MENGAJAR SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS


| | Comments (653) | TrackBacks (0) | Previous Blog
1. Saya mengaku bertanggungjawab berkenaan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Kerana itu ramai yang menuduh saya tidak bersemangat kebangsaan Melayu, tidak utamakan bahasa saya.

2. Izinkan saya membuat sedikit penjelasan sebelum saya dihukum.

3. Pendapat saya ialah mereka yang bersemangat kebangsaan Melayu tidak harus utamakan hanya penguasaan bahasa ibunda sahaja tetapi juga melihat bangsanya bediri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang maju di dunia. Hanya dengan fasih bertutur kata dalam bahasa sendiri dengan ilmu pengetahuan yang cetek tidak akan menjadi bangsa kita mulia dan mampu bersaing dengan jayanya dengan bangsa-bangsa maju dan dianggap setaraf dengan mereka.

4. Kita diberitahu Nabi bersabda "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China". Apakah dapat orang Arab tuntut ilmu orang Cina tanpa mempelajari bahasa Cina, lisan dan tulisan, terlebih dahulu?

5. Kita juga tahu orang Arab telah menguasai ilmu Sains, Matematik dan falsafah yang diterokai oleh orang Yunani (Greek) dan menterjemahkan ilmu-ilmu ini ke dalam bahasa Arab sebelum kaji selidik dilakukan untuk memperluaskan ilmu-ilmu ini.

6. Semasa bangsa-bangsa yang beragama Islam iaitu Arab, Turki, Uzbek dan lain-lain berjaya bangunkan tamadun Islam yang gemilang, bangsa-bangsa Eropah berada "di zaman gelap", zaman mereka tidak berilmu dan percaya kepada kuasa-kuasa ghaib terhadap segala kejadian alam.

7. Pada abad ke-15 Masehi, orang Eropah yang berkurun-kurun kagum dengan tamadun orang Islam mula sedar akan ilmu pengetahuan dalam bidang sains, perubatan, matematik, astronomi yang dimiliki orang yang berbahasa Arab serta sumbangan ilmu-ilmu ini kepada tamadun gemilang Islam. Paderi-paderi Kristian Eropah belajar bahasa Arab untuk mendapat akses kepada ilmu-ilmu yang berada dalam kutub-khanah milik Arab dan orang Islam lain.

8. Mereka mempelajari semua ilmu-ilmu ini dalam bahasa Arab dan menterjemahkan kedalam bahasa Latin, dan kemudian kepada bahasa-bahasa Eropah. Kemudian mereka pula membuat kajian dan memperluaskan semua ilmu-ilmu ini. Maka terdirilah tamadun Eropah yang terus maju hingga ke zaman sekarang.

9. Yang jelas daripada sejarah ialah penguasaan ilmu yang ada pada bangsa lain bermula dengan penguasaan bahasa bangsa-bangsa ini.

10. Apakah kita tidak mungkin mengadakan segelintir daripada orang Melayu mempelajari bahasa ilmu di zaman ini, iaitu bahasa Inggeris supaya mereka dapat menterjemahkan ilmu-ilmu ini kepada bahasa Melayu. Dengan itu orang Melayu lain boleh kuasai ilmu-ilmu ini dalam bahasa Melayu, tanpa mempelajari bahasa Inggeris.

11. Malangnya keadaan sekarang tidak seperti abad ke-15 dan sebelumnya. Ilmu di zaman dahulu terhad, dan tidak bertambah dengan pesat.

12. Di zaman ini ilmu Sains dan Matematik yang amat penting untuk membangun dan memajukan masyarakat manusia, kembang dan bertambah dengan pesatnya. Tiap hari, tiap bulan dan tiap tahun ilmu baru yang diperbaharui sepanjang masa, diperkenalkan oleh para saintis dan pengkajiselidik kepada masyarakat dunia. Ilmu matematik terutama algorizmi dan perhitungan yang kompleks digunakan untuk mengetahui apa hasil jangka panjang daripada sesuatu teori dan untuk menentukan gerakan bintang di langit supaya kapal angkasa dapat menemui sasaran setelah berjalan berbulan-bulan.

13. Dimasa yang sama banyak ilmu baru diperkenalkan yang berasas kepada kuasa elektrik, gerakan atom, sains halus atau nano science, asas-asas fisiologi kehidupan tumbuh-tumbuhan dan makhluk Allah dan berbagai-bagai lagi.

14. Hakikatnya ialah jumlah ilmu baru dan kepantasan perkembangannya tidak dapat dikejar oleh penterjemah Melayu yang sedikit yang ada. Harus diingat untuk menterjemah tiap ilmu khusus dalam bidang Sains memerlukan bukan sahaja kefasihan dalam bahasa Melayu dan Inggeris, tetapi juga kepakaran dalam ilmu berkenaan. Kita tidak punyai dengan mencukupi orang yang berkebolehan seperti ini. Jika ada beberapa kerat orang seperti ini mereka tidak mungkin sanggup bekerja sebagai penterjemah seumur hidup mereka.

15. Sebaliknya jika kita belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat akses secara langsung sendiri semua ilmu yang diterokai dan dibukukan dalam bahasa Inggeris tanpa menunggu pengalih bahasa kita. Tiap-tiap tajuk yang terkini dan yang lama terbuka untuk kita menguasainya. Dengan itu kita tidak akan ketinggalan daripada segi ilmu pengetahuan berbanding dengan bangsa yang maju.

16. Sesungguhnya agama kita menuntut supaya kita kuasai ilmu-ilmu ini. Sebagai orang Islam kita perlu bersedia untuk mempertahankan umat Islam. Di zaman dahulu kuda perang, pemanah, pedang dan tombak memadai untuk pertahanan.

17. Di zaman ini kita perlu kereta perisai, meriam dan roket, pesawat pejuang dan pengebom, kapal perang dan kapal selam. Kita tak mungkin cipta dan bina semua ini tanpa ilmu sains dan matematik. Kita boleh beli daripada orang lain tetapi ini bermakna kita letak diri kita di bawah cengkaman mereka.

18. Jika kita ingin amal ajaran Al-Quran berkenaan dengan keperluan pertahanan bagi umat Islam maka penguasaan ilmu sains dan matematik perlu menjadi sebahagian daripada fardhu kifayah bagi kita. Ia bukan ilmu sekular seperti diperkata sesetengah orang. Ia adalah sesuatu yang diwajib keatas diri kita.

19. Jika kita abaikan ilmu ini semata-mata kerana kita lebih utamakan bahasa kita, dan dengan itu kita jadi bangsa yang kolot dan lemah, dan dihina oleh orang, kita tidak boleh dakwa yang kita adalah pejuang bangsa dan agama. Orang yang rela bangsanya dihina tidak faham akan makna nasionalisme yang sebenar atau tanggungjawab orang Islam terhadap agama mereka.

20. Bagi saya pejuang bangsa yang betul-betul bersemangat perlu bermatlamat untuk menjadikan bangsanya bermaruah, dihormati oleh semua bangsa lain dan berkebolehan bersaing dalam apa juga bidang dengan kemungkinan berjaya.

21. Pemimpin dan pejuang yang hanya ingin disukai ramai dan kerana itu sanggup membiar bangsanya menjadi kolot dan hina, bukanlah pemimpin yang sayang bangsanya. Mereka hanyalah oportunis yang sanggup gadai bangsa sendiri asalkan mereka dapat kekalkan kedudukan mereka. Mereka ini bukan nasionalis dalam erti kata sebenar.

22. Bahasa jiwa bangsa. Tetapi ilmu menentukan keselamatan dan maruah bangsa.

0 TrackBacks

Listed below are links to blogs that reference this entry: MENGAJAR SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS.

TrackBack URL for this entry: http://test.chedet.com/cgi-bin/mt/mt-tb.cgi/79

653 Comments

salam tun,

saya sokong sains dan matematik diajar dlm bahasa inggeris..apa nak takut..semua sek ada subjek bahasa melayu..takkan hilang melayu di dunia

Salam hormat TUN

"Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China" , saya AMAT bersetuju dengan ini..

http://prettysexy2u.blogspot.com
http://www.prettysexy2u.com

Yeah..!

I'm 3rd..

Dear Tun, you're right as always. I can't understand why people are against the policy to help school children conquer other languages. If I'm the Minister of Education, I will make Mandarin a compulsary subject too. And maybe Tamil as optional subject. China & India are where the future jobs will be. No harm in widening your job opportunities. Who will help you if you don't help yourself?

PENDIDIKAN PRAKTIKAL
Pendidikan yang tepat adalah pendidikan yang dilaksanakan untuk mendidik hakikat diri manusia itu sendiri iaitu roh, juga disebut sebagai sains kerohanian (spiritual science). Ia merupakan didikan yang dilaksanakan secara saksama dan bersepadu dalam membina akal, nafsu dan roh manusia. Pendidikan ini sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan pendidikan Barat yang hanya menumpukan pembinaan akal, fizikal dan nafsu semata-mata. Maka lahirlah manusia yang tidak seimbang antara pembangunan akal, roh dan nafsunya.

Rasulullah SAW memerintahkan ibu bapa agar memulakan didikan dengan menyuruh anak-anak yang berumur tujuh tahun menunaikan sembahyang. Ertinya, didikan secara praktikal sudah bermula sejak usia tujuh tahun. Malah ibu bapa wajib memukul anak-anak jika mereka mencuaikan sembahyang apabila telah mencapai usia sepuluh tahun. Persoalan sembahyang adalah tanggungjawab yang berat yang telah diamanahkan kepada ibu bapa.

Oleh kerana persoalan sembahyang itu amat penting, ia mesti dilaksanakan secara kolektif bersama ahli keluarga tanpa mengecualikan anak kecil kerana ia sangat mendisiplinkan seluruh kehidupan berkeluarga. Kalau sembahyang tidak dapat didisiplinkan, kehidupan keluarga akan menjadi kucar-kacir dan berterabur. Sembahyang yang disusun atur dan diprogramkan secara berjemaah merupakan satu cara terbaik untuk mendidik anak-anak kerana ia mendedahkan mereka kepada perkara yang dipandang tinggi, besar dan agung oleh Rasulullah SAW dan oleh Allah SWT. Inilah kaedah yang paling tepat dalam memulakan didikan.

Mari kita lihat bagaimana masyarakat Australia mengajar anak-anak mereka untuk hidup supaya menjadi bangsa yang maju dan dirancang untuk menguasai ekonomi dan dunia. Pelajar-pelajar sekolah dasar dibekalkan kek cawan (cup cake) untuk dijual ketika keluar dari rumah menuju ke sekolah. Manakala pelajar-pelajar sekolah menengah pula diajar supaya berdikari dengan bekerja di pejabat-pejabat setelah tamat waktu pengajian. Malah mereka disokong pula oleh majikan-majikan premis di tempat mereka bekerja secara sambilan (part-time). Mereka telah memulakan proses pembinaan bangsa sejak kecil lagi. Berbeza dengan fenomena yang berlaku di Malaysia, siswazah-siswazah universiti yang mengambil bidang pertanian dan ekonomi contohnya, mereka masih belum tahu apa itu pemasaran (marketing). Bangsa Cina di Malaysia telah menguasai tampuk ekonomi negara. Mereka juga mengajar anak-anak mereka berniaga secara kecil-kecilan sejak kecil lagi.

Sebenarnya, inilah yang perlu diterapkan pada para pelajar melalui kursus praktikal di dalam atau luar negara. Barulah mereka tahu bagaimana bangsa yang maju melatih anak bangsanya. Bermula dan situ, bukan saja pelajar dapat menguasai ilmu melalui pendidikan praktikal malah pendidik dapat mencungkil sifat-sifat positif dan negatif yang tercetus ketika pendidikan praktikal sedang dilaksanakan. Barulah pendidik boleh mengenal dan mendidik nafsu, akal dan roh mereka.

Sebab itu, kita dapat saksikan umat Islam di dunia yang mempunyai 40 buah negara pun tidak kuat ekonomi, ketenteraan dan politiknya. Mengapa perkara sebesar sistem pendidikan bagi umat Islam yang boleh memperkasakan umat Islam tidak dikaji? Sepatutnya OIC bersidang untuk memikirkan dan menyelesaikan masalah ini. Bukan sekadar memikirkan tentang minyak dan perkara yang remeh-temeh sahaja.


Salam Tun,

Only the short sighted that doesn't understand. Survival dan keutuhan sesuatu bangsa itu bergantung kepada ilmu. Polisi yang di bangunkan oleh Tun kena pada tempatnya dan mempunyai misi dan objektif yang lebih kepada memartabatkan bangsa itu sendiri. Malangnya, segelintir orang Melayu masih lagi di takuk lama.

Sokongan saya kepada polisi ini tetap utuh.

Salam
TUN,

Ini komen yang saya nanti dri TUN. Jelas dan nyata.
Terima kasih

hi tun....
i really love u and ur effort to make sure that this beloved country of ours' in right track to achieve wawasan 2020...wish u all the best tun...n keep on writing...

Dear My Beloved TUN,

This is my 2nd comment and I hope I will be the first this time. I'm tottally agreed in your explanation. To be succesful race and nation, we mush learn from the people who are already success and to learn from them, we mush understand their communication language.

I and families really love U TUN....

From AYUB LUDIN

Assalamualaikum Ayahanda Tun ddan semua che det fans

hye assalamualaikom tun dr. M
may god bless u..

Well said!

Mereka yang arif tentang keadaan sebenar dunia hari ini dan sedar akan keperluan untuk bersedia untuk hari muka akan tetap menyokong penggunaan Bahasa Inggeris dalam sistem persekolahan kita.
Jangan korbankan masa depan anak-anak kita semata-mata kerana ingin menjadi 'jaguh kampung'.

Tun,

saya yg pertama? hehe

Saya percaya ramai yang sudah memahami isu ini.

Kami menyokong Tun.

Tun,

Saya belajar di sekolah kebangsaan dan kemudiannya di UiTM. dari mula mengenal ABC hinggalah mendapat ijazah - segala-galanya di dalam bahasa Malaysia. Apabila bekerja, baru saya sedar Bahasa Malaysia bukanlah segala-galanya. Kita perlu tahu bahasa Inggeris untuk membolehkan kita berkomunikasi dengan dunia.

Selepas 20 tahun bekerja saya kini berada di kedudukan di mana saya membuat keputusan untuk memilih siapa yang bekerja dengan organisasi saya. Dan pengetahuan bahasa inggeris saya jadikan salah satu syarat untuk mengisi kekosongan peringkat pegawai ke atas. Malangnya ramai graduan kita yang tidak tahu berbahasa inggeris; hatta berkomunikasi dengan bahasa inggeris yang ringkas.

Ini bukan memalukan tetapi membimbangkan. Dalam keadaan ini, sekiranya kita masih hendak berpolitik dengan mempersoalkan polisi mengajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris, saya rasa sungguh malu dengan kaum saya sendiri. Nampak sangat mereka lebih suka jadi katak di bawah tempurung. Lebih suka menjadi orang yang ketinggalan. Lebih suka Kerajaan menyediakan "kerja" untuk anak-anak mereka nanti.

Tindakan Tun memperkenalkan bahasa Ingeris sebagai bahasa pengantar adalah tindakan yang terbaik. Saya menyokong polisi ini dan berharap ia akan diteruskan oleh kerajaan semasa.

http://c-bok.blogspot.com

Salam hormat Tun yag dikasehi, I couldnt agree with you more. Saya sekeluarga berusaha menggunakan English sebagai bahasa pertuturan di rumah in an effort to improve my children's english. I work in IT and find that the capability to read, write, speak and understand English is a must. All the latest research, write-ups and discoveries be it on technology, management or any other IT discipline are all in English. I also have a child who is special and again everyhing there is to learn about his condition, treatment, etc is in English. We must face the fact that we rely heavily on the english-speaking world to get information as we dont have enough resources to do everything ourselves. Other languages that are must-have must surely be arabic so that we can understand the magic of Al-Quran and chinese so that we can tap into the ancient yet still relevant world of chinese medicine. As always, saya sekeluarga doakan kesihatan Tun dan semuga dipanjangkan umur.

Salam Tun,

Your intention here is true. As lots of books and materials are written in English thus to master english as a language would open the possibility of mastering the subject matters that are written in english. From personal experience, i have been able to be competent in telecom engineering cause i am able to read understand manuals, books and documents that are written in english even able to teach and convince those folks that studied engineering in university even though i was a business school student.

Sad to say however, the implementation is a bit off. I have been tutoring my son on science and mathematics. I was surprised that the english and vocabularies in the two subjects are at a higher level compare to english itself.

I am also appalled to the level of english of the university graduates nowadays. Just the other day, i explaining to my co-worker about some stuff and happen to mention "point of reference". She did not understand what does "point of reference" means. I was shocked. She has a degree in finance.

What are going to do...



Salams...

Bahasa mencerminkan Budaya... Jiwa bangsa..

actually... Bahasa Melayu ini digunakan diserata serumpun Melayu.. ie. Southern Filipina, Southern Thailand, Indonesia, Singapore and of course Malaysia..

Bangga... bangga... Bangsa ku Bahasa ku...

Kuthe... kuthe... kuthe.... Muahahahaha...

Amat respek dan tabik kepada pejuang2 yang telah datang memberi sokongan masa majlis peguam buat hal.. Tenkiu.. tenkiu... tenkiu..

Semoga takda lagi orang nak jijak agama, bangsa dan tanahair KU...

Thanks Tun..

You're the Best.!

Melayu Unite.!

Salam perjuangan

Alif Ba Ta

Dear Tun,
Hopefully i am the first this time around.You are dead right.English is so important.In the early seventies every subject taught in school(Iskandar then Kolej)were in english.It seems now that the standard of english is so low.Even our former Information Minister speaks bad english.My children could converse in english quite well because i have stressed upon them the importance of english.Probably because i am a 'collegian'.Thankyou for highlighting this issue with the hope that Malaysian,and especially the malays would make it a point to know and master the language.To end my comment here i would like to relate a true incident that happen during and English class in USM years ago.A friend of mind translated "bapa saya naik angin as my father up air".......

Tun,
Biarlah apa orang kata. Di fikirkan letih sahaja otak untuk orang yang tidak menghargai usaha orang lain kearah kejayaan orang Me Layu dan Orang Silam. Itu olang tata otak ma..mana boleh ini masam lor.. Kita kasih tolong, olang sikalang tata pandae kata ucap telima kaseh ma..dan tata pandae kata Maaf ma...
Olang Me Layu mudah lupa ma... biat kan lor.. nanti silupa juga punya silita olang Melayu mahu olang Amelika jajah olang Me Layu ma.. Ala..sudah lah dan susah lah Tun...
Olang Me Layu tata pandae kata Te lima Ka Seh. Olang Me Layu suka hantam sama olang Me Layu. Bukan di Malay Se sahaja ma..di Me Layu Nusantala pun ini macam ma...
Tengok itu pasat Batu Puteh, itu olang Blitish pun kasih salah sama olang punya halta. Tengok olang punya halta pun dia tata fikir dia ambil olang punya halta. Ayah..ini macam jenelasi akan datang mati lor..Nanti ini dunia sudah tingalam kena global warming lor...jadi tata banyak bumi tapi banyak ait...biat lah ini jadi lor. 2080 itu National Geography pun sudah sakap itu banyak bumi tenggelam kelana ait. Olang politik banyak kasi losak ini bumi potong pokok oksijen tita ada lagi. Ini banyak panas. Sia sendili pun tata tahan ma... Ayah hali hali mau masuk tandas pi mandi lor..

PENDIDIKAN PRAKTIKAL
Pendidikan yang tepat adalah pendidikan yang dilaksanakan untuk mendidik hakikat diri manusia itu sendiri iaitu roh, juga disebut sebagai sains kerohanian (spiritual science). Ia merupakan didikan yang dilaksanakan secara saksama dan bersepadu dalam membina akal, nafsu dan roh manusia. Pendidikan ini sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan pendidikan Barat yang hanya menumpukan pembinaan akal, fizikal dan nafsu semata-mata. Maka lahirlah manusia yang tidak seimbang antara pembangunan akal, roh dan nafsunya.

Rasulullah SAW memerintahkan ibu bapa agar memulakan didikan dengan menyuruh anak-anak yang berumur tujuh tahun menunaikan sembahyang. Ertinya, didikan secara praktikal sudah bermula sejak usia tujuh tahun. Malah ibu bapa wajib memukul anak-anak jika mereka mencuaikan sembahyang apabila telah mencapai usia sepuluh tahun. Persoalan sembahyang adalah tanggungjawab yang berat yang telah diamanahkan kepada ibu bapa.

Oleh kerana persoalan sembahyang itu amat penting, ia mesti dilaksanakan secara kolektif bersama ahli keluarga tanpa mengecualikan anak kecil kerana ia sangat mendisiplinkan seluruh kehidupan berkeluarga. Kalau sembahyang tidak dapat didisiplinkan, kehidupan keluarga akan menjadi kucar-kacir dan berterabur. Sembahyang yang disusun atur dan diprogramkan secara berjemaah merupakan satu cara terbaik untuk mendidik anak-anak kerana ia mendedahkan mereka kepada perkara yang dipandang tinggi, besar dan agung oleh Rasulullah SAW dan oleh Allah SWT. Inilah kaedah yang paling tepat dalam memulakan didikan.

Mari kita lihat bagaimana masyarakat Australia mengajar anak-anak mereka untuk hidup supaya menjadi bangsa yang maju dan dirancang untuk menguasai ekonomi dan dunia. Pelajar-pelajar sekolah dasar dibekalkan kek cawan (cup cake) untuk dijual ketika keluar dari rumah menuju ke sekolah. Manakala pelajar-pelajar sekolah menengah pula diajar supaya berdikari dengan bekerja di pejabat-pejabat setelah tamat waktu pengajian. Malah mereka disokong pula oleh majikan-majikan premis di tempat mereka bekerja secara sambilan (part-time). Mereka telah memulakan proses pembinaan bangsa sejak kecil lagi. Berbeza dengan fenomena yang berlaku di Malaysia, siswazah-siswazah universiti yang mengambil bidang pertanian dan ekonomi contohnya, mereka masih belum tahu apa itu pemasaran (marketing). Bangsa Cina di Malaysia telah menguasai tampuk ekonomi negara. Mereka juga mengajar anak-anak mereka berniaga secara kecil-kecilan sejak kecil lagi.

Sebenarnya, inilah yang perlu diterapkan pada para pelajar melalui kursus praktikal di dalam atau luar negara. Barulah mereka tahu bagaimana bangsa yang maju melatih anak bangsanya. Bermula dan situ, bukan saja pelajar dapat menguasai ilmu melalui pendidikan praktikal malah pendidik dapat mencungkil sifat-sifat positif dan negatif yang tercetus ketika pendidikan praktikal sedang dilaksanakan. Barulah pendidik boleh mengenal dan mendidik nafsu, akal dan roh mereka.

Sebab itu, kita dapat saksikan umat Islam di dunia yang mempunyai 40 buah negara pun tidak kuat ekonomi, ketenteraan dan politiknya. Mengapa perkara sebesar sistem pendidikan bagi umat Islam yang boleh memperkasakan umat Islam tidak dikaji? Sepatutnya OIC bersidang untuk memikirkan dan menyelesaikan masalah ini. Bukan sekadar memikirkan tentang minyak dan perkara yang remeh-temeh sahaja.


salam..
it is much easier to learn science and maths in english. the translated terms into malay often sound funny and absurd. teaching science and maths in english is the best decision the government has ever made!

Salam Tun,

saya bersetuju dengan pendapat Tun. Mula-mula memanglah susah, tapi lama-lama ok lah bila dah biasa.

Banyak baik dari buruknya.

Take care Tun.

TUN saya bukan tak sokong, tapi kalau setakat pembelajaran tu berhenti sampai sekolah rendah jer, menengah tukar balik, universiti tukar balik macam mana nak stabil.

penguasaan sesuatu bahasa itu perlu berterusan, keyakinan untuk berutur dalam sesuatu bahasa itu perlu ada. Saya rasa masih banyak lagi sekolah-sekolah yang mengamalkan mengajar dalam bahasa malaysia walaupun matapelajaran bahasa english. maka terlahirlah malish(malaysian english).

kita banyak melihat bagaimana graduan2 kita yang masih tidak boleh bertutur dalam bahasa english hanya kerana "alah omak eden malulah"

bagi saya langkah permulaan itu sangat bagus, tapi susulan bagi menjayakannya sangat lemah. begitu juga dengan beberapa program yang diperkenalkan oleh kerajaan seperti sijil kemahiran malaysia yang dikawal selia oleh kementerian sumber manusia.

langkah permulaan sangat bagus tapi susulannya sangat lemah, macam tidak ada kajian yang dibuat secara menyeluruh.

walaupun pada masa sekarang kerajaan telah menubuhkan Unikl, masih banyak lagi kursus-kursus kemahiran yang tidak diiktiraf. Maafkan saya kerana tersimpang jauh, tapi seperti pendapat saya apa pun program yang diperkenalkan kalau hanya GAH pada awalnya atau GAH hanya pada seorang yang berjaya tapi peratus keseluruhan amatlah tidak memuaskan dan LEMAH pada susulannya, maka apa yang kita akan dapat adalah pandangan negatif kerana impak yang timbul bukannlah pada keesokkan harinya, tapi bertahun selepas ianya diperkenalkan.

Bahasa jiwa bangsa. Tetapi ilmu menentukan keselamatan dan maruah bangsa. janganlah kita alpa pada yang ada, lihatlah depan, lihatlah kesan yang bakal kita terima.

Penjelasan Tun agak jelas, terima kasih!

I have been reading Tun's blog and it always enlighten me on lots of issue. The clarity and details of Tun's writing is phenomenal. Unlike the present government, "cakap sahaja" without supporting facts.

Salam Tun,

Saya amat bersetuju dengan pendapat Tun. Insyallah , allah maha besar...
Yang benar pasti benar...Yang salah pasti salah...

Salam

Salam Tun.

Pada pendapat saya memang orang Melayu itu dalam kerugian jika mereka selalu berfikiran tidak progressif. Contoh pemikiran yang tidak progressif ialah segelintir yang kononnya berjuang untuk mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda namun dalam masa yang sama tidak memikir bagaimana untuk memajukan kaum Melayu itu sendiri dalam bidang sains dan teknologi. Apalah makna bahasa Melayu itu dimegah2kan jika kita terjajah dari segala sudut yang lain.

Apa yang Tun kata itu betul bahawa mereka jenis begini bukanlah nasionalis sebenar malah baik kita cop mereka sebagai opotunis.

Assalamualaikum Tun...

Walau apa pun yg terjadi...saya sentiasa menyokong penuh Tun

Semoga sihat sejahtera dan dipanjangkan umur...

Tun, did you flip flop in this subject?

The medium was changed to Malay when you were the education minister.

Now just before you stepping down, you tried to change it back to the original. The matter of fact is, once destroyed, it cannot be fixed so nicely. It takes much longer time to fix than destroyed.
[this is like 'appointing' Abdullah as prime minister and now you wanted him removed after realising the mistake. You just cannot undo the mistake now]

In science and mathematics, most terminologies are very close. There is no need to have Malay one where the pronounciation is just following English. It just make the studnets look stupid so that they make less spelling mistakes.

I also disagree that science and mathematics to be taught in Chinese. They became incompatible as we move globally.

Nationalism is simply a refection that one is narrow minded.

Aslmkm Tun sekeluarga. Melihat kepada situasi sekarang mmg ada keperluan untuk subjek berkenaan diajar dalam bahasa Inggeris. Ianya mempunyai konsep dua mata. Mempelajari bahasa Inggeris disamping mempelajari matapelajaran itu sendiri. Saya memandang tinggi pandangan yang terkehadapan yang YBhg Tun utarakan. Wslm

sebagai contoh,

dalam hikayat Laksamana Hang Tuah, beliau digambarkan menguasai banyak bahasa selain bahasa Melayu, seperti Cina, Tamil, Arab n sebagainya.

Inilah antara contoh yg perlu kita semua ambil daripada Hang Tuah.

Bukannya mencontohi perlakuan Hang Tuah yang menjunjung n menuruti segala perintah Sultan tanpa memikirkan buruk baiknya.

Yang baik jadikan panduan,
Yang buruk jadikan sempadan.

Ya memang saya setuju dgn perlaksana mengajar dlm bahasa inggeris ini krn selepas kita habis persekolahan disekolah menengah kita amat susah menguasai semua subjek dlm bahasa inggeris ini krn di zaman sekolah sebelum itu kita menggunakan bahasa malaysia sahaja..

Hanya universiti kerajaan sahaja yg ada subjek dlm kedua dua bahasa, tetapi bagi saya belajar di kolej swasta ini memang amat megelirukan saya krn saya semasa di sekolah rendah dan menengah adalah menggunakan bahasa malaysia bagi semua subjek kecuali Bahasa English..

Ini adalah pendapat bagi saya dan saya amat setuju dgn tindakan dan perlaksanaan ini dan bersyukur generasi akan dtg akan lebih mudah menguasai semua subjek subjek..

Salam Tun.
Orang melayu lebih malas untuk mempelajari bahasa inggeris dari mencintai bahasa melayu.itulah puncanya mereka menentang.saya sokong pendapat tun.

Assalamualaikum kepada Tun yang dihormati dan pembaca2 semua.

Berkenaan bahasa, sememangnya bahasa itu jiwa bangsa, hilang bahasa hilanglah bangsa itu sekali, walaubagaimanapun sebuah bangsa yang kuat, pandai dan berani tidak perlu takut atau goyang dengan bahasa asing bahkan ia perlu meningkat seiring dengan bahasa2 asing bukan mengasingkan diri.

Memang kita kelihatan patriotik bila kita berjaya memastikan semua perkara dituturkan dalam bahasa kita, tetapi apalah ertinya jika bangsa kita tidak berilmu dan tidak berhujah di dalam bahasa asing dalam kita cuba untuk menjuarai sesuatu isu, maka kita hanya seperti berkokok riuh di dalam reban tanpa dihiraukan oleh oranglain yang lebih ramai lagi.

Maka para pejuang bahasa perlulah berjuang memastikan yang anak bangsa mendapat pendidikan bahasa yang berkualiti supaya dihormati dan ditiru oleh orang lain. Bukannya perlu menjadi penghalang kepada anak2kecil kita yang berpotensi menggali ilmu-ilmu sains, mmatematik dan kejuruteraan yang sangat bermanfaat dan ditulis didalam bahasa asing (atau bahasa mereka yang menghasilkan ilmu itu) yang serba komplikated.

Kita tidak perlu risau kalau anak2 muda kita mahir berbahasa asing, bahkan perlu berbangga dengan kemampuan mereka,tanggungjawab kita ia menyemai bahasa ibunda dan jatidiri secukupnya semasa diperingkat awal anak2 kita (melentur buluh biar dari rebung), apabila anak kita dewasa tidak perlulah kita bimbang mereka akan melupakan asalusul mereka jika kita telah memberi bekalan yang cukup.

Ingatlah Hang Tuah itu dikagumi banyak orang bukan hanya kerana dia pandai bertarung sahaja, tetapi kerana dia juga pandai berbagai-bagai bahasa sehingga dia boleh menerjah mana2 pelusuk negeri orang kerana kemampuan dia mempunyai ilmu2 asing juga dan boleh berkomunikasi dengan mana-mana orang pun...

Oleh itu tidak rugi kita belajar ilmu sains matematik dan lain2 dalam bahasa inggeris kerana sememangnya buku2 rujukan yang terbaik dari ilmu2 tersebut ditulis di dalam bahasa inggeris, bahkan bukan dalam bahasa inggeris sahaja, tetapi sesetengah buku yang eksklusif hanya ditulis dalam bahasa spt Jerman, Perancis, Italy dan Jepun. Takkan kita mahu ketinggalan lagi. Tidak hilang bisa ular menyusur akar....


TERIMA KASIH TUN

Fairuz

i with u

Salam Tun,
Im a university student and im so agree with u tun.. it has alwiz been so many times that i've voice up in the meeting bout the important of us, the malaysian nation to be able to speak multi language as that's one of the unique of our citizens.. however, there r just too many times when (im sorry to say this) the malays all disagree with me and start stressing on the "bahasa ibunda" and neglect bout the importance of other language..

That's really a sad case.. And im really getting tired bout reminding them.. and im of course impressed with few universities which are using english-based like IIUM and UTP.. even recite prayers and ceremonys are carried out using english.. i dun mean that our mother tongue is not important.. but imagine that we speak it everyday and i bet we have master it.. i wonder how can a student leader who once said in the meeting that "by using english as the medium during meeting, i wun be able to stress my points out" or "using english is very hard to write minutes and official things shall be carried out in BM" but the ques is that how come a few of the universities can do it..?? A big question mark! they just dun understand it..

carez.. may u continue to write ur opinions n comments.. looking forward for it..

-Nicyan-

salam Tun...
Segala pendapat yg Tun berikan adalah relevan.
Memang diakui,pada masa kegemilangan islam,sarjana Barat dan Timur mempelajari bahasa Arab kerana ingin menguasai ilmu dan teknologi yang ditulis oleh cendekiawan islam.
Itu adalah hakikat.
Dan pada masa kini,bahasa Inggeris telah menjadi bahasa antabangsa di mana kebanyakan buku-buku ilmiah kebanyakannya ditulis dalam bahasa Inggeris.
Mempelajari Sains dan Matematik dalam B.I
bukanlah menjadi faktor utama rakyat Malaysia melupakan bahasa ibunda,tetapi ia memudahkan rakyat Malaysia lebih cepat maju dan berjaya.
Mungkin ada beranggapan rakyat Korea dan Jepun mempelajari sains dan teknologi dalam bahasa mereka,bukan bahasa Inggeris,soalannya,
adakah kita mampu mengejar dan maju sepantas mereka?
Semua rakyat perlu bukan minda...
Adalah tidak rugi mempelajari sains dan matematik dalam b.i,
ianya jelas membuktikan akan membawa rakyat Malaysia lebih cepat berjaya dan maju.
Tun memang seorang yg optimis dan berfikir jauh ke hadapan...
Sebab itu 22 tahun Tun jadi PM,segala perancangan dilakukan dengan jaya dan berhasil.
Jk Tun bercadang untuk membatalkan segala perancangan dan projek pembangunan negara hanya kerana kritikan dan tohmahan pembangkang,nescaya Malaysia tidak seperti hari ini,membangun,aman dan sejahtera....
Syabas Tun,majoriti rakyat malaysia menghargai Tun ketika masih hidup dan selepas mati.....
percayalah!

Absolutely correct! One learning other language not only will NOT demote his/her mother language but instead of improving it by communication and translation learnt by both side of study.

If we think that learning other language might demote our own language, we are actually demote it by ourselves.

Well said Tun.

Assalamualaikum wrwbt...
Semoga ayahand Tun sekeluarga sentiasa dilindungi Allah dan berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Memang pada awalnya saya rasa marah juga kerana sebagai guru Bahasa Melayu lebih 20 tahun saya rasa seakan Tun cuba hendak memperjuangkan bahasa penjajah. Walhal kita tahu Tun cukup anti pada pihak penjajah. Tetapi lama-kelamaan saya rasa tak salah jika belajar bahasa asing. Bukannya kita hendak jadi macam mereka, cuma kita hendak meneroka ilmu yang ada.

Untuk pengetahuan Tun, alhamdulillah kini saya juga sudah dikira fasih berbahasa Inggeris kerana melihatkan anak-anak didik saya begitu fasih berbahasa Inggeris maka rasa cemburu juga. Kini saya lebih berani meneroka ilmu yang ada di internet dan dalam buku bahasa Inggeris.

Namun satu yang saya rasa tak adil iaitu mengapa pula guru-guru Bahasa Inggeris diberi elaun 10% daripada gaji (elaun kritikal)mereka kerana mengajar bahasa Inggeris. Sedangkan mereka ini sememangnya guru bahasa inggeris, major bahasa inggeis di universiti atau maktab. jika diberi kepada guru sains dan matematik tidak mengapa sebab di universiti dan maktab diajar dalam bahasa Melayu. Sedangkan saya major bahasa Melayu dan bukan major dalam bidang teknikal telah disuruh mengajar bidang teknik dan vokasional. Rasanya lebih adil jika diberi saya dan rakan-rakan yang bukan major dalam bidang teknikal tetapi diminta mengajar bidang teknik danvokasional diberi elaun kritikal tersebut. Kasihan saya dan rakan-rakan yang betul=betul kritikal.

Apa-apa pun Tahniah Tun kerana segala visi dan misi Tun semasa berada di tampuk kepimpinan negara adalah bukan untuk diri sendiri atau keluarga Tun tetapi untuk kesejahteraan rakyat.

Teruskan usaha Tun menulis dan semoga Allah memberkati segala apa jua yang Tun lakukan.

Tun berpandangan jauh...tak macam Pak Lah...otaknya lembab
Siapalah yang mampu menjadi Tun Dr M kedua???

Jika ingin kekalkan bahasa melayu maka standardkan semua dalam bahasa melayu..... ketika di korea saya dapati semuanya dalam bahasa mereka sehingga pada buku rujukannya.... disini majoritinya dalam bahasa inggeris ..... jadi bagaimana orang malaysia akan kehadapan?

Jika nak bandingkan dengan negara lain bandingkan keseluruhannya .. jgn sekerat2 ..... walaupun smua mata pelajaran dala bahasa melayu lihatlah pada matapelajaran bahasa melayu orang melayu bagaimana keputusannya? hebat sangatkah?

Some people's thought are narrow that they do not know how to differentiate the importance of keeping up with knowledge and keeping up spirit for the nation..

Yes,disebabkan sistem pendidikan yg lebih mngutamakan bahasa melayu
menyebabkan ramai bangsa melayu khususnya yg tidak fasih berbahasa inggeris..Apabila memasuki alam pekerjaan,tergagap-gagap nak cakap inggeris..
Sepatutnya kita belajar dari bangsa cina bagaimana mereka dapat menguasai B.Inggeris dengan baik tanpa melupakan bahasa ibunda mereka..
Kite harus ingat,kalau nak jual secawan kopi kat mat salleh pun kena cakap inggeris,baru la dpt dijual dgn baik..
Pergi sekolah cakap melayu,balik sekolah pun ckp melayu,jumpa kawan2 pun ckp melayu..abis tu bila nak bljar ckp inggeris??
Bile kerajaan nak laksanakan bahasa pengantar b.inggeris,kata kerajaan nak hapuskan bahase melayu..
Skrg ni pun sy tgh belajar nak improvekan lagi bahasa inggeris saye melalui newspaper dan lagu-lagu inggeris..
Saya tetap menyokong penggunaan B.Inggeris dalam sains dan matematik

Terima Kasih Dr Mahathir Kerana Telah Banyak membuat pembaharuan di malaysia selama 22 tahun memerintah...
Dr Mahathir Banyak beejasa kepada negara tercinta,Malaysia Boleh!!

Salam sejahtera buat Tun sekeluarga,

Harap Tun dapat comment tentang Bar Council yang secara terang cuba bermain api dengan isu sensitive untuk orang Islam dan Melayu. Saya rasa mereka ini telah di perguna atau mereka sendiri menggunakan agenda Barat untuk kepentingan mereka.
Wasallam.

Pa habaq Tun?

Saya doa semoga allah taala panjangkan umoq supaya dapat Tun clear dan remind yg tersurat dan yg tersirat kepada orang2 yg berkenaan matlamat sesuatu polisi yg Tun telah implement dulu. Almaklumla macam orang kampung kata bila 'kelam kabut dia dok tenggelam punca', dan dok kira nak selamat dia saja.

True leader knows his strengths and weaknesses, dan coba menuntut ilmu dan perbaik pa yg ada kekurangan. Tapi kalau kekurangan tu menjatuhkan negara, elok la sedaq2kan diri dan bagi laluan kepada orang lain yg ada kemampuan untuk memimpin. Sifat ego nak jaga muka sangat2 adalah sifat orang yg bongkak, dan hanya mengira kepentingan sendiri daripada kepentingan negara dan rakyat.

Time is precious, for the good of the nation, mai la kita sama doa semoga dia ditimbulkan perasaan rendah diri, dilupuskan ego di kurniakan cerah hati, agar dapat beliau pikiaq secara ikhlas akan tindakan2 beliau dan akibatnya kepada rakyat secara keseluruhan dimasa hadapan.

anak kedah

Tun...
Diaorang ni cuma jenis manusia yang suka meletak kan kesalahan ke atas orang lain untuk menutup kelemahan diri sendiri. Typical malay! Jadi mereka nampak Tun la yang buat salah. Bagus juga Tun menjelaskan pada mereka tapi rasanya mcm jirus air atas daun keladi. Saya ni dah 5 tahun belajar di Dublin. English masih terkial2. Jadi tak tau la saya mcm mana kalau kita belajar sepenuhnya dalam bahasa melayu. Saya rasa kita perlu lebih terdedah kepada bahasa inggeris.

salam hormat.

Masalah dengan orang melayu ialah terlalu taksub dengan bangsa tanpa mengira apa yang baik untuk bangsa mereka sendiri. Saya setuju dengan Tun, tindakan menukar bahasa pengajaran untuk dua subjek ini memang wajar tetapi ramai yang konon pejuang bahasa rasa kita merendahkan bangsa kita. Tapi orang-orang lama ini dulu pun belajar dalam bahasa inggeris juga...Apa salahnya, hanya dua subjek saja sedangkan yang lain masih dalam bahasa ibunda. Masalah pelajar hasil pendidikan sekolah menengah kita, nanti bila masuk universiti walaupun di universiti tempatan akan menghadapi masalah kerana buku rujukan dalam bahasa inggeris. Sibuk nak memartabatkan bahasa melayu, tapi bahasa melayu pun tunggang-langgang, bahasa inggeris apatah lagi. Macam Pak Pandir, ke hulu pun tak sampai, ke hilir pun sesat juga.

Sebagai lulusan Perubatan, cabang pendidikan sains, saya berasa amat sukar untuk mempelajari bidang perubatan di dalam bahasa Ibunda saya iaitu Bahasa Malaysia/Melayu.

Pada pandangan saya, jika diberi 2 buah buku yang sama judul dan intipatinya, tetapi satu yang telah diterjemah kepada Bahasa melayu dan satu lagi dari bahasa Inggeris untuk memahami judul yang diterjemahkan itu, amat berbelit-belit serta panjang lebar serta memakan masa.

Maka saya rasa pengenalan Bahasa Inggeris dalam Maths dan Science amat bertepatan dan sepatutnya dimulakan dari peringkat awal persekolahan lagi.

To digress a little :

saya hendak bertanya kepada Tun, adakah ada terfikir bagi Tun untuk membuka sebuah parti baru yang MULTIRACIAL bagi rakyat Malaysia mendapat alternatif antara Pakatan Rakyat dan BN?

Pengasas UMNO, Dato Onn, telah nampak suatu hari nanti akan perlunya sebuah parti yang terbuka bagi semua rakyat Malaysia. Diharap Tun bersama kami yang dahagakan suara alternatif, dapat merealisasikan impian Dato Onn Jaafar ini yang terkenal sebagai seoarang yg sentiasa MELANGKAU PEMIKIRAN DIZAMANnnya.

wasalam.

drmuzi

Bahasa jiwa bangsa!!! That great sir...
you are the best...
keep it up

Assalamualaikum Tun,
I am always with you..thanks and keep on writing!
Take care and God bless you! Amin

Dearest Tun.. Never miss to accumulate as much from your wisdom.
There are many opportunities for every to know, understand, do evaluation, analysis and review. It will definitely widen our horizon in the shortest possible time frame adding to our advantage. English language helps no doubt about it!
Think global.. act local via www.biz-advert.com

Salam chedet,
Being a specialist in my field, I know very well about the lack of references in Bahasa Melayu for me to refer to. The latest and most advanced knowledge is mostly in English, and in the foreign journals. The experts in my field are all foreign, the best Malaysians are not even in the top 100. I totally support the teaching of Science and Maths in English, and hope this policy will not be changed in the future, for the sake of my kids. Your decision on this was correct, although I might say long overdue, and certainly must not be reversed. Having mastery in English does not mean I will forget my Malay roots - I can still speak Malay very well, in fact I regret that I havent mastered the other languages eg mandarin and tamil.

Salam Tun,

kalau tak silap saya masa sekolah menengah dulu, memang kami diajar menggunakan term-term english. ini sebelum pengajaran maths dan sains dlm diwajibkan diajar dlm english. masa tu cukup senang bagi saya nak faham bila dah masuk advance level sebab term2nya saya dah familiar. sebaliknya saya jadi kekok bila baca buku ekonomi atau maths menggunakan terms yg dialihbahasa ke b.malaysia.

sebab tu masa diwajibkan pengajaran sains dan maths dlm english saya setuju walaupun satu tahu bagi yang dah biasa dgn term malayu akan ada masalah. tapi ini hanya bagi batch yg dah biasa dgn term melayu sebelum ni. tapi yg dari mula belajar dah guna english term tak ada masalah.

ini pengalaman saya.

salam Tun.

Asalamaulaikuum dan salam sejahtera kepada Ayahanda Tun,
Semoga dalam keadaan sihat sejahtera dan bahagia selalu.

Guess today i am the first one.
Saya berasa bangga dan bersyukur kerana dilahirkan dan dibesarkan dalam pemerintahan ayahanda Tun..
Saya sangat bersetuju dengan pandangan dan comment Tun walaupun pada zaman saya, mata pelajaran sains dan matematik telah mula di ajar dalam bahasa melayu..

Hidup Tun..

Assalamualaikum Tun,
Im getting marry next year..is it possible for you to come?

Tun

Saya amat bersetuju dengan kenyataan Tun...kini melayu gagal bersaing dalam alam pekerjaan berbanding dengan bangsa lain kerana penguasaan bahasa inggeris yang lemah...jadi saya tidak bersetuju kalau pembelajaran sains dan matematik menggunakan bahasa inggeris dihentikan kerana ini semua akan membantutkan matlamat asal Tun yang inginkan bangsa melayu bersaing hebat dengan bangsa-bangsa lain dalam menguasai kemahiran dan teknologi dunia sekarang.

Terima kasih kerana jasa dan bakti Tun selama pemerintahan Tun...Tun adalah seorang pemimpin yang berani dan hebat kerana itulah semasa Tun memrintah Malaysia, Malaysia dipandang tinggi oleh negara2 lain...tetapi malaysia kini sebaliknya

u are the best leader Tun!

Tun yang dikasihi,

Pendapat saya, mempelajari apa jua pun bahasa demi untuk memajukan bangsa Malaysia adalah perlu dibuat sekiranya kemajuan tersebut sukar dicapai dengan menggunakan bahasa Malaysia (sebab kemajuan tersebut pada asalnya diterokai oleh suatu bangsa yang tidak bertutur dalam bahasa Malaysia).

Tetapi apa yang saya terkilan adalah, Bahasa Malaysia sendiri sudah hampir hilang tempatnya di bumi Malaysia sendiri. Saya rasa ini berlaku bukan atas dasar 'demi memajukan bangsa Malaysia' tetapi berlaku seolah-olah bahasa Malaysia ingin diketepikan. Siapa lagi yang berkebolehan untuk mengenepikan bahasa Malaysia di bumi Malaysia sendiri kalau bukan orang Malaysia sendiri?

Kita lihat Jepun dahulu mempelajari bahasa inggeris untuk memajukan armada laut mereka. Adakah mereka bertutur bahasa Inggeris di negara Jepun sekarang ini? Dapatkah kita lihat papan papan tanda berbahasa Inggeris bertebaran di negara mereka sekarang ini? Saya cuba bertanyakan arah (dlm bahasa inggeris) kepada seorang Jepun semasa saya di Tokyo. Dia menjawab dalam bahasa Jepun!

Cuba lihat negara kita sekarang. Cuba kita lihat KLIA kita. Cuba lihat papan papan tanda di bandar-bandar besar di Malaysia sekarang. Kadang-kadang cuba lihat 'flyers' yang sampai dalam peti surat kita. Bahasa apakah itu yang mereka gunakan? Siapa mereka itu? Rakyat Malaysia?

Kemana perginya pegawai-pegawai kerajaan/kementerian yang sepatutnya meluluskan tanda iklan perniagaan yang menggunakan bahasa yang sepatutnya digunakan? Kemana pergi pegawai-pegawai ini yang sepatutnya menghalang penerbitan bahan-bahan cetakan (flyers umpamanya) yang tidak mendaulatkan bahasa Malaysia? Di setengah setengah bandar kecil masih ada lagi papan tanda yang tertulis huruf besar Kedai Kopi Ah Seng (sebagai contoh), dan dengan huruf yang lebih kecil di eja Kedai Kopi Ah Seng dalam tulisan jawi. Dia tak tulis Ah Seng Coffee Shop, ataupun dieja dengan huruf-huruf bahasa Cina atau pun Tamil. Ah Seng inilah yang ingin saya hormati sebagai seorang rakyat Malaysia!

Disebuah farmasi, saya sengaja bertanya dalam bahasa Malaysia. Pharmacist tu langsung tidak faham apa yang saya perkatakan, lalu saya bertanyakan dia. "Are you Malaysian?". Nampak macam orang Malaysia, beliau tidak menjawab pertanyaan saya tersebut. Di suatu pamiran perniagaan, seorang peniaga cuba mempromosikan produknya kepada saya dengan memberikan saya satu flyer yang tercetak dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Secara sinis saya bertanya beliau "What does it (the flyer) say? I dont understand english! I dont understand the other language either? This is Malaysia, cant you print this in Bahasa Malaysia?" Saya sedang berbual dengan kawan saya di Amerika Syarikat. Kami orang Malaysia maka kami berbual dalam bahasa Malaysia. Datang kawan kami seorang lagi, dan beliau orang Amerika. Terus beliau tegur kami, "Please speak American since I am joining you guys! This is America"

Selagi kita yang mengaku rakyat Malaysia, tidak berkomunikasi dalam satu bahasa, selagi itulah jurang perbezaan kita tidak dapat kita rapatkan serapat yang boleh. Ini baru bahasa, belum lagi perkara-perkara lain yang lebih sensitif. Ampun dan maaf, bukan niat saya untuk meniupkan semangat perkauman.

Kalau begitu sekali lemahnya bahasa Melayu untuk dijadikan Bahasa Malaysia, mengapa perlu di adakan lebih dari satu bahasa untuk kita rakyat Malaysia berkomunikasi sesama sendiri?

Ampun dan maaf.

Agreed...

Assalamualaikum Tun,

TERIMA KASIH UNTUK NASIHAT HARI INI

http://anakmalaysia81.blogspot.com/

Salam Tun,

Amat-amat setuju pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris.

Saya lagi sangat setuju jika sekolah aliran inggeris diujudkan kembali.

Saya sentiasa bersama Tun.

Salam Tun & fellow bloggers,
Selama 10 tahun saya menjelajah ke seluruh tanahair dari Perlis sampai ke Sabah Sarawak didapati kelemahan penguasaan Inggeris disebabkan faktor2 berikut:
1.Orang Melayu rasa rendah diri. Bila nampak kita 'speaking' dikatanya berlagak.Orang yang baru berani mencuba dikutuk, terus lemah semangat
2.Tenaga pengajar bidan terjun.Adakah mungkin belajar menguasai/mengajar Inggeris dalam bahasa Melayu.Guru2 yang rata2 lemah terpaksa ambil kursus ringkas terus kena mengajar.Tangkap muat.
3.Kurang penggunaan Kamus Inggeris.Saya pernah diajar 30thn dulu supaya cari 3 perkataan Inggeris sehari,kemudian terjemah guna kamus.
4.Beli suratkabar/majalah/novel Inggeris.Ini semua bermula dirumah.Ibu-bapa hendaklah menunjukkan contoh
5.English Day.Tia-tiap 3 hari dalam seminggu.Di rumah,pejabat,IPT,kilang dll
6.Cari kawan yang baik pengusaan Inggeris,biasanya bukan Melayu, sebagai 'sparring partner' berlatih berkomunikasi
7.Keyakinan diri.Rasa takut buat silap terutamanya Grammar mengahalang untuk mencuba.Belajar melalui kesilapan
8.Kurang tenaga penggerak setempat.JKKK,persatuan belia,kelab2 boleh memainkan peranan penting dengan menganjurkan kelas tambahan
9.Kesilapan pejuang bahasa tahun '70an.Niat betul hendak membela Bahasa Melayu,tapi bila bahasa pengantar ditukar,akan ambil masa lama untuk menguasai Inggeris semula
10.Silap perancangan kerajaan.Tiap kali bertukar Pak Menteri pelajaran,maka bertukarlah polisi.Jangan jadikan anak2 kita bahan ujikaji
11.Dewan Bahasa hilang haluan.Terlalu banyak perkataan Inggeris yang dimelayukan,sedangkan ada perkataan yang sesuai.Buatlah kajian
12.Insentif.Jadikan pengusaan Inggeris sebagai kriteria utama pengambilan/kenaikan pangkat/kecemerlangan di semua peringkat
Wassalam

Tun,

oh, yes, Science and Mathematics should be taught in English.

There is no reason to take an additional step in translating English to Bahasa Malaysia, when we need to move ahead to catch up with others.

To me, China is also trying to catch up with the west in science and technology too. And, China has been sending top scholars to American and Canadian Universities, especially since ly 1980s. They have been successful.

http://www.leading.com.my


Assalamualikum Tun,

Saya bersetuju dengan pendapat Tun. Tanpa ilmu bangsa kita tidak akan ke mana.



Selamat Sejahtera Tun, Saya setujuh sepenuhnya tentang pelaksanaan sistem mengajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris berdasarkan pengalaman saya sendiri.... belajar dalam bahasa malaysia semasa SRK/SMK tetapi B.I di peringkat U. didlm dan luar negeri.

Semoga sentiasa sihat bersama keluarga tercinta.

Akum TUN semuga dirahmati Allah

polisi belajar matematik dan inggeris dalam bahasa english adalah amat baik untuk kebaikan orang melayu generasi sekarang ini dan juga untuk kaum2 yang lain dinegara ini. kalau ada pun yang tidak bersetuju mungkin kerana tidak faham akan kehendak semasa atau sekadar rethorik politik.

ianya handaklah diteruskan semuga Melayu tidak jauh ketinggalan dalam menguasai bahasa english yang merupakan bahasa utama didunia ini.Ianya bukan hanya sekadar bahasa tapi ianya juga mempunyai nilai ekonomi seperti peluang mendapat pekerjaan dan sebagainya sepertimana yang huraikan oleh TUN.


seharusnya polisi di sokong sepenuhnya oleh segenap lapisan masyarakat dan kaum dan ianya merupakan strategi jangkapanjang yang amat berguna.

wassalam.

SALAM HORMAT YB TUN..

Saya setuju 100% dgn TUN, kita harus menguasai sains & matematik dlm bahasa inggeris utk memudahkan kita berinteraksi dgn bangsa lain dgn mudah.

Dear Tun,
I m from Sarawak and a native. Cos of you, I had the opportuninty to study overseas. Thank you very much for that.

Salam Tun,
Saya amat bersetuju dengan pendapat Tun (bukan bermaksud saya membodek Tun)....

Zaman saya bersekolah dulu, Cikgu English saya memaksa kami untuk bercakap dalam Bahasa English dalam kelas kalau tidak akan di denda....

Malahan memaksa semua pelajar untuk menggunakan kamus "English to English" bukan "English to Bahasa Melayu".....

Jadi hasrat dan tujuan tetap sama macam Tun....meletakkan BANGSA melalui BAHASA.....

Assalamualaikum Tun,

1) Sebenarnya, penggunaan bahasa inggeris dalam pelajaran sains & matematik ini lebih banyak faedahnya dari keburukan.

2) Bukan setakat pelajar yang dapat menguasai bahasa inggeris, malah guru-guru pun dapat memperkasakan lagi penggunaan bahasa inggeris mereka. Buktinya, masih ramai guru-guru yang tidak dapat menguasai bahasa inggeris dengan baik.

3) Jika kita lihat sekarang, sudah ramai pelajar-pelajar sekolah rendah yang dapat bertutur bahasa inggeris dengan baik. INI SATU PERKEMBANGAN YANG SIHAT.

4) Betul kata Tun, pejuang bangsa yang tidak mahu perubahan adalah mereka yang sayangkan kedudukan mereka sebagai pemimpin. Kononnya, TAKUT HILANG POPULARITI.

5) Sebaliknya, pemimpin yang membantah cadangan Tun ini akan MENINGKAT POPULARITINYA.

6) Saya masih ingat kata-kata Tun, iaitu kegagalan Tun semasa menjadi PM Malaysia ialah kesukaran menukar cara pemikiran bangsa melayu. Hal ini adalah salah satu daripadanya.

7) Apapun, saya tidak pernah manyalahkan Tun di dalam cadangan yang ini kerana saya yakin DAYA PEMIKIRAN TUN ADALAH UNTUK MASA DEPAN agama, bangsa & negara.

8) HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!!

Salam buat Tun sekeluarga.

(1) Saranan Tun mengenai pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris amat tepat.

(2) Penguasaan Bahasa Inggeris diperingkat sekolah amat penting sebagai asas bagi generasi Muda sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

(3) Saya sendiri telah melihat sendiri bagaimana teman-teman seangkatan gagal mendapatkan peluang pekerjaan kerana kelemahan penguasaan bahasa inggeris mereka sewaktu ditemuduga walaupun keputusan peperiksaan di Universiti cemerlang. Sedihnya, kebanyakan mereka ini orang Melayu sendiri.


jadi yang terawal kali ni he he

Assalamualikum... TDM,
Saya tak faham kenapa isu pengajaran Matematik seta sains dalam bahasa english dipertikaikan.Saya sebagai salah seorg bekas tenaga pengajar bahasa english sedih dgn segala tuduhan yg tidak berasas terhad Tun. Adakah dgn hanya belajar dalam bahasa penghantar yg lain menyebabkan kita lupa atau tidak hormat pada bangsa sendiri? Macam mana dgn tanggapan bangsa cina serta India yg belajar dalam bahasa melayu???? adakah bermaksud mereka tidak hormat pada bangsa mereka sendiri? Idea ini perlu dihapuskan. Salam sejahtera..

dear Tun,

I hope that the subjects will stay in English.I'm a standards six student.This is because I've been using English for my subjects.Maths and science are also my favorite subjects.

Thank you.

From Kong Seng Chew.

Asalamualaikum wbt..

Saya berasa amat sedih jika ada sekelumat bangsa kita yang mengatakan bahawa meminggirkan bahasa ibunda jika penganjaran disampaikan menggunakan bahasa inggeris.

"sekelumat" org ini mungkin tidak sedar bahawa penguasaan bahasa inggeris adalah advantage/ tools dalam memperkasakan bidang ilmu yg dituntut.

Mashallah...masih ada lagi org yg berfikiran mcm ini. Bangkitlah wahai bangsaku. Sesungguhnya, tiada org lain dapat mengubah nasib mereka kecuali mereka berusaha mengubah nasib mereka sendiri

~k~

hye tun dr m, mmg bernas idea menggunakan bahasa inggeris dlm ilmu sains n math. tanx to tun...
u r the best leader ever we have..

Good day Tun,
Somoga sihat selalu.

1. Bangsa yang menguasai ilmu mempunyai keupayaan untuk menentukan bangsanya & negara di paras dunia, ini sudah pun di bukti olen negara Jepun, Korea, Taiwan. Saya tidak bandingkan India & China sebab dua negara ada lebih besar dari segi size keluasan bumi & bilangan penduduk.

2. Mengapa Jepun, Korea & Taiwan mereka lebih maju dari aspek ilmu? tidak semestinya orang Jepun, Korea & Taiwan mempunyai kebolehand menguasai bahasa inggeris jika dibandingkan dengan Malaysia.

3. Adakah nagara mereka lebih senang diurus dari segi tidak manghadapi berbilangan kaum jika di bandingkan dengan Malaysia? Kita sebagai rakyat Malaysia tentu tahu ini adalah satu daripada sebabnya, tetapi ini bukan sebab yang utama untuk bangsa Malaysia menguasai ilmu.

4. Kita harus mengibas kembali sistem penbelajaran Malaysia (Education system Malaysia). Adakah dengan menguasai bahasa inggeris & mengajar Matematik & Sians boleh membolehkan rakyat Malaysia mempeorelehi ilmu yang setanding dengan negara asing?

5. Pengajaran Sians & Matematik dalam bahasa Inggeris boleh membolehkan sesuatu istilah and kaedah yang digunakan oleh bahasa inggeris itu menjadi lebih mudah faham semasa belajar dan pengetahuannya akan jadi lebih memdalam, ini setakat untuk memantu untuk meningkatkan kefahaman.

6. Kaedah2 untuk menetukan membolehkan para pelajar handalan (super grad student) selepas belajar dan memperolehi ilmu yang setanding dengan orang asing, balik berkhimat untuk negara. Tidak perlu untuk mengupah orang asing menjadi penasit, atau orang yang berilmu dari negara kita jadi penasit negara asing.

7. Malaysia beruntung mampunyai PM seperti Tun yg mempunyai vision. Tetapi vision-vision yg ditentukan itu, hendaklah mempunyai orang2 yang berwibawah untuk melaksanakannya.

8. Ini memang suatu tugas yang berat, hanya pemimpin yang berjiwa bangsa sahaja yang boleh melaksanakannya.

9. Di manakah pemimpin berjiwa bangsa di Malaysia?

9. Kerajaan yang macam mana baru boleh membentuk peminpin yg berjiwa bangsa?

Jawapan ada di hati.
Selamat memyambut Hari MERDEKA.

Tun,
memang benar bahasa jiwa bangsa.Memang diakui english merupakan bahasa keperluan pada hari ini tetapi itu bukan alasan untuk menidakkan penggunaan bahasa kebangsaan.Saya masih ingat lagi ketika hal penggunaan bahasa inggeris dalam matematik dan sains ini baru hendak dimulakan,maka kata guru saya memang akan timbul masalah untuk murid-murid,pertamanya masalah untuk memahami soalan dan yang keduanya masalah untuk menjawab soalan.Memang benar perkara ini berlaku walaupun ada usaha telah dilakukan.Murid-murid yang bermasalah tentulah kebanyakannya adalah murid-murid luar bandar.Walaubagaimanapun,apabila dasar telah dilaksanakan maka saya berpendapat hendaklah dasar ini diteruskan kerana tiada gunanya untuk kembali kebelakang,cuma pelaksanaan dasar ini perlu diperelokkan,semua pihak sama ada kerajaan,guru,ibubapa mahupun pelajar sendiri perlu lebih berusaha untuk merealisasikan dasar ini.Sekian.

http://abangchiq.blogspot.com/

Saya, pada dasernya banyak setuju dan menyokong Tun. Tapi maaf, pada isu ini, saya amat tidak setuju. Yes, I did learn English but it was a by product for me to further my study. I don't really know what it is but something might not right.

I totally agree with u Tun. I've experienced the difficulties when studying science and maths in secondary school and university (in the early 90s). The most difficult time was at the university (UM to be specific) as most of the science books - particularly Physics and Chemistry- are in English but the examinations were all in BM. The lecturers, including a Mat Salleh professor, have to use BM to teach us and it was so funny when they were using their own transllation to explain on certain theories. I support your decision to teach the subjects in English as I can see the improvement on my nephews and nieces. Sometimes, I envy them as they can understand science and mathematics terms better than me and at the early stage. They can also discuss on the latest environmental issues in English. The government should improve the system rather than discard it. They should now focus on improving the grammar and pronunciation aspects as some of the teachers are still not good at that.

First, do not compare us with Japanese please.

Second, before we talk about local and poor Malaysians student who struggle to learn English here at Sekolah in Malaysia , please check back the minister's or royalty's children that have the opportunity to study in international school (English medium for sure) and overseas even for their primary and secondary education.

don't be fool by those VVIP who against this teaching science and math in English, check back where their children go for school ???

assalamualaikum tun yang di sayangi,

for me,if we learn in english ,it doesnt mean that we have to forget our own language..Bahasa Malaysia tetap bahasa ibunda.rakyat Malaysia perlu berfikiran jauh.

cuma yg menjadi masalah adalah ramai yg mempersoalkan tentang pelajar yg susah menguasai BI..but,everything must have its pro and cons..but still 100% agree with u..

-future maths teacher

Salam kepada YAB Tun dan rakan2 bloggers,

1. Jiran saya orang Cina yang menghabiskan zaman persekolahnnya di sekolah cina. Tetapi mengikut beliau, hanya dua bahasa yang mahu dikuasainya iaitu bahasa mandarin dan bahasa inggeris. Bahasa melayu tidak berapa perlu, kerana dia tetap mendapat pelanggan melayu walaupun broken malay. Lagipun orang melayu yang turunkan standad bahasa melayu dengan bercakap bahasa pasar dengan kaum lain, jadi apa perlu bercakap bahasa melayu standad? (itu rasional jiran saya). Selama hari ini dia maju dalam bisnes kerana 2 bahasa itu sahaja.

2. Anak saya belajar dalam bahasa melayu dan inggeris sepanjang masa semasa di sekolah (Ting 1 - Ting 5). selepas SPM beliau mendapat peluang untuk program pandang ke timur dan menghabiskan banyak tahun menguasai bahasa jepun. Di dalam bahasa jepun, terdapat pula bahasa jepun yang menggunakan banyak istlah/bahasa inggeris, pun beliau boleh menguasainya. Beliau menyambung pelajaran ke peringkat sarjana, pun menggunakan bahasa jepun, tetapi perlu menguasai bahasa inggeris untuk membuat rujukan dan selepas balik ke malaysia, beliau memantapkan bahasa inggeris
supaya dapat menimba ilmu baru yang banyak ditulis dalam bahasa inggeris.

3. Maksudnya, anak saya kuasai 3 bahasa, tetapi majoriti pelajar kaum cina dan india sudah lama menguasai 3 bahasa; melayu, inggeris dan bahasa ibunda. Mereka tahu untuk survival dengan adanya globalisasi, liberalisasi, perlu menguasai bahasa2 antarabangsa seperti bahasa inggeris.

4. Sekarang kita lihat Spore menjadi hub bahasa mandarin untuk expat cina seluruh dunia. Tidak mustahil, sikit hari lagi dalam internet bahasa kedua adalah bahasa mandarin! Anak melayu yang tidak kuasai bahasa inggeris dan tidak menguasai mandarin akan menjadi 'tikus tengok besi...' maksudnya, tak tahu nak buat apa2 bila diberi ruang dan peluang untuk surf...maka carilah akan dia terjemahan2 yang ntah apa2.

5. Saya mencabar kawan2 untuk menyemak dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Buruh (mungkin dah tukar nama) untuk lihat yang mana satu lebih ramai pemohon kerja bumiputra/melayu. Majoriti graduan dan bukan graduan melayu/bumi mendaftar dengan SPA untuk memohon kerja dengan kerajaan, manakala tersangat kurang pemohon melayu dengan Jabatan Buruh kerana jabatan ini akan memadankan pemohon dengan majikan2 sektor swasta.

6. Maksudnya anak melayu/bumi tidak yakin untuk bersaing dengan kaum2 lain di sektor swasta dan rasa selesa jika bekerja dengan kerajaan. Tetapi sekarang sudah ada lebih daripada 1 juta kakitangan kerajaan dan apabila kerajaan naikkan umur pencen kepada 58 tahun, maka lagilah kecil pintu untuk masuk bekerja dengan kerajaan.

7. Kaum cina majoritinya selesa bekerja sendiri, tetapi anak2 melayu/bumi lebih selesa makan gaji. Makan gaji dengan swasta tidak confident, maka berduyun2 menunggu kerja kerajaan...itu antara sebabnya tinggi kadar pengangguran. Bila ada kekosongan pekerjaan kerajaan? Lihatlah insentif untuk usahawan graduan melayu pun dingin sambutannya. Ini ada kaitan dengan bahasa inggeris juga, kalau tidak kenapa tidak berani ke swasta?

8. Ramai menyalahkan anak2 muda ini kononnya kamu sudah baligh maka kamu sepatutnya pandai2lah mencari kerja...tetapi jangan lupa budaya kita. Dari sekolah dimanjakan, masuk universiti dihantar rombongan, maksudnya overprotective, maka janganlah kita semudah itu berkata, you cari kerja sendiri.

9. Itu sebabnya Tun menyarankan kita supaya menguasai bahasa inggeris, mempunyai soft skills, competitive skills supaya marketable! Berapa mak bapak yang membantu anak2 mereka? Kerajaan yang bertanggung jawab sahaja akan membuat plan dari masuk sekolah, IPT sampailah keluar nanti dari IPT. Kerajaan Tun merancang dari A - Z.

10. Cuba baca AUKU (Akta Univ Kolej Univ. Tun bertanggung jawab untuk memastikan pelajar2, lebih2 lagi anak melayu/bumi masuk IPT untuk belajar, menimba ilmu, kemahiran, bukannya berjudi, mabuk, berpolitik...dah pelajar dihasut untuk membasmi AUKU kerana dilarang berdemonstrasi! Yang baik2 tidak nampak, nampak larangan untuk berdemo sahaja. Pelajar kaum cina dan india duduk belajar diam2, dapat kelas pertama dan sekurang2nya kelas dua atas...anak melayu (bukan semua) yang sibuk berdemonstrasi, berpolitik dapatlah kelas ketiga! Lepas tu bising majikan tidak mahu ambil kerja...dah kelas tiga, siapa yang mahu? Sampai ke situ Tun fikirkan, bagaimana input 100% keluaran pun 100% dengan keputusan cemerlang. Malangnya ada naib2 canselor yang tidak menjalankan tanggung jawab mereka untuk memastikan output 100% cemerlang ini.

11. Saya pun seorang bapak, kalau mengharapkan saya sendiri memikirkan masa depan anak saya, saya tidak mampu. Tetapi dasar2, program2 yang dicetuskan Tun meletakkan anak saya di tahap terbaik; sains dan matematik dalam bahasa inggeris, program pandang ke timur, program DEB, AUKU semuanya adalah kaitan. Bukalah mata..

12. Sekarang Dollah sabotaj matlamat wawasan 2020, maka sudah tentulah memberi impak kepada proses input dan output anak muda kita. Ramai graduan yang sakit hati bila Dollah suruh mereka melihat pertanian sebagai opsyen, mengubah cara hidup dll.

13. 5 juta pengunjung blog Tun rata2 merasa bimbang masa depan anak2, cucu mereka. Dollah dan penyokong2nya tidak mampu berfikiran jauh untuk masa depan kita semua. Perhatikan program2, aktiviti2 yang diutamakan tidak berupada sesuatu yang urgent dan important; bayar ex gratia, penting & urgent? kes linggam, penting & urgent? koridor2 ntah apa2, penting dan urgent? masjid kristal, taman hadhari, dll. Tidak ada priority.

14. Pegawai2 berunifom spt polis, askar, kastam, bpr, dll, yang tidak menguasai bahasa inggeris kena kencing dengan loyar2 hindraf. Mereka akan bercakap orang putih dengan laju sehingga pegawai2 yang tidak mahir inggeris akan mengalah...ini taktik loyar2 buruk ni. Saya pernah melihat majistret yang terkial2 untuk menulis apabila peguam bercakap inggeris, tetapi bila bercakap melayu, barulah ligat majistret menulis.

15. Lebih banyak untung menguasai bahasa inggeris, lebih2 lagi dalam matematik dan sains.

Tun, terima kasih kerana bertanggung jawab sebagai khalifah yang menjaga kami dari kecil (dalam perut pun dah dapatkan bantuan hospital kerajaan)sehinggalah dewasa, mendapat ilmu, kemahiran dan disokong sepenuhnya dengan dasar2 serta bajet.

You always claim all your implementation are right and for the interest and progress of the malays.Language is only a mode of communication and it is not a tool to determine someone's competencey.Take South Korea,China AND Japan for instance,They can hardly speak a word of English but they are very sucessful in all departments with their mother tongue.
What makes a race successful is not English but the hardwork,determination,striving,Enthuthiasm and others.The race you have helped in malaysia does not have any of this because the ruling UMNO has pampered,Cradddle them and even milk them to make their life easy with the unique policy NEP.Look for yourself,The product of NEP has very poor finishing and the government are willing to compromise with it.That has caused our best university (UM)to go down and soon will get buried.
Maybe,During your premiership,You could have produced millions of malay proffessionals,But, what are their quality comparable to the chinese and the indians.Are all this people competitive in terms of competency or only filling the gaps to show the figures.
As far we know,The NEP only has the quantity and not quality.Atleast now,You change your so called NEP and begin producing quality graduates to cater the more challanged generations in future.
I am not against the MALAYS,I have plenty of malay friends and from a malay kampong too.They are very good people but the Politicians are migrating their mind towards them for their personnel benefits and creating rift among the non malays.I am only against the biased policies being practised in malaysia for decades.

It is a a fact that the english language is the language of the world. Most books that is written in any other language will be translated into english at a point of time. My opinion is that what Tun did was for the best in a long term effect. But Tun, even if maths and science are thought in english, i would suggest that for the exams we should have 2 languages for the students to better understand the questions. I'm talking based on experience. My youngest sister is sitting for UPSR in less than 2 months and i can conclude from tutoring her every night that she is having difficulties to understand the "bombastic" words that is used in either science or math. During report card day when the parents/family members need discuss with the teachers about their siblings academic progress, I noticed that some of the teachers cant converse that good in english. So how is it possible for them to teach in a language that even they have problem embracing? I support your idea 100%, its just that steps should be taken in order for this new system to work effectively. The best i could do now is to make sure i speak to my sister in good english and correct any mistakes that she makes. If the system can be implemented correctly, i think this will help the students enormously.


Just my 2cents.


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HI TAALA WABAROKATUH

Yang di hormati lagi di sayangi Ayahanda Tun dan Bonda Siti Hasmah

Ayahanda ada lah benar2 seorang BAPA dan seorang PENDIDIK.Memikir yang terbaik untuk ,bukan sahaja bangsa melayu bahkan bangsa2 lain dalam negara Malaysia ini.Sebab itu lah di katakan bahawa ayahanda seorang yang berpandangan jauh dan 3 langkah di hadapan lain2 orang.
DEngan sains kita bukan sahaja dapat mengenali akan penciptaan Allah SWT di alam ini bahkan dengan sains kita boleh mencari dan mengetahui akan diri kita dengan sebenar2 nya.Dalam diri manusia ini penuh dengan rahsia2 alam.apa yang ada di luar sana ,ada di dalam diri kita.Itu bagi orang yang mahu mencari dan mengenali diri nya sendiri.
Dengan ilmu matematik juga kita boleh belajar dan mengetahui tentang kejadian2 diri kita ini.Cuma beza nya belajar matematik di sekolah,pusat2 pengajian tinggi tidak sama dengan belajar matematik untuk mengenali diri.contoh nya kenapa kita kadang2 kena wirid sesuatu ayat itu 7,21,33 atau 44 kali dan sebagai nya .Di situ kita akan temui apakah di atas ciptaan2 Allah SWT untuk kita.
Setiap kita di wajibkan untuk belajar setinggi2 nya walau pun di mana kita berada.CUMA KITA TIDAK DI WAJIBKAN UNTUK BELAJAR JADI KURANG AJAR SEWENANG2 NYA.Benar kata ayahanda itu.kalau kita hendak maju ,kita kena lah berani belajar untuk menguasai bahasa lain demi untuk memajukan lagi diri sendiri dan bangsa dan negara.Menguasai bahasa yang baik itu adalah perlu.Kita pun selalu berdoa dalam bahasa arab/al qur'an.
Terima kasih di segala usaha Ayahanda itu.
Semoga Ayahanda dan Bonda selalu berada di dalam Rahmat ALLH SWT.

Alif Lam Mim

WASSALAM

well-said Dr. M

But the problem is many students who came from non-english speaking background failed to cope with science and math in english.

They have major disadvantage compare to students from english speaking background.

This is especially true for rural students and chinese medium school students.

dear Tun,

saya bersetuju walaupun saya tidaklah begitu fasih berbahasa inggeris. Memang banyak kelebihan jika boleh berbahasa asing sebanyak yang mungkin.. Menggunakan Bahasa Asing bukanlah bererti kita mengagungkan mereka.. tetapi salah satu daripada kelebihannya ialah 'tidak membuat kerja 2 kali'.. maksudnya dapat menggunakan terus apa jua yang tercatat di dalam bahasa asing itu tanpa perlu diterjemahkan lagi.. Bangsa kita di Malaysia ni, kalau buat perubahan yang agak pelik je terus bantah tanpa memikirkan apa yang tersirat.. Seolah-olah sebagai satu bangsa yang tidak mahu untuk berubah.. Kita haruslah faham bahawa untuk berubah, sesuatu kaum atau bangsa itu perlu melakukannya kerana peredaran zaman sangat memaksa kita untuk melakukannya.. namun masih ada lagi ya