UMNO - 62 Tahun


| | Comments (2) | TrackBacks (0) | Previous Blog
Pada 11hb Mei 2008, UMNO mencecah usia 62 tahun. Ditubuhkan sebagai parti yang demokratik UMNO telah mencapai kejayaan demi kejayaan.

UMNO dibawah pimpinan Dato Onn Jaafar telah menewas rancangan Malayan Union, British.

UMNO di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra telah berjaya merebut kemerdekaan daripada British.

UMNO dibawah tiga Perdana Menteri yang berikut telah berjaya menstabilkan negara dan membangunkannya sehingga menjadi negara contoh kepada negara=negara membangun yang lain.

Kepimpinan parti campuran (Perikatan dan Barisan Nasional) oleh UMNO memperolehi kemenangan dua-pertiga tiap pilihanraya Parlimen melainkan pada 1969. Kerajaan Malaysia yang didirikan semuanya kuat dan dihormati di dalam dan di luar negeri.


Tetapi dalam pilihanraya 2008 Barisan Nasional di bawah pimpinan UMNO kalah di lima buah negeri, satu Wilayah Persekutuan dan tidak mendapat dua-pertiga kerusi di Dewan Rakyat.

Pada ulangtahun ke-62 UMNO dilahirkan ahli-ahli dan pemimpin bawahan UMNO perlu memikirkan tentang keadaan parti pada hari ini. Bolehkah mereka gembira dengan prestasi UMNO sekarang? Bolehkah mereka percaya mereka masih kuat dan relevan seperti dahulu?

Pengasas UMNO memilih sistem demokrasi untuk parti kerana mereka percaya jika pemimpin UMNO menyeleweng, ahli boleh dengan hanya mengundi menukar pemimpin dan memulihkan keadaan.

Malangnya undi perwakilan UMNO boleh dibeli, justeru itu ia tidak dapat menjamin kepimpinan yang dipilih adalah cekap dan baik.

Percubaan dibuat supaya sistem pemilihan tidak mudah disalahguna. Dengan adanya sistem kuota, calon perlu mendapat pencalonan yang besar sebelum dapat bertanding. Sogokan kepada jumlah yang besar dipercayai sukar dilakukan.

Hari ini sistem kuota ini disalahgunakan dengan cara lain. Kali ini yang menyalahgunakannya ialah pemimpin besar UMNO sendiri. Kerana kuasa yang ada padanya, pemimpin besar dapat menghalang ahli melalui pelbagai cara supaya tidak mungkin mencalon selain darinya dengan cukup bilang untuk bertanding.

Ini boleh dilakukan kerana perwakilan ke Mesyuarat Agong UMNO termasuk pemimpin bahagian lebih mengutamakan kepentingan diri mereka daripada perjuangan parti, perjuangan agama, bangsa dan negara.

Hari ini yang sanggup disogok akan mendapat sesuatu bagi diri mereka. Jika cara ini berterusan dua perkara boleh berlaku;

1) Wakil Rakyat dan Kerajaan akan dimiliki oleh orang yang sogok mereka. Mereka akan bekerja untuk orang ini dan bukan untuk UMNO dan perjuangannya.

2) Pengundi biasa dalam Pilihanraya akan menolak calon dari parti UMNO dan BN dan dengan itu parti lawan akan mengganti BN sebagai Kerajaan. Pada masa itu ahli biasa, pemimpin kecil dan besar, bahkan yang bakal menjadi Perdana Menteri pun tidak lagi akan mendapat apa-apa bagi diri mereka. UMNO akan menjadi tidak relevan dan akan hancur bersama parti-parti sekutunya. Contohnya dapat kita lihat sekarang. Gerakan, MIC ditolak oleh rakyat.

Sejarah akan kutuk orang yang menghancurkan UMNO. Mereka akan dianggap sebagai pengkhianat kepadanya, pengkhianat kepada bangsa, agama dan negara. Sudah tentu orang Melayu yang akan kembali menjadi bangsa yang dihina dan dijajah dengan duit akan kutuk orang yang menyebabkan kecelakaan menimpa kaum bangsa mereka.

Pemimpin UMNO, terutama yang tertinggi yang memimpin parti ke arah kecelakaan ini akan dianggap pengkhianat yang terkutuk. Mereka yang turut sama kerana ingin mendapat sesuatu bagi diri sendiri juga akan dikutuk.

Inilah hasilnya apabila pemimpin dan ahli UMNO sudah lupa akan tanggungjawab mereka terhadap parti, terhadap bangsa, agama dan tanahair, tetapi sebaliknya menjadi tamak untuk mengisi temolok diri sendiri sahaja. Na'uzubillah

0 TrackBacks

Listed below are links to blogs that reference this entry: UMNO - 62 Tahun.

TrackBack URL for this entry: http://test.chedet.com/cgi-bin/mt/mt-tb.cgi/7

2 Comments

Salaam Tun.

Saya 100% yakin majoriti rakyat Malaysia mahu Tun menjadi seperti Dato' Onn Jaafar 62 tahun dahulu; memimpin bangsa Melayu menentang sekeras-kerasnya Malayan Union yang digagaskan oleh British. Tapi bagi kes sekarang, Tun Dr Mahathir memimpin rakyat Malaysia menentang penipuan, penyelewengan, korupsi yang dilakukan oleh rakyat Malaysia sendiri; Pak Lah and his people.Period.

Akhir sekali, saya betul-betul yakin PEMIMPIN YANG TERBAIK adalah mereka yang BERPENGETAHUAN SAINS.

Salam tun,

Mugkin pemimpin2 tertinggi UMNO masih dibuai dengan "kemenangan" didalm PRU12 baru2 ini.

Walaubagaimna pun "syabas" kerana kerana telah "menyerahkan" kepimpinan lima buah negeri kepada pembangkang & seterusnya "mencipta" sejarah untuk parti UMNO itu sndiri.

Namun.. jawapan yg masih belum "kelihatan" terhadap segala persoalan diatas kekalahan buruk ini..

Sbagai ahli UMNO yg cetek pengalaman ddlam politik ini msih tertanya2.. adakah kita masih "cemerlang, gemilang & terbilang " lagi???

atau.. UMNO "terpaksa" mnunggu shhgga 2010 untuk mndapat "nafas" baru didlam pemerintahahanya..

atau pun.. UMNO "pasti" kepimpinan "baru" itu mendapat cukup masa untk menentang "arus" pada PRU13.

atau.. UMNO "terpaksa" meneruskan "kecemerlangan, kegemilangan & keterbilanganya" kerana "pilihan" kepimpinan "baru" itu belum ckup "bersedia"...

dan.. UMNO hanya tanggal nama...

namun.. itu hanya "kemungkinan" yg harus direnungi oleh pemimpin2 UMNO sekiranya mereka terus mengeluarkan "duri dalam daging" terhadap org lain atau pun UMNO terus mencari "tongkat" bersama pemimpin2 pembangkang untuk membina kerajaan.

wallahhualam tun...

Leave a comment

About Me

Dr. Mahathir Mohamad

Putrajaya, Malaysia

Prime Minister of Malaysia
1981 - 2003

Dedication

Preface

Welcome to my Weblog. This site is dedicated to publishing my writings as and when I am able to pen my thoughts and opinions.

Interested parties, including the Press, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited to chedet.com. Comments must be accompanied by names or pseudonyms.

Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected.- Che Det

Categories

Pages

Visitors

Powered by Movable Type 4.12