1. Saya berasa amat sedih dengan tindakan
untuk menamatkan khidmat Tan Sri Dato Seri Sanusi bin Junid dari
menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa.
2. Mungkin dia telah melakukan kesalahan yang besar yang tindakan ini perlu diambil. Tetapi secara kebetulan tindakan terhadap Presiden UIA ini diambil sejurus selepas dia keluar daripada UMNO. Apakah perbuatan beliau ini yang menyebabkan dianya disingkir?
3. Secara kebetulan juga sehari selepas dia berkempen untuk anak saya di Jerlun pejabat syarikat UIA Holdings Sdn Bhd milik UIA telah digeledah oleh Badan Pencegah Rasuah. Tidak ada apa-apa kesalahan dikesan yang dilakukan oleh Syarikat atau Tan Sri Sanusi.

4. Dua
tindakan oleh Kerajaan ini menimbul tandatanya berkenaan dengan dasar
yang diamalkan oleh Kerajaan / Barisan Nasional pimpinan Dato Abdullah
Badawi.
5. Saya juga dengar cadangan supaya Dato Mokhzani yang telah keluar UMNO dipecat daripada menjadi Pengerusi Sepang International Circuit (SIC).
6. Ternampak seolah-olah Kerajaan Dato Seri Abdullah Badawi anggap bahawa jawatan-jawatan dalam Kerajaan dimiliki oleh partinya dan boleh diguna sebagai hadiah kepada yang menyokongnya dan menarik balik atau tidak diberi jika tidak patuh kepadanya.
7. Apakah hanya ahli UMNO sahaja yang boleh pegang jawatan dalam Kerajaan dan agensi Kerajaan? Saya faham ada orang bukan Melayu yang sudah tentu bukan ahli UMNO yang memegang jawatan dalam badan-badan Kerajaan. Jika kerana keluar daripada UMNO jawatan dalam Kerajaan akan dilucut, sepatutnya semua yang bukan ahli UMNO yang dilantik kedalam badan-badan Kerajaan patutlah dilucut juga.
8. Pemimpin Kerajaan nampak amat suka mendera siapa sahaja yang tidak kowtow kepada pihak tertentu. Ura-ura untuk mendera orang yang sabotaj Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-12 nampaknya tidak jadi. Apakah kerana takut didera mereka akan kembali menyokong? Saya fikir tidak. Sebaliknya lebih ramai yang akan menolak kepimpinan yang suka hukum orang kerana kegagalan sendiri.
9. Saya harap sebab-sebab Tan Sri Sanusi hendak disingkirkan di jelas kepada rakyat. Jangan salahguna kuasa untuk kepentingan diri.
10. Kempimpinan Kerajaan Pusat Barisan Nasional harus ingat Barisan Nasional bukan lagi menguasai seluruh negara. Negeri-negeri dan Wilayah yang terkaya di Malaysia sekarang dikuasai oleh parti lawan. Mereka tidak bertindak melantik hanya ahli-ahli parti mereka sahaja dalam badan-badan Kerajaan. Sebaliknya mereka sanggup melantik tokoh dari parti-parti Barisan Nasional untuk mengisi jawatan badan-badan yang terletak dibawah Kerajaan-Kerajaan mereka.
11. Sikap mereka ini tentu akan menyebabkan lebih ramai ahli dan penyokong Barisan Nasional berpindah kepada parti mereka atau menyokong mereka.
12. Sikap suka balas dendam kepimpinan Barisan Nasional akan menghakis lagi sokongan kepadanya.
13. Fikirkan baik-baik wahai orang yang berkuasa. Tiap seorang tokoh mempunyai penyokong sedikit sebanyak. Mereka tentu berasa tersinggung dan akan bersimpati dengan mangsa kerajaan dan tidak menyokong Barisan Nasional lagi.
14. Fikirkanlah secara mendalam. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak ada gunanya.

Yang Berbahagia Tun,
Saya rasa ini sudah jadi penyakit. UMNO ditubuhkan utk menjaga kepentingan Orang MELAYU. Itu yang di laungkan olih pemimpin pemimpin UMNO semasa perhimpunan UMNO sampai nampak anak tekak, orang utara cakap " anak rengkong". Kononnya nak tolong semua Melayu. Itu cakap macam keling, apa apa project ke ape sajalah hanya untuk ahli UMNO sahaja, kalau tidak sorry , tunggu malam sikit.
Ada pernah kakak ipar saya nak momohon sebagai Canteen operator kat sekolah kerajaan. Jumpa pengetua dia tanya dulu ahli UMNO ke tidak ? Kalau tak ada ahli UMNO tak boleh apply. Jadi, nak cakap apa ? Jadi kami tak pernah menyokong UMNO selepas tu walau pun tak undi pembangkang jugak. Meluat . Tengok saja AJK Bahagian , rumah dan rumah kedai dapat 4 atau 5 buah . Pi rombongan sana , pi rombongan sini, ke Indonesia lah dll.
wassaalam
YB Tun Dr Mahathir yang sangat dihormati,
Memang benar apa yang diperkatakan 'Sepupu AntiMamak',
to make things worse, even this political issue is being asked during job interviews, no matter for a government body or not. I was the victim as well.
It's so hard to cope with what's happening now.
I'm an IIUM alumni and I feel sad with what IIUM Holdings did to Tan Sri Sanusi. What a shame!
All the best to Tun Dr Mahathir and family.
You have a lot of supporters around you!
Y.B Tun,
What have transpired to Tan Sri Sanusi have also happened in your administration many times. It is history repeating itself, with it the Malays is going to be a chapter in history TOO.