Snippets - Gula-Gula


| | Comments (324) | TrackBacks (0) | Previous Blog
1. Pentadbiran negara Malaysia disusun mengikut cara-cara yang telah ditentukan oleh Peraturan-Peraturan Umum (General Orders) dan tata-tertib yang perlu dituruti dalam segala urusan Kerajaan. Tidak ada kebebasan kepada sesiapa untuk membuat sesuka hati mereka walau apa pun jawatan yang dipegang.

2. Perbelanjaan Kerajaan perlu mengikuti proses-proses tertentu (Financial General Orders). Pembangunan dibiayai oleh peruntukan wang dalam perancangan dan anggaran dalam Rancangan Lima Tahun dan belanjawan tiap-tiap tahun.

3. Sekarang kita lihat duit Kerajaan dibelanja sebagai gula-gula untuk mengatasi masalah politik Perdana Menteri.

4. Kerana perasaan tidak puas hati orang Sabah dan Sarawak dengan agihan jawatan Menteri dalam Kabinet. Perdana Menteri dalam lawatannya ke negeri-negeri ini telah tabur duit berbilion Ringgit untuk projek-projek yang tidak ada dalam Rancangan Malaysia Ke-sembilan dan bajet bagi tahun ini atau tahun lain.

5. Wang Kerajaan diurus seolah-oleh duit sendiri. Dahulu Kerajaan mengagih peruntukan dalam bajet mengikut cara-cara yang tertakluk kepada peraturan-peraturan. Memang ada kawasan yang dapat lebih dan yang dapat kurang. Tetapi Kerajaan tidak pernah dan tidak boleh dengan tiba-tiba mengadakan wang dan menabur wang ini sesuka hati Perdana Menteri tanpa kajian, perancangan dan kelulusan oleh badan-badan yang bertanggungjawab, termasuk Jemaah Menteri.

6. Jika kita beri duit untuk dapat sokongan, iaitu undi, ini dianggap rasuah, apakah apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri bukan rasuah?

0 TrackBacks

Listed below are links to blogs that reference this entry: Snippets - Gula-Gula.

TrackBack URL for this entry: http://test.chedet.com/cgi-bin/mt/mt-tb.cgi/54

324 Comments

Yes! This time I am guarantee the FIRST.

Tun,

Dari cara AAB sekarang ni macam ikut stail Anwar Ibrahim masa jadi Menteri Kewangan. Ikut telunjuk orang luar.

Yang ni pulak AAB ikut hati keluarga dan kawan-kawannya tanpa mengira masa depan rakyat Malaysia . AAB anggap duit kerajaan malaysia macam duit dia sendiri.

Apa la yang ditunggu lagi oleh Muhyiddin ?

Salam Tun,
It is sad and dissapointing to see how Malaysia has become the way it is now. Sometimes I get sick reading the newspaper. I don't know who or what I should listen too. But no matter what Tun, you are the best PM ever. You have developed Malaysia to where it is now. Thank you so much Tun.

rakyat dapat gula2 happy lar...

I am agree with 100% with you TUN. PAK LAH is the most corrupted PM in history of MALAYSIA. Pak lah.. la.. la... la.... the most not professional PM of all time. Same goes to Najib.

best nye dapat bende manis sedangkan ramai rakyat sekarang ni byk mkn ikan masin jer sbb cost saving...manalah contoh ubah gaya hidup yang dicanang2kan tu...

TQ Tun for educating us thru ur blog and this has been my reading everyday...

Stay healthy and Happy =)

Assalamualaikum Tun yg di hormati...

sekadar ingin meluahkan rasa hati seorg rakyat.

dah semakin muak dgn permainan para menteri hari ini.seolah-olah lari dari matlamat asal menjadi seorg menteri atau sesiapa saja yg di beri mandat oleh rakyat.

apa lagi yg belum selesai?apa lagi yg nak di tunjukkan pada rakyat?kami semua dah xnak lagi di bebankan dgn wayang-wayang ciptaan bangsawan-bangsawan politik malaysia.apa yg kami harapkan cuma kestabilan politik dan ekonomi negara tercinta ini.

Yg BHg Tun..

teruskan memberi idea-idea bernas demi menjadi panduan kami dlm mengharungi hari-hari yg penuh cabaran.kepada Tun kami berdoa semoga terus gagah untuk Agama Bangsa Dan Negara..

assalamualaikum tun....

nak buat macamane lagi tun. walau apa jua yang paklah buat sekarang ni dapat sokongan 1000% dari pengampu2 yang sedia ada. SAPP pon dah tarik balik undi tak percaya diorang. dah nasib rakyat malaysia sekarang ni malang. terima aje la. bila abang mukriz nak buat parti baru tun? kami sedia jadi pengikut yang setia. kereta saya pon dah letak kain putih dah. walau macamamapon semoga jaga kesihatan je la ayahanda tun. semoga dicucuri rahmat selalu.

Seperi gula-gula juga Tun, akan membawa banyak keburukan terhadap penyakit dan kemusnahan kepada gigi...dan seperti biasa apabila gigi dah sakit maka kepala pun akan sakit...

Ybgh Tun,
Dah lama perasan perkara itu, malah dah agak ini merupakan satu bentuk rasuah untuk mengelak dari kehilangan kuasa. Beliau berbelanja macam duitnya sendiri (Duit jumpa kot), kalau duit sendiri tak mungkin bebelanja sebegitu, nak tambah kekayaan lagi adalah.

Dia bagi sekolah jenis kebangsaan, dia bagi kakitangan kerajaan, dia bagi elaun keraian, dia tambah budget peruntukan , eh macam macam la.Macam nak kontangkan perbendaharaan negara, kemudian mula lah nak pinjam kat IMF. Itu la rancangan nya. Masa tu dah x bolih nak jatuhkan dia, US pulak jaga dia.

Tahniah dan doakan Tun sejahtera selalu.

Salam Tun,

Sokong sesangat Tun!

Semoga Tun menjaga kesihatan dengan baik ye...:)

Kita pening dengan perkembangan politik semasa. Kita juga amat pening dengan gelagat sesetengah penyokong pembangkang. Apa sahaja yang berlaku sama ada dari sudut tindakan dan sabitan, semuanya ok sahaja.

Saya pernah bertanya seorang ustaz, apa pandangan mengenai tuduhan liwat Anuar, dia cakap "BN tipu". Seterusnya saya tanya, apa pendapat mengenai kes DS Najib, ddengan pantas dia jawab "Betul tu"... Saya terus berkata "ini kes double standard".

Asal tuduhan Anuar punya kes, mesti konpirasi, tuduhan yang melibatkan kerajaan (Najib) semua betul tanpa berfikir banyak kali.

Assalamu'alaikum ayahanda Tun,

Pada pandangan sy, Paklah terpaksa menabur duit kat Sabah & Sarawak sebab nak jaga hati rakyat kat sana. Ini kerana Paklah dapat kekal menajdi PM sebabkn Undi dari Sabah & Sarawak..jika nak dibandingkan dgn jumlah kerusi yg dimenangi disemenanjung M'sia, boleh dikatakan majoriti kerusi yg dimenangi BN adalah dar iSabah & Sarawak. Sebab tu PakLah kelam-Kabut bila Sabah & Sarawak menyuarakan rasa tidak puas hati.

Salam Tun,

Confirm cara Paklah seperti diatas mencirikan rasuah demi mendapat sokongan disaat-saat ketika sokongan terhadapnya sangat merosot.

Moga TUN dirahmati & diberkati Allah.

yes itu memang rasuah....

Geram juga rasanya bila duit rakyat diguna sesuka hati seperti bayaran untuk bekas2 hakim tu. Kenapa guna duit rakyat macam tu?

Tun,

Semuanya boleh ditaburkan dengan wang ringgit. Bahaya untuk negara.
Untuk tutup satu kes atau isu hangat, duit menjadi senjata. Bagaimana dengan 'ex-gratia payment' baru-baru ini kepada Tun Salleh Abbas dan hakim-hakim yang lain ?

http://nadzrikamsin.blogspot.com/

This is my 1st time reading this blog though I heard that you had it up for quite a while now. You'll still be my no.1 Idol though I never had the chance to see you in real life! :) Congratulations.

I'm a Sarawakian myself. From a head-hunter tribe to be more specific. I would like to say this, The Management should really take effort to jump over huddles that is ahead of Them and not to just asking Their Staff to run over it so that They can walk their way through it.

You jumped over most of the huddles and didn't even spill a word about getting injured or hurt. Why must The Management bark in all direction when they even haven't attempt the jump.

Assalamualaikum Tun,
Semoga kita semua rakyat Malaysia akan terus didedahkan dengan perkara-perkara yang tidak diketahui sebelum ini.
Teruskan Perjuangan Tun.

Tun, masalah tabur 'gula-gula' tu memang betul tapi kalau tengok sebelum ni, memang kami di Sabah dan Sarawak agak terpinggir. Tidak ada satupun JAWATAN MENTERI YANG POWER yang diberikan. Yang ada jawatan menteri bagi menyukupkan kuota.

Ini sahaja masannya penduduk/pemimpin Sabah dan Sarawak nak demand. Bila lagi? Nak tunggu 10 tahun lagi?

Kerajaan memang prihatin sebelum ni tapi masih tak cukup. Yang maju hanya di semenanjung. Guru2 dan lepasan siswazah yang menganggur pun dihantar ke sini. Minta pula kawasan bandar/pekan. Yang jadi mangsa, penduduk sini juga. Mengajar di pedalaman di negeri sendiri. Macam mana murid di sini nak bersaing dengan di semananjung. Ramai murid di sini tercicir dalam arus pendidikan. Tun pegila ke sini tengok keadaan sekolah di sini. Sekolah yang paling buruk di semananjung pun jauh lebih cantik dari KEBANYAKAN sekolah tepi pekan di sini.

Sudah sampai masa kerajaan/pemimpin Sabah Sarawak bersikap sombong!

Saya sokong Tun selamanya. Saya sentiasa berdiri dibelakang Tun. Alangkah baiknya jika Tun kembali memegang tampuk pemerintahan negara. Saya merindui pembangunan mega seperti yang dilaksanakan Tun suatu ketika dahulu. Saya rakyat Kelantan amat memerlukan orang seperti Tun. Kini saya harap Tun masih dapat membantu dengan idea-idea bernas untuk kemajuan Malaysia. Hidup TUN Dr. Mahathir...

Assalamualaikum Tun,

Nice post and very intriguing question.

Nowadays, "rasuah" is considered a harsh word for BN. "Politik Wang" is more sweet to pronounce..hehe

Kalau pada pandangan orang yang mempunyai akal waras, itu memang layak dipanggil rasuah.

Selamat pagi dan Assalamualaikum Tun ,
Beginilah kalau dah Kerajaan yang konon nya TELUS... tetapi KEBINGUNGGAN.

Salam Ybhg Tun Dr. Mahathir,

Diharapkan Tun sihat sejahtera dan semoga Allah memberkati perjuangan Tun selama ini.

Teruskan perjuangan untuk memertabatkan Bangsa, Agama dan Negara Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsa Melayu dijajah. Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsa Melayu dihina.

Apalah ertinya kemerdekaan kalau bangsa kita asyik mengia dan menidakkan,mengangguk dan membenarkan,kerana sekalipun bangganya negara kerana makmur dan mewahnya, bangsa Melayu masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri.

Terima kasih Tun atas jasa dan bakti yg telah Tun sumbangkan.

Wassalam.

1. Saya bersetuju dengan pendapat TUN kerana itu yang saya lihat sekarang,saya rasa kerajaan menaburkan wang untuk membuat projek yang tidak nampak kepentingan untuk negara dan kita tahu ada kepentingan atau tujuan lain.Rakyat dah boleh baca dan nampak.
2.Rasanya lebih baik kerajaan menggunakan wang untuk projek2 yang belum ada dan sangat diperlukan contohnya percepatkan pembinaan Lebuhraya pantai timur dari iaitu dari kawasan KL ke terengganu dan Kelantan kerana pastinya projek ini akan mendatangkan kesan yang baik dari segi ekonomi ,perhubungan dan sebagainya.Satu lagi lebuhraya dari perak ke kelantan juga adalah perlu kerana jika dilihat jalan tersebut sangat berbahaya, tidak seperti lebuh raya PLUS.Jika dapat dilaksanakan, ia akan dapat mendatangkan kesan yang baik kepada rakyat.Tidak perlulah membuang wang menambahkan satu lagi jabatan pulau pinang yang sudah sedia ada tambahan pula mereka sudah ada feri untuk ulang alik.Lebih baik wang tersebut digunakan untuk buat projek-projek yang disebutkan diatas kerana keutamaan adalah keperluan di negeri-negeri yang masih belum menikmati kemudahan seperti dinegeri pantai barat semenanjung malaysia.Kalau nak bina jabatan kedua P.Pinang pun tunggulah semua keperluan negeri lain disiapkan dahulu.

Good morning Tun

It is such a pity that we the Sarawakians and Sabahans are still not be able to fully obtain the development that we need in our areas. Although we still gave the government full support in the previous election. With high prices in everything, the people in the rural areas will truly suffer.

Kami orang di sini hanya dapat sekadar telan air liur. For me, in my life, I can only see and hear the development, plan, and promises going on in front of me, but I will never be in the picture.

Assalamualaikum..

Selamat pagi Tun,

berkenaan dengan topik hari ini,saya pun rasa agak musykil dengan keputusan kerajaan yang membelanjakan berbilion ringgit di Sabah dan Sarawak...

Mungkin benar apa yang dikata oleh Tun,mereka cuba memberi "Gula-Gula" kepada rakyat Sabah dan Sarawak tetapi pada saya jika benar segala projek yang kerajaan berjanji akan lakukan di sabah dan Sarawak itu benar2 dilaksanakan kerajaan..faedahnya amat besar pada rakyat kedua- dua negeri tersebut...

Saya dapat lihat kedua-dua negeri ini agak ketinggalan pembangunannya dari negeri2 lain..

Ini hanyalah pendapat saya..warga Malaysia yang biasa..

Saya sentiasa mendoakan Tun sekeluarga diberkati dan dilindungi Allah hendakNya..

Tun idola saya,dulu,kini dan selamanya...

Jangan salah faham Tun... tu bukan rasuah.... apa yang dibuat oleh Pak Zzzz tu bukan rasuah... tak menyalahi undang2 pun... itu lah amalan Islam hadhari nama dia... itu lah amalan yang Pak zzz nak semua rakyat malaysia ikut....

Lagi lama Pak zzzz memerintah makin hancur ekonomi... apa ekonomi yang di rancang untuk kebaikan rakyat... untuk buka peluang pekerjaan... perniagaan dsbnya... koridor sana sini pun sapa yang untung... perlu sangat ke koridor2 nih...

Apa laa Tun pi pilih lahabu nih dulu hanya kerana semata2 dia setia... tapi laa ni apa dah jadi Tun... Tun menyesal silap pilih pengganti... kami rakyat yang kena tanggung bahana...

Apa pun Tun kami tak marah Tun... kuasa ekonomi yang Tun buat dulu cukup senang buat kami... tak ada beban sara hidup sangat... tapi dengan Pak Zzzz.... memang betul lah kata Tun tuuu... dia buat belanja duit kerajaan macam duit poket dia sendiri... tak payah bincang2 dulu dari mana nak dapat sumber kewangan... apa ada dalam kepala hotak dia pun kami tak tau... asyik bercakap benda2 yang mengarut nak rakyat terima bulat2 apa pemimpin hadhari kata... seolah2 depa tuu semua betul untuk kebaikan rakyat...

Hai kalau laa Pak Zzzz buat snap Election cepat... bagus jugak... cepat sikit boleh tamatkan pemerintahan BN selagi yang ada sekarang nih kaki mengampu Pak Zzzz saja...

Assalmualaikum Tun,

Well if orang bawahan buat it is call rasuah but if PM buat it is call wang pampasan...macam bagi duit RM625 per car. It was meant for low income people and it is limit to 5 claim per person...how can a low income person can have more than 1 car? For moto bike they can only claim not sure may be 125 or 150. pakcik pakcik yang susah tu kebanyakkanya pakai moto bagi le depa lebih sikit kot...itu kalu niat nak tolong le....

Well Tun we only have 1 of you in malaysia that have vision for the country others...hampeh...!!

Dear Tun,

your comments shed some light on the recent change of events.... I guess with the recent events the peoples attention has been diverted from this matter...

Take care,

Regards,
SB

Assalamu'alaikum Tun dan pemblog semua,

Apakah yang Tun utarakan itu memang benar. Tetapi kenapa kebenaran selalunya lambat mengatasi kebatilan?

Dalam sejarah dunia, pemerintah yang benar2 adil dan dalam kebenaran hanya dipelopori oleh para Nabi, Rasul, Khalifah Rasul(khalifah yg empat) dan para Mujaddid seperti Umar Ibnu Aziz. Sedang pemerintah yang sesat atau kebatilan terlalu banyak dan lama.

Umat Islam perlu faham bahawa akhirzaman ada janji Tuhan melalui lidah Rasulullah bahawa kebenaran akan kembali mengatasi kebatilan.

Saya ingin menarik perhatian bahawa semua yg berlaku dalam dunia ini ketentuan Tuhan.

Tuhan telah berjanji akan gilir-gilirkan kuasa kpd bangsa2 di dunia ini.

Dalam sejarah telah dibuktikan bagaimana pergiliran kuasa dunia berpindah dari satu bangsa ke bangsa lain berlaku setiap zaman.

Bila sesuatu bangsa itu akan jatuh, maka berlakulah sebab2nya, begitu juga sebaliknya.

Grand design Tuhan telah diterjemahkan dalam realiti kehidupan. Melalui janji Rasulullah, baki grand design akhirzaman sedang berlaku.

Pasrahlah kita pada Tuhan. Apakah Allah tidak campurtangan dalam apa yang berlaku? Sebenarnya bila sesuatu kebatilan akan jatuh, maka ada sebab2 yg Tuhan jadikan. Begitu juga bila kebenaran mulai pudar, maka Tuhan jadikan sebab2 kebatilan menguasainya.

Sekarang adalah giliran kebenaran akan menguasai dunia setelah dikalahkan oleh kebatilan selama lebih 700 tahun.

Semua sistem yang mendokong sistem kebatilan dunia akan tumpas satu persatu. Sistem kebenaran atas nama Tuhan yakni Allah akan naik dan mengembalikan kesejahteraan dunia.

HUJAH KEMUNCULAN SISTEM KHILAFAH(PENYELAMAT) DI AKHIR ZAMAN

1. Dalil Al Quran

Dan Allah telah menjanjikan kepada orang2 beriman di antara kamu dan yg mengerjakan amal soleh, bahawa mereka sesungguhnya akan dijadikan khalifah yg berkuasa di muka bumi inisebagaimana telah dijadikan khalifah orang2 sebelum mereka, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yg telah diredhaiNya untuk mereka, dan dia benar2 akan menukar [keadaan] mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentiasa’
An Nur: 55

2. Dalil Al Hadis

Dari Nukman bin Basyir, katanya…
‘Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap.
Datanglah Abu Saklabah lalu berkata” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’
Huzaifah RA lalu segera menjawab.” Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu.”
Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.
Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda.
“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu sepertiyg Dia kehendaki.”
Kemudian belakulah zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya.
Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (Zaman Fitnah -keamiran/beraja /zaman kesultanan ) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula.
Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman(Zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki.
Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as ) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
Kemudian Rasulullah SAW pun diam….
~Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalamkitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273.Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1,hadis nombor 5.]

nawawidahalan.blogspot.com

Salam Ayhanda Tun..

and all Bloggers...

Jika memberi sesuatu atas sebab tertentu kepada orang/kumpulan tertentu dengan tujuan untuk menutup perkara tertentu dan mendapat balasan tertentu demi kesenangan dan kepentingan peribadi itu sudah dianggap rasuah..berbanding jika beri sesuatu pada ramai orang tanpa ada tujuan tertentu untuk mendapatkan sesuatu sebagai balasan keatas diri demi kepentingan sendiri...

mmm...berbelit2 bunyinya... Yaa...sebab Perasuah memang Pembelit orangnya...tapi sayang.."Mereka2" inilah yang paling ramai berkuasa..

Patutlah..tak ke mana kita akhirnya..

Alangkah eloknya, jika Perasuah (pemberi dan penerima) dizahirkan rupa dan fizikal seperti seekor ular!!...tentu Zoo Negara meriahkan???...

Salam buat semua..

Salam Tun,
Sememangnya apa yang dilakukan oleh Pak Lah adalah rasuah halal yang dihalalkan oleh beliau sendiri dan kuncu-kuncunya!Sepertimana dia membelanjakan wang rakyat tanpa perancangan seperti itulah dia akan terus membelanjakan wang rakayat yang tinggal baki ini sewenang-wenangnya!

Sebagai rakyat saya amat muak dan jelek dengan perangai Pak Lah.

lord musan
SAYA BENCI DADAH..tapi saya masih benci Pak Lah!

http://lordmusan.blogspot.com/2008/07/tips-on-how-to-save-your-petrol.html

Saya juga amat tidak berpuas hati bagaimana duit rakyat boleh digunakan sewenangnya termasuk untuk berkempen semasa pilihanraya yang lepas.

Salam Y. Bhg Tun,

I've always supported you since you became the Prime Minister and I really admire you so much. We even shake hand when you was on the way out after the Friday prayers at Putrajaya mosque when you are still the Prime Minister. Keep on posting your comments Tun, as we Malaysians eagerly waiting from you every single day. Your comments really somehow make my day. May Allah bless you and family always.

"People are stupid; given proper motivation, almost anyone will believe almost everything. Because people are stupid, they will believe a lie because they want it to be true, or because they are afraid it might be true. People's head are full of knowledge, facts, and beliefs, and most of it is false, yet they think it all true. People are stupid; they can only rarely tell the difference between a lie and the truth, and yet they are confident they can, and so are all the easier to fool." - Terry Goodkind.

- sum up the mankind and the mindset of Malaysian politician and it's public.

Ybh Tun,

Negara jadi huru hara apabila kita mempunyai pemimpin yang berfikiran semua masalah akan selesai apabila di beri sesuatu, komplen sikit Rm 10 juta projek untuk kau, komplen sikit bagi Datukship....
Masalahnya Tun, ketika dalam Kabinet apa yang Pak Lah buat?? Takkan langsung dia tak belajar cara nak selesaikan masalah negara kita yang berbilang bangsa & agama tapi Melayu masih majoriti ni??

sudah terang lagi bersuluh itu ialah rasuah...tapi pm kita ni untouchable...kalau sentuh sikit banyak kaki-kaki ampu yang bising nanti..kalau nak rasuh pun guna la duit sendiri..jgn guna duit rakyat!dosa sendiri mau ingat!

Salaam Tun,

I would suggest future Prime Ministers to have an IQ not less than 135. In fact, all MPs should have IQ not less than 130, including opposition.

I know people who had worked in your office. What i can say is, you're a good man Tun.

"Age and wisdom don't always go together, I've found... Some people just become stupid with more authority." - Terry Pratchett.

Like someone we know... but who??? :)

A'kum Tun,
Memang dah banyak Gula2 yang Pak lah dah bagi Tun. saya rasa baru2 ni di kawasan beliau Kepala Batas pun dia dah tabur melalui NGO, begitu juga yang di belakang beliau masa sidang media tu.
Ex_gratia Tok2 hakim yang Zaid Peon dok pi hantaq pun kira gula2 juga Tun. lepas makan gula2 tu terus kutuk Tun..tak malu betul.
Sebenarnya Tun, Pak Lah ni betul ke? Dia tak faham ke yang rakyat ni bukan bodoh. Rakyat bertambah meluat dengan tingkah laku dia sekarang. dia ingat duit segalanya.

Semoga Tun berdua jaga kesihatan.

Wassalam

Memang patut pun anak Badawi ni letak jawatan.Tak pandai nak urus kerajaan langsung. Kalaulah TUN masih jadi PM, negara kita mesti OK, taklah teruk macam la ni....HIDUP TUN.

It's a bribery of the highest order...but well..no one is suprised our dear Tun. Even the so called Law minister chosen by current PM was an ex-criminal in money politic...and he's not even voted by the people.
Shame on you Pak Lah....!! You are a failure, a disgraced to Islam and history of Malaysia.

Greeting Tun M,
Never I have been so proud to be a Malaysian when you are the Priime Minister (my age is 43). But now..........sigh...
What I want to say had been said by my fellow Malaysian and I just want to add on something....A weak Goverment, rakyat will suffer...
Pak Lah....all you have to do is just give Tun M a call on his personal hp (unofficially) and ask his advice. Read his blog.. Learn from there.. Is that so difficult???!!! I don't think Tun M is a difficult person to talk to.. Beside, you are what you are today if not of him.
Long live Tun M!!!!

Assalamu'alaikum Tun dan semua pemblog

Apa yang TDM utarakan memang benar. Tetapi selalunya kebenaran itu lambat difahami dan diyakini berbanding kebatilan.

Saya ingin menarik perhatian bahawa semua yg berlaku dalam dunia ini ketentuan Tuhan.

Tuhan telah berjanji akan gilir-gilirkan kuasa kpd bangsa2 di dunia ini.

Dalam sejarah telah dibuktikan bagaimana pergiliran kuasa dunia berpindah dari satu bangsa ke bangsa lain berlaku setiap zaman.

Bila sesuatu bangsa itu akan jatuh, maka berlakulah sebab2nya, begitu juga sebaliknya.

Grand design Tuhan telah diterjemahkan dalam realiti kehidupan. Melalui janji Rasulullah, baki grand design akhirzaman sedang berlaku.

Pasrahlah kita pada Tuhan. Apakah Allah tidak campurtangan dalam apa yang berlaku? Sebenarnya bila sesuatu kebatilan akan jatuh, maka ada sebab2 yg Tuhan jadikan. Begitu juga bila kebenaran mulai pudar, maka Tuhan jadikan sebab2 kebatilan menguasainya.

Sekarang adalah giliran kebenaran akan menguasai dunia setelah dikalahkan oleh kebatilan selama lebih 700 tahun.

Semua sistem yang mendokong sistem kebatilan dunia akan tumpas satu persatu. Sistem kebenaran atas nama Tuhan yakni Allah akan naik dan mengembalikan kesejahteraan dunia.

HUJAH KEMUNCULAN SISTEM KHILAFAH(PENYELAMAT) DI AKHIR ZAMAN

1. Dalil Al Quran

Dan Allah telah menjanjikan kepada orang2 beriman di antara kamu dan yg mengerjakan amal soleh, bahawa mereka sesungguhnya akan dijadikan khalifah yg berkuasa di muka bumi inisebagaimana telah dijadikan khalifah orang2 sebelum mereka, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yg telah diredhaiNya untuk mereka, dan dia benar2 akan menukar [keadaan] mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentiasa’
An Nur: 55

2. Dalil Al Hadis

Dari Nukman bin Basyir, katanya…
‘Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap.
Datanglah Abu Saklabah lalu berkata” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’
Huzaifah RA lalu segera menjawab.” Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu.”
Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.
Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda.
“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu sepertiyg Dia kehendaki.”
Kemudian belakulah zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya.
Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (Zaman Fitnah -keamiran/beraja /zaman kesultanan ) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula.
Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman(Zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki.
Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as ) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
Kemudian Rasulullah SAW pun diam….
~Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalamkitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273.Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1,hadis nombor 5.]

nawawidahalan.blogspot.com

Assalamualaikum Tun,

Saya agak sedih dengan pendirian PM kita kini,yang begitu mudah menukar pendiriannya dalam masa yang singkat..belanjawan negara adalah sesuatu yang amat penting,akan tetapi beliau seolah2 tidak mempunyai perancangan yang tepat untuk negara..

saya masih teringat ketika negara dilanda kemelesetan ekonomi pada tahun 97/98..pada ketika itu Tun bergandingan dengan bekas Menteri Kewangan iaitu Tun Daim...dalam masa yang singkat,ekonomi negara pulih seperti sebelumnya....

agak mustahil utk rakyat bermimpi dan lihat Tun kembali menerajui kerajaan,walaubagaimanapun kami semua berdoa agar masih ada pemimpin seperti Tun..

semoga Tun dilindungi dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan oleh Allah s.w.t..

Salam terhormat buat ayahanda Tun,

Apa yang perlu rakyat buat bila pemimpin dah tak lagi memimpin? Harapan saya tinggi untuk Tun memimpin kami kepada pemimpin sebenar kita. Agar dapat kita nafikan orang yg tiada wibawa drp menjadi pemimpin Malaysia.

Wasalam

Ybhg. Tun,

GULA-GULA? Inilah hakikat yang terpaksa ditelan oleh rakyat jelata akibat pemerintahan flip-flop sekarang. Amat menyedihkan sekali apabila pemimpin politik berbicara tentang ekonomi, walhal mereka itu amat dangkal sekali menguruskan ekonomi negara.

Saya percaya, pendapat ahli ekonomi diketepikan begitu sahaja demi memuaskan nafsu mereka yang tamakkan kuasa, atas penderitaan rakyat. Apabila peranan EPU tidak lagi penting dalam pengurusan ekonomi negara, apa yang boleh kita harapkan?

Pemimpin sekarang sedarlah bahawa tindak tanduk anda sekarang bukan hanya dinilai di dunia yang fana' ini, malah bersedialah menerima akibat buruk akibat kegagalan anda menyempurnakan amanah sebagai khalifah di muka bumi Malaysia, di akhirat kelak.

Jangan hanya fikir untuk beretorik saja, buatlah tindakan yang BENAR dan WAJAR.

Teruskan perjuanganmu, walau sekadar 'blogging' Tun! Semoga Allah merahmatimu.

Salam Sejahtera Ayahanda Tun,

Semoga Tun dan Keluarga sihat sentiasa. Apa lagi yang hendak diperkatakan Ayahanda Tun. Zaman PM Flip Flop ni, banyak benda haram dah jadi halal. Zaman dia Islampun dah tukar kulit. Semoga Ayahanda Tun sihat untuk membimbing kami.

Wassalam.

Asalamualaikum Tun,

A good leader will know how to manage the country's resources without any conflict of interest (including his own personal interest). A good leader will not be pressurized by the "jungle law" just like we witness lately. A good leader will not be biased as well (as the case with Sarawak and Sabah). I have to admit, Sarawak and Sabah were a bit neglected before this (even during your time) perhaps the reasons are less populations at the East of Malaysia and not to mention corruptions at State-level means the money is not well spent for development and people and the list goes on. Then again, as an engineer myself I have to admit; managing limited resources will need to be accompany with proper feasibility study as well as its targeted priorities (as the case with our local oil and gas Petronas). Well, this is just my 270 cents (after reduced fuel subsidy). May Allah Bless you Tun! Amin.

Assalamualaikum Ayahanda Tun,

What an excellent article you wrote sir, pertaining to this I would like to express my feeling to malaysian...

Izinkan saya komen sedikit kepada rakyat Malaysia semua wahai ayahanda yang tercinta....

Saya rasa sikit pelik dengan rakyat Malaysia sekarang ni....kita dah tahu yang PM kita sekarang ni jenis FLIP FLOP tapi kita masih membisukan diri.....kita masih rela diperkudakan oleh PM & Co....kenapa? Kita merelakan semuanya.....persoalannya sampai bila kita nak menderita begini???

Kita dah tau terang terangan yang anak menantu PM dok conquer most of the companies in Malaysia yet we choose to be dumb.....why?

Saudara/saudari sekalian, saya dengar pagi tadi orang bagitau saya sekiranya kita tak buat apa2 menjelang oktober ini, kita bakal menjadi negara yang lebih miskin dari cambodia or should I say we will be poorer than the third world country.....apa kita tak takut ke dengan situasi macam ni....

Kalau tuan/puan ingat tujuan saya bercerita begini untuk mengajak anda semua menyokong PR.....No way....Depa lagi tak tau nak buat apa dalam keadaan ini....parti pembangkang adalah penglipurlara yang hebat.....dorang ni pandai cakap tapi nak buat tak reti....maaf la direct sangat ni ha...tapi inilah hakikatnya....Anwar takat dok cerita dia ada 30 MP nak terbang pi kat dia la....itu la ini la....dah tu skandal banyak pula tu....letih la kalau dia jadi PM kita...

Bagi saya orang yang paling layak meneraju Malaysia sekali lagi adalah tak lain dan tak bukan iaitu TUN DR MAHATHIR MOHAMAD....

Apa tuan2 dah lupa ka zaman 1998 masa kita punya ekonomi dok merudum...yang recover balik siapa? Yang mengikat mata wang USD pada rm 3.80 siapa? Anwar ka? Yang investor rasa konfiden nak mai Malaysia siapa? Pak Lah ka? Bukan tuan/puan.....ianya taka lain dan tak bukan...TDM jugaklah orangnya....betul tak?

Yalah kalau tanya orang2 Pak Lah depa semua kata negara jadi macam ni kerana peninggalan TDM dulu.....betui ka?....Kepada orang yang dok soal macam ni...saya nak kata satu ja...BUKTIKAN.....kalau tak jangan dok meraban cerita parpu...

Maafkan anakanda wahai Ayahanda Tun yang tercinta kerana anakanda menggunakan bahasa yang kurang enak di dengar....tetapi luahan ini datang dari hati sanubari anakanda sendiri...IKHLAS..

Saya memohon pada ayahanda, bantulah kami rakyat Malaysia yang masih menyokong dan masih mahu perjuangan diteruskan ini dengan 'MAGIC' ayahanda....tolonglah kami ayahanda...kami takde tempat nak mengadu lagi ni...PLS COME BACK AND SAVE US ALL....

Captain..

Hidup Tun,

Tun manusia yang berakal dan berilmu. Segala kata2mu, bernas belaka.

Semoga Allah Pelihara PENGHULU ISLAMku ini. AMIN....

Y.Bhg Tun,

Kepada saya rakyat marhain ini, memanglah suka bila Perdana Menteri(PM) umumkan peruntukan kewangan. Cuma anehnya mengapa PM asyik umumkan soal peruntukan kewangan ini di Sabah dan Sarawak sahaja. Lebih memelikkan apakah PM tidak lagi menggunakan instrument kerajaan seperti EPU yang menjadi nadi dasar pembangunan yang berada di JPM.

Hakikatnya PM sekarang suka menjawab dan menyahut cabaran. Apabila menghadiri sesebuah majlis, bila dijolok oleh sesiapa juga yang berucap lebih awal dari Perdana Menteri dengan memohon atau mencadangkan sesuatu yang melibatkan peruntukan, maka bila PM membuat ucapan perkara nombor wahid yang dia akan cakap ialah memberi response kepada ucapan yang awal dengan meluluskan peruntukan yang diminta. Mungkin dia suka dengan tepukan gemuruh bila mengumumkan sesuatu di depan hadirin yang ramai. Pada hal perkara itu baru merupakan cadangan. Contohnya apabila YAB MB Trengganu berucap dalam suasana gembira di majlis penutup SUKMA dimana Trengganu menjadi Johan dan Tuan Rumah SUKMA pada 9 Jun 2008. Bila MB jolok sahaja dengan mencadangkan agar Kerajaan Pusat mendirikan Sekolah Sukan di Trengganu. maka PM pun terus setuju dan umumkan. PM dah lupa apakah hasil sekolah sukan di Bukit Jalil. Mustahil bagi kerajaan mengumukan sebuah sekolah sukan lagi di Melaka pada tahun 2010 apabila Melaka menjadi tuan rumah sukma.

Jika begitulah tabiat PM, maka memanglah boleh dibuat kesimpulan, PM suka beri "gula-gula" pada "budak-budak" yang merengek atau memuji PM baik. Adakah pemberian Sekolah Sukan di Trengganu oleh PM dijadikan sebagi modal menebus kesilapan membantah hasrat YDP Agung melantik MB Baru?. Jika benar atau ada sedikit kebenaran, maka tepatlah kata Tun, bahawa PM bolah dikatakan sebagai memberi rasuah dalam mengekalkan kuasa.

Walaupun begitu, untuk makluman Tun , apa yang dijanji atau disampaikan oleh PM belum tentu akan dilaksanakan.. sebab bila PM buat 2nd tort, maka dia tidak jadi laksanakan. Umum hal minyak tidak boleh dibeli oleh kenderaan luar negara, dua hari sahaja bertukar, umum gaji kerajaan 2 kali sebulan, pun ditukar. Yang pening pegawai bawahan.... penat bekerja di bawah PM.. sebab asyik tukar dasar.

Untuk cacatan: Tun adalah PM yang paling kurang umum peruntukan diluar Parlimen. Tun hanya umum dasar sahaja. Tapi kawan-kawan saya cakap Tun kedekut.. sebaliknya pada saya Tun serahkan hal ehwal umumkan peruntukan ini kepada Tun Gafar (Allahyarham) yang menjadi TPM dan Menteri Pembangunan Luar Bandar.


Semoga Tun terus membuat analisa.

Memang benar apa yang Tun cakap. Tapi berbalik kepada soal pokok perkara ini adalah berpunca disebakan oleh agenda politik Tun sendiri. Sebab Sabah dan sarawak Tun yakin boleh menyumbang kemengan seratus peratus Tun memperalatkan parlimen dan SPR untuk memberi peruntukan kerusi sebanyak 45% di parlimen kepada Sabah, Sarawak dan Johor. Kini lihat apa yang telah berlaku? itulah akibatnya apabila untuk berkuasa buat kerja tak ikhlas. Kini Pak Lah pula terpaksa tanggung beban atas perbuatan Tun pada masa itu. Tun patut mengaku bersalah jugalah. tolonglah jangan asyik salahkan Pemimpin Berjiwa Cemerlang Pak Lah. Sedih saya dengar setiap klai Tun menghantanm Pak Lah dan paling sedih Tun cakap seolah-olah Tun ini innocent sangat. Janganlah macam ini ....

Kenapa Tun pula sekarang tak puas hati dengan belanja tambahan dalam yang diumumkan oleh Pak Lah tu? kalau parlimen tak luluskan memang pak lah tak leh keluarkan. Dan Lagipun manalah rakyat nak tahu betul atau tidak duit itu memang benar-benar sampai atau tidak.

Zaman Tun pun ada juga belanja duit macam duit sendiri juga dalam bail out beberapa syarikat seperti MAS, PERWAJA steel , renong dan ada lagi kot . Biarlah Tun duit kerajaan milik kerajaan bukan milik rakyat... Sebenarnya orang Asia memang layak dijajah dan mereka ini tak ada otak untuk mempertahankan sistem-sistem yang menjadi tunggak sesebuah negara.


www.chedet-unlimited.blogspot.com

assalamualaikum..

1.pemberian insentif berbilion ringgit mmg tidak wajar sementelah pula wang tersebut bukan termaktub dalam mana-mana rancangan malaysia. sebab itulah pemimpin kerajaan pucuk pimpinan khursusnya perlu meneliti latarbelakang pemimpin yang akn dicalonkan dalam setiap pilihanraya. Jgn cari pemimpin yang suka jadi 'katak'.

2.pemimpin yang benar2 berkhidmat untuk rakyat tidak akan jd katak hanya yang gila kuasa dan tiada pendirian sahaja yang jadi 'katak'

3. Kalau pemimpin yang dilantik BN atau komponen BN adalah dari orang2 yg setia dan berkhidmat utk rakyat,PM tak perlu takut ahli Parlimen mereka jd katak dan x perlu jga berbilion-bilion ringgit dibelanja utk perkara yang membawa kepada rasuah politik.

4. Caranya? - pemilihan ahli parlimen dan DUN mesti menyeluruh dan bukan kerana faktor2:

1-Seat- kerusi atau kuasa
2-Puteri - mengorat sayap puteri untuk tambah kuata bini
3-Projek - projek semua dia yang kawal dan peratus nilai projek dia nk ambil.

5. kalau ada org macam tuh yang kaya dia sorang yang lain terus miskin.

6 tapi TUN, orang kita ni bila dah orang bagi gula-gula depa ambil saja. kalau macam tu macam mn cerita?

http://www.nasionalismuda.blogspot.com

Dearest Tun,

Hope you are well and in good health always.

Again, you are spot on on the way the government is spending the people's money. The Sabahan and the Sarawakian are becoming very powerful nowadays trying to get everything that they want. The simplest example are the extension of the rebate for 3.0 liter cars, only for Sabahan? How about other rakyat who have voted for them in other states? Yg Berbahagia Tun, please expedite the formation of new political party or for you to regain the control of UMNO & BN again...we have suffered enough and it's time for the change to happen NOW, before it is too late.

Take a good care of your health because the country and the rakyat still need you!

as'kum Tun..

saya ni org sabah juga..memang dorang suka tabur duit di sini..berjuta-juta..tapi x taw pegi mana duit tuh..masih juga kawasan pendalaman miskin..buat jalan-raya, p cari tmpat berbatu mo claim VO..progress behind..buat sekolah, mo yg besar-besar..smpai x penuh pelajar dlm sekolah sebab terlalu besar..berbillion mana pun peruntukan di sini, tapi klaw x pandai mengurus duit tersebut..akhirnya jadi habuk juga..hasilnya sikit..Projek2 besar, suma pun bagik ali baba..hambik % ja..tu pun boleh untung..amik 10% pun boleh untung..d harap kerajaan sabah ni kaji balik kos projek tersebut..biar berpatutan..agar kawasan2 yang lain dapat merasai nikmatnya..jangan satu kawasan dpt banglo, kawasan lain masih lagik rumah kampung..klaw boleh, biarlah sma2 rumah teres..nti sma2 bertukar ke rumah banglo..org2 politik, bila nampak peruntukan banyak ke sabah, mata dorang pun sda jadi simbol wang ringgit..kontraktor sda stand bye..tunggu turn..apa mo jadi ni..urg miskin tatap miskin..urg kaya makin kaya..

aslm wbt,

mmm... i dont know who to trust n who to choose...

salam Tun,

nampaknya di pagi yang indah ni "best friend" Tun dah tak senang duduk la,blog Tun kena komen kat utusan.Terus berjuang Tun because we know u are not lying.We all behind u and we love u.

Ni full news nya from today utusan dan komen saya:

PM: Satu pengkhianatan Perbuatan sebar fitnah, bohong timbulkan persepsi negatif negara


PUTRAJAYA 7 Julai – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, perbuatan pihak tertentu menyebarkan fitnah dan pembohongan secara meluas sehingga menimbulkan persepsi negatif yang mengetepikan kebenaran merupakan satu perbuatan khianat terhadap negara.

MY COMMENT: SIAPA YG BOHONG SIAPA NI?

Sambil meminta gejala itu dihentikan segera, Perdana Menteri menegaskan, suasana yang meresahkan rakyat itu berpunca daripada tingkah laku segelintir pihak yang ternyata tidak menghormati prinsip-prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan.

Beliau berkata, pembohongan yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan media Internet seperti laman blog dan klip video dalam YouTube merupakan usaha untuk menggemparkan fitnah-fitnah berkenaan dan ia tidak mendatangkan kebaikan kepada negara.

MY COMMENT:TIDAK MENDATANGKAN KEBAIKAN KPD NEGARA OR PADA PAK LAH?

“Prinsip-prinsip Rukun Negara nampaknya telah ternoda. Kalau tidak banyak, sedikit demi sedikit ia mula terjejas.

“Amat menyedihkan dengan keadaan yang berlaku... semuanya datang daripada sikap, perbuatan serta tindakan kita.

MY COMMENT: TINDAKAN HANG LA PAK LAH OI YG SEBABKAN SEMUA TU

“Kebenaran undang-undang kini tidak dihiraukan, kesopanan dalam hidup tidak diambil berat hatta kedaulatan raja menjadi isu seperti yang ditimbulkan dalam media,” kata Abdullah ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini hari ini.

MY COMMENT: MEDIA SKARANG NI SAPA YG PEGANG REMOTE KONTROL, KAN PAK LAH JADI SALAH SIAPA?

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Menurut Abdullah, perbuatan segelintir pihak yang berusaha mewujudkan persepsi melalui pelbagai tuduhan dan cerita bohong menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan rakyat.

MY COMMENT: SAPA YG TIDAK SELESA TU PAK LAH/RAKYAT?

Katanya, gejala itu tidak memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang bersopan santun dan berbudaya.

MY COMENT: RAKYAT MEMANG DAH TAK YAKIN PADA PAK LAH PUN.NAK KATA PEKAK BOLEH DENGAR,NAK KATA BUTA ADA MATA SEHAT,BACALA HASIL PILIHANRAYA BARU NI,RAKYAT MANA YG YAKIN PADA PAK LAH?

Malah, kata beliau, ia juga tidak mencerminkan bahawa rakyat negara ini mempunyai kekuatan untuk menjadi bangsa yang maju, berjaya dan menikmati kebahagiaan.

MY COMMENT: MACAMANA NAK MAJU TENGOKLA SAPA PM SKARANG NI FLIP FLOP,KERAJAAN YG DIPIMPIN DAH MAKIN LEMAH,TENGOK LA HASIL PRU,PARTI BN SENDIRI DAH MULA NAK UNDI TAK PERCAYA

“Kita semua mesti perbetulkan gejala ini, jangan dilayani semua ini tetapi malangnya ia menjadi perkara yang sangat diminati dan menjadi buah mulut dengan cerita-cerita yang sengaja dipanjang-panjangkan,” katanya.

MY COMMENT: RAKYAT TAK BUTA,PEKAK LA,SEMUA SEHAT2 OTAK CERDAS BERKAT DIDIKAN TUN.NAK BETULKAN KEADAAN LETAK LA JAWATAN.GILA KUASA BETUL ORG TUA NI.

Abdullah mahu rakyat tidak terperangkap dengan situasi fitnah-memfitnah sekarang dan terlalu percaya kepada persepsi sehingga mengetepikan kebenaran.

MY COMMENT: SAPA YG TERPERANGKAP SKARANG PAK LAH KE RAKYAT?MCMANA NAK KTEPIKAN KALAU FITNAH ITU SEBENARNYA BUKAN FITNAH DAN IANYA BENAR.BACA LA TULISAN TUN SATU SATU PAKAI KANTA.SKARANG SIAPA FITNAH SIAPA?

“Sebenarnya apa yang benar dan tidak benar tidak dikisahkan lagi, yang penting adalah persepsi. Inilah yang mempengaruhi pemikiran, sikap serta pilihan untuk kita membuat tindakan dan keputusan tertentu,” ujarnya.

MY COMMENT: NAMPAK SANGAT NI LAH KEPERIBADIAN PAK LAH.YG BATALKAN PROJEK UTK RAKYAT BARU2 NI SAPA SEBAB TAK UNDI PAK LAH.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mahu agensi-agensi penguatkuasaan seperti pasukan polis memberikan tumpuan kepada usaha memastikan keamanan dan keselamatan terus wujud di negara ini.

MY COMMENT:TAK PAYAHLA GANGGU TUN DAN BLOGGERS LAIN,RUMAH JIRAN SAYA KENA ROMPAK NGAN INDON KENA IKAT SATU FAMILY MANA POLIS MERONDA WAKTU TU? JENAYAH MENINGKAT,ANAK PEREMPUAN KENA CULIK TAK JUMPA,NI YG PATUT DI BERI TUMPUAN.

“Keamanan mesti menjadi keutamaan, penguatkuasaan mesti terus tegas dan berwibawa untuk menjalankan tugas. Rakyat mesti diamankan daripada rasa takut dan bimbang.

MY COMMEN:MANA KAMI TAK BIMBANG MINYAK NAIK GAJI TAK NAIK.

“Mereka mesti diamankan daripada rasa takut kepada kekurangan makanan, daripada segala ketakutan terhadap keselamatan diri dan keluarga.

MY COMMENT: KAMI TAKUT PADA TINDAKAN PAK LAH,MANA ANAK CUCU MELAYU NAK LARI KALAU DIKUASAI PEMBANGKANG YG BEPAKAT NGAN ANTI MELAYU PUN BAGITAU NEWSPAPER SINGAPURA BAGUS LA PAK LAH TAK STEP DOWN BIAR SENANG DEPA TERKAM.

“Rakyat mesti diyakinkan bahawa apa yang kita usahakan pada waktu ini adalah untuk masa depan yang lebih maju, berjaya, lebih selamat dan aman untuk kita semua,” tegas beliau.

Pada masa sama, Abdullah turut meminta kakitangan kerajaan memastikan pelaksanaan program-program bagi membawa kemajuan kepada rakyat dan negara terus berada pada tahap yang tertinggi.

“Kita semua sedar dan sudah nampak, hanya kita dan Tuhan yang tahu... apa yang penting kita mesti jujur dan ikhlas menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan tekun.

“Dalam pentadbiran, kita mesti tunjukkan tanggungjawab dan azam yang tinggi untuk meneruskan usaha memajukan negara dan bangsa.

“Ini cara kita bertindak. Ini menjadi ingatan kepada saya, Timbalan Perdana Menteri dan sahabat-sahabat lain bahawa kita perlu mengutamakan pembangunan demi masa depan negara dan rakyat,” katanya.

MY COMMENT: PENAT LA NAK KOMEN BANYAK SANGAT.ASIK KUTUK PAK LAH SAYA PUN TAK SAMPAI HATI.TAPI MOSTLY RAKYAT TAK PEKAK,BUTA.

Dear Tun,

Continue writing! We learn more from you.

Salam Tun,

Ramai bersetuju bila kita melihat masalah yang dihadapi penduduk Sabah mengenai isu pendatang asing dan tahap kemiskinan yang tinggi, negeri ini memang perlu peruntukan wang yang lebih untuk mengatasi masalah tersebut.

Tetapi memandangkan tindakan PM untuk memberi peruntukan yang telah di'fast-track'kan bernilai berbilion ringgit setelah menerima ancaman daripada negeri tersebut tanpa menghiraukan prosidur-prosidur yang perlu dilalui, ini boleh dianggap sebagai satu penyalahgunaan kuasa.

Ini kerana duit tersebut segera diperuntukkan untuk mendapat sokongan politik terhadap beliau dan bukan untuk kebaikan rakyat di negeri tersebut.

Jikalau setiap pemimpin membuat tindakan-tindakan 'knee-jerk' tanpa kajian, perancangan dan mendapat kelulusan daripada badan badan tertentu, maka ini akan memudaratkan lagi keadaan ekonomi negara yang sudah genting.

Ini kerana tanpa kajian dan perancangan yang mendalam, kita tidak boleh pasti sama ada rakyat akan menerima manfaat yang sepatutnya daripada peruntukan tersebut.


Salam Tun ..

Hari nie paper Utusan Malaysia..Serawak minta RM 4 bilion lagi tambahan peruntukan..mari kita lihat mcm...

Itulah ..bila kita kata kepimpinannya lemah..dia kata dia masih kuat.

Kuat apa..kalau boleh diugut begitu...

Konspirasi DAP dan Pas Untuk Menjatuhkan Anuar Ibrahim
Contributed by taminsari on Friday, July 04 @ 19:39:17 MYT

Di dalam kes liwat terbaru Anwar Ibrahim, beliau menuduh kerajaan BN melakukan konspirasi untuk menjatuhkannya. Setelah keluar dari Kedutaan Turki, Anwar Ibrahim telah menceritakan dengan panjang lebar kepada CNN.com melalui ( tele-interview ) mengenai dakwaan beliau terdapat kewujudan konspirasi politik, ugutan membunuh dan sebagainya. Isu terbaru Anwar Ibrahim ini telah mendapat liputan yang sangat meluas dikalangan para media antarabangsa.

Ditengah-tengah kekecohan ini, Amerika Syarikat tanpa segan silu mengecam tindakan Malaysia dan tidak mahu Anwar Ibrahim disiasat. Amerika Syarikat (AS) menyatakan yang ia menentang siasatan atau pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim yang bermotifkan politik. Penulis tertanya-tanya, siapakah Anwar Ibrahim sebenarnya dan mengapa AS mahu melindunginya. Adakah Anwar Ibrahim seorang rakyat Amerika ataupun ejen Amerika dan yahudi?


Kalau tidak takkan Amerika beria-ria mahu melindunginya. Adakah Amerika berhak untuk masuk campur dalam urusan negara ini. Penulis tidak dapat bayangkan apa yang akan terjadi kepada negara jika Anuar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Berbalik kita kepada cerita lama mengenai Anuar Ibrahim. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Karpal Singh dan Mat Sabu, Naib Presiden PAS sekarang adalah merupakan orang pertama yang mendedahkan salahlaku seks Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 semasa DAP mengadakan Konvensyen mereka di Kuala Lumpur. Karpal Singh telah menegaskan di hadapan ahli-ahli DAP di konvesyen itu dan mendakwa bahawa dia mempunyai bukti bahawa Timbalan Perdana Menteri pada masa itu melakukan salahlaku seks yang teruk. Dia turut mencabar Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir mengambil tindakan ke atas Anwar kerana salahlaku seksnya dan membicarakan Anwar. Pendedahan salahlaku Anwar oleh Karpal Singh berlaku 5 bulan sebelum salahlaku seks Anwar didedahkan kepada umum oleh Dr Mahathir.

Pelik tetapi benar, apabila dua orang pemimpin Pakatan Rakyat adalah orang pertama yang membuat tuduhan terhadap Anwar dan hari ini mereka amat menyanjungi Anwar. Tentu sukar untuk mempercayai bahawa orang yang sama membuat dakwaan pertama tentang salahlaku Anwar ialah orang yang sama turut menjadi sebahagian daripada pasukan peguambela Anwar dalam kes tersebut. Tetapi kenapa Karpal Singh yang pernah menuduh Anwar dengan tuduhan tersebut, bertindak menjadi peguambela bagi kes yang sama? Tidakkah ini kelihatan seperti “ada udang di sebalik batu “? Lebih menghairankan lagi apabila Anwar sendiri rela diwakili oleh Karpal Singh yang pernah menuduhnya melakukan salahlaku seks. Atau adakah disebabkan dendam Karpal Singh terhadap Tun Dr. Mahathir pada masa itu?

Penulis berpendapat Anwar bersetuju menerima Karpal sebagai sebahagian pasukan peguambelanya kerana beliau tidak perlu malu dan segan untuk dia meluahkan segala rahsia seksnya kerana yakin Karpal sendiri sudah mempunyai maklumat yang sama apabila membuat dakwaan sebelum ini. Jadi Anwar tidak perlu berselindung dengan Karpal dan memudahkan Karpal Singh mengatur strategi untuk membela Anwar dalam perbicaraan nanti. Pada masa itu, Karpal Singh mengambil peluang ini untuk menawarkan khidmatnya sebagai peguambela Anwar. Karpal sedar bahawa Anwar akan terpaksa mendedah segala maklumat penting bagi membolehkannya membela Anwar.

Jadi, boleh disimpulkan bahawa setiap sejarah hidup, perilaku dan tindakan yang pernah diambil oleh Anwar sudah berada di tangannya. Karpal juga mengambil kesempatan untuk menjadi popular apabila membuat tuduhan bahawa ada konsipirasi untuk membunuh Anwar menggunakan asernik dan sebagainya. Hakikat sebenarnya tuduhan konspirasi ini tidak pernah wujud kerana apabila diperiksa oleh pihak doktor tiada sebarang sisa arsenik dalam tubuh badan Anwar. Malah jika benar dakwaan Wan Azizah bahawa Anwar disuntik oleh virus HIV, penulis yakin Anwar sudahpun meninggal dunia hari ini kerana penyakit AIDS. Tidakkah Anwar sudah masuk ke perangkap Karpal Singh sehingga beliau bebas melakukan segala bentuk konspirasi selepas ini? Tidakkah Anwar telah dicucuk hidung dan bakal diheret kemana-mana oleh DAP.

Kenapakah sekarang DAP dan Karpal Singh setuju sebulat suara untuk melantik Anwar sebagai PM sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan Kerajaan Pusat.
Alasannya cukup mudah dan hebat!. Semasa menjadi peguambela Anwar, Karpal telah berjaya mengumpulkan banyak bukti hasil pengakuan Anwar sendiri dalam usaha untuk membebaskan dirinya daripada tuduhan salahlaku seks. Penulis yakin Karpal Singh dan DAP masih menyimpan bukti-bukti ini bagi mengawal tindakan Anwar apabila dia menjadi PM nanti. Kita tahu bahawa sememangnya terdapat peruntukan undang-undang yang mewajibkan peguam menyimpan rahsia anak guamnya.

DAP dan Karpal Singh mandapat faedah yang besar jika mereka berjaya memastikan Anwar Ibrahim mengikut telunjuk mereka dengan bukti-bukti yang ada pada Karpal. Anwar yang sememangnya gilakan populariti sudah pasti tidak berani untuk melawan kerana bimbang rahsia yang memalukan akan terdedah kepada umum terutama penyokongnya yang setia. Jika ini berlaku, setiap tindakan dan keputusan Anwar tentunya akan memihak kepada Karpal Singh dan DAP. Pada masa itu nanti, orang Melayu hanya mampu melihat tanpa dapat melakukan apa-apa tindakan. Jadi siapa sebenarnya yang melakukan dan mengatur konspirasi, DAP dan Pas ataupun Barisan Nasional?

Nasihat kepada Anwar Ibrahim supaya jangan pandai membuat tuduhan melulu kepada kerajaan. Belajarlah dari pengalaman yang lepas siapa yang sebenarnya melakukan konspirasi terhadap anda. Ingat satu jari anda menuding kepada orang lain, empat jari menuding kepada anda kembali. Tidak hairanlah kalau Karpal Singh menyokong kecaman Amerika terhadap Malaysia untuk menunjukkan sokongannya terhadap Anwar sebagai membalas sokongan Anwar mempertahankannya dalam kes biadapnya terhadap Sultan Perak. Anuar dan Karpal Singh ibarat lagu dan irama yang tak dapat dipisahkan. Jika kes liwat terbaru ini naik ke mahkamah, adakah Anuar akan melantik Karpal Singh sebagai peguambelanya. Sama-samalah kita tunggu dan lihat...


Salam Tun

Saya sangat sedih dengan perkembangan ini,beginikah wang rakyaat telah dibelanjakan mengikut sesuka hati, sedangkan ia tidak termasuk dalam mana-mana perbelanjaan tahunan, sampaibila kah wang ini akan diperuntukan dan berapa banyakkah ia akan digunakan, bilakah tarikh akhir pencapaian matalamat ini, setelah menaikan harga minyak dan harga makanan lain yang turut menyeksa kehidupan kami, yang terpaksa memasukan segengam beras dicamur denan keledek, menaiki motosikal setiap hari ketempat kerja,kalu hujan yang selalu lewat sampai ketempat kerja,selain sentaiasa berhadapan dengan maut dijalanraya yang tidak memiliki laluan motosikal, apa setelah memberi kesusahan kepada kami maka ada orang lain pula menikmati kesenangan, tidak boleh kah kita sama-sama susah ketika ini? atau tuan tuan yang menerima peruntukan ini tidakkah dapat merasakan bahawa kesenangan kamu itu adalah dari kesusahan kami Ha. hah.. Pekak Ke?

KESIHANI LAH KAMI .

Kami sekeluanga merindui pemerintahan TUN

Salam Ayahanda Tun,

Memang tepat apa yg Tun katakan....DSAAB bertindak tanpa berfikir panjang dlm banyak perkara...gula2 manisnya sekejap sahaja...bagaimana agaknya Bajet 2009?????!!!!
Funny...how everything was roses when we held on to the guns..
semoga Tun sihat dan panjang umur...

dear tun,

the government has not been prudent and exercise frugality in managing the country. excesses and nepotism now beset our PM. the policies of the government in assisting the poor and middle income wage earners will be my concern. the people are not having a good life due to increase inflation and soon crime level will follow in tandem.

i think this period is a blessing for malaysians in general to learn how to curb wastages and educate children on the lesson of being frugal. money is harder to earn and easily spent nowadays due to the increase of food merchandise and a more affluent lifestyle both in the city and also in smaller towns.

i would like to see more campaigns and ideas to inform the general public through the media, to save money, make life healthy and exercise more. there was a time you advocated spending money, i remembered. but really, in this trying times, the government should lift the economy, encourage savings and relieve taxation.

in a way the middle income and the poor have real life situations on making do with what they have. education and jobs are what we are most concern. the communists have had always a good solution for leadership problems - just send them to the firing squad.

Perbelanjaan Kerajaan sekarang semakin tidak terurus dan terancang. Apakah mereka tidak sedar bahawa wang yang ditabur seakan gula-gula yang hanya manis sementara dan tidak mengenyangkan. Apabila manisnya sudah hilang, mereka akan meminta lagi gula-gula itu. Apa yang lebih diperlukan ialah makanan yang sebenar (projek-projek pembangunan). Adalah malang jika projek-projek pembangunan ditangguhkan untuk perbelajaan yang tidak bermanafaat dalam jangka panjang.

salam Tun & rakan blog semua

Di antara tabiat para ulama dan pemimpin di waktu orang sudah tidak lagi memberi ketaatan kepada mereka, cuma mereka ditakuti. Mereka akan menuduhlah golongan-golongan yang masih taat dengan pemimpin, jangan fanatik kepada pemimpin. Islam melarang fanatik kepada pemimpin. Sebenarnya hati kecil masing-masing ingin dan senang ditaati kerana sekali-sekala berlaku kepada mereka kesalahan dan kesilapan seperti rasuah, menyalahgunakan kuasa dan lain-lain. Ada golongan yang masih mentaatinya elok pula tiada kedengaran mengatakan jangan fanatik. Sudah nyata pemimpin bersalah masih hendak dipatuhi lagi?!

may God bless u..

luv u 4eva Tun..

Salam untuk Tun serta keluarga

Rasuah????
Buat kenduri Doa Selamat sebelum penamaan calon, Rasuah. Bagi anak duit supaya rajin belajar, Rasuah. Belanja kawan2 makan, Rasuah. Buat baik dengan orang2 tertentu, Rasuah. Kalau bagi, Rasuah namanya.

Bantu Sabah/Sarawak, bukan Rasuah. Bantu Peneroka FELDA bukan Rasuah, Bantu anak dan menantu, bukan Rasuah. Kalau bantu, bukan rasuah namanya.

Sebenar2nya perkataan Rasuah adalah istilah sahaja Tun, ianya terpulanglah kepada orang2 yang tertentu untuk mentafsirkannya.
Kena tanya BPR istilah RASUAH kerana orang BPR tak pernah RASUAH.

Tak nak jumpa Najib tapi nak jumpa Tun.
Hidup Tun!

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Ayahanda ,

Pentadbiran PM sekarang seolah-olah cacamarba tak tau hala tujuan kerana dibarisi oleh panasihat-penasihat yg mementingkan kepentingan diri dan aksi 'mengipas' pemimpin. Orang yg bijak pandai tidak boleh meluahkan pendapat masing2 . Bahkan pemimpin negara kita seolah2 tiada pendirian dan asyik tunduk kpd kuasa luar . Hampir jelas skrg bahwa kuasa asing sewenang2nya gemar mengatur siapa bakal PM M'sia dan tidak suka kpd pemimpin yg gemar menentang mereka . Inilah yg berlaku skrg dan Yahudi memang tidak suka kpd pemimpin yg menghalang misi mereka . Sebab itu ada beberapa pemimpin Melayu M'sia skrg yg Yahudi merancang agar tidak dilantik mereka ini sbgai PM M'sia . Kenapa tekanan begitu diberikan kpd umat sebelah sini ? Tun tentu tahu sebab dari dulu lagi Tun memang lantang bersuara sehingga dituduh anti-semitik . Jelas di dalam AlQuran dan Sunnah Rasullullah telah dinyatakan kenapa alam sebelah sini begitu digemari oleh Yahudi utk campurtgn dan seterusnya mencetuskan kacau-bilau spt di M'sia skrg dan Selatan Thai. Oleh itu org Melayu mesti bersatu utk kepentingan agama, bangsa dan negara . Yg penting kembali kpd ajaran Islam sebenar bukan 'ala PAS' kerana AlQuran & Sunnah adalah senjata umat Islam melawan Zionis.

Semoga Tun sihat walafiat dan memang saya bersetuju tdpt konspirasi utk menjatuhkan Dato' Seri Najib. Saya telah membaca buku karangan Michael Collins Piper spt Final Judgement yg membongkar bahwa John F kennedy , Robert Kennedy telah dibunuh oleh agen CIA kerana JFK tidak bersetuju dgn Presiden Israel Ben Gurion manakala Richard Nixon telah dijatuhkan dgn skandal Watergate yg direka oleh agen CIA dan Israel agentMossad kerana disebaliknya terdapat usaha oleh Raj Faisal dan Nixon utk meyelesaikan isu Palestin-Israel .Oleh itu , sbg umat Islam sy bersama dgn Tun menyokong agar negara tidak dijajah oleh pemimpin yg berkiblatkan Israel ini .
Wassalam .

AAB is not a true leader for us Malaysian. He is more of a follower and could not tackle problem fast.He is afraid but not able to admit it. and proud to seek for your opinion.He thinks that he get the support but he is wrong.We Malysian are sick and tired of him, and he should step down with immediate effect.He releasing Anuar was the biggest mistake he made, not following with your instruction to follow up on project follow up such as the new bridge straigt or crooked & removal of the existing Johore causaway was the second mistake, His ego and pride thinking that he can makes things right, after failure to win even his own state and losing 5 other states to the opposition in the previous election, and very fast to take the swearing as PM.
Tun Please help us.We hope to see changes fast but unfortunately nothing has happen. The present goverment has casused more harm than good such as the Lingam case where they finally paid the Judges and trying to tarnish your reputation. Tun we love you and Malysian are always close to you.Glad to have met you personnaly, and not only manage to shake your hand but to chium your hand and I will never forget that moment, during the KLCC Book convection dated 29th May 08'your letter to the world leaders.
Take good care of your health Tun we love and care for you and your family.

skrg ni..pak lah risau kerusi2 sabah ni lompat si katak lompat..supaya x nak lompat..bagik la gula2..klaw tak bagik gula2..nanti mereka lompat n lompat n lompat sampai rumah banglo roboh..so, bagik ja la gula2..biar la mereka hisap gula2 tersebut sampai habis dan kenyang...hakikatnya, rakyat sabah masih juga rumah kampung..hampeh jak suma nie..drama anak bapak..merajuk di pujuk..renung renung kan...

Malaysia akan jatuh ke tangan pembangkang pada PRU seterusnya..bukan kerana rakyat nak sangat undi pembangkang, tapi sebab nak menjatuhkan kerajaan sekarang...nak ajar kerajaan sekarang bahawa rakyat teramat benci kepada kerajaan sekarang..Pak Lah dan kuncu-kuncu, sedarlah korang tu tak sehebat mana...tak sehebat seperti yang digembar gemburkan dalam akhbar sekarang...

Sedar LAH
Blah LAH
Berambus LAH
Letak jawatan LAH
STEP DOWN LAH!!!!

Dear Tun,

Memang tepat sekali pengamatan Tun. Perdana Menteri Abdullah telah kehabisan modal tetapi masih ingin berkuasa. Jadi dengan mudah beliau mengunakan wang rakyat untuk merasuah. Tetapi apa yang sangat menghairankan ialah masih ada lagi ramai pengikut UMNO yang mersa banga dengan kegiatan ketua mereka. Lihat sahaja gelak ketawa pemimpin UMNO Pulau Pinang (yang mungkin telah mendapat habuan masing masing) menyokong pemimpin yang amat kekeringan idea. Inilah tanda tanda kejatuhan UMNO.

Pemimpin sangat sombong dan bongkak. Pemimpin yang telah terpisah dengan dunia sebenar. Rakyat menderita dan sengsara tetapi pemimpin tidak mementingkan itu semua. Yang penting hanya untuk terus berkuasa.

Kini Tun hanyalah orang biasa. Segala pandangan Tun tidak di pandang endah. Mengapa perkara begini terjadi Tun? Mengapa Melayu Abdullah Badawi begitu mudah lupa. Mengapa Badawi begitu lupa budi dan jasa Tun. Mengapa Badawi membiarkan Tun seperti anjing menyalak bukit. Mengapa??? saya tidak faham. Saya benar benar tidak faham.

Tun,
again i salute you. Your opinion & revealation is needed for this country.

http://sembang-kopitiam.blogspot.com/

Assalamualaikum Tun,

AAB kan kerajaan tiga beranak. Nak guna duit kerajaan untuk tujuan apa pun siapa nak marah? Menteri Kabinet? Hilang jawatan nanti. Ahli parlimen? Nanti tak dicalonkan semula. Pembangkang? Mereka pun sama teruk.

Nak menghasilkan duit tak pandai. Nak menghabiskan duit memang dia pandai.

entahlah... malang sungguh dapat PM macam ni.


P/S:- Apa cadangan anda untuk gelaran PM ke-5 kita ni. Tun dengan BAPA PEMODENAN. AAB nak jadi BAPA APA??

Ayahanda Tun,
Sesetengah tempat dok dapat asam saja,gula2 yg dok bagi dulu dah naik masam,busuk, ada ulat!lani ramai rakyat dok tunggu gula2 tapi apa yang dapat sorang sedikit tuba,tuba ni kalu tauk dlm sungai ikan pun mampuih!la ni dok jadi macam tu la.depa ingat duit depa ka,baling tangan kanan sembunyi tangan kiri,haru sungguh.Lani org yg dok rasuah harus di sebat dengan rotan,jadi kurang la sikit,nak hapuih tu susah sikit nooo.pelan pelan boleh kot.
Kami sokong Tun!

anak kedah.


Assalamualaikum YABhg. Tun.

Terima kasih diatas kesudian YABhg. Tun mencetuskan ruang perbahasan mengenai kewajaran perbelanjaan kerajaan.

Kerajaan mestilah amanah dalam mengendalikan kewangan negara. Selain mematuhi peraturan sedia-ada, pertimbangan rasional dan berhemah perlu ada.

Setiap perolehan kena setimpal dengan perbelanjaan. Pembaziran bukan saja mendatangkan bocoran terhadap ekonomi, juga dimurkai Allah.

Kelangsungan kemakmuran dijana oleh pelaburan yang memberi kesan langsung samada dalam jangka pendek atau jangka panjang perlu diteruskan. Jika kerajaan tidak belanja untuk pembangunan atas alasan projek mega, tiadalah peluang pekerjaan baru.

Apa yang kita lihat sekarang, perbelanjaan terarah kepada belanjawan hangus yang mengikis kekayaan. Ada yang terarah kepada kepentingan politik. Kononnya atas dasar demi kesamaan pembangunan. Nanti ekonomi kita akan menguncup.

Kita tidak seharusnya berbelanja untuk mencapai persamaan taraf pembangunan. Tetapi berbelanja secara adil untuk menjana kemakmuran yang berterusan.

Negeri yang membayar lebih cukai patut dapat lebih. Jika tidak mereka memprotes.

Pembelian aset bernilai tinggi ada yang tidak diurus dengan baik. Beli kancil tapi bayar harga Mercedes. Peruntukan berbillion-billion meniti dibibir menteri. Kita bimbang rakyat akan bongkar sebaik mereka hilang kuasa.

Semoga YABhg. Tun sekeluarga dirahmati Allah.


Salam utk Tun dan warga chedet.com,

We all missed ur writing so much for the whole day yesterday!
(Wah sejak baca blog Tun ni, skrg sy dah pandai speaking London sikit2..:))

Keep up the momentum..Tun.
Nice snippets..I also want that 'gula-gula'!
Newspaper today, our 'beloved' PM slammed bloggers for writing defamation articles and also Ian Chin reply on your last article about him.

YOU'RE THE SPECIAL ONE!

Take care all.

(p/s: Sejauh manakah kesan kenaikan harga minyak menjejaskan kewangan anda?? - http://kelabpenyokongtdm.blogspot.com

Sir, We know that a lot issue about this kind of politic for public but we can't do anything here, even we argue it, when we can get the solution?

We know that a lot habit in government still not breaking but what we can do ?
We are not his parent, or teacher, we just a normal human being which can't do any commitment with government.

For our life, I just can said, patient and waiting. We are looking super hero to save our country.

nampak mmg mcm nak ambilhati je... tapi unsur2 rasuah mmg ada dlm mana2 pentadbiran pun selama ni cuma kita perasan ianya berupa direct atau indirect. ada rasuah islamic ada rasuah tak islamic. tinggal lagi perkataan rasuah tu je tak sedap. kdg2 tu perlu kot dependlah utk kepentingan peribadi atau global, sejagat, kesihatan, rumahtangga, persahabatan, kesejahteraan negara. ianya subjective bkn mcm tu ke??
whatever it is, i have always think in my solitute moments on what basis tun elect your successor? what do you expect to get and what do you expect to change by this wise decision of yours? or do u feel a pain in the heart when things does not come out the the way u want it to be?
i think whoever you elect or whoever becomes the next successor will forever dissatisfy u. u wanna know why?? 'coz u are the only one in a mil a better thinker than the normal person and that's make u abnormal haha...
itu sekadar pandangan peribadi.. saya tahu saya memang jauh jauh berbanding dari TDM. tapi seronok share pendapat kat sini at least tak nampak muka. takde lah takut.
cat suka meow meow....


Dia ialah PM siapa berani kata dia rasuah? memanglah dia berkuasa dia mahu buat apa pun boleh krn seluruh kerajaan semua adalah korup dan rakyat tdk ada apa apa masalah terhadap kerajaan ini..

Saya langsung tak pernah nampak malaysia ada apa pembangunan dan kemajuan yg boleh dibangga dlm pemerintahan Pak Lah and family corporation.. Adakah jambatan ialah benda yg dikagumi? Memang jelas kerajaan kini memperbodohkan rakyat dan yg amat dukacita adalah rakyat masih tdk sedar malah ada byk yg katakan kita akan cinta Pak Lah utk selama lamanya dan saya hairan orang seperti ini semasa Tun Mahathir sbg PM mrk juga katakan we love Mahathir 4ever.. Memang rakyat kita pada bila bila masa berkeliru dlm dilemma maka bagus dan senangnya utk pemimpin memperbodohkan kitalah..

Rakyat mengamalkan we love Pak Lah krn mrk berpendapat asalkan mrk bodek Pak Lah maka mrk akan dpt faedah, itu faedah adalah konsep pemerintahan gula gula iaitu beri anda gula utk ambil hati dan lepas tu dia akan hisap darah anda semua hingga kering!!! Skrg berontak di Sabah dia berikan berontak di Petrol station dia bagai dan dimana man ada berontak dia bagi dan yg diam tu bagus dia tak bagai boleh jimat utk claim ataupun komisien utk poket sendiri.. Memang gula itu sedap tetapi juga ada padahnya jika makan dgn berleluasa..

Dah byk kali saya mohon rakyat sedar dan saya dah penat skrg saya ingin suruh kau orang sokonglah Najib dan khairy sokong saya yakin jika kau orang bodek dia skrg pd masa akan dtg mrk orang berkuasa tentu kamu orang akan dpt penuh faedah, kalau anda ada idea tolong mrk menipu wang rakyat lagi bagus dia akan bagi kamu orang komisien juga itu komisien bukan 1 atau 2 ribu tetapi juta tahu!! Apa gunanya kita tolong rakyat ataupun tolong negara baik kita tolong poket kita itu karangkan?!! Bagus mari kita sama sama hancurkan Malaysia demi nama Barisan dan kita sendiri..

Tolong kamu orang jgn sedar jgn insaf mari kita sokong Tun tun najib dan khairy yg akan dtg.. hidup umno utk selama lamanya demi kepentingan poket kita..

Dear Tun,

All Malaysian's are fed up with the present political climate in this country...there is not one politician..( present government, opposition or wanabe Prime Minister) who are trustworthy.

This country is going to ERUPT if nothing is done...people are going about their work...but inside their hearts it is boiling...slowly. There are already small indications here and there. Is the present government blinded by these small indications.

Wassalam

Assalamualaikum YDK Tun, Tun Siti & Semua Rakan Seperjuangan.

Apapun jawatan yang kita sandang,kita mesti RESPONSIBLE, ACCOUNTABLE AND ANSWERABLE.Tetapi bagi Pak Lah prinsip ini tidak applicable langsung.

Dah tak tahu apa yang nak dikatakan mengenai Pak Lah ia itu seorang yang mengamalkan sifat2 munafik (Tidak Amanah, Mungkir Janji
dan Bercakap Bohong)yang pakaiannya Ujub,Takbur dan Riak. It's a mockery because at the same time this particular man calls the people to be INSAN yang mulia.

What can you expect from a person who claims himself " I'am the son of a religion teacher, himself the son of an alim" Walaupun
rasanya mata hatinya sudah tidak dapat melihat kebenaran, kita perlu
berdoa kepada Allah swt supaya pintu hatinya terbuka semula. Hanya Allah sahajalah yang dapat memberi petunjuk.

Semoga YDK Tun Sekeluarga sentiasa di dalam pemeliharaan Allah.

Salam Yg diKasihi Tun,

Saya setuju sangat dengan apa yg Tun nyatakan dalam artikel di atas. DSAAB guna dan tabur duit rakyat sesuka hati seolah-olah duit tu duit dia atau duit peninggalan ibu-bapa/nenek-moyang beliau. Prosidur betul tidak diikut - berfikir & mengkaji jauh sekali. Malang sungguh Malaysia dapat PM seperti beliau.

Memang DSAAB pemimpin yg TIDAK AMANAH. Asyik menyusahkan rakyat. DSAAB, TOLONG BERUNDUR.

Semoga Tun sekeluarga sihat sejahtera & sentiasa diberkati Allah SWT.

Salam Dr.M..

I'm your blog's new fan (I guess)..interesting reading with so much information you've got here..I'll not take it as it is though..I guess my conscience won't let me take your words before I got any info from the other side of your fence...

But on this particular issue, I need to agree with you as it stands without any further proof..it's so blatantly obvious..

No financial support to their 'oppostion's states', well, that's fine with me(although I'll respect for any ruler whom not go down to this low strategy)...but to splash the cash from national coffers just to make sure they look good while neglecting the national interest, that's something which is low beyond the lowest..

I think this country still got hopes even though it's weakenn day by day..I'll root for you to become one of the think tank for this country...I'm not your biggest fan but you've proven yourself as a worthy thinker..kudos for that...I'll not let my mind closed by your past which in several occations, I think it was quite 'offensive' to the people of beloved Malaysia...

Keep on doing what your're best at, a gifted thinker...

ASSALAMUALAIKUM TUN SEKELUARGA DAN PARA SAHABAT..........

TUN KENE LAKUKAN SESUATU BAGI MENGELAKKAN NEGARA MALAYSIA NI TELINGKUP DI KERJAKAN OLEH DSAAB..
TAKKAN KITA NAK BIARKAN DSAAB MEMUSNAHKAN SEGALA KEMAJUAN DAN KEBEBASAN YANG KITA ADA SEKARANG INI...
KAMI RAKYAT YANG MARHAIN MEMINTA BANTUAN TUN.. WALAUPUN KAMI TAHU TUN SEPATUTNYA DUDUK BEREHAT BERSAMA KELUARGA TETAPI DENGAN KEADA