Snippets


| | Comments (3) | TrackBacks (0) | Previous Blog

Snippets

Tujuan baik tidak halalkan jenayah

YB Dato Zaid Ibrahim, Menteri Undang-Undang kecewa kerana dia akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin UMNO sedangkan dia hanya mempertahankan Perdana Menteri.

Peguam ini tidak faham bahawa tujuan baik tidak menghalalkan jenayah.

Takut kerana salah?

Ahli-ahli dan pemimpin cawangan dan bahagian UMNO tidak dibenar mendengar ucapan saya.

Apakah pemimpin tertinggi UMNO takut kerana mereka punyai banyak kesalahan yang mungkin dibongkar oleh saya?

Karpal percaya Pak Lah

Karpal Singh menyatakan ia tidak percaya Dato Seri Anwar Ibrahim akan dapat memujuk Ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional lompat masuk Parti Keadilan - {sekutu kepada parti Karpal (DAP)} supaya Anwar dapat jatuhkan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Kerajaannya.

Karpal betul-betul sayang kepada Dato Seri Abdullah dan hendak dia kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ahli-ahli UMNO boleh berbangga kerana bukan mereka sahaja yang setia kepada Dato Seri Abdullah tetapi Karpal Singh yang dahulu musuh ketat UMNO sekarang setia kepada Dato Seri Abdullah sekaligus setia kepada UMNO.

Kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13 lebih terjamin sekarang.

0 TrackBacks

Listed below are links to blogs that reference this entry: Snippets.

TrackBack URL for this entry: http://test.chedet.com/cgi-bin/mt/mt-tb.cgi/25

3 Comments

hari ini 28july 08, karpal singh bertindak menggesa ahli pakatan rakyat kaji semula kedudukan PAS dlm PR. ia berkaitan muzakarah antara PAS-UMNO itu. katanya jika muzakarah ini barlangsung, ia menunjukkan yg PAS tidak setia pada PR etc. tapi hakikatnya beliau tdk mahu org melayu bersatu.beliau senang jika paklah terus memimpin kerana kaum lain lebih bernasib baik berbanding melayu.. dan juga biar senario politik hari ini d teruskan agar masa depan bangsa melayu kian n lebih malap. beliau tidak mahu melihat org melayu n islam cuba mencari jalan utk membangunkan islam n melayu.

BELIAU TIDAK SENANG DUDUK, WALAUPUN HAKIKATNYA SEKARANG BELIAU SENTIASA DUDUK DI ATAS KERUSI RODA.

this is tun m...

The combination of many NOBLE QUALITIES in one person is rare, and it is this unique combination that has enabled Dr. Mahathir Mohamad to transform Malaysia from an otherwise typical third world country into a thriving and vibrant nation, well on the way to become a developed nation.

Izin Tun;

Secara halus UMNO telah dicommisionkan oleh DAP untuk menentukan kemenangan dan menggantikan tempatnya dalam BN. Nyata UMNO satu ceo yang amat baik, cekap dan licik untuk DAP Sdn Bhd. Dalam masa lima tahun, lima buah negeri delivered safe and in good condition.

Saya fikir MAS sahaja yang dapat ceo yang jempol.

Tak lama lagi UMNO jadi Tun Datok Tan Sri.

Kalau dia ni tak mahu keluar, jom ramai-ramai keluar, tinggalkan dia seorang.

Dengar khabar dua setengah tahun lagi nanti dia baru nak serah kuasa. O faham aku. Dia nak deliver dua setengah negeri dulu kepada bossnya baru pencen. Bagus wawasan dia ni.

Leave a comment

About Me

Dr. Mahathir Mohamad

Putrajaya, Malaysia

Prime Minister of Malaysia
1981 - 2003

Dedication

Preface

Welcome to my Weblog. This site is dedicated to publishing my writings as and when I am able to pen my thoughts and opinions.

Interested parties, including the Press, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited to chedet.com. Comments must be accompanied by names or pseudonyms.

Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected.- Che Det

Categories

Pages

Visitors

Powered by Movable Type 4.12