak.
31. Terdapat beberapa perkara lain yang dilakukan Abdullah yang orang tidak suka. Ini termasuk isu pengeluaran AP, penjualan MV Agusta, masalah bangunan CIQ Johor Baru, pembatalan projek landasan berkembar dari Johor Baru ke Padang Besar, masjid kristal di Terengganu, Monsoon Cup, koridor-koridor serta pengubahsuaian Seri Perdana.
32. Banyak juga perkara yang tidak popular yang dilakukan Dato Seri Abdullah yang telah menyisihkan ahli serta pengundi UMNO dan Barisan Nasional secara umumnya. Jika ada sesiapa yang patut dipersalahkan kerana prestasi buruk UMNO dan Barisan Nasional, dianya adalah Dato Seri Abdullah sendiri. Ini adalah pendapat majoriti kebanyakan rakyat Malaysia. Jika mereka diberi kebebasan bercakap, inilah yang akan mereka katakan.
33. Walau bagaimana pun beliau menolak yang beliau adalah punca segala-galanya. Walau betapa ramai orang yang beliau salahkan, beliau tidak boleh menerangkan kenapa malapetaka yang melanda UMNO, MCA, MIC dan Gerakan dan Barisan Nasional ini tidak pernah berlaku dibawah empat Perdana Menteri yang terdahulu, tetapi hanya berlaku dibawah pentadbirannya. Dia tidak boleh menerangkan kenapa berlaku sabotaj oleh ahli UMNO dan parti komponen pada tahun 2008 sedangkan sebelum ini mereka amat setia dan tidak pernah gagal memberi Perikatan dan Barisan Nasional kemenangan dua-pertiga majoriti di Parlimen dan kemenangan di hampir semua negeri-negeri.
34. Jika Dato Seri Abdullah berdegil tidak mahu mengundur diri dan jika dia cuba untuk mengenepikan usaha peralihan kuasa sebelum Pilihanraya Umum akan datang, pengundi serta ahli parti yang meluat dengannya akan tentukan Barisan Nasional dikalahkan di peringkat Pusat dan Negeri sebagai satu cara untuk menyingkir beliau dan mengakhiri tempohnya sebagai Perdana Menteri.
35. DAP dan PAS akan tentukan Dato Seri Abdullah terus jadi Perdana Menteri hingga Pilihanraya Umum seterusnya kerana serupa seperti 2008, pengundi Barisan Nasional yang menyampah dengan BN akan meyokong pembangkang. Kemarahan Karpal Singh terhadap serangan saya ke atas Dato Seri Abdullah ialah kerana saya mungkin menyebabkan Dato Seri Abdullah undur diri. Dengan ini DAP dan parti pembangkang yang lain akan kehilangan satu orang yang tentunya akan menolong mereka menang. Ini akan menjadi realiti sekiranya PAS dan DAP berjaya mediri Kerajaan yang baik bagi Negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka.
36. Apabila ini terjadi maka tidak akan ada apa-apa lagi harapan bagi UMNO untuk kembali berkuasa.
37. Seperti yang saya katakan, saya mengaku bertanggungjawab terhadap kemerosotan prestasi UMNO dan Barisan Nasional. Sebabnya ialah jika Dato Seri Abdullah menang besar beliau akan terus mengabaikan objektifnya untuk UMNO dan untuk kesejahteraan Malaysia.
38. Saya akan anggap diri saya sebagai pengkhianat bangsa jika saya biarkan ini berlaku. Dan mereka yang terus menerus mengampu Dato Seri Abdullah akan menjadi pengkhianat negara, bangsa dan orang Melayu serta agama mereka juga.
39. Akhirnya, analisa menunjukkan yang bertanggunjawab bagi kekalahan yang dialami Barisan Nasional ialah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri. Jika dia mahu menebus dirinya dan bantu pulihkan UMNO dan BN dia harus meletak jawatan dan biarkan kerja-kerja pemulihan dijalankan oleh pihak lain. Selagi dia terus kekal Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia, pemulihan adalah mustahil.
Artikel ini yang penulisan asalnya di dalam Bahasa Inggeris telah disiarkan akhbar The Sun pada keluaran 9hb Mei, 2008

Beliau tidak akan mengaku kesalahan dirinya yang menyebabkan BN tewas dalam PRU ke12 baru-baru ini..oleh itu bagaimanakah beliau mampu mentadbir negara ini denga lebih baik? kalau kesilapan sendiri beliau tidak nampak?
-hujah yang amat bernas,i memang support dato mahathir,kalau boleh gantikanlah org lain selain daripada badawi nih pening la dia nih
salam Tun
when you were the prime minister, im just too young to vote.But i understand your vision Tun.
dalam pilihanraya yg lepas, nampaknya DSAAB ni sering menyebut ttg tindakan yg bakal dan akan diambil sekiranya terdapat ahli parti yg sabotaj BN pd pilihanraya tersebut.
Hairan kenapa dia cuba pass kan kepada org lain kegagalan memimpinnya tu.
anyone in the right mind can see that he is not fit to be the head of a country.
Tun i will not praise how great you are.Because u have never been less than that..
Thank you Tun.
undurLAH
Salam Tun,
apa yang berlaku di Sungai petani membuatkan saya tawar hati terhadap kepimpinan Barisan Nasional. sabotaj di sana sini. wang pemberian untuk berkempen dilarikan oleh pengkhianat. calon BN yang sepatutnya diletakkan di DUN merbok ditukarkan dengan orang lain yang tak pernah nampak muka pun dikawasan yang dilantik.calon BN pilihan orang kampung langsung tak diendah. habuannya merbok and sungai petani jatuh ke tangan pembangkang. sebagai generasi muda yang mentah dalam arena politik pun buleh nampak dengan kelemahan kepimpinan BN yang ada sekarang. hope paklah berundur secepat yang mungkin. tiada apa yang perlu dibuktikan lagi melainkan kelemahan yang ada.
wallahualam.
salam Tun,
saya tidak punya keyakinan utk mengundi samada BN mahupun pembangkang. saya sudah bosan dgn BN tapi saya juga tidak mahu pembangkang memerintah. Bahkan Tun, bukan saya seorg malahan ribuan org menyatakan apa yang saya nyatakan ini. persoalannya, bilakah malapetaka ini akan berakhir? siapakah calon2 yang bakal membersihkan kotoran ini. saya tak nampak? akhirnya, jadilah sistem pentadbiran negara yang paling kucar-kacir.
wasalam.
salam tun,
untuk mnceritakan "kegagalan" mentadbir negara adalah sesuatu yg jauh untuk dilangkaui oleh ahli biasa seperti saya. kegagalan menguruskan proejek, kegagalan "mencipta" perniagaan luar & dlm negara adalah sesuatu yg tidak logik untuk sy pertikaikan kerana tidak cukup "ilmu" untuk memperdebatkan nya...
Namun "kelantangan" serta "keberanian" diantara mereka mengkritik serta "memperlekehkan" pentadbiran terdahulu adalah sesuatu yg amat "menggelikan" hati sy.
1. Adakah disebabkn pentadbiran terdahulu menjadikan "mereka" kucar- kacir seprti sekarang???
2. Adakah disebabkn pentadbiran terdahulu telah mnjadikan mereka terpaksa mncari "tongkat" untuk "mmbina" kerajaan seperti mana skarang???
3. Adakah disebabkn pentadbiran terdahulu telah menjadikan mereka terlalu "takut" untuk "bersuara" tidak seperti sekarang???
4. Adakah disebabkn pentadbiran terdahulu tidak menjadikan parti cukup "kuat" untuk "perpaduan bangsa" itu sendiri????
Bgmana kt mahu "cemerlang, gemilang & terbilang"????? seandainya "kegagalan" UMNO itu sendiri tidak cukup untuk dikira "keterbilangannya"..
"kunun" nya kesetian mereka bukan untuk "dahulu, kini & selamanya" untuk tun....
bg saya hnya "mereka" sendiri yang tahu makna "tangisan" mereka apabila tun' sndiri mengumumkan untuk meletak jawatan pd satu persidangan UMNO dahulu...mungkin tak sama apa yng dilihat di kaca tv..
Assalamualaikum ayahanda Tun...
Setuju sangat-sangat dengan pandangan daripada Ayahanda Tun.
Selepas PR12, saya dengar penjawat-penjawat awam telah dijemput untuk menghadiri taklimat..di dalam taklimat berkenaan diedarkan kertas soalan untuk mendapatkan maklumbalas berkenaan dgn PR12..statistiknya..saya pasti 99.99% kekalahan BN adalah disebabkan AAB...Justeru itu mengapakah AAB tidak mahu mengerti dan angkat kaki?
Teringat pula cerita animasi dongeng Sang Monyet dan Sang Kancil yang pernah ditayangkan oleh RTM era 70an..Sang Monyet yang tidak mengendahkan nasihat Kancil yang melarangnya makan buahan yang masak ranum berwarna merah...Sang Monyet dengan angkuh dan sombongnya terus makan dan mengambil buahan itu kerana terpedaya dengan keranuman warnanya...tanpa mempedulikan apa-apa....akhirnyaaaa...lari lintang pukang tak cukup tanah kerana kepedasan..
Jika selalu menoleh kebelakang/ melihat sejarah dan taksub dengannya..akhirnya kita akan rebah tertungging. Itulah yang terjadi dalam PRU12..AAB terlalu megah dengan kemenangan yang diraih dalam PRU11..dan asyik mengigau sehingga otak yang berkarat tambah berkarat dan tak mampu berfikir apa-apa untuk memajukan negara..akhirnya rakyat jadi muak dan menyampah..yang tahunya naik...naik..naik..semua barang harga naik..
Keputusan PRU12, langsung tidak menyedarkannya dari mimpi..tetap syok sendiri dan menganggap..'KITA MENANG'...Kalau AAB tak turun dari tahta sekarang ni juga..tengoklah nanti..PRU13..
teruskanlah perjuangan ayahanda Tun..
Assalamualaikum Tun,
Tolonglah selamatkan Malaysia!
Please save Malaysia for our future!
Salam TokDet,
Sy anak jati Kedah tetap menjadi tulang-belakang TokDet. Paklah xboleh pakai langsung otak dia...mmg merosakkan minda anak bangsa terutamanya Melayu. Sy sendiri dh mula muak dgn senario politik M'sia semenjak Paklah bertahta di hati sendiri; bukan di hati rakyat. Kegilaan ini harus dihentikan! Pemuda anak bangsa Melayu tidak terbela malah disempitkan cara berfikir dan luahan suara hati dibekukan oleh agen2 pengampu Paklah ini.
Paling risau sekarang adalah virus barah politik telah mula merebak kepada ekonomi...potensi ekonomi Melayu yg telah dibina oleh anak2 berminda seperti TokDEt telah dibenamkan oleh "kerajaan pertanian" yg sentiasa mahukan Melayu masih kekal seperti penetapan kolonial British. Industri lumpuh dan meluluh!
TokDet,
Sama2 kita teruskan perjuangan yg belum selesai ini. Wawasan2020 dan gagasan yg menjadi TUNJANG kami tidak harus dikuburkan oleh pengkhianat bangsa yg ingin menjadi Bush M'sia ini. Dah la pengecut, minda juga kecut!
Jmpa lagi TokDet...
ULTRA-MELAYU
ha pak lah jawab la!!!...kenapa tak jawab??? klu apa yg Tun tulis ni palsu...saman la Tun, berani kerana benar pak lah...jgn asyik duduk melayan pekida mengarut kamu tu!!!
Assalamualaikum TUN.....
Rasanya TUN kena balik memerintah Malaysia.. Berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir...
Biaq Jasa Jadi Kenangan...(in memories of Dato Paduka Hj. Ahmad Basri Akhil)
-Nuhairi-
Collegian Old Star 90 (SAHC)