Kesetiaan kepada UMNO


| | Comments (6) | TrackBacks (0) | Previous Blog
1. Saya kurang faham dakwaan pemimpin-pemimpin tertentu UMNO bahawa mengkritik atau mendesak Presiden UMNO berhenti bermakna tidak setia kepada UMNO.


2. Tun Razak dan beberapa pemimpin UMNO yang lain telah tidak bersetuju dengan yang di Pertua UMNO Dato Onn Jaafar berkenaan dengan cadangannya untuk buka UMNO kepada semua kaum sehingga Dato Onn terpaksa undur.

3. Apakah sikap dan perbuatan Tun Razak dan rakan-rakannya ketika itu bermakna mereka tidak sayang dan tidak setia kepada UMNO?

4 Pada 1969-71 Tun Razak dan lain-lain pemimpin UMNO secara tidak langsung tidak bersetuju dengan kepimpinan Tunku Abdul Rahman dan Tunku telah undur diri.

5. Apakah Tun Razak kerana menolak kepimpinan Tunku, iaitu tidak setia kepada Tunku sebagai Presiden UMNO maka dianya tidak setia kepada parti?

6. Pada tahun-tahun 1986-7 [Tun] Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan DATO SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI bertindak untuk menjatuhkan saya sebagai Presiden UMNO. Mereka jelas tidak setia kepada saya.


7. Apakah saya tuduh mereka tidak setia kepada parti? Apakah mereka dilarang berjumpa ahli-ahli UMNO? Apakah mereka ditegah berkempen untuk memburukkan nama saya, tidak undi saya? Apakah tentangan terhadap saya dianggap oleh saya dan oleh mereka sebagai tidak setia ada parti?

8. Sepatutnya setelah Dato Seri Abdullah kalah dia tidak diterima masuk UMNO Baru kerana tidak setia kepada saya.

9. Tetapi dia diterima masuk dan dibenar bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi dan kemudian Naib Presiden.


10. Jika saya pegang kepada tafsiran sesiapa yang tidak setia kepada saya tidak setia kepada parti, apakah akan saya lantik sekali lagi Dato Seri Abdullah sebagai Menteri dan kemudian sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan seterusnya.

11. Saya tak suruh ahli UMNO sokong apa yang saya lakukan.

12. Tetapi fikirkanlah akan kewajaran dakwaan sesiapa yang tidak setia kepada Dato Seri Abdullah adalah tidak setia kepada parti UMNO.

13. Apakah UMNO adalah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah UMNO?

14. Jika Abdullah Ahmad Badawi dengan UMNO adalah sama dan satu, maka parti ini bukan lagi UMNO. Apa perlunya saya jadi ahli dalam parti Abdullah Ahmad Badawi?

15. Hanya mereka yang berkepentingan sahaja yang menyebar dan mendokong konsep UMNO adalah Dato Seri Abdullah dan tanpa kesetiaan kepada Dato Seri Abdullah maka ahli tidak setia kepada UMNO.

0 TrackBacks

Listed below are links to blogs that reference this entry: Kesetiaan kepada UMNO.

TrackBack URL for this entry: http://test.chedet.com/cgi-bin/mt/mt-tb.cgi/15

6 Comments

Tun tak paham,kami lagi la tak paham dengan ahli UMN0 sekarang ni yang lehernye longgar,asyik angguk setuju jek dengan setiap perkara yang pak lahab buat walaupun ianya salah..

pak LAHap umpama firaun m0den,xkenang budi Tun..haprak!

Assalamualaikum Tun,

Walaupun sy bukan ahli UMNO, tetapi dulu sy selalu mengikuti perkembangan UMNO baik di persidangan2 mahupun dlm media massa.

Sy ni pengundi senyap yg mengundi UMNO dan BN dlm pilihanraya. Kini sy tkkan sokong UMNO dan BN kerana hilang kepercayaan kpd kepimpinanannya.

Bagaimanakah caranya untuk sy menyalurkan atau menghantar 'UNDI TIDAK PERCAYA' sy kpd UMNO & BN skrg ini?

Pd hemat sy, buat masa ini adalah melalui chedet.com

Yg pastinya, setia & taat saya yg tidak berbelah bagi, adalah untuk Allah swt & Rasulnya.

salam tun,

kdangkala erti "kesetian" sring disalah ertikan. mgkin pd ahli UMNO skarang masih takut untuk menjadi seseorang pendehaka yg "ikhlas" sekaligus takut ianya boleh menghancurkan karier politik mereka.

namun mereka harus ingat bahawa "silent comunity" didlm UMNO itu sendiri akan mnjadi lebih merbahaya dan ianya telah terbukti didalam PRU12 baru2 ini.

UMNO skrg ini tidak perlu menyatakan mereka bersikap terbuka sekiranya mereka tidak bersifat "ikhlas" didlm keterbukaan itu.

mgkin saya terlalu muda untk mengulas apa yg terjadi pd UMNO hr ini. namun percayalah.. kita pasti tidak akan menjadi "CEMERLANG, GEMILANG & TERBILANG" dibumi sendiri pada suatu hr nnti sekiranya sgala yg belaku pd hr ini tidak diperhalusi puncanya.

Salam Tun;

Sekarang ni, kat mana nak tarok kesetiaan saya?

Nak undi UMNO, dah jadi bukan UMNO, apa? Dah jadi parti DSAAB? Cuma belum tukar dengan rasmi? apa apalah.

Nak undi PKR, ini parti ditubuh kerana tak puas ati ada orang dituduh liwat. perjuangan umat Nabi Lot. Tuhan marah.

Nak undi DAP, ini parti menegakkan dinasti, komited nak melanun dan menjarah Melayu.

Nak undi PAS, dia ni bersekongkol dengan umat Nabi Lot, ... dan dengan PAP ... eh apa? oh sori dengan DAP maksud ku.

Kalau terpaksa .... rosakkanlah aja kertas undi tu. Tak dak yang untung. Puas ati.

YB Tun,
Sejak sekolah, saya sudah sanjung tun and naib perdana menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim. Kamu dua orang betul betul tokoh yang bijak and berwawasan. Tetapi, keadaan menjadi sampai hari ini adalah sesuatu yang tidak dikehendaki. Walaubagaimana, saya fikirkan, Jikalau sekarang ini Tun and Dato Seri boleh melupakan perkara2 yang tidak suka hati beberapa tahun dahulu and Tun jadi penasihat dalam kerajaan baru yang mungkin ditubuh dalam masa depan, saya percaya Negara Kita- Yang Saya cintai akan menjadi kuat and kaya. Saya benar benar menyeru Tun and Data Seri kedua-dua orang lupakan apakah yang berlaku dahulu.. and menyelamatkan saya, keluarga saya & negara saya. Janganlah gaduh lagi and tentangkan penjajahan pak lah itu.. and kebanyakan menteri menteri dia yang cuma mementingkan kekayaan and keseronokan mereka yang sendiri. Pada masa ini, saya betul betul tidak fikir ada orang lain yang lebih sesuai mengambil alih jawatan perdana menteri daripada YAB Dato Seri Adbullah( dulu, saya benar benar suka hati apabila Tun menyerahkan negara kita kepada seorang pemimpin yang dikenali orang ramai sebagai "Mr. Nice Guy" or Mr. Bersih", tetapi dengan cepat naya, saya membiukan sesuatu sudah tak betul selepas Tun "bersara") kecuali Dato Seri Anwar.. Demi Kabaikannegara kita, Yang ku-cinta. Tun ..satu kali saja..berkerjasama dengan Dato Seri Anwar lah. Kita perlu membuangkan kerajaan yang semakin merosokkan hari ini..

salam tok det,...

ini fakta amat berbeza dari penulisan tok det yang lain.

saya ingat peraturan peraturan kesetian pada umno..

tq

tuahsijebat

Leave a comment

About Me

Dr. Mahathir Mohamad

Putrajaya, Malaysia

Prime Minister of Malaysia
1981 - 2003

Dedication

Preface

Welcome to my Weblog. This site is dedicated to publishing my writings as and when I am able to pen my thoughts and opinions.

Interested parties, including the Press, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited to chedet.com. Comments must be accompanied by names or pseudonyms.

Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected.- Che Det

Categories

Pages

Visitors

Powered by Movable Type 4.12