Kata Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi; "Tindakan menyebarkan fitnah dan pembohongan melalui internet dan SMS untuk mewujudkan persepsi negatif rakyat terhadap Kerajaan adalah perbuatan khianat," - Berita Harian 8 Julai, 2008.
Perdana Menteri mengaskan perbuatan itu jelas melanggar prinsip Rukunegara seperti;
1) Kesetiaan kepada Raja dan Negara
2) Keluhuran Perlembagaan
3) Kedaulatan Undang-undang
4) Kesopanan dan Kesusilaan
Perdana Menteri mengaskan perbuatan itu jelas melanggar prinsip Rukunegara seperti;
1) Kesetiaan kepada Raja dan Negara
2) Keluhuran Perlembagaan
3) Kedaulatan Undang-undang
4) Kesopanan dan Kesusilaan
Dimanakah disebut "Kerajaan" dalam Rukunegara? Atau apakah pada pendapat Dato Seri Abdullah Kerajaan adalah sama dengan Raja dan Negara?
Memang dalam sebuah negara demokratik, mengkritik Kerajaan menjadi satu daripada tanggungjawab parti lawan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), bahkan rakyat biasa. Jika ini dianggap fitnah dan pengkhianatan, lebih baik lagi Kerajaan isytihar pemerintahan kuku besi.
Apakah kritikan dalam internet dan SMS (sistem pesanan mesej ringkas) semuanya pembohongan?
Bohongkah Kerajaan Dato Seri Abdullah berdolak-dalik kata sesuatu hari ini, batalkan hari esok?
Bohongkah Kerajaan rugi satu billion Ringgit apabila batalkan projek jambatan, apabila jual M.V. Agusta yang dibeli dengan harga 70 juta Euro (RM300 juta) dijual dengan harga satu Euro (RM4), kenaikan harga minyak dengan mendadak, kenaikan kos untuk bina landasan kembar berelektrik keretapi daripada RM14 bilion dari Johor Baru ke Padang Besar kepada RM12 billion hanya dari Ipoh ke Padang besar, kekalahan teruk Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum 2008 dan lain-lain.
Yang membohong ialah Kerajaan dengan membuat kenyataan segala-galanya baik dalam negara, semua rakyat sokong Kerajaan, parti UMNO sebulat suara hendak Dato Seri Abdullah kekal sebagai Presiden dan lain-lain.
Jika pembohongan adalah pengkhianatan, maka yang mengkhianati Negara dan Rakyat ialah Kerajaan dengan pemimpinnya.
Jika rakyat melalui saluran yang tidak dikuasai oleh Kerajaan meminta supaya Dato Seri Abdullah berhenti daripada memimpin Kerajaan, mereka bukan buat fitnah. Sebaliknya mereka setia dan sayang Raja dan Negara dan ingin lihat negara ini tidak dibelenggu oleh Kerajaan pimpinan orang yang tidak sedikit pun setia kepada negara, hanya setia kepada diri sendiri dan keluarga.
Memang dalam sebuah negara demokratik, mengkritik Kerajaan menjadi satu daripada tanggungjawab parti lawan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), bahkan rakyat biasa. Jika ini dianggap fitnah dan pengkhianatan, lebih baik lagi Kerajaan isytihar pemerintahan kuku besi.
Apakah kritikan dalam internet dan SMS (sistem pesanan mesej ringkas) semuanya pembohongan?
Bohongkah Kerajaan Dato Seri Abdullah berdolak-dalik kata sesuatu hari ini, batalkan hari esok?
Bohongkah Kerajaan rugi satu billion Ringgit apabila batalkan projek jambatan, apabila jual M.V. Agusta yang dibeli dengan harga 70 juta Euro (RM300 juta) dijual dengan harga satu Euro (RM4), kenaikan harga minyak dengan mendadak, kenaikan kos untuk bina landasan kembar berelektrik keretapi daripada RM14 bilion dari Johor Baru ke Padang Besar kepada RM12 billion hanya dari Ipoh ke Padang besar, kekalahan teruk Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum 2008 dan lain-lain.
Yang membohong ialah Kerajaan dengan membuat kenyataan segala-galanya baik dalam negara, semua rakyat sokong Kerajaan, parti UMNO sebulat suara hendak Dato Seri Abdullah kekal sebagai Presiden dan lain-lain.
Jika pembohongan adalah pengkhianatan, maka yang mengkhianati Negara dan Rakyat ialah Kerajaan dengan pemimpinnya.
Jika rakyat melalui saluran yang tidak dikuasai oleh Kerajaan meminta supaya Dato Seri Abdullah berhenti daripada memimpin Kerajaan, mereka bukan buat fitnah. Sebaliknya mereka setia dan sayang Raja dan Negara dan ingin lihat negara ini tidak dibelenggu oleh Kerajaan pimpinan orang yang tidak sedikit pun setia kepada negara, hanya setia kepada diri sendiri dan keluarga.
salam Tun yang dikasihi...
benar apa yg Tun huraikan...
sebenarnya pengkhianat negara adalah DSAAB....
menjual malaysia....dan memburukkan keadaan politik dan ekonomi negara&rakyat
TUN;
PRINSIP YANG PERTAMA DAN UTAMA
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN IAITU ALLAH
ALLAH YANG MAHA ESA YANG KITA PATUT TAKUT DAN SEMBAH
BUKAN TAKUT DAN SEMBAH MANUSIA LAIN SAPERTTI KEPADA ? SAPA?
BAK KATA NABIL.....SAPA? LU PIKIR LA SENDIRI
TUN yg berjasa,
betul TUN kerajaan sekarang memang banyak berbohong. esok lusa ntah apa lagi kami rakyat semua dibohong lagi.
Tun
Walauapapun Pak Lah kata, saya akan terus menulis blog. Kebebasan bersuara tidak boleh disekat.
http://nadzrikamsin.blogspot.com/
ASSALAMUALAIKUM TUN,
Jangan risau Tun. Sejarah akan merekodkan segalanya. Pada masa akan datang, anak-anak cucu kita akan tahu siapakah pengkhianat negara yang sebenar.
Sejarah tak boleh diubah.
ABDULLAH PENGKHIANAT NEGARA!!!
Good morning Tun,
As usual current government blame others for their own fault.. and
as usual till today do not want to accept Rakyat signal in GE12..and
as usual use mailstream media to tell "cerita dongeg" that current government is people-carrying and corruption free..
Yg dikasihi Tun,
Memang betul & tepat sekali hujah kali ini.
Abdullah Badawi sudah giat berbohong sejak 5 tahun lepas.
Sekarang masih nak angkuh menuduh rakyat berbohong pula?
Sebelum ni kata rakyat sabotaj dia, lepas tu rakyat berbohong & fitnah, lepas ini apa pula?
Lantak la Dolah oi..meluat dah tengok Dolah buat statement bersungguh2 kat TV, padahal satu isi yg mantap pun tarak..
balik2 tuduh rakyat, suruh ubah cara hidup..bla bla bla..patut tak payah siarkan pun..ptuihhh
happy birthday Tun.I am the first.
Salam YBhg.Tun,
Mohon Tun perincikan tindakan yang boleh diambil oleh semua ahli UMNO yang bencikan pemerintahan DSAAB sekiranya usul kedudukan No 1 dan 2 parti tidak dipertandingkan menjelang pemilihan UMNO Disember ini.Dia bohong banyak sangat.Tak tau nak kata apa dah TUN.Terima kasih.
Salam Ayahanda Tun,
100% sokong kenyataan Tun diatas.. Pak Lah sentiasa merasakan dirinya seorang shaja yg betul dlm apa-apa hal kerana dikelilingi oleh pembodek2 yg sentiasa memberikan puji-pujian terhadapnya..
Hakikatnya Pak Lah amat dibenci oleh rakyat kerana sikapnya yg gila kuasa dan melahap duit negara untuk keluarganya.. Bila lah agaknya dia nak insaf dan sedar yg rakyat telah menolak kepimpinannya yg lemah dan "flip-flop" menipu rakyat..
BRAVOOOOOOOOOOO...................
Happy birthday Tun.I am the first.
Yang Amat Dihormati Tun,
Ini yang dinamakan flip-flop dan cakap tak serupa bikin.
haha, so all bloggers & handphone users found guilty under this statement.
http://sembang-kopitiam.blogspot.com/
Tun,
I just can stop admiring your posting. It hits straight to where it should be..Bullseye..!! and B!"^@a&T to the present govt.
You'll Never Walk Alone
Hooray!! Saya sokong penuh komen Tun!!
Saya tepuk tangan dan tepuk kaki jugak!!
Yes Tun, Yes! You did it!
Salam Tun,
Sekiranya menyuarakan pendapat melalui satu-satunya saluran bukan kawalan kerajaan pun dikatakan fitnah dan pembohongan, maka kita sebagai rakyat biasa tidak lagi mempunyai kebebasan bersuara...
Dear Tun, Good comments on current goverment ignorance.I would like to hear Tun's overview on how is Proton is doing? Are we doing enough?
salam tun.
sad but true.
what can the rakyat do about it?
:(
salam.
Salam Tun,
Saya hairan kerajaan Pak Lah tidak boleh dikritik. Semua cerita mengenai kerajaan Pak Lah baik-baik belaka sedangkan rakyat telah menunjukkan pendiriannya pada PRU 12. Walau bagaimanapun, masih lagi berita-berita mengenai keinginan untuk mengekalkan Pak Lah. Rukun Negara bukan untuk kerajaan. Apa yang berlaku isu pelantikan MB Terengganu jelas menunjukkan UMNO bukan lagi yang mengamalkan institusi negara. Jelas di situ melanggari prinsip Rukun Negara yang PERTAMA!! Projek-projek yang dibuat kemudian dibatalkan kemduian dihidupkan kembali lebih memarahkan rakyat Malaysia sahaja. Sekiranya projek tersebut tidak dibatalkan saya rasa kini kita dah boleh melihat perkembangannya dan tidak lama lagi sudah boleh merasai kehebatannya.
Assalamualaikum Tun,
Kerana sayangkan bangsa,agama,negara dan kedaulatan lah rakyat bersuara. Rintihan kami bukan fitnah dan memburukan negara sendiri. Rintihan kami cuma mengharapkan yang terbaik untuk negara tercinta.
Teruskan perjuagan Tun kami sentiasa di sampingmu.
Selamat Ulang Tahun dan kami doakan sihat selalu.
Salam Tun,
Harap Tun sihat-sihat belaka. Apa yang Paklah cakap tu sebenarnya dialah orangnya......bohonglah......fitnahlah.....khianatlah semualah paklah dan konco-kanco dia di 4th floor dan juga si budak kurang ajar punya menantunya sendiri.....malas nak cerita pasal dia orang dah ......muak sebut nama mereka tu...tak larat nak makan bila nampak muka dia orang.
saya benci dengan dadah......saya lagi benci paklah(selepas jadi Pm)....saya paling benci si budak KJ kurang ajar.
terima kasih
Penyokong Setia Tun.
IRONMAN
Salam Tun yg dihormati..
Sungguh bernas sekali hujah Tun.
Pemimpin yang adil di berikan ganjaran pahala yg besar oleh Allah s.w.t.
Semoga Allah terangkan hati DSAAB, supaya beliau celik dgn apa yang berlaku ke atas bumi Malaysia yg tercinta ini.
Teruskan perjuang Tun, semoga Allah memelihara dan memberkati Tun sekeluarga. Amin.
Selamat Hari Jadi Tun!
YBhg Tun,
Saya sering mengunjungi blog Tun dan menyelami pemikiran
dan idea yang diberikan. Saya berharap dan berdoa agar Tun sentiasa
diberikan kekuatan fizikal dan mental untuk terus menulis. Saya percaya pandangan dan tindakan yang berpaksikan keikhlasan dan tanggungjawab, akan beroleh kebaikan.
Sewaktu saya di Jepun, salah seorang Profesor pernah mengatakan
bahawa Jepun memerlukan seorang Perdana Menteri seperti Tun. Dan sekiranya jawatan Perdana Menteri seperti jawatan Pengurus/ Jurulatih
Bola Sepak Jepun yang boleh mengimport jurulatih dari luar negara,
pasti YBhg Tun akan diimport sebagai sebagai Perdana Menteri Jepun.
Saya sungguh bangga dan menumpang rasa megah.
Semoga Tun terus menulis dan dilimpahkan kesihatan dan kekuatan.
Makan pisang dengan gula,
Gula di beli dari seberang
Tun Mahathir memberi segala
Pak Lah kaut sorang-sorang.
Yang berbahagia TUN,
Terutama sekali saya doakan Tun sekeluarga di rahmati, di lindungi, di berkati Allah.
Semuga Allah menunjukkan kebenaran kerana yang bathil itu pasti akan lenyap.
Salam Tun,
PEMBOHONG NO. 1= PAK LAH
bak kata pepatah..KATA DULANG PAKU SERPIH MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH.
Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Ulang Tahun kepada Ayahanda & Bonda Tun. Semoga Tun berdua sentiasa sihat sejahtera dan dirahmati Allah Selalu. Amin.
YAB TUN,
Oleh kerana Tun bukan lagi ahli mana2 parti politik, mungkin Tun dapat menjadi ketua kepada semua gabungan NGO yang inginkan perubahan supaya dapat mendesak pemerintah sekarang turun dengan terhormat. Adakan perhimpunan besar atau mungkin menjatuhkan panglima2 di sekeliling pemerintah terlebih dahulu.
Pasti ada menyokong Tun jika benar.
Assalamualaikum WBT Ayahanda Tun ,
Memang sy setuju sangat dengan TUN . Tapi Pak Lah tak sedar2 dan tak nak letak jawatan . Nak bertanding pula dalam pemilihan akan datang . Belum lagi mengundi peringkat UMNO cawangan cara 'block voice' telah dibuat oleh UMNO P.Pinang dan UMNO Selangor; walhal ramai diantara mereka ini tidak bersetuju dengan kepimpinan beliau.Habis nampak sangat Pak Lah nak kontrol semua orang dan jadi diktator.Oleh itu , org UMNO mesti tetap melawan dan berani dan guna hak dalam Perlembagaaan utk menyingkir Pak Lah yg semakin hari pemikirannya seolah2 telah dipengaruhi oleh kuasa asing .
Insayallah Malaysia akan kembali bangkit dan akan diperintah oleh orang yg bijak,ikhlas dan tidak akan tunduk kpd Yahudi. Seperti kata Presiden Iran 'Amerika akan jatuh'. Negara itu cuba melawan takdir .Oleh kerana itulah setiap tindak-tanduk negara itu dilihat cuba mendahului takdir Allah .
Ayahanda Tun sy percaya memang telah lama tahu akan hal ini.InsyaAllah semua akan kembali seperti dulu. Ini adalah dugaan dan cabaran bagi org Melayu khususnya. Yg penting kita rasional, bertindak dgn bijak,pilih pemimpin yg dibenci Yahudi dan berdoa agar kita selamat .
Semoga Tun sihat walafiat dan berjaya dalam memperjuangkan yg benar.Amin !
Wassalam
Salam Tun,
1. Kalau kita melihat perspektif yang lebih luas, Kita tidak boleh menolak kemungkinan memang wujud fitnah dalam laman blog, sms dan yang seumpama dengannya.
2. Namun kita tidak boleh menolak hakikat bahawa blog, sms dan seumpama dengannya adalah satu medium sebaran infomasi yang lebih telus - kalau kita melihat kawalan kerajaan terhadap media massa arus perdana sama ada media cetak mahupun media elektronik.
3. Umumnya, media alternatif ini merupakan medan individu/kumpulan/pertubuhan untuk mengupas isu berbangkit tanpa sempadan dan kawalan.
4. Bagi blog (dan sebagainya) yang menetapi citarasa atau pandangan segolongan yang mempunyai aliran pemikiran yang sama khususnya mengenai sesuatu isu, ia sudah tentu dianggap sebagai platform yang telus, benar, jitu, sahih dan pandangan ini biasanya dipanjangkan melalui ruangan "komen".
5. Bagi blog (dan sebagainya) yang tidak menepati keingginan segolongan yang tidak mempunyai arah pemikiran yang sama, perjuangan yang tidak sama, individu atau kumpulan sasaran yang cuba 'ditelanjangi', tentu sekali mereka beranggapan bahawa media seperti ini adalah medan penyebaran fitnah.
6. Blog mempunyai pengaruh langsung yang besar kepada masyarakat masa kini terutama bagi mereka yang mempunyai capaian internet. Informasi yang diperolehi akan dipanjangkan di peringkat khalayak dan sudah tentu akan banyak berlaku penokoktambahan selain pengurangan fakta.
7. Harus diingat, masarakat masakini kurang berminat dengan media arus perdana. Tetapi kebanyakannya terpaksa membeli kerana tarikan berita sukan dan sebagainya.
8. Tetapi, ketaksuban mempercayai 100% apa yang tertulis di laman blog, maka, tidak hairanlah terjadinya 27 juta rakyat Malaysia menjadi Hakim yang tidak bertauliah.
Sekian...
Akum TUN
sebenarnya pengkhianat negara adalah AAB dan orang2 dan menteri sekeliling (bukan sms atau blogger) yang memuja dan membodek hanya kerana jawatan dan tak kira apa yang berlaku pada rakyat, antaranya Mat Taib, Nazri aziz, zaid ibrahim dan zaid hamidi, ini semu menteri hipokrit. Cuba renung kejatuhan kerajaan Melaka (ianya berpunca dari sikap bodek juak2 disekeliling)
Sudah jelas KPI AAB dah jatuh, 6 negeri jatuh kpd pembangkang.. tapi kenapa beliau masih memerintah?? rakyat dah tak suka apalagi ditunggu, apakah perlu kita tunggu sehingga UMNO/BN kalah semua baru mesej manjadi jelas kpd AAB??.
Iklas saya katakan disini, hasil risik saya secara rambang secara tak rasmi dengan pelbagai kaum dan latarbelakang.. rata2 sudah muak dgn UMNO dan BN terutama PM, kerana sikap dan kebolehan beliau amat meragukan. Nak kata tinggi ilmu agama pun tidak, nak kata pandai pun tidak, nak kata bersih pun tidak, soalnya tak ada quality yang di perlukan oleh rakyat untuk memuji beliau sebagai PM. Seolah olah beliau hanya mahu manjadi PM dan menikmati segala kemudahan yang ada tanpa peduli apa akan jadi pada negara.
Tunggu la PRU akan datang. Kalu AAB masih lagi PM maka harapan UMNO/BN tinggal bendera aja la.
TUN YANG DIHORMATI,
APAKAH TINDAKAN BERKESAN YANG BOLEH DIAMBIL OLEH ORANG BIASA SEPERTI SAYA INI? TAK TAHAN HARI HARI LIHAT PEMBODEK PAK LAH SEMAKIN MENJADI JADI DAN RASANYA KITA KENA BUAT SESUATU UNTUK MENGHENTIKAN SEMUA INI.PAK LAH PULA TERLALU PERASAN DIA BOLEH BUAT YANG TERBAIK.....BERFIKIRAN POSITIF TETAPI MEMBERI IMPAK YANG NEGATIF KEPADA RAKYAT......SELALU FLIP FLOP......BERILAH KAMI SATU JALAN AGAR KAMI RAKYAT BAWAHAN INI BOLEH BERTINDAK.....KAMI ADALAH ANAK ANAK PIMPINAN TUN YANG SENTIASA MAHU BERGERAK KEHADAPAN SEPERTIMANA YANG TUN AJARKAN.....
P/S: SOKONGAN KEPADA TUN DI JOHOR MASIH KUAT.....INI ADALAH PENGAMATAN PERIBADI SAYA KERANA RATA RATA MENYATAKAN KEKAGUMAN KEPADA TUN DAN MENGHARAP TUN MEMBERIKAN SATU IDEA MENGATASI MASALAH INI TERUTAMANYA UNTUK MEMBUATKAN PAK LAH BERUNDUR SEGERA!
Assalamualaikum Tun
Saya amat menyokong Tun..Pak Lah sebenarnya pengkhianat Negara
Dear Tun,
Happy 83 birthday, I alway hope that u can come back and lead us. Always pray for your good health and happiness here and the next world.
Assalamualaikum Ayahanda Tun
Happy Birthday, semoga panjang umur dan dilimpahi kesihatan dan keberkatan Allah s.w.t.
Saya dah muak dan jelik dengan lakonan politik dan aksi latah AAB, KJ dan yang terbaru kembali menonjol si DSAI.
Melatah yang bukan-bukan, ntah apa-apa ntah. End up membodohkan diri sendiri dan menunjukkan how low the morale and IQ
Marah ni... angin satu badan!
Hanya ayahanda Tun dapat mengembalikan kestabilan politik dan negara.
Teruskan berjuang ayahanda!
Selamat Hari Lahir TUN...Semoga TUN berada di dalam limpahan rahmat ALLAH hendaknya...kami sekeluarga mendoakan kesejahteraan TUN....
Teruskan usaha TUN membongkar segala kepincangan dalam kerajaan sekarang....kami tidak sanggup lagi membiarkan kerajaan Pak Lah memerintah MALAYSIA yang tercinta ini.
Sedarlah semua RAKYAT MALAYSIA....
Siapakah PEMBOHONG dan PENYEBAR FITNAH yang sebenar-benarnya...?
Tidak LAIN dan TIDAK BUKAN....
PAK LAH!PAK LAH BOHONG! PAK LAH DAN KRONI-KRONINYA lah yang sebenarnya BERBOHONG!
JADI PENGKHIATAN YANG sebetul-betulnya KHIANAT yang tidak TERSANGKAL-SANGKAL lagi juga harus di beri kepada PAK LAH!!!PENGKHIANAT BANGSA, AGAMA DAN NEGARA ERA 3 BERANAK!
Assalammualaikum YBhg Tun,
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi @ Pak Lah @ PM Flip Flop sememangnya sudah tidak berpijak di bumi yang nyata. Beliau membuat berbagai andaian dan kenyataan yang tidak boleh diterima oleh rakyat.
Sekiranya rakyat yang meluahkan perasaan tidak puas hati mereka melalui SMS dan internet (blogs) dianggap sebagai pengkhianat, maka tidak akan cukup infrastruktur undang2 di negara kita ini untuk menagkap, mengambil keterangan, menyediakan kertas siasatan, membuat pertuduhan, membicarakan serta menghukum jika sabit kesalahan kepada semua orang yang dianggap pengkianat oleh PM Flip Flop ini.
Pada pendapat saya, kenyataan PM Flip Flop ini lebih mirip kepada satu cubaan terdesak untuk mengekalkan kedudukan beliau sebagai PM Malaysia.
Sebagai contoh, PM Flip Flop mengatakan bahawa beliau tidak berniat untuk menyusahkan rakyat selang beberapa hari mengumumkan kenaikan mendadak harga bahan api, petrol dan diesel. Selepas itu, rakyat yang masih marah akan menghantar SMS dan membuat penulisan di dalam blog serta mengzahirkan komen2 pedas di atas kenyataan tersebut, yang dilakukan berdasarkan kenyatan PM Flip Flop. Adakah perbuatan ini boleh dikasifikasikan sebagai perbuatan khianat?
Nampaknya PM Flip Flop ini tidak memahami apa maknanya khianat itu. Bagi si Flip Flop ini, setiap apa yang dilakukan oleh rakyat yang dianggap sebagai menyusahkan beliau dan kerajaan merupakan perbuatan khianat. Di mana kah kedudukan logik pemikiran ini?
Adakah PM Flip Flop ini sudah hilang daya pemikiran logik nya kerana terlalu mengharapkan idea2 dari pemusnah di tingkat 4?
PM Flip Flop ini sepatutnya mendekati rakyat dengan mendengar rintihan mereka yang sekarang ini sangat tertekan kerana kesan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di Malaysia ini. Beliau juga sepatutnya lebih sensitif apabila membuat keputusan yang sememangnya akan menyusahkan rakyat, lebih-lebih lagi rakyat yang perdendapatan rendah.
Akhir sekali, dari apa yang kita nampak setelah membuat analisis 360 darjah, sememangnya PM Flip Flop ini lebih mementingkan kebajikan beliau sekeluarga termasuk menantunya daripada menjalankan amanah yang telah diberikan oleh rakyat. Kepada si Flip Flop ini, semua rakyat Malaysia ini bersalah kecuali diri beliau sendiri.
Sekali lagi saya ingin mengucapka nterima kasih kepada Tun Dr. Mahathir kerana telah menzahirkan isi hati serta rintihan rakyat Malaysia.
Di sini saya dan keluarga saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari lahir kepada Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah. Kami berharap Tun berdua akan sentiasa mendapat perlindunganNya.
Wassalam
LoyalCitizen
SHAH ALAM
salam tun...
paklah memang tidak melaksanakan kerjanya sebaik tun...tapi saya lebih tidak suka annuar ibrahim....beliau memang bijak becakap..tapi beliau tidak sebijak mana dalam urusan ekonomi dan pentadbiran...buat kacau dijalanan je...tambahan pula skandal terbaru ni...ngeri...
Laugh out loud....
I think he though he is the king of Malaysia, If he had been resign as Prime Minister, He just only a normal Human being who drink at mamak store with his Tea-tarik and Roti Canai only.
Our rule of Malaysia is one kind of respect for honor our country not for him. As long as he learn from his school, he will know that.
How your trip to Tioman? Any complaint?I hope you can visit my chalet when you visit next time,Tun.
Masalahnya Tun, bila Najib dan Rosmah yang terkena maka disebut fitnah dan khianat. Orang lain tidak. Yang Zaitoon sibuk-sibuk masuk campur hal orang apa hal
kerajaan skrg menyalahgunakuasa seperti 'raja'...teruskan usaha murni TUN untuk memberi perspektif yang jelas kepada rakyat.
Cayalah Tun!!!
Kenyataan yang ringkas, padat dan pedas. Tun memang seorang pemimpin yang berani menyuarakan idea dan pendapat. Negara Malaysia memang memerlukan orang macam Tun. Pasti lepas ni orang2 Pak Lah mencari idea nak menyangkal dakwaan Tun dan kita akan dengar dari mulut Pak Lah untuk meng 'flop' kan kata2nya terdahulu.
Kelakar pulak bila difikirkan yang Pak Lah dah tersilap kata, Rukun Negara nak dijadikan Rukun kerjaan BN plak dahh..
Tapi kalau kita perincikan satu persatu, agak2nya kerajaan Pak Lah mematuhi ke Rukun Negara ya?
1) Kepercayaan kepada Tuhan - Hmm, saya yakin yang ini. Tapi..kalau pecaya kewujudan Tuhan, mestilah mematuhi hukum-hakamnya kan. Ini, cakap pun ada ciri2 orang munafik..Ishhh, nauzubillah. Waullahualam.
2) Kesetiaan kepada Raja dan Negara - Nak kata setia pada Raja, buat keputusan dan perlantikan MB membelakangi Raja. Kesetiaan pada negara tu jauhlah.. Macam2 dah digadai kepada negara luar..
3) Keluhuran Perlembagaan - Aduhhh...luhurnyalah kerajaan Pak Lah terhadap perlembagaan negara. Tepuk dada tanya seleralahhh..
4) Kedaulatan undang-undang - Ishh, jauhlahh.. Pencabulan undang-undang ada lah. Dengan rasuah era barunya, menabur duit rakyat sesuka hati..
5) Kesopanan dan kesusilaan - Eh, Pak Imam Hadhari kan. Takkan tak sopan kot.. Nak cuit bahu Michelle Yeoh pun sopan jek nampak..
Dear Tun!
For the benefit of the non malay speaking and/or understanding, kindly have your statements translated in english as well!!! As it stands, I am blur/lost with regards to what you have said!!!
Appreciatively,
Das
Salam bahagia untuk Tun,
First of all....my best of wishes to Tun on your birthday today.
Semoga Tun sehat selalu dan Allah panjangkan umur Tun.We need your
utmost guidance and views to what is happening in this country...
You are right , kerajaan memang membohongi rakyat yang selama ini
hanya mengharapkan usaha dan keupayaaan untuk memerintah dgn adil tetapi sebaliknya satu demi satu kepayahan menimpa ke atas rakyat sejak akhir akhir ini...no government is indispensible ....
Di harap Tun dapat lagi mengupas lagi isu isu yang mana kerajaan telan membohongi dan mempermainkan rakyat di Malaysia....Malaysia sekarang telah jauh terbelakang kalau nak di bezakan pada zaman Tun.
You are THE ONE and still is the best PM of all time...
I pray for your safety and health....KEEP ON MOVIN....
Sekian and jumpa lagi...drpd :
Azman and family
IPOH........
Tun..
I do respect your opinion and view.. till now, i have to admit that it is hard to find another Dr Mahathir Mohamad.. As a Malaysian, i would like to say thank you for what u have done for our country.. U should praise the Almighty Allah, for He has given you the knowledge and brain and everything.. He also has given u the opportunity to lead the country once.
But,just one thing Tun.. Please dont make the situation worse..
As a Malaysian, I am currently sad with what happened in our beloved country. Please dont be like DSAI. Personally, I think that it is unfair of DSAI to gain symphaty from his fan and make the rakyat rebel against the gov. Furthermore, he knows when to make a move. He takes this opportunity, when the rakyat is currently afraid of the economic situation in our country, to make the rakyat rebel against the gov. Meanwhile, I think, it is mainly not his intention to help the country by becoming a leader. Definitely, he has his own personal agenda.
And this is what the 'speculator' want. They want to see the chaos of this peaceful and ‘high quality-oil producing’ country. If Tun and DSAI really love this country and loves malay, please don’t make the rakyat angry anymore with your personal issues.
Dan kepada rakyat Malaysia sekalian, terimalah hakikat bahawa semua ini ketentuan Ilahi oleh itu jadilah manusia berakal dan kuat untuk menghadapi dugaan bersama-sama.
Salam Tun,
ala.. ngade2la pak lah nih. Nk bagi ucapan, disekat. Surat khabar pun ditapis. Tinggal blog ngan sms je utk rakyat bercerita tentang kerajaan. Tu pun pak lah nk sekat. hey... pak lah... pak lah.... Ape la nasib Malaysia berperdana menterikan orang mcm nih. Ape yg kita boleh buat sekarang?? Hmm.. tengok cartoon network ngan disney channel jela jwbnye...
Salam Tun!
Your writings always 'WOW' me!
Saya bersetuju ngan Tun. Pak Lah tu mmg cam tu, tak leh sentuh sikit. Sentuh sikit melompat cam kena cucuh ngan api! Pemimpin yg berwibawa amat mengalu-alukan kritikan dan teguran supaya tak terbabas daripada landasan. Pemimpin yg haprak sentiasa pikir yg dia tu betul sepanjang masa. Pastu nak bodohkan rakyat yg apa dia & apa yg dia buat semua baguih! Pi rahhh.....(boleh muntah hijau kalau tgk dia bagi speech kat tv, tak dak tokoh langsung!)
Salam,
cheyan - org. kedah
Dear Tun,
I totally agree with you. For you next post, can you write something about Anwar,Najib and Badawi. Who is more capable in terms of serving people need, manage the country and united our people ? we need to know more about them, because i think they are all pm candidate ?
Semoga Pak Lah Sedar dan Cepat Insaf.
Diharap seseorang akan muncul untuk menidakkan segala usaha jahat KJ.
We love u TUN.
Our beloved Tun,
Always stand by you, one of the greatest leaders in the history of Malaysia!
May wisdom, good health and wealth always be with you! Long Live Tun!
SYABAS SIR!!!!!!!!!!!!!
"TUN TERUSKAN MENULIS KAMI TETAP SETIA DIBELAKANG TUN.
BILA LAGI TUN KITA NAK WUJUDKAN PATI BARU NIE?SAYA DAH XBOLEH SABAR MENANTI....SAYA AKAN JADI ORANG YANG PERTAMA MENYERTAINYA WALAUPUN UMUR BARU 20an.PAK LAH APA LAH TOLONGLAH LETAK JAWATAN."
____________________________________________________________________
"SELAMAT HATI LAHIR TUN YANG KE-38 HEHEHEHEH"
WE ALL LOVE U....
Ayahanda Tun,
Dua hari yg lepas Umno P.Pinang dan Selangor mengatakan akan mencalonkan Pak Lah & Dato' Seri Najib untuk mengekalkan jawatan yg disandang mereka sekarang.. Adakah ini dibenarkan sedangkan mesyuarat peringkat cawangan pun belum bermula, bagaimana mereka boleh membuat kata putus yg seluruh ahli Umno termasuk akar umbi menyokong Pak Lah? Ini menunjukkan keputusan sepakat mereka itu hanyalah dikalangan mereka bukannya ahli2 keseluruhannya.. Saya benar2 kecewa dan tidak bersetuju dengan sikap kepimpinan Umno sekarang ini..
Dear TDM,
I have been reading your blog daily and must truly congratulate you for your sincere posting. I was only two years old when you became the PM and having grown up during such times, I have never known any other person most deserving of the role.
When you announced your retirement, my heart sank. As that time, there was no other person that I think could ever replace you. It seems that there is still none, even to-date.
Malaysia is definitely going through a tough time but it seems like it is getting even tougher. What makes it worst is that there seems to be no silver lining at the end of the cloud. No one dares to say anything or do anything to improve the current situation. Even if they did, it does not seem to work.
Tun, stay healthy as the nation needs you in this stormy weather...may we all sail to shore safely....
salam tun....
saya sebagai rakyat malaysia amat sedih apa yg berlaku hari ini..
teruskan tun demi menegakkan kebenaran.
happy birthday,semoga panjang umur dan sihat sejahtera..
Correct, correct, correct again Tun.
Many Happy Returns of the Day, Tun.
May God Bless you and all your loved ones, including us!!!
Salam Tun.
Saya sokong Tun.Kami semua dah benci sangat dengan Pak Lah tu.Ape yang dibuatnya menjadikan Malaysia akan jatuh semula. Satu hari akan terbukti rakyat yang lebih berkuasa.
ASSALAMUALAIKUM TUN.....
SELAMAT HARI JADI UNTUK TUN DAN ISTERI SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIBERKATI ALLAH S.A.W.....
TUN SAYA NAK PERGI KE FORUM TUN DI PORT DICKSON HARI SABTU NIE..TAPI TAK ADA DUIT NAK ISI MINYAK YG MAHAL DAN BAYAR TOL...
DUA FORUM TUN KAT PJ DAN TELUK INTAN HARI TU SAYA DAPAT PERGI PASAL ADA DUIT LEBIH SIKIT...TAPI KALI NI AGAK TERSEPIT SIKIT....DAN KAT IPOH PUN TAK DAPAT PEGI PASAL ALASAN YANG SAMA....
HARAP-HARAP KALAU BOLEH SAYA NAK TUMPANG TUN NANTI BOLEH KE....SAYA RASA RUGI TAK DENGAR UCAPAN TUN YG LAMA TAK KELUAR DALAM MANA-MANA MEDIA SEJAK TUN BERHENTI DARI JADI PM....
HARAP TUN DAPAT TUMPANGKAN SAYA SAMADA DGN TUN PUNYA ESCORT PUN JADILAH ASALKAN SAYA DAPAT PERGI DENGAR UCAPAN TUN...
HARAP TUN DAPAT HUBUNGI SAYA KALAU JADI....DIEMAIL SAYA SEPERTI DIBAWAH NIE...
whnmoh@yahoo.com atau ikanbilismoh@gmail.com
Salam YBhg.Tun,
Kerajaan Badawi memang suka membohong dan merompak rakyak, bak kata pantun yang dicipta saya,
Ikan keli ikan senohong,
Kerajaan Badawi banyak berbohong,
Menteri-menteri masuk lohong,
Rompak raykat maka poket kosong,
Sedarlah Badawi rakyat tak sokong,
Beredarlah cepat sebelum negara terlelong.
Thank you for reading my poem.
Lets together says "NO" for AAB, KJ & Kroni.... Hapuskan pendusta ini dari bumi MERDEKA ini....
Marilah kita sama-sama buat solat hajat memohon kepada Kudrat Yang Maha Kaya supaya menghapuskan pengkhianat negara ini.
Hanya ini yang mampu kita lakukan demi Agama, Bangsa dan Negara.... Hapuskan AAB & Keluarganya...... Pengkhianat negara dan penzalim rakyat patut di hukum mati depan umum.... supaya pemimpin lain sedar bahawa RAKYAT adalah kuasa dalam sesebuah pembentukan kerajaan
Pak Dolah ni saya tengok macam badut.
Rata-rata orang dah muak dengan Pak Dol (orang sokong BN atau pembangkang). Even akar2 umbi umno pun sama, kecuali si pembodek2 di Majlis Tertinggi UMNO yang ada kepentingan. Semua orang nak Pak Dol turun kecuali orang2 dari pembangkang yang ingin Pak Dol stay supaya UMNO lagi berpecah.
Banyak perkara, hari ini dia cakap, besok dia tarik balik. Hari ini cakap gaji bayar 2 kali sebulan, esok cakap oppss... tak boleh - gaji macam biasa. Hari ni cakap anak tak ada involve dalam business kerajaan, esok dah kantoi, scomi involve dengan macam2 govt project. Hari ini cakap idea saya masa sekolah di panjangkan, besok dah kantoi idea tu dah keluar berkurun dan berzaman dikaji dan tak diterima. Hari ni cakap tak tahu election date, later umumkan election date. Hari ini cakap MB Terengganu hanya dia yang pilih, esok2 kantoi dan kena mengadap sultan, pilihan dia kena tolak. Hari ini cakap, kerajaan punya dasar memajukan pertanian, hari ini... hmmm tarak apa berlaku. Hari ini cakap Jambatan Bengkok teruskan, besok cakap jambatan kena scrap.
Hari ni cakap akan ada peralihan kuasa, ada ke orang percaya peralihan kuasa akan dijalankan ?.
Hari ni cakap akan ada perubahaan untuk membetulkan keadaan politik, ada ke yang percaya dia boleh buat ?.
Pak Lah sentiasa membuat pembohongan 'mudah' dan kurang fikir panjang, kalau tak kantoi tak apa, tapi kantoi sentiasa. His political career is over. Rakyat berjuta-juta dah tak percaya kepada kepimpinan. Saya sendiri bila dengar Pak Lah cakap - on anything, saya doubt dia cakap benar disebabkan terlalu banyak statement yang tak benar dikeluarkan sebelum ini.
Hai... orang badut bila bercakap, hanya antara badut yang boleh percaya.......
Assalamualaikum Tun...
Sebelum terlupa SELAMAT HARI JADI buat Tun. Juga buat Tun Dr Siti Hasmah yang hari jadinya jatuh lusa. Semoga Allah memanjangkan usia Tun Suami isteri dan dilimphai rahmat berterusan dengan kesihatan sempurana sentiasa.
Seperti rakan-rakan di sini, saya tetap menantikan setiap posting terbaru dari Tun, pendek kata..blog Tun akan saya lawati setiap setengah jam hanya kerana saya berasakan saya tidak mahu tertinggal (tapi selalunya ada jugak oragn lain lebih dahulu :-)).
Mengenali Tun, inilah cara Tun yang berterus terang selama 22 tahun mentadbir negara yang tiada pada pemerintahan sekarang yang lebih slogan (tapi habok pun tarak) membesar-besarkan AAB dan cuba menlenyapkan legasi Tun.
Tun melakukan segala-galanya tetapi tidak pernah meminta untuk mendapatkan penghargaan yang sebenarnya memang layak buat Tun. Sebabnya terlalu mudah....DR MAHATHIR BIN MOHAMAD seorang yang ikhlas hati budinya demi agama, bangsa dan tanahair tercinta. Buktinya sehingga kini tiada lagi mana-mana sekolah, bangunan, mercu tanda, jalan dan sebagainya yang dinamakan sempena nama Tun.
Teruskan dengan usaha Tun dan percayalah kami dibawah tetap bulat dan teguh berdiri disisi Tun. Tiada apa lagi yang mampu dibicarakan dengan pentadbiran sekarang selain perasaan benci, meluat, marah dan semua perasaan dan perasangka yang tidak baik. Pergila ke mana-mana pun di Malaysia ini seperti majlis kenduri kahwin, majlis-majlis rasmi dan sebagainya, rakyat secara spontan akan menyuarakan ketidak selesaan mereka terhadap kerajaan. Cuma bezanya cara dan gaya penyampaian masing-masing sama ada berbisik sesama mereka atau terang-terangan.
Insyallah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki kita berjumpa di Port Dickson Sabtu ini.
Perjuangan kita masih belum selesai....
Love you dad!
Amin
HAPPY BIRTHDAY TUN!!!
Salam ayahanda tun,
Terima kasih, satu lagi pendapat yang padat dan ringkas!
Wassalam.
Salam Ayahanda Tun,
benarlah kata-kata tun, yang sebenarnya membuat pembohongan besar sebenarnya adalah kerajaan pak lah yang lembah dan pentingkan keluarga dan kroni. Mungkin dah sampai masa kerajaan sekarang ubah sedikit Rukun Negara kepada
1. Kesetiaan kepada Pak Lah Dan Khairy
2. Kedaulatan Undang-Undang Pak Lah dan Khairy
3. Sopan dan Susila hanya pada Pak Lah, Khairy, Keluarga dan Konco-Konco
4. Keluhuran Perlembagaan hanya di bawah pemerintahaan Pak Lah dan Khairy.
Ahli-ahli UMNO, jika anda sayangkan UMNO, kuasa sebenarnya masih berada ditangan anda. pastikan Khairy kalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan harap-harap Pak Lah sedar sebab jika Khairy kalah bermakna benarlah sebenarnya rakyat dan ahli UMNO khasnya sudah tidak perlukan pemimpin lemah. Pastikan juga jangan bagi tempat pemimpin kaki bodek dalam UMNO.
Salam Tun,
Kalau imam yang orang tak suka dia jd imam, tapi nak jadi iman jugak maka dia akan dimurkai oleh Allah. Pemimpin yang rakyat sendiri merasakan dibohongi dan rakyat terasa dizalimi. Maka doa2 orang yg dizalimi akan Allah makbulkan segera.
Tunggulah PakLah....kalau tak nak turun dgn baik. Tunggu keputusan Allah turunkan dgn jalan yang tak baik.
Semoga Tun terus memblogging..
Wassalam TUn
When pride and power goes to the head...everthing that does not flow with the person's thoughts and actions become unacceptable!
Salam untuk Tun (The 3 Steps Ahead Leader)
dan warga chedet.com
Tun semamangnya cekap dan peka terhadap sesuatu isu. Kami amat bangga menjadi anak bangsa pada "THE 3 STEPS AHEAD LEADER" seperti Tun.
Terima kasih kerana membela nasib penulis blog seperti kami.
Kami akan terus menulis BLOG...
Kami akan terus memperjuangkan idea-idea Tun di blog-blog kami...
Kami akan terus menyokong Tun dan blog chedet.com!
THE SPIRITS OF "THE 3 STEPS AHEAD LEADER" WILL LAST FOREVER!
Kempen sayang Tun di http://kelabpenyokongtdm.blogspot.com telah dilancarkan.
Snippets : Kami sayangkan "diktator", kami tak suka "kuku besi"!
Salam sejahtera buat Tun sekeluarga yang dikasihi.Saya merasakan orang Melayu yang tidak cintakan kepada kebijaksanaan sebenarnya mengalami satu penyakit,dikenali sebagai sindrom ADD{Attention Deficit Disoder).Dia rasa dia tau,tapi sebenarnya dia banyak tak tau.Samada dia buat tak tau atau pun dia tak tau yang dia tu tak tau.Sepastinya DIA MEMANG TAK TAU.Saya juga rasa Pak Lah ni pakaian seragam dia UMNO, tapi pakaian jiwa dia adalah PAS dan santapan jiwa dia pula..........fikirlah sendiri.Melayu yang lemah itu tauhidnya lemah.Kelemahan sentiasa anti kecemerlangan.Pak Lah adalah pemimpin yang sesuai bagi mewakili golongan Melayu yang sebegini.Jumpa Tun di Port Dickson!
tak salah tegur-menegur demi kebaikan...
sahabat yg baik ialah sahabat yg menegur kita apabila kita melakukan kesilapan/kesalahan... sahabat yg mendiamkan diri itu sebenarnya bukan sahabat...
disertakan bersama beberapa potong hadis... bukan berniat utk menyalahkan atau ditujukan kepada sesiapa, cukuplah sebagai bacaan dan penambah ilmu kita yang bukanlah setinggi mana...
Dari Abdullah bin Amru bin Al-As r.a. :
Seseorang telah bertanya Rasulullah s.a.w., “Apakah sifat orang Islam yang paling baik?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Seseorang yang menyelamatkan orang-orang Islam dengan lidah dan tangannya”.
Dari Jarir bin Abdullah r.a. katanya :
Aku berbaiah kepada Rasulullah s.a.w. untuk selalu mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan memberi nasihat baik terhadap setiap Muslim
Dari Huzaifah r.a. katanya :
Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur fitnah”.
Dari Ma'qil bin Yasar r.a. :
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang ditaklifkan oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya Syurga”.
Dari Abu Hurairah r.a. :
Rasulullah s.a.w. bersabda; ‘‘Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana mendapat harta, apakah dari sumber halal atau haram.’’
Daripada Kaab b. Iyad r.a. :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; ‘‘Sesungguhnya bagi tiap-tiap umat itu ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta.’’ - Riwayat At-Tirmidzi
Dari Aisyah r.a. :
Dari Nabi s.a.w. beliau bersabda; ‘‘Orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang paling suka bermusuhan.’’
Dari Abu Hurairah r.a. :
Rasulullah s.a.w. bersabda; ‘‘Tiga macam orang yang tidak diterima Allah ucapan syahadahnya ialah orang yang liwath (homosexual), orang yang bersihaaq (lesbian) dan imam (raja) yang zalim.’’ - Riwayat Atthabarani
In order to let KERAJAAN ABDULLAH knows that we RAKYAT MALAYSIA YANG TAK SENANG LUPA PADA PENGKHAINAT NAGARA. My suggestion to everybody is just leave a simple comment like :( IF SLEEPING PM or whatever you wish to name him ......too many nickname la IS STILL AROUNG FOR THE NEXT GENERAL ELECTION THEN THE BN THAT WE LOVE WILL FALL!!!)at the end of our posting starting from now.
lets then all sit back and see is the blogger or sms is fitnah... ha ha
Thank you Dr. you will always be Malaysia BEST.
Pembohong & penipu tp berpura2 baik adalah sifat seorg munafik. Seorg munafik bukan saja akn jd pengkhianat bangsa dan negara tp akan merosakkan agama dan perpaduan umat Islam di negara ini. dan semua ini terbukti sekarang sdg berlaku.
kalau ada pun fitnah wujud dlm sesebuah masyarakat dan negara tetapi skiranya kerajaan yg diperintah oleh pemimpin yg bijaksana, fitnah itu dpt ditangkis dan dibenamkan dgn kebenaran.
tp bagi pak lah, walaupun dia mengata pihak lain menyebar fitnah dan pembohongan tp dia dan konco2nya pun sama juga menyebar fitnah dan pembohongan kpd rakyat menerusi media yg dikawal mereka. pak lah tidak berupaya menghadapi fitnah pihak lain disebabkan oleh kebodohannya yg tak mampu mengawal keadaan dan dia sediri dikawal oleh pihak lain yg berkepentingan.
spjg pemerintahan pak lah lebih byk menyalahkan rakyat dan memikulkan beban di bahu rakyat yg sepatutnya diusahakan oleh pemimpin utk membela kepentingan rakyat.
Betol tu Tun. Pak lah yg pengkhianat sebenar..Rakyat melarat disebabkan Pak lah.pengkhianat sebenar.sampai bila pak lah nak hidup dalam pembohongan lagi..kami rakyat da nampak dengan jelas..
Hidup Tun!!Pak Lah TURUN!!
I fully support what you have said.
Salam Tun...
Lupa nak tambah, semalam di buletin utama tv3 ada laporan menyatakan bahawa hubungan malaysia dan australia bertambah baik selepas AAB menjadi PM (betul-betul laporan bodoh yang mengampu, tak kena tempat tak apa lagi, ini langsung tak diterima akal seolah-olah kita diberitahu manusia boleh ke bulan guna tangga )Saya yang hendak makan malam terus hilang selera dan meluat terus tukar channel menonton "Cintaku di rumah susun". Hati tak sakit, perasaan jadi tenang...
Wassalam...
Salam Tun,
I love you so much Tun. Semoga Allah beri kesihatan yang baik buat mu Tun. Rindu ERA Tun. Rindu sangat....
kalaulah saya boleh pergi PD this weekend...!
YABhg Tun,
Pak Lah Langsung tidak boleh menerima komen dan pendapat yang bertentangan dengan kehendaknya.
Pada menyuarat Bahagian Kepala batas,Sifat Diktatornya nampak jelas dimana dia cuma masuk sekejap sahaja,serah kepada SU, seolah-olah masalah akar umbi tidak relevan dengan tugasnya sebagai PM.
Ada AJK Bahagiannya yang nak bertanding post Pak Lah sebagai Ketua Bahagian atas sebab hilang kepercayaan kepada Pak Lah, tetapi nampak macam dia takut sahaja. Mudah-mudahan ada Jebat di kalangan Bahagian Kepala Batas.
Zaman Pak Lah, Susah nak lihat dia enjoy dengan Wartawan, Apa-apa sidang akhbar seboleh-bolehnya nak cepat-cepat habis... Enought...Enought...seolah-olah dia punya tugas tak termasuk dalam memberi penerangan kepada Rakyat...
Bapa kepada pemberi khabar sensasi ( Fitnah dalam istilah Pak Lah ) iaitu ANWAR tak pula di ambil apa-apa tindakan:
Lupakah Kita bahawa Anwar ini bermuka-muka : Bila kita gabung muka-muka itu maka Fitnahlah yang kita nampak seperti :
1. Dengan Masyarakat India dia kata tanah Melayu dibuka oleh Orang India yang bernama Parasmewara di Melaka. Oleh itu Malaysia bukan Melayu yang punya. Sokong pula perjuangan Hindraf.
2. Dengan Orang Cina dia kata Pemimpin-pemimpin nak rampas hak orang cina, tak ada keistimewaan orang Melayu dan banyak lagi yang menyakitkan orang Melayu.
3. Dengan Melayu Yang Ultra Islam ( PAS ) dia menjadi imam. Imam yang sama yang menari-nari di Pentas Kempen PKR.
Jikalah Pak Lah orang yang Benar dan Membenarkan...Ambil lah tindakan kepada Anwar. Bukan Susah sangat sebab Anwar secara terbuka membuat Onar di mana-mana.
Ini tidak...Yang betul-betul ikhlas membantu pula dikatakan MemFitnah Beliau.
Penjenayah pintu belakang pula dibebaskan...malah bersekongkong lagi...janji cita-citanya tercapai.
Salam Tun
Pa la nak jadi dengan Pak Lah ni
jangan sampai negara kita tergadai sudahlah
.....
Happy Besday TUN...
semoga panjang umur dan sihat selalu..
rakyat akan doakan kebahagiaan TUN sekeluarga..
bersama-sama kita teruskan perjuangan....
semoga idea-idea bernas TUN terus mencurah-curah utk rakyat & negara
happy birthday tok det. we love you!
Dear Tun,
Kerajaan pimpinan Pak lah adalah kerajaan yang "PEKAK, BUTA DAN TULI". Sum mun buk mun um yun fahum laa yar jiuun. Surah al-baqarah ayat 18. It is more or less like A BLIND LEADING SEVERAL BLINDS. At the end of the day all the rakyat will become "blind" too.
This is the best anology that I can think of to reflect the present status of Pak Lah leadership. Nothing much that we can hope for except to brace ourselves to face all the hardship and the consequences of having a haprak and HP6 UMNO leaders who are really GOOD FOR NOTHING, indeed !!
As a matter of time you will see this country will become a failed state. Make no mistake about it.
191 UMNO Division Heads are in KL to hear what Pak Lah will have to say about the leadership transition. I guess he will continue to seek for symphathy and express his hope to lead the country after the UMNO elections to "save his sleepy face". And knowing UMNO Division Heads who almost all of them have no backbone will surely compromise their principle by not wanting to rock the boat and give way to the LAME DUCK President to hold on to his position. That will be scenario after the meeting. No surprise at all.
Salam TUN,
Ini lah dikatakan ditaktur sebenar. Rakyat sokong dia ok tapi kalau anti dia kata fitnah dan pembohongan. Lepas ini mungkin semua 'bloggers' yg anti dia nak di tangkap.
Anwar sekarang nak guna mahkamah syariah pulak. Mentang2lah tak ada saksi 4 org.Dia tahu bukti forensik tak pakai kat mahkamah syariah. Ramailah perogol dan pengliwat jadi penyokongnya.
Bukan saja Anwar yg kena sumpah tapi Paklah dan keluarganya juga.Boleh
tak rakyat nak tahu berapa banyak 'asset'yg ada pada Paklah & Co.
Kalau Petronas Di ambil alih oleh gang KJ saya org pertama akan boikot beli minyak Petronas.
p?s. Kesian tengok Golden Hope dan Guthrie.
Bangunlah ahli Umno, pastikan ada pertandingan utk No.1 dan 2 Disember nanti.
Always admire TUN n Family.
"SOKONGAN KEPADA PAKLAH ADALAH SOKONGAN YANG MEMBAWA REBAH"
___________________________________________________________________
MARILAH SAMA-SAMA KITA KIBARKAN BENDARA PUTIH.SAYA DAH GANTUNG KT TIANG-TIANG JALAN.. ANDA PULA BAGAIMANA?
..... SeLaMat HaRI laHiR YanG kE 38 tahUN heheh.....
HIDUP TUN!!!!!
dari:Anjelina J
Dear all..,
Kalau btulla PLah trun sy sanggup kluar ngan brok
Saya setuju dengan Tun.
Kerajaan sejak 2003 dipimpin oleh seorang PEMBOHONG, tidak pegang janji @ MUNAFIK. Tak salah Rakyat marah dan minta PM sekarang letak jawatan. Tapi dia muka tak pandai malu masih juga terhegeh2 nak jadi PM.
Bagi pandangan saya yang kerdil ini, watak PM sekarang hanya sesuai jadi Pegawai Kerajaan. Lagi lama dia duduk sana lagi rakyat naik muak dan benci tengok muka penipu jadi PM kita.
Saya dah bosan dah, tengok saja muka dia dalam TV terus tukar channel. Apa pun dia cakap rakyat dah tak kisah.
Salam Tun,
Your comment is truly hammer on the nail.The present government must go.
Salam kepada Tun dan semua.
1. Selamat hari lahir Tun dan isteri.
2. Wak merujuk kepada http://www.malaysia-today.net/index.php?option=com_content&task=view&id=9611<emid=84
3. Wak sering beranggapan bahawa MalaysiaToday kelolaan RPK merupakan satu medium berhaluan kiri yang terutamanya mencari kesilapan atau kesalahan Kerajaan. Dan demikian itu, beliau sering dikaitkan dengan parti pembangkang seperti DAP, PKR atau PAS atau ringkasnya pro-pembangkang.
4. Jika benar seperti apa yang dinyatakan oleh RPK melalui artikelnya bertajuk "No Holds Barred" terutamanya perenggan satu dan perenggan dua, ianya merupakan satu revelation yang amat menarik perhatian Wak.
5. Menariknya ia kerana:-
(i) pada sudut pandangan peribadi Wak beranggapan bahawa RPK merupakan 'pencari kebenaran' kepada pembunuhan Altantuya Shaariibu melalui artikelnya "Let Us Send the Killers to Hell" dan ia menjerumus kepada kaitan VVIP sebagaimana yang dinyatakan dalam 'Statutory Declaration (SD)' yang disumpah oleh beliau dan menjadi kes di bawah Akta Hasutan seperti yang publik maklum;
(ii) kenyataan yang dibuat oleh RPK melalui artikel "No Holds Barred" secara jelas merupakan satu penyampaian maksud (atau cubaan menyampaikan maksud) bahawa beliau (RPK) menjalin satu hubungan yang agak rapat dengan Tun semenjak pertengahan tahun 2006;
(iii) Seterusnya beliau menyatakan akibat perhubungan dengan Tun beliau telah mendapat tentangan (dalam berbagai bentuk) terutama dari kumpulan DSAI; dan
(iv) Selebihnya tidak menarik minat Wak terhadap isi kandungan artikel "No Holds Barred" tersebut.
6. Pemikiran Wak menjerumus kepada 'perhubungan baik' seperti yang didakwa oleh RPK semenjak tahun 2006 dan ianya bolehlah memberi tanggapan kepada orang-awam secara munasabahnya (reasonable-man-test) bahawa perhubungan tersebut memungkinkan Tun mengetahui tindak-tanduk RPK terutama berkaitan SD dan isi kandungan SD tersebut.
7. VVIP terlibat pernah menyatakan bahawa SD tersebut merupakan satu percubaan untuk menyerang kredibilitinya dan bermotifkan politik.
8. Persoalan yang berlegar adalah jikalau, secara munasabahnya, berakibatkan perhubungan di antara Tun dan RPK tersebut, menyebabkan Tun mengetahui akan tindak-tanduk terutamanya berkaitan SD yang dikeluarkan oleh RPK, tidakkah ia memungkinkan Tun terlibat secara langsung atau tidak langsung kepada apa yang dikatakan oleh VVIP tersebut sebagai usaha untuk menyerang kredibilitinya serta bermotifkan politik?
9. Pada satu sudut yang lain, kelihatan, seolah-olah Tun mahukan VVIP tersebut mengambil alih kerusi dan kepimpinan Negara serta UMNO?
10. Apakah sebenarnya?
Selamat Hari Lahir Tun dan Isteri..
Semoga dikurnia kesihatan dan diberkati Usia...
Kepada Tun Yang di Sayangi
Memang benar apa yang diulaskan oleh Tun, sekarang ni kita dapat
lihat Paklah sudah mengalami tekanan....Paklah tidak lagi boleh
menerima apa saja kritikan dari semua pihak. kalau Paklah nak
salahkan Blog..kenapa tak ambik tindakan dan siasat kes yang beliau
katakan penipu..
Sekarang Paklah memang patut digulingkan secepat yang mungkin
sebelum Malaysia akan hancur di tangan beliau. Saya yakin rakyat
malaysia mengalami perubahan semakin perlahan-lahan akan mati
kerana ekonomi yang perit sekarang ni.
Disini saya harap Tun dapat buat sesuatu bangkitkan isu yang boleh
menambahkan lagi isu yang ada sekarang. TUN BANGKITKAN ISU YANG
SERIUS YANG MELIBATKAN PAKLAH YANG BOLEH DIBAWA KEMAKAHMAH ATAU
BOLEH MENCONTENG ARANG PADA MUKA BELIAU. ini kerana amat sesuai
dengan keadaan sekarang di mana Anuar dan Najib sedang meghadapi
tuduhan yang berat.
salam untuk TUN dan Keluarga...Semoga TUN sihat selalu
Salam Tun,
DAh frust tahap gaban dengan situasi politik negara.
kekadang kesian tengok muka PL kat TV.
memang tak tau malu manusia jenis ni.
bohong kalau orang tak bagi info kat dia, hidup PL cuma guna topeng cucu ulama.
Assalamualaikum Tun,
Memang benar Tun. Yang menipu sebenarnya adalah PakLah. Rakyat dah tak percaya dengan paklah. Apa yang PakLah ckp, rakyat sudah tak percaya dgn kata2 paklah. Dah jadi macam cerita si gembala kambing yang suka menipu. Tapi paklah masih fikir dia sangat diperlukan oleh rakyat Malaysia. Dia masih bermimpi. Teruskan usaha Tun untuk menyedarkan paklah dari mimpi yang panjang..
http://www.orange4k.com
Salam Hormat Tun,
Happy Birthday from me and my family..
I cannot lie Tun, during last election, i'ver already made up my mind for the first time ever after the previous 3 election, I have decided to vote for opposition..then my thought of you change everything at the polling poll.
Bohongkah saya if i say i feel soooo regret for choosing BN after knowing that this is the way ABDULLAH BODOH-WI managed the prosperous love and life that we had experienced under your belt.
Saya tak bohong TUN and others not too..
Take Care, Our Love to you..
Salam Tun,
HAPPY BIRTHDAY TUN MAHATHIR MOHAMAD!
untuk semua blogger, wish 'SELAMAT HARI LAHIR' kepada Tun...
p/s: tidak mahu komen banyak, nanti dituduh fitnah pula oleh Pak Lah. Sokong apa yg Tun luahkan.
Really a good piece. Happy Birthday Tun.
Aduh Tun, pedih Tun!
Memang sudah terang lagi bersuluh Tun. Tapi orang tua tu masih tak reti-reti bahasa lagi. Kalo cerita kartun Hollywwod yang kita tau The Incredibles tu satu family punya super power, ini super power tahap yang lagi melampau. Kalau cerita Tun ni dicetak dengan satu ream A4, dah tebal tu... dihempuk atas kepala orang tua tu pun, belum tentu dia sedar lagi Tun...
Isk... apa le malangnya rakyat Malaysia dapat orang tua ni. Satu lagi Tun, nak share kat bawah ni ada artikel
http://www.cikguazleen.com/index.php/foods-and-places/2008/03/rakyat-tidak-lagi-dibenarkan-melawat-ke-rumah-perdana-menteri-malaysia.html
Sewaktu Putrajaya dibuka beberapa tahun yang lepas, saya adalah antara mereka yang pertama berpeluang melihat tempat ini. Ketika itu, Putrajaya masih lagi dalam fasa pertama pembinaannya. Sukar untuk membayangkan yang ia akan kelihatan indah dan menarik seperti apa yang ada hari ini.
Ketika itu, Perdana Menteri Malaysia adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad. Saya rasa cukup bertuah sekali kerana ketika melawat ke Komplek Sri Perdana, rumah Perdana Menteri Malaysia yang menjadi kebanggaan rakyat, saya berpeluang melihat Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah berada di sana. Walaupun tidak berpeluang berbual dengan mereka ketika itu, senyuman dan lambaian mereka cukup untuk menjadi ingatan saya yang sememangnya amat meminati mereka.
Saya berpeluang untuk melihat ruang utama yang digunakan oleh Perdana Menteri Malaysia untuk menerima tetamu kehormat dari seluruh dunia. Dari ruang mesyuarat, ruang jamuan, ruang rehat dan tandas?! :twisted: Walaupun sekejap, peluang menjejakkan kaki ke rumah ibarat istana yang mungkin tidak akan menjadi milik saya, adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan selamanya.
Minggu ini saya membawa rakan dan keluarganya ke Putrajaya. Jika selama ini saya bercerita tentang Putrajaya kepada mereka, kali ini saya berharap mereka dapat menyaksikan dan merasai sendiri apa yang saya lalui.
Malang sekali, saya dapati rumah Perdana Menteri Malaysia ini tidak lagi boleh dikunjungi oleh rakyat :(
Apabila bertanya kepada polis yang bertugas di pondok kawalan masuk ke rumah ini, mereka menjelaskan bahawa rumah ini tidak lagi dibuka kepada rakyat untuk lawatan sejak tahun 2004. Ia membuatkan saya tertanya-tanya mengapa? Sedangkan setahu saya bukankah Perdana Menteri Malaysia sekarang ini lebih berjiwa rakyat?
Putrajaya yang ada sekarang jauh berbeza dari saat awal ianya dibuka. Sungguh menyedihkan!
Dear Tun,
First of all I wish you a Happy Birthday.
Your latest article seems to be the strongest worded response so far from the blogosphere. Quiet unexpected from an 83 year old man.:)
Salam.
Tun,
Pembohongan hanya boleh ditutup dengan pembohongan lain melainkan pembohongan itu dihentikan dengan perkataan benar.
http://pemikiranpositif.blogspot.com
Salam hormat buat Tun sekeluarga. Semoga sehat sejahtera. Amin.
YES! YES! YES!!!! Tun telah telah mempertahankan tohmah Pak Lah konon lak kiter sebar fitnah.....Apa yang rakyat selalu bincangkan
adalah perkara yang sahih dan benar. Siap bukti....Yang rakyat tahu
Dia dan konco2nye lah yang banyak berbohong melalui media kawalan gomen. Orang kampong yang tak ada internet lopong dengar cerita hikayat Pak Lah. Tak tau malu ler dia ni.....buat statement tanpa tengok2 diri sendiri....Patut ler pun menteri2 nyer kesempatan diatas kelembekan Pal Lah....Maner tak kalu BOSS baik semua orang
sayang dan BODEK.....Rase nyer BOSS ni ade pakai MANDERAM (pinjam cakap Sami...)kot.Tu ler sebab nyer menteri2 gomen ikut jer cakap dia.Wallahwaallam......
KERAJAAN pAK LAH....GEMBILANG...CEMERLANG...TEMBERANG...
to devastator,
ingin perbetulkan, bukan UMNO yang melanggar prinsip serta rukun negara tetapi ia adalah DATO SERI ABDULLAH BADAWI! kerana dia lah, yang mendengar serta mendapat nasihat 'percuma' dari ahli keluarganya.
seperti juga semua projek-projek yg dibatalkan, semuanya angkara KELUARGANYA!
dari dulu lagi, jgn campur aduk kan keluarga dalam politik dan pentadbiran kerajaan, inilah padahnya!
fikir-fikirkan lah...
happy birthday tun.
Salam Tun and all of you guys here,
Quote:
"Dimanakah disebut "Kerajaan" dalam Rukunegara? Atau apakah pada pendapat Dato Seri Abdullah Kerajaan adalah sama dengan Raja dan Negara?"
+ 1X10^9
I used to say to myself from what is happening currently in this beloved country, that this guy is either:
1)A super evil
or
2)A super fool
I'd say by the latest development he is both. He thought that he could fool people by the rukun negara things...whatttt lah! With that, he is then both a super evil and a super fool. huhuhu...Ya Allah...selamatkanlah kami daripada orang yg mcm ni..
With the latest comment from the PM, I can conclude that he has rubbished what has been said in the cyber world, thus convinced himself that there is nothing wrong with his administration. Pathetic...keep on dreaming dear PM, I hope you will get a nightmare!!
Isk! Tak tau nk kata apa lagi (sambil geleng2 kapla)
P/s TQ for everything that you have done for this country. You'll never walk alone. :')
salam Tun,
semenjak Tun keluar daripada UMNO, kepercayaan kami kepada BN dan UMNO sudah luntur. Mungkin UMNO sekarang adalah Semangat 46 dan bukan lagi UMNO lama.
Pak Lah harus letak jawatan...
semoga Tun berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kami masih perlukan semangat Tun. selamat hari lahir Tun.
Well said Tun.It seems that the present Government is afraid that more worms are coming out from the can and by telling "fitnah or khianat" of bloggers it would cover-up their mistakes of mismanagement of the economy and others.
salam tun. apa komen tun mengenai ganjaran RM 1 juta untuk pemenang olimpik.
Apakah penting untuk kita sengaja dengan niat menyebarkan fitnah dan pembohongan kepada kerajaan yang baik di internet?
Adakah kami di sini orang yang kurang akal? Kami semua banyak kerja lain yang lebih berfaedah dari itu sekiranya itulah tujuan kita.
Tidak kah terfikir yang kami ini tidak pun menyebelahi pembangkang sebahagian besarnya. Kami ini adalah orang yang di atas pagar. Boleh jadi bakal penentu kemenangan kerajaan masa akan datang. Boleh jadi majoriti senyap.
Ambil hati kami
Perbezaan pendapat pasti akan wujud ibarat selera kita yang juga berbeza beza. Masaalahnya bagaimana kita dapat menyatukan keperbezaan pendapat ini menjadi satu? Itu tangungjawab AAB dalam UMNO. Penting sangat.
Bagi kami pula sebagai ketua keluarga kami, kami akan uruskan.
Bukankah apa yang kami tulis ini sama saja dengan perbincangan di Dewan Rakyat?. Malah sebahagian besar dari kami lebih bersopan menggunakan kata kata dari wakil rakyat sendiri. Ia itu di Dewan Rakyat yang mulia.
Tidak kah AAB berfikiran positif dengan mengambil pengajaran dari kami ini yang sudi meluangkan masa demi kasih kepada negara.
Apakah sebab kami tidak menjadi menteri atau menjawat jawatan penting makanya pendapat kami adalah sampah semata mata.
Tidak kah Tuan PM tahu bahawa idea ais krim kon itu adalah dari tukang sapu sampah saja dimana seluruh ais kerim boleh di makan tanpa membuat sampah sarap.
Bukan kah kepentingan Negara itu lebih penting dan di atas dari kepentingan parti sekalipun? Bukan kah itu tanggungjawab kita semua. Selagi kita rakyat Malaysia.
Kami yang berani menulis ini bukan pengkhianat. Pengkhianat sebenarnya adalah di bawah kaki AAB iaitu yang telah menyebabkan BN gagal mendapat sokongan 2/3 dalam diam. Tumpukan kepada mereka.
Kenyataan kami malah lebih baik dan sopan dari pihak pembangkang. Tidak kah pembangkang itu lebih dari pengkhianat? Mereka ada akhbar sendiri dan kerajaan meluluskan lesennya.
Tunjukkan tulisan kami yang lebih teruk dari akhbar pembangkang?
Sekali lagi saya ulangi. Pelajari lah dari sini. Sesungguhnya kemenangan parti pembangkang adalah sebahagian besarnya oleh internet. Gunakan wadah ini untuk perjuangan jika berani.
Misalnya Khomeni dalam rangka menjatuhkan Shah Iran menggunakan kaset yang di edarkan untuk memberi kempen mempengaruhi rakyat. Khomeni yang seolah kolot itu menggunakan teknologi yang ada pada masa itu sebaik mungkin untuk menjatuhkan Shah Iran.
Pada pilihanraya akan datang internet akan lebih berperanan besar untuk menentukan kemenangan. Maklumat ini boleh di muat turun dan di cetak untuk di sebarkan pada yang tidak mempunyai internet. Dalam tempuh yang pendek.
Pada masa itu fitnah atau tidak bukan ukuran lagi. Terpulang kepada rakyat untuk mempercayainya dan turun ketangan untuk memangkah calon pilihan mereka.
Fahami lah selogan satu rumah satu computer. Rakyat sedang memenuhinya. Internet pun sudah RM60 sebulan tanpa wayar. Beras sebulan pun lebih mahal lagi. Jadi berhati hati Tuan PM.
Jangan mengenepikan internet kelak memakan diri sendiri.
Jangan mengeji api membakar rumah kerana ianya boleh di gunakan untuk memasak yang enak enak untuk kita mejemput ramai orang datang ke majlis.
Salam Tun,
Apakah prinsip rukun negara ini ditujukan kepada kesetian kerajaan memerintah atau kepada negara...? Apa yang saya faham rukun negara ini adalah untuk rakyat agar mereka setia pada negara dan patuh akan rukun rukun yang ada di situ..., sedangkan masa perbalahan pelantikan menteri besar trengganu dulu pun mereka dah langgar prinsip rukun negara kerana mebelakangkan keputusan Raja.., itu mereka tak nampak.....! tapi apabila kepercayaan dan cerita cerita belangkang tabir yang kita dengar yang disabarkan melalui internet dan sms mereka merujuk kepada rukun negara pulak dan menuduh rakyat tidak setia kepada negara, rakyat cuba untuk menyelamatkan negara dari tergadai oleh kerana kepincangan kepimpinan meraka yang tidak bagus dalam menguruskan negara...,jangan pelekehkan rakyat kerana kuasa ada pada tangan rakyat yang boleh mengubah segalanya..., ingatlah kita tak selamanya duduk di atas..., pasti kita akan turun jugak kebawah...., pikir pikirkan lah....,
sekian, semoga Tun sihat selalu...dan selamat hari lahir semoga Allah memberi kekuatan kepada Tun dalam segala usaha Tun...Amin.
Wasalam, Jeffry05
Assalamualakum Tun,
Rukun Negara pun Pak Lah tak faham... macamana nak mentadbir negara. Malangnya nasib kami.
Tolonglah Pak Lah..... tiap kali wajahnya terpapar di TV terus keluarga saya tukar channel. Baik tengok Tom and Jerry
MENYAMPAH
Selamat Sejahtera TUN
Apakah kritikan dalam internet dan SMS (sistem pesanan mesej ringkas) semuanya pembohongan?
Jawapan nya ialah bukan lah semuanya yang membinasakan ada juga
yang membinakan. Tetapi kita tidak boleh percaya semua yang
kita baca. Saya bukan penyokong parti pembangkang adakala saya
juga bersetuju dengan pendapat mereka jika cadangan adalah sesuatu
yang membina. Misalnya hal tentang pembinaan Jambatan Pulau Pinang
yang kedua.
Pada pendapat saya bumi yang bertuah ini yang dulunya dikenali
sebagai semenanjung emas ,memang kaya dengan pelbagai sumber,sumber
galian,sumber asli,kebudayaan , kemanusiaan ,permandangan dan
sebagainya.
Peindustrian pelancungan jika dilancarkan secara rapi akan membawa
pendapatan yang lumayan kepada negara kita. Pembinaan Infrastuctur
seperti Lapangan Terbang antarabangsa Sepang KL , North South
Highway telah memberi kesan yang baik untuk peindustrian
pelancungan.
Sungguh gembira saya sebagai anak PULAU PINAG apabila saya
dimaklumkan bahawa GeorgeTown dan Bandar Melaka disenaraikan
sebagai BANDAR WARISAN DUNIA oleh UNESCO.Akan tetapi saya berasa
sangat bimbang apabila kedengaran bahawa RANCANGAN untuk membina
JAMBATAN PULAU PINANG yang kedua mungkin akan dibubarkan kerana
persetujuan tidak dapat dicapai antara syarikat pembinaaan Negeri
China den syarikat pembinaan Malaysia.Ini adalah dikemukakan oleh
Jeff Ooi dari DAP kemarin dan sayaharap maklumat yang Jeff Ooi
kemukakan itu tidak benar.
Pembinaan Jambatan Pulau Pinang adalah baik bukan untuk orang pulau
pinang s