MENGINGATI PEJUANG-PEJUANG KEMERDEKAAN


| | Comments (392) | TrackBacks (0) | Previous Blog
1. Jeff Hamaz menarik perhatian kepada pejuang-pejuang kemerdekaan Malaya sebelum UMNO. Saya bersetuju kita harus beri tempat kepada orang-orang seperti Ibrahim Yaacob, Ahmad Boestamam, Ishak Hj Mohammad, Dr Burhanuddin Helmi dalam perjuangan ini.

2. Tetapi saya tidak bersetuju bahawa UMNO adalah pro-British. Kelainan antara pejuang-pejuang KMM (Kesatuan Melayu Muda) dan MNP (Malay Nationalist Party) ialah tentang cara dan pendirian. KMM sanggup menyokong Jepun dan ramai yang menjadi Heiho, angkatan separuh tentera yang didirikan oleh Jepun sementara Malay Nationalist Party mirip kiri dan bersimpati dengan Komunis yang hampir semuanya terdiri daripada orang Cina yang telah bermusuh dengan orang-orang kampung selepas Jepun kalah.

3. Pemimpin UMNO pula tidak kiri dan tidak kanan. Mereka utamakan orang Melayu yang akan hilang tanahair mereka jika Malayan Union ditubuh. Tak dapat tidak UMNO terpaksa menentang British. Hanya yang tidak dilakukan oleh UMNO ialah perjuangan ganas melalui perang gerila.

4. UMNO tidak pilih perang gerila kerana kemungkinan mendapat kemenangan melawan tentera British yang kuat, amat tipis. Lagipun perang gerila bersahabat dengan gerila Komunis.

5. Ada pihak yang berasa kemerdekaan melalui rundingan tidak sama dengan kemerdekaan melalui peperangan. Parti Islam umpamanya menyifatkan Kemerdekaan Malaya sebagai kemerdekaan setengah masak. Kita tidak dapat berbangga dengan hero-hero yang terkorban dalam perjuangan. Kita tidak boleh puja mereka.

6. Tetapi tidak siapa boleh pertikaikan kemerdekaan kita. Bukan sahaja dapat kita bangunkan negara lebih baik daripada penjajah, tetapi kita bebas menegur dan mengkritik penjajah, bahkan bertindak memboikot penjajah dan kuasa-kuasa Barat apabila mereka bertindak secara tidak adil atau ganas di mana-mana sahaja. Kita punyai pendirian kita tersendiri dalam dunia antarabangsa.

7. UMNO mudah lupa jasa pejuang-pejuangnya. Bukan sahaja UMNO dan Kerajaan pimpinan UMNO tidak memberi penghargaan kepada tokoh-tokoh seperti Ibrahim Yaacob, Ahmad Boestamam, Ishak Hj Mohammad dan Dr Burhanuddin, tetapi jasa Dato Onn Jaafar pun tidak dihargai seperti pemimpin-pemimpin UMNO yang lain walhal Dato Onn bukan sahaja Yang Dipertua UMNO yang pertama tetapi dibawah pimpinannya UMNO dan orang Melayu berjaya menewas rancangan British, sebuah kuasa dunia yang baru sahaja menang perang, daripada merampas negeri-negeri Melayu untuk diberi kepada siapa sahaja yang ingin memilikinya.

8. Dato Onn memimpin orang Melayu yang miskin dan daif, yang berpecah kepada rakyat masing-masing negeri supaya bersatupadu dalam UMNO dan menentang British sehingga British terpaksa tunduk kepada tuntutan Melayu dan menggugurkan Malayan Union kurang dari dua tahun ianya ditubuh.

9. Jasa Dato Onn kepada orang Melayu, kepada UMNO amatlah besar dan jasanya harus dikenang dan diberi penghargaan yang tidak kurang dari jasa Tunku Abdul Rahman, pejuang kemerdekaan.

10. Sesungguhnya orang Melayu dan UMNO mudah lupa dan kurang mengenang budi.

0 TrackBacks

Listed below are links to blogs that reference this entry: MENGINGATI PEJUANG-PEJUANG KEMERDEKAAN.

TrackBack URL for this entry: http://test.chedet.com/cgi-bin/mt/mt-tb.cgi/91

392 Comments

Salam Tun,

We miss u every single day....Selamat Menyambut Bulan Ramadhan!!


Memang besar jasa UMNO besar untuk tanah air Malaysia tercinta. Malangnya suatu hari nanti UMNO akan tinggal dalam kenangan. Pemimpin UMNO sekarang sudah tidak kenal atau telah lupa sejarah. UMNO sekarang di pimpin oleh pemimpin yang tak berkebolehan ... tak bijak ... tidak peka dengan sekeliling. Presiden sekarang, Pak Lah akan tersedar dari tidur bila UMNO akan dikuburkan. Terlambat..!!


Salam buat Tun dan Isteri semoga sihat hendakNya!!!
Jasa Dato Onn pada orang melayu sememangnya sangat besar!!!
saya lihat dokumentari di astro mengenai sejarah Dato Onn!!!
Dan Tun merupakan pewaris kepada kedaulatan bangsa melayu!!!
Tidak seperti pak lah tua kutuk yang hanya mementingkan poket sendiri dan anak beranak semata-mata!!!
Tun Pahlawan Terbilang!!!!
Selamat Menyambut Kemerdekaan Tun!!!!
We All Love U!!!!


Salam Tun,

Melayu tetap Melayu.Tahniah kepada DSAI pemimpin Melayu yang bertaraf International seperti TUN (Mahaguru kpd DSAI)juga.


Tidak rugi mengenang sejarah silam kerana ada pengajaran di sebalik kenangan.........ARB Dagang

Salam buat Ayhda Tun,

Baca tulisan Ayhda di atas, teringat puisi yg dimasyhurkan oleh Ayhda sendiri..

"Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa..."

Tun,

History is written by the victors. Jasa Dato Onn kurang diketahui oleh majoriti rakyat sebab sejarah malaysia sendiri seperti yang diajar di zaman persekolahan saya tidak pernah menyebut tentang jasa beliau. Yang diceritakan hanyalah beliau telah mengasaskan UMNO tapi kemudian meninggalkan UMNO untuk menubuhkan Parti Negara. Kenapa dan apakah yang membuat beliau bertindak demikian tidak pernah diterangkan, jadi kita hanya lebih mengenang Tunku Abdul Rahman sebagai bapa kemerdekaan. Seingat saya buku teks sejarah lebih menggambarkan Dato Onn sebagai "deserter" UMNO yang kemudiannya tewas. Saya harap 100 akan datang sejarah Malaysia tidak menggambarkan tentang yang sama terhadap Tun.

Dear Tun,

I agree with you. I never neglected all our past heroes. I love Malaysia and love the success especially under your era. Among all the heroes, you have missed your BIGGEST part and contribution being the most successful leader to this great nation. Thanks Tun for being our great leader. I am really proud to be Malaysian and really hope to be one of the heroes for Malaysia just like you.

Terima Kasih Tun Dr Mahathir kerana datang ke UiTM tengahari tadi...

Am I the 1st. Tun you are the best and my idol forever.

Assalamualaikum Tun,
Memang saya setuju dengan apa yang Tun kata kan.Nampak nya tabiat ini sudah menjadi kebudayaan Melayu

ألسلامعليكم ورحمۃ ﷲ وبركته


Al-fatihah kpd Arwah2 yg disebutkan.

Orang melayu bukan takat mudah lupa, tapi juga mudah percaya dan mudah kena tipu.

Skim cepat kaya = kena tipu
Saham internet = pun kena tipu
Black money syndicate = kena tipu juga
Gores dan menang = kena tipu lagi
Ceramah Anwar Berahim = hahaha kena tipu lagi dan lagi


salam tun,

terima kasih atas pengetahuan.

UMNO skrg bkn shja mudah lupa namun trlalu kecil bilangan yg "berani" untuk tampil "mencabar" kepimpinan yg lemah lantas menghakiskan kekuatan parti yg semakin mghilang ini..

kurang mengenang budi satu masalah, tetapi terlalu ingin "membuktikan" kepandaian yg lebih drpada kepimpinan yg lalu juga menghadirkn satu maslah yg lain.

"korbankanlah kuasa anda sekiranya itu adalah pengorbanan yg diperlukan bg mmbuktikan keikhlasan kpda bangsa, agama & negara" krna jasa anda juga "pasti akan dikenang" dulu kini & selamanya..

atau UMNO akan dijajah setelah berpuluh tahun parti itu dipertahankan..


Cara mengenang budi MESTI diasuh bukan diwarisi. Kalau UMNO tidak mengajar supaya anaknya mengenang budi! Jangan harap PKR yang bertanggung jawab. btw Pernahkah rakyat bersetuju untuk menubuh Pakatan Rakyat? Bila ?

ASSALAMUALAIKUM TUN DAN SEMUA....
SEBENARNYA TUN, DISINI SAYA INGIN KELUAR TAJUK SIKIT NAK MINTAK TUN KOMEN SIKIT MENGENAI APA MASALAH SEBENAR DGN DATO' SERI ANWAR SEHINGGA TUN AMAT MEMBENCI BELIAU.SAYA AMAT KURANG JELAS DGN APA YG SEDANG BERLAKU. DAKWAAN AGENT YAHUDI,DAN LAIN LAIN AGENT TAK MUNASABAH. UTK APA ORG YAHUDI NAKKAN AGENT DIA MALAYSIA? MEWAH SGT KAA NEGARA KITA? KALAU APA APA TINDAKKAN YG TAK BETUL JIKA DILAKUKAN OLEH BELIAU TUKARKAN SAJA BELIAU LEPAS PILIHAN RAYA AKAN DATANG.
KALAU MASALAH DIA NGAN TUN CUMA MASALAH PERIBADI, JGN BAWAK MAI KE DLM POLITIK.KALAU BENAR SEMUA TUDUHAN YG DIBUAT KEPADA DSAI KENAPA DIA DIAMBIL JADI MENTERI,TIMBALAN PERDANA MENTERI,PEMANGKU PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN?SETAKAT DESAK PAK LAH TURUN TAK CUKUP. KALAU NAK SURUH ORG BERHENTI SATU PERKARA, SEDIA ALTERNATIF KEPADA PERKARA TERSEBUT.KALAU SEKARANG PAK LAH TURUN, DSNTR TAK LAYAK, ABIH TU NAK SURUH SAPA JADI PM?
SAYA MOHON MAAF SEKIRANYA TERKELUAR TAJUK ATAU TERKASAR BAHASA, MENUNGGU PENJELASAN TUN...
SEKIAN

Tunku Abdul Rahman = Bapa Kemerdekaan
Tun Abdul Razak = Bapa Pembangunan
Tun Hussein Onn = Bapa Perpaduan
Tun Dr. Mahathir Mohamad = Bapa Pemodenan
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi = BapaK BOREK ANAK RINTIK
Brother Anuar Bin Ibrahim (Jikalau ter"jadi" PM) = BapaK AYAM

Sifat kurang ajar terhadap pemimpin lampau di-pupuk oleh pemimpin-pemimpin tertinggi Umno.
Dari presiden, menantu presiden, balaci menantu presiden (Nazi), ketua wanita yang tak sedar diri kepada menteri besar yang tak reti bahasa inggeris.... semua-nya di-ajar supaya kurang ajar kepada pemimpin terdahulu.
Kita tunggu dan lihat akan nasib mereka ini ...Tuhan maha adil.

salam tun
i'm the first..
kemeriahan kemerdekaan telah hilang..
sy anak muda terasa..
nak tengok Jalur Gemilang pun x byk..
ntah ape pak lah duk buat dgn duit kerajaan?
x meriah seperti dulu..
u r the GODFATHER
semoga shat selalu...

Tun,

You are the best..... May you always be healthy and happy. Our country is at its loss without you.

p/s I wonder our current PM got feelings to his people or not?? At least-la read your blog, we Malaysians are voicing our concerns and frustrations.

God bless



1. Tun, saya akui meneliti skop matapelajaran di sekolah, saya gagal untuk mendalami kisah perjuangan secara detail. Tanpa pemahaman yang jelas akibat modul yang ringkas, maka pelajar-pelajar dizaman saya kurang mengetahui erti sebenar bentuk sumbangan pejuang-pejuang ini.

2. Namun saya berusaha juga untuk membaca sedikit sebanyak jurnal sejarah berkaitan dengan Datuk Onn dan perjuangannya. Malah saya sempat dah masih ingat akan kisah perjuangan Mat Kilau dan Datok Bahaman yang dibukukan oleh kerajaan negeri Pahang.

3. Malangnya saya tidak melihat buku-buku ini ditempatkan dimana-mana perpustakaan di negara ini. Malah amat sukar untuk ditemui buku-buku ini perpustakaan sekolah.

4. Saya masih tertanya-tanya bagaimana pula TUN menghargai dan mengenang para pemimpin yang Tun maksudkan ini dmasa era pertadbiran Tun.

5. Mungkin saya terlepas pandang. Tapi saya tidak terlepas pandang bilamana DSAI ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri mengagungkan pemimpin yang bernama Josel Rezal... pelik ...

hidup Tun..
ya melayu mudah lupa..?
semut di depan mata nmpk..
tp gajah di belakang buat2 tak nmpk..

Ada pro dan kontranya bila kita mengangkat senapang dan berjuang. Akhir-akhir ini saya rasa begitu banyak sekali pertikaian yang ditimbulkan oleh pihak2 tertentu mengenai UMNO yang kononnya pengecut tidak mahu menembak British. Ada juga yang menyindir UMNO menggunakan slogan 'Hidup Melayu' daripada pejuang2 berhaluan kiri ini yang menggunakan 'Merdeka' sebagai wacana utama.

Tidakkah mereka ini selidik dengan mendalam, bagaimana UMNO bersusah payah menuntut kemerdekaan daripada British? Apakah kemerdekaan itu hanya nampak 'hero' di mata mereka ini jika kita perlu berbunuhan di sana sini? Saya tidak nampak apa rasionalnya kita membandingkan negara kita yang jauh lebih kecil pada ketika itu dengan Indonesia yang berkali2 ganda besarnya dari tanah air kita. Memanglah Indonesia menumpahkan darah menuntut kemerdekaan, tapi perlu diingat, rakyat Indonesia jauh lebih ramai, dan tentulah askar mereka juga lebih ramai. Sesetengah daripada kita pada hari ini mungkin tidak wujud; mungkin datuk,nenek dan moyang kita telah lama mati akibat terlalu memikirkan penumpahan darah daripada mencari jalan yang lebih baik untuk menunjukkan ketidakpuasan hati kita terhadap penjajah.


Walaubagaimanapun, jasa Ahmad Boestamam, Pak Sako dan lain-lainnya tidak boleh dipadamkan langsung daripada sejarah kita. Biarkan ianya menjadi peringatan buat kita, agar kita kenal asal usul agama, bangsa dan tanah air. Diharap janganlah mereka ini hanya diabadikan dalam buku-buku teks sekolah kita sahaja, biarkan nama-nama ini menonjol setiap masa, agar rakyat Malaysia dapat menerapkan rasa cinta terhadap tanah air sendiri.

Assalamualaikum...TDM
Unggapan'MELAYU MUDAH LUPA' yg telah di buat oleh TDM ketika masih menjadi PM amat bertepatan sekali.Seolah-olah TDM telah jangkakan apa yg akan dilakukan oleh PAK ANGOK PAK ANGOK selepas TDM bersara.

Fakta No.10 memang disokong 100%.Bagaimana orang di Parlimen Kubang Pasu terutamanya perwakilan UMNO boleh di beli dengan RM 200.00,saya masih kebingungan.Lupakah mereka apa yang di buat oleh TDM lebih 1/4 abad kepada mereka? Bingung! bingung! bingung!

Hasil nya apa? KEDAH DITAWAN PAS.Inilah hasil dari 'MELAYU MUDAH LUPA'
Padan muka Mahdzir Khalid.Jangan mimpi nak tawan Kedah semula tanpa minda dan olahan dari TDM.

Itu cerita Negeri Kedah,belum cerita Malaysia lagi!!!!!!

Lu fikir lah sendiri.


Salam Tun,

Peranan UMNO sebagai penyatu orang-orang melayu Pra-Kemerdekaan tidak adak tolok bandingnya. Kalau dulu orang-orang Melayu dikiaskan ikut negeri masing2, lahirnya UMNO merubah semua ini. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, BERSATU. Itulah yang menjadi tunjang kekuatan UMNO pada ketika itu. BERSATU bersama pemimpin semasam pemimpin tersebut berjuang di jalan yang betul dan BERSATU jua menolak pemimpin yang berjuang di atas jalan yang salah.

Kini, UMNO tidak lagi seperti dulu. UMNO Baru yang telah ditubuh ini pun perlu "dibaharukan" semula setelah tiba-tiba ianya hampir lumpuh akibat kehadiran pemimpin-pemimpin yang tidak mendengar suara akar umbi. Rakyat tidak perlu merusuh, cukup hanya dengan kuasa sehelai kertas untuk menunjukkan perasaan. Namun perkara ini jelas kurang mendapat perhatian sewajarnya daripada pemimpin.

Oleh sebab inilah, generasi muda terutamanya para pelajar mula menanam TANGGAPAN bahawa UMNO ini PARTI KORUP, UMNO ini PENIPU, UMNO ini BODOH, UMNO ini LEMAH dan pelbagai lagi kata2 buruk dilemparkan. Mereka telah lupa dengan UMNO yang GAGAH, UMNO yang AMANAH, UMNO yang MEMBELA AGAMA BANGA DAN TANAH AIR.

Sukalah saya dengan ini memaparkan semula sumpah melayu sebagai mengenang jasa Dato' Onn sebagai pemimpin UMNO yang berjaya menyatukan umat MELAYU BERSATU. Mudah-mudahan kita semua memperingati Sumpah Melayu ini dan bangkit berjuang semula atas kebenaran demi AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU, NEGARA MALAYSA.

Termaktub di Batu Pahat pada 8 Rabi’tul awal 1365 hb bersamaan 10 Februari 1946 Masihi..

Kami umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sesama sendiri. Kami berjanji akan bersatu padu dan patuh menegakkan agama Islam. Kami juga akan bekerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami.

Kami bersedia bersaing sesama umat Melayu dan kaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat

Kami umat Melayu, Islam bersumpah setia untuk :

Mempertahankan kepentingan dan hak Melayu
Mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu
Memperjuangkan iktisad dan pelajaran bangsa Melayu
Mempertahankan maruah negara supaya aman sejahtera

ALIF, BA, TA

Wassalamualaikum..

Assalamualaikum Tun,

Bila semua dah terkena nanti kita akan ingat semula...

http://anakmalaysia81.blogspot.com/

Assalamualaikum Tun,
Membaca Perkara 10. Saya ingin mengatakan yang Melayu dan UMNO sudah lupa kepada Tun dan kurang mengenang budi dan jasa jasa yang Tun telah taburkan kepada mereka selama ini

Yang dihormati Tun,

Saya pun sedih dengan pemimpin sekarang. Mereka seperti lupa kepada jasa-jasa pejuang terdahulu. Antara pejuang-pejuang ini adalah Tun sendiri.

Seolah-olah mereka hendak melupakan segala jasa-jasa yang telah Tun lakukan. Padahal Tun adalah penyumbang terbesar kepada kemakmuran dan pembangunan negara.

Saya amat sedih Tun diperlakukan sebegitu. Saya hampir menitiskan air mata sekarang ini. Walaupun begitu, kami rakyat Malaysia akan tetap mengenang jasa Tun sampai bila-bila.

Terima kasih Tun.

Salam Tun,
Banyak kali diungkapkan orang Melayu dan UMNO mudah lupa, tidak boleh dipertikaikan lagi. Paling menakutkan ajaran Islam supaya kita menyayangi sesama manusia sudah terhakis di negara kita. Agama kita bagai sudah tiada erti.
Namun Tun pernah kata Tun ialah seorang doktor, sekira seorang itu sakit ada ubat atau caranya.
Untuk bangsa Melayu dan Islam, apakah caranya kita balik ke pangkal jalan?

salam tun

biaq pi la sama depa...nak rasa sangat

jom kita p umrah la tun...heheh

selamat menyambut ramadhan al mubarak

Dear Tun,

Its a pleasure reading your article/s.


Its not only one particular group that forgets the enormous contributions of its past leaders, I believe, its the trend of our beloved people of this wonderful country.

As long as people are looking within (personal gain) and not outward (contributing, however small that may be) they are sure to have short memory power on sacrifices and contribution done by our great Heros of this wonderful nation.

Tun,

I must agree with you. Tongue can be sharper than sword, brain can be more useful than brawl.

I also must admit that I prefer his concept of IMP (Independence of Malayan Party) compare to Barisan Nasional concept in order to bring unity across the races in Malaysia.

Assalamualaikum Tun sekeluarga.
Tunggu punya tunggu akhirnya pukul 6.28pm keluar artikel untuk dibincangkan.
Melayu mudah lupa, lebih nampak jelas tak sampai satu tahun Dato Seri Abdullah Ahmab Badawi pun telah lupa siapa dia, siapa yang memberi laluan kepada beliau, sebagai PM.
Anwar Ibrahim lagi seorang pelupa terus.

Assalamualaikum TDM.
Marilah kita sama-sama hadiahkan Fateah kepada Pejuang-Pejuang Islam yang telah membawa kemerdekaan Malaysia, Al Fateah.

Wassalam.

Salam Tun Pak Det,

Saya suka tulisan Tun sebelum ini , tapi zaman pemerintahan TUN 22 tahun pun kenapa tak ada apa-apa rancangan khusus menghargai Dato' Onn , Ah. Boestamam , Pak Sako , Ibrahim Yaacob , Dr Burhanuddin dan beberapa tokoh wanita selain Ibu Zain. Nama mereka disebut sekali lalu kalau ada cerita latar belakang sejarah....takat tu ja.

Kalau masa tu TUN terAlpa , sekurang-kurangnya Tun dah bagi peringatan untuk perbaiki keadaan. Sayang agak terlambat sikit sebab sikap MELAYU MUDAH LUPA dah berakar jauh kedalam bumi.

Keadaan sama macam terjadi pada diri Tun, dipinggirkan orang yg Tun sendiri lantik. Memang teramat dungu dan bodohnya makhluk dari Kepala Batas ni. Alangkah baiknya ikut jejak ala-ala jiran Singapore yang sampai hari ni masih menerima pandangan LKYew, baru ada kesinambungan.

Ini sudah lah kurang bijak & pelupa, dengar pulak nasihat team Kera Jantan hingusan yang dia sorang kasihi sampai nampak sangat segala keputusan flip flop. Turun harga minyak pun bukan merubah harga barang langsung, masa naikkan tinggi melambung....memang jenis zzzzz

Salam Tun,

Setuju dengan pendapat Tun. kalau jasa pemimpin pemimpin terkini seperti Tun pun mereka sudah lupa, inikan lagi jasa2 pemimipin yang terdahulu.

Perjuangan pemimpin sekarang sudah jauh terpesong.

Asalammualaikum Tun,

Memang orang -orang UMNO mudah lupa dan tak mahu megenang jasa pemimpin terdahulu,

Apa yang mereka sibok ialah ampu bodek pemimpim terkini di setiap peringkat.

Dan mencari apa-apa peluang untuk mereka dan konco- konco melalui penyertaan politik mereka (penyertaan bukan perjuangan politik).

Mereka jauh menyimpang dari perjuangan asal yang sangat-sangat murni untuk bangsa ,tanah tumpah darah dan agama.

Kebanyakan pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian tak tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka dan tak ada semangat kasih dan sayang kepada bangsa nya. Mereka ini boleh di jual beli dengan begitu murah , sehingga tak ada nilai diri dan tidak bermaruah, banyak berpura pura (hipocrate).

Nauzubillah min zalik, minta di jauh kan daripada pekara begini, Ya Allah Ya Tuhanku pelihara lah UMNO dan jauhilah UMNO dari orang -orang yang mengkhianati perjuangan.

Salam Tun dan selamat menyambut bulan Ramadan .

OLD EDWARDIAN

salam semua n ape kaba rakyat malaysia


TUN
hope sentiasa sihat n akal yg tajam serta bernas...

rata2 mmg rakyat rase tertekan, maka ada yg didalam rase berbelah bahagi.. maka DSAI mendapat undi yg besar

undi DSAI terbahagi kepada beberapa

1. mereka yang menyokong kuat DSAI
2. mereka yang bosan dengan PM DSAAB serta UMNO

apa-apapun kasi peluang kepada DSAI untuk membetulkan UMNO yang dibawah kepimpinan DSAAB

tak kiralah DSAI ni nakal atau tidak, kita sbg rakyat bagilah peluang, sapa tau manusia boleh berubah dengan sekelip mata

takpa la TUN,
TUN komen jelah dari jauh apa yang akan berlaku selepas ini

saya tetarik dengan kenyataan TUN "sbb ada pembida yg lagi berkemampuan"

takpa.. zaman srg zaman duit, kite lihat sapa yang membeli dan dibeli

tq

salam TUN

that is great explanation to our current leader........bravo

I'm not so perturbed by the current leaders not appreciating the struggles made by these great men Tun. I'm more fearful with the fact that the iPod generation does not know the struggles made by these great men. To them, the truth is what they read on the Net. This needs to be addressed immediately.

Salam sejahtera buat Ayahanda sekeluarga,semoga dirahmati ALLAH SWT

Saya amat berbangga dengan ketabahan Ayahanda didalam perjuangan bangsa dan agama. Walaupun tidak seperti dulu lagi. Tetapi Ayahanda perlu tahu bahawa ayahanda tidak keseorangan dan suara-suara keramat ayahanda masih diperlukan bagi mertabatkan bangsa melaysia, khasnya bangsa melayu.

Rakyat Melayu tidak semuanya mudah lupa, tetapi kami tahu dan sedang melihat akan kebanyakan bapak-bapak menteri khasnya melayu, sedang bermain dengan labu-labunya, mereka dah terlupa akan tanggungjawab mereka untuk rakyat, mereka sudah terlupa akan sejarah-sejarah perjuangan terdahulu. Adakah mereka sedar bahawa rayaat sudah tidak ingin digula-gulakan lagi, tahukah mereka tahap celik rakyaat telah pun meningkat,senarion politik sekarang telah pun dibuktikan bahawa keputusan rakyat tidak dipengaruhi atas dasar simpati terhadap seseorang, tetapi kami buntu dan hilang kerpercaya terhadap barisan pemimping2 melayu lagi, hampir setiap hari kami diketawakan oleh kawan2 bangsa lain diatas sifat2 mereka yang tidak seperti dibawah kepimpinan ayahanda dulu. Merak hanya pentingkan kebendaan untuk meraka, keluarga dan kekawan mereka. merak makin kaya itupun kami tahu. Ayahanda saya rindu akan kepimpinan ayahanda, pimpinlah kekanda Mukhriz "MP Jerlun" dengan sempurna agar kami dapat bertaut dengannya.

Salam TDM

Patah tumbuh hilang berganti. Yang diganti takkan sama dengan yang telah pergi. Beginilah kita manusia. Akan ada orang yang dikenang, disanjung dan ada juga yang dikeji dan dibenci.

Di Malaysia ini kita mempunyai ramai pahlawan dari zaman Melaka hingga kini. Bagi saya adalah menjadi tanggungjawab kita semua agar dapat mengenali, mengingati, mengambil iktibar, memahami, menyelami daripada semua peristiwa yang terjadi kepada setiap pahlawan2 Malaysia ini. Ini akan membantu kita sentiasa beringat bahawa kejayaan kita ini adalah hasil usaha orang yang terdahulu dari kita.

Namun bukan semua yang sanggup menoleh sejarah. Kini rakyat hidup dengan perasaan ketidak pastian dalam politik negara. Apalah salahnya semua pahlawan2 yang ada kini tidak kira dari parti mana duduk semeja bermusyawarah untuk memakmurkan negara. Buanglah semua pangkat, ego, fahaman politik ketika bermusyawarah. Lapangkanlah dada, tenangkan fikiran ketika bermusyawarah. Apakan daya itu hanyalah satu khayalan seorang rakyat Malaysia. Perkara begini pasti takkan terjadi kerana masing2 terlalu taksub dengan fahaman politik dan ego ketika bermusyawarah.

Saya cukup hairan kini di mana alim ulama Malaysia berada? Kenapa mufti2, ulama2, ustaz2 tidak keluar dari kepompomg mereka untuk memulakan inisiatif musyawarah sesama pemimpin politik? Bukankah mereka ini sebahagian daripada pahlawan2 Malaysia. Kita dapati ketika di masjid mereka ini sentiasa mahukan semua jemaah sentiasa hormat menghormati, tegur menegur, sayang menyayangi sesama Islam dan manusia lainnya. Kenapa mereka kini tidak berani? Saya pernah mendengar satu ceramah yang disampaikan oleh seorang Kapt (B). Katanya dia berhenti KAGAT kerana tidak puashati dengan hirarki dalam tentera. Katanya lagi jika seorang prebet bertanya arak tu haram ke, sekerasnya suara dia berkata HARAM. Jika yang bertanya itu Kapten, dia akan berkata dengan baik, Haram. Tetapi jika yang bertanya itu Mejar ke atas dia akan bertanya banyak mana?. Dia sendiri tidak berani menjatuhkan hukum yang jelas jika ditanya oleh pegawai atasannya. Dia hanya berani bersuara apabila sudah berhenti dari KAGAT.
Agaknya inilah yang terjadi dengan kebanyakan para pemikir Islam di Malaysia. Mereka akan memberi komen kepada rakyat marhain sahaja. Tetapi pemimpin lain tidak akan di tegur. Di manakah hilangnya semangat pahlawan2 ini? Jawapannya mudah, nak jaga periuk nasi sendiri. Kalau kita lihat tidak ada seorang alim, ulama, ustaz yang berjuang mati2an menegak perpaduan sesama pemimpin dan orang yang di pimpin bersuara.

Saya kagum dengan TDM, walaupun dah bersara tapi masih mahu menyumbang untuk Malaysia. Tetapi di mana pahlawan2 Malaysia lain? Cakap berdegar dengan orang bawahan tetapi jadi tikus bila berhadapan orang atasan....hairan....

"Sesungguhnya orang Melayu dan UMNO mudah lupa dan kurang mengenang budi".

ayat tu mmg betui.... itulah sikap yg wujud sejak azali

Melayu memang mudah lupa, tun

Salam buat Tun,

Amat betul kata-kata Tun satu waktu dulu... Melayu Mudah Lupa.... Khasnya melayu UMNO, mereka akan ingat dan melakunkan tangisan bila RM mereka mula tergugat...
Semoga Tun terus sihat.

Salam buat Tun dan keluarga,
Terlebih dahulu ingin saya ucapkan terima kasih buat Tun atas jasa Tun selama ini kepada nusa, bangsa dan negara sehinggakan tempiasnya dapat dirasai oleh keluarga saya serta diri saya sendiri. Alhamdulillah.

On another note, I believe I am like most Malaysians who are carried away with our nation's progress that we take for granted what we have now will always be here for our children and generations to come. I believe this belief stemmed from the fact that we're convinced, under your visionary leadership, our destiny is already charted upto the year 2020 so far.

Alas, since your sad departure, the comfort from within has started to erode. Never mind the always good news by mainstream media and continuous reassurance by our ruling leaders about how our nation is progressing and the false hope portrayed by incoming FDI trnslated into our KLCI index that seemed to always be on a bull run. But on the ground, these eyes and ears can sense that not much have happened and that somehow the vision of a developed and proud nation is quickly fading. One after another scandalous accusations are revealed in our alternative media whilst mainstream media continues to divert attention by neither rebutting such claims nor proving that they are utter lies. The same old song about these being perpetrated by politically motivated individuals are played over and over again.

The dormant majority of caring Malaysians have started to perk up their ears and squint their eyes for a better understanding of what is happening with our beloved nation.And as proven time and time again, we shall rise above anything else to safeguard what is rightly ours.

Untuk Tun, your words do not fall on deaf ears. Anak anak Malaysia mu ini mendengar dengan tekun dan sentiasa bersedia untuk berkhidmat untuk nusa, bangsa dan negara.

memang betul Tun...
Melayu mudah lupa...
Nie tiket bas pun dah naik...

Apaaniiii....
We love u TUN...

thanks for the information.. walaupun saya masih belum lahir pada tahun tersebut, tetapi saya tahu mereka ni adalah penyumbang kepada kemerdekaan kita.. terima kasih tun..

Tun,

Melayu memang mudah lupa... Melayu UMNO cuma takkan lupa akan cara dapat RM yang mudah...

Salam TUN yg dikasihi

Memang benar jasa2 pejuang2 terdahulu tidak seharusnya dilupakan.
Tanpa perjuangan mereka entah apalah nasib kita sekarang.
TUN pun adalah seorang pejuang yg tulen dan berani.
Satu dunia mengakuinya....hanya yg buta hati menafikannya..
Take care TUN..

Yang saya hormati, Tun Dr. Mahathir. Assalamualaikum.
Ramai orang Indonesia samapai hari ini bangga dengan perjuangan kemerdekaan mereka dan sering kali memperkecilkan perjuangan kemerdekaan Malaysia. Pada pendapat saya cara Malaysia mencapai kemerdekaan adalah lebih baik kerana Malaysia boleh dikatakan lebih maju dari segi pemerataan kemakmuran, serta pembangunan dan lain lain. Pejuang bangsa memang patut dihormati dan dikenang. Hidup Melayu! Hidup Malaysia!
Terima kasih,
Wassalam.

TUN yg kukasihi..

Sy dapat rasakan melalui artikel yang TUN tulis sejak akhir2 ini, yang TUN benar2 kecewa dengan cara kepimpinan PAK LAH dan konco2 dlm mentadbir negara. Sy yakin, bukan sahaja TUN yg kecewa, malah kami sebagai rakyat juga turut merasakan kekecewaan.
Namun, PAKLAH seperti tidak dpt mengerti dengan situasi skrg, bahawa rakyat sudah tidak memerlukan beliau lagi untuk membimbing negara.
bg sy, beliau gagal dlm segala hal pentadbiran. Adakalanya, sy berfikir alangkah bagusnya jika TUN masih lagi memegang tampuk pimpinan negara..jika ini adalah kenyataan, negara kita tak akan menjadi kucar kacir seperti ini..
PAKLAH telah membuka peluang kpd parti pembangkang untuk lebih hampir mengambil alih parlimen...tapi PAKLAH masih lagi tidak berfikiran terbuka...dan seakan lalai dgn dunianya sendiri..
TUN...
Jika PAKLAH meletakkan jawatan skalipun, sy masih tidak yakin dgn kewibawaan NAJIB..bg sy, NAJIB tidak mampu menjadi pemimpin seperti TUN....kami memerlukan seorang lagi pemimpin yg berwibawa seperti TUN..yang mampu membuka mata dunia dgn kewujudan kita..
tp jika NAJIB lah penganti PAKLAH...sy dpt rasakn yang negara kita tidak akan byk berubah...dimana kita mahu mencari lagi pemimpin2 yang benar2 memperjuangkan nsib melayu seprti pemimpin UMNO yang terdahulu? adakah masih ada...entahlah, sy pon tidak pasti....
hanya TUN sahaja harapan kami...hanya TUN saja yang masih menunjukkan kasih kpd UMNO yg suci..UMNO yang benar2 bersihh..
adakah kita masih berpeluang untuk membersihkan UMNO?

Kini, dgn kehadiran DSAI, sy rasa tidak mustahil negara kita akan ditadbir oleh keadilan..beliau mempunyai pengaruh dlm rakyat yang kuat....rakyat mahukan perubahan...adakah TUN merasakan yang DSAI mampu mentadbir negara sehebat yang di war2kan?

Tun,

Yah Betul Tun....
Mereka yang di atas senantiasa lupa yang dibawah dan hanyat akan ingat bila mereka di bawah nanti.

TQ

yes tun.im totally agree with u.!

Tun Mahathir, you still have my utmost respect

at least government is doing 1 right thing by shutting down raja petra's Malaysia Today portal. The site only incinerate racial tensions and publishes irresponsible articles. RPK should be detain and kept in a hole where he belongs.

On the other hand, I truly agree with you tun, Pak lah is blind and deaf. The day UMNO sinks like the Titanic is the day he will realise what a mess he did. It will then be too late. May all the kaki ampu & kaki bodek realise this before it is too late.


Memang benar Perjuangan Kemerdekaan tidak lagi dihayati oleh generasi muda Malaysia sekarang ini. Ini kerana ianya tidak diterap dalam diri anak muda sekarang....bagi mereka kemerdekaan adalah kebebasan untuk melakukan apa2 sahaja yang pada akal fikiran mereka fikir betul dan logik itu lah kemerdekaan bagi mereka sebenarnya. Ini disokong lagi dengan penganjuran konsert entah ke hapa...penyanyi melalak-lalak tak tentu pasal. Adakah patut dianjurkan konsert seumpama ini di malam kemerdekaan.

Di media massa juga kurang siaran yang mengimbau semangat patriotik pejuang kemerdekaan......kita dah semakin jauh dengan nenek moyang pejuang bangsa, agama dan negara kita dek kerana terlalu leka dengan terjahan keselesaan hidup yang dinikmati sekarang........

Akhirnya Tun menyerlahkan bahawa ada sesuatu yang Pak Lah lupa pasal jasa Tun pada beliau. Mungkin untuk mengurangkan rasa terkilan, biarlah Allah sahaja yang membalas jasa kita. Senang untuk berkata tetapi susah untuk melaksana. Salam.

Salams Tun.
Another good write up.
Tun, orang UMNO bukan hanya kurang mengenang budi Dato Onn yang telah meninggal dunia, Tun yang masih hidup pun bukannya dikenang tetapi dihentam. Saya teramat malu dengan bangsa saya.

UMNO sekarang sudah tidak ada perjuangan untuk bangsa Melayu dan agama Islam lagi. Yang ada hanya 'perjuangan' untuk kesenangan diri sendiri sahaja.

Salam Ayahanda Tun,

Betul seperti yg Tun katakan...banyak antara anak2 muda melayu sekarang yg buta sejarah..mereka lebih suka memikirkan kehadapan kononnya & tak mahu berpaling ke belakang utk menilai diri & asal usul kita. Mereka ini menggelar diri mereka Bangsa Malaysia & bangsa melayu moden yg kononnnya mampu bersaing dgn bangsa lain tp masih tidak menyedari yg mereka sebenarnya belum cukup matang utk bersaing.bak kata pepatah..Kail Panjang Sejengkal tp Hendak menduga lautan. Mereka luapa dari mana mereka & datang serta jerih perih nenek moyang kita berjuang utk Tanah air ini. Apa yg mereka tahu bila mereka lahir semuanya sudah tersedia. Sudah senang. Sudah mewah Tp buta hati & buta akal sebab tak mahu mengenal sejarah.Lupa asal usul & lupa daratan. Mereka2 inilah yg bakal merosakkan bangsa, Agama & negara kerana kealpaan mereka serta hanyut dgn kemewahan yg dinikmatai tanpa bermandi peluh & tanpa bermandi darah. Bagi saya mereka inilah duri dalam daging & gunting dalam lipatan masyarakat kita. Sanggup menggadai maruah Agama, bangsa & Negara. Konon bertopengkan Keimanan tp hati dirasuk Syaitan.

Semoga Ayahanda Tun dapat terus memberi buah fikiran yg bernas utk tatapan anak2 muda pasca merdeka seperti saya ini. jaga kesihatan diri Tun. Saya mahu anak saya yg beru berusia 3 tahun ini sempaty mengenali Pemimpin Seperti yg banyak berjasa kepada Negara. Amin.

Tun,

Memang Melayu mudah lupa.

Usah difikir kisah lama dan mereka sebelum merdeka. Jika Tun sendiri, Presiden UMNO yang baru meletak jawatan pun telah dilupakan oleh UMNO masakini, dihalang menghadiri mesyuarat UMNO, dihalang menjadi dif keraian UMNO, hingga Tun terpaksa keluar parti, nampak gayanya 'jauh panggang dari apilah' generasi kini akan memperingati jasa-jasa generasi terdahulu.

http://blog4pro.blogspot.com/2008/08/pressure-on-pm-to-step-down-piles-up.html

Asalamualaikum whbk Tun,

Saya amat bersetuju dengan pendapat Tun seperti diutarakan diatas. Lupa merupakan sesuatu yang lazim bagi orang-orang yang taksub.Melupakan sejarah pula merupakan suatu yang membahayakan terutamanya bagi sesebuah bangsa. Lantas saya cadangkan agar pendidikan sejarah(ART) dan sains disama pentingkan dalam sistem pendidikan nasional (50/50). Kedua...hanya mewujudkan hanya Sekolah Kebangsaan SAHAJA....demi masa depan negara.

TQ

Assalamualaikum Tun,

Tulisan Tun kali ini penuh kekecewaan, kekesalan lantaran sikap orang UMNO (yang dipimpin oleh Tun suatu ketika dahulu) bersikap tidak mengenang budi dan jasa. Itulah lumrah orang kita, Tun. Orang Melayu.

Saya percaya ramai di kalangan kita pun tidak mengenang jasa dan budi ibu bapa mereka inikan pula pemimpin2 yang mereka sendiri tidak mengenalinya (melainkan mendengar nama dan melihat gambar melalui buku/akhbar).

Jika pemimpin UMNO sekarang memang tidak mengenang jasa pemimpin2 mereka terdahulu termasuk Tun sendiri, saya percaya apabila pemimpin2 sekarang ini pergi, mereka jika tidak pernah diingati, apatah lagi pemimpin yang tidak pernah membuat jasa kepada agama, bangsa dan negara.

Namun, Tun jangan risau kerana saya dan kami2 semua para komentar di Chedet.com sememangnya sentiasa mengenang jasa2 Tun yang telah berjaya membangunkan negara, bangsa dan agama ke peringkat yang agak tinggi sebelum ini.

Jasamu Tun dan lain2 pemimpin UMNO terdahulu sentiasa kami kenang... Insya-Allah

Salam

"10. Sesungguhnya orang Melayu dan UMNO mudah lupa dan kurang mengenang budi."

Saya sebagai generasi muda, yg terlalu mudah amat berasa kecewa tentang tahap pemahaman sejarah negara. Sy sendiri tidak melupakan sejarah bangsa saya, yg saya kecewa adalah betapa ramainya rakyat malaysia yang mudah lupa tentang sejarah. Saya memahami maksud tersirat posting ayahanda. Sesungguhnya saya kecewa dgn pemimpin2 Melayu yg masih mementingkan diri sendiri, yg sombong dan bongkak kerena tidak mahu merujuk kepada pemimpin2 terdahulu dalam soal pentadbiran negara. Kenapa perlu membuang terus pemimpin dahulu? Cuba tengok "Israel Asia" yg tidak membuang pemimpin yg telah meletak jawatan, sebaliknya mereka yang dijadikan penasihat. Jadi kepada pemimpin yang mendatang, renung-renungkanlah sejauh mana tahap kesedaran kita untuk menghargai pemimpin2 lama.

Shazrim Sharif
UiTM Kedah

Tun yang amat dihormati dan dikasihi,

Assalamu’alaikum. Sesungguhnya seperti yang dinayatakan Tun orang Melayu dan UMNO kepimpinan Dolah Badawi mudah lupa dan tidak mengenang budi. Melayu yang dah kaya mendongak ke langit tanpa menghiraukan kegelisahan bangsanya yang dilanda nestapa akibat teraju yang tidak tentu hala oleh pemimpin yang mentadbir negara sekarang ini. Mereka asyik untuk membolot harta dan mementingkan diri, manakan ingat untuk mengenang jasa pejuang kemerdekaan tanah air. Tak seperti bangsa lain yang telah tidak silu-silu lagi menyuarakan untuk mengiktiraf Chin Peng dan komratnya sebagai pejuang kemerdekaan...dan orang Melayu mudah lupa dan asyik bersengketa sama sebangsa untuk kepentingan diri.

apa sudah jadi dgn org melayu skrg...
betapa payahnya Onn Jaafar menyatupadukan orang melayu untuk kmerdekaan negara kita...bukan sekadar kemerdekaan malah perpaduan antara kaum...sedarlah wahai pemimpin2,jangan pentingkan diri sendiri...pikirlah masa depan rakyat untuk kesejahteraan negara kita yang dahulunya aman walau dilanda krisis ekonomi yang teruk 97/98 dahulu...satupadukan rakyat...pahami masalah rakyat...pahami keperluan rakyat...UMNO suda mula longlai...adakah patut rakyat akan mula sedikit demi sedikit menyokong perjuangan Datuk Anwar...mungkin!!!siapa tahu....dengan senario sekarang menurut pandangan rayat,ANWAR hanya tinggal sebelah kaki melangkah ke Putrajaya...sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak lagi berguna...rakyat tidak mahu kepada kerajaan rasuah,kerajaan yang tidak bijak membuat keputusan yang sudah menjadi buah mulut sekian lama

kenapa UMNO mudah lupa?
Itu saja soalan dari saya

Noor
www.anggunjelita.com

Kerana kita tidak di ajar sejarah mereka ketika di sekolah dan sejarah juga tidak di ajar dalam bentuk untuk kita faham dan menghargai mereka. Kita korbankan kesan kesan sejarah demi pembangunan, keutamaan ialah untuk sains dan teknologi. Kampung Baru juga akan roboh dalam arus pembangunan, malah ketika zaman Tun juga Stadium Merdeka pernah dicadangkan untuk dirobohkan. Sekadar manakah semangat patriotism dapat disemarakkan sekiranya semua hanya dipelajari dibilik darjah menghafal nama dan tarikh semata-mata.

thanks Tun

Selamat petang Tun,
Saya amat setuju dengan Tun bahwa kita harus menghargai jasa2 para wirawan negara kita yang telah berkorban dengan cara 'gentleman' dalam merebut kemerdekaan suvarabumi kita dari pihak British.Ada pihak yang pasti tidak berpuas hati dengan cara pemimpin kita terdahulu memenangkan kemerdekaan kita dengan coretaan sebatang pena diatas selembar kertas.......always remember the pen is mightier than the sword.
Kita harus berbangga kerana tidak ada satu tetes darah yang tertumpah ke tanah pusaka ini apabila kita merebut kemerdekaan negera tercinta.Kita tidak harus tunduk kepada sesiapa seperti negara jiran kita Indonesia.
Mereka merebut kemerdekaan mereka dengan cara yang mengganaskan sehingga ramai nyawa yang tidak berdosa berkorban begitu saja.Tetapi hakikat yang sebenarnya hingga sekarang negara tersebut belum secara sah merdeka dari negara Belanda dan mereka hanya boleh berbangga dengan istilah 'menghalau' orang-orang Belanda.
Jadi buat orang2 indonesia yang sudah bermaustatin disini dan telah menjadi warganegara bumiputera Malaysia berganggalah dengan cara kita mencapai Kemerdekaan yang gentleman dan tidak barbaric....jangan membawa tradisi yang buruk kesini

Take care Tun

TUN,
PERSOALAN DARI SAYA..
1.KEMANAKAH HALA TUJU KITE SEKIRANYE ANUAR MENJADI PM...
2.SIAPAKAH PENGANTI ANUAR SEKIRANYE DIE JADI PM?
3.ADAKAH HAK-HAK ORG MELAYU AKAN DIBUBARKAN SEKIRANYE DIE MAHU JADIKAN M`SIA NI SEBUAH NEGARA YANG ADIL "MALAYSIA IS MALAYSIAN"

MENGIKUT PENDAPAT SAYA KABANYAKAN ORG KANAN ANUAR TERDIRI DARIPADA ORG BUKAN MELAYU..DAN MUNGKINKAH PERDANA MENTERI NEGARA INI AKAN JATUH KETANGAN BANGSA ASING???

Tun, bless us all. You have been creating alot of awareness about so many issues. What's the next job for Malaysian?

Ramai melayu cepat lupa apa yang sudah berlaku sekarang....bagaimana mereka ini ingati sejarah 50 tahun dulu?


Y. A. Bhg. Tun,

1. untuk hari ini, saya masih lagi sayangkan umno. saya juga pasti takkan terlepas dari gelaran melayu yang mudah lupa.
2. setelah membaca tulisan tun, apa yang paling penting , sejarah mengajar kita untuk tidak mengulagi kesilapan sama.
3. saya cuba untuk menyorot pendapat tun dengan keadaan yang berlaku dewasa ini.
4. kita dipertontonkan dengan senario yang melanda negara-negara kecil dunia. Kekuasaan dunia didominasi oleh satu kuasa raksaksa sahaja. Kuasa ini giat meningkatkan kekuatan ketenteraanya serta berhasrat meluaskan pengaruhnya di serata dunia. Kuasa besar ini sanggup membelakangkan undang-undang antarabangsa dan meminggirkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu demi mencapai hasrat dan matlamatnya.
5. Lihat sahaja pencerobohan dan serangan yang disertai senjata-senjata besar dan kuat seperti yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya Israel terhadap Iraq dan Palestin seharusnya menjadi iktibar kepada pemimpin muda.
6. mesej ingin saya sampaikan jelas, untuk tidak mengulangi penjajahan baik dari bentuk apa sekalipun.
8. untuk pengetahuan tun, tun merupakan tokoh idola saya, oleh sebab itu saya menyimpan banyak buku berkaitan tun dan artikel; terutama dalam ensiklopedia tun sebanyak 10jilid, kesemuanya telah selesai saya baca.yang pasti, saya cukup teruja dengan tujahan demi tujahan idea tun.
9. akhir sekali, seperti sebelumnya, saya sentiasa mendoakan agar 'lahir lagi seorang Mahathir' untuk menerajui malaysia disaat getir ini...
selamat "melestarikan kemerdekaan"...

Thanks again Tun for reminding.
UMNO, please return to your roots where the spirit is pure.
May you find the strength to change the needful. Amin.

Dear Tun,
Adakah orang Melayu hari ini menjadi semakin kuat atau semakin lemah... salah siapa kalau mereka menjadi semakin lemah... adakah kerana ME-LAYU itu mejadikan kita semakin lama semakin layu..?
Adakah kerana kita sudah terlalu manja dengan segala pertolongan yang diberi oleh kerajaan melalui DEB hingga menjadikan kita lemah dan lupa apakah hari esok masih sama....? Kemenangan PR patut membuat kita tersentak...langit tak sentiasa cerah... siapaka yang akan benar2 bangkit untuk memperjuangkan Bangsa Melayu... kita akan sentiasa menyerah satu persatu hak kita atas alasan perpaduan dan kerjasama sedangkan orang lain takkan berganjak seinci pun dari apa yang mereka telah sedia ada... malah sentiasa menambah...

Dear Tun and Everybody,

We should not forget the true Heroes who have sacrifice in the name of freedom for the sake of our nation's independence and sovereignty.

Salam Merdeka Malaysia!!


Cheers!

Assalamualikum Y Bhg Tun. Selamat Menyambut Hari Merdeka dan Puasa yang bakal tiba.

Kami amat menyanjung kepimpinan Y Bhg Tun. Tiada lagi pemimpin agung seperti mu. Jasa Tun tak mungkin dilupakan oleh rakyat Malaysia terutama oleh rakyat biasa seperti kami.

Tulisan Tun memang benar sekali. Hari ini cukup jelas jasa dan pengorbanan Tun memajukan Malaysia bagai dilupakan oleh pemimpin sekarang. Pemimpin hari ini terlalu ego hingga tak mau lagi mendengar nasihat dan pandangan Tun. Kami amat kecewa dengan keadaan ini.

Semua Ini berlaku kerana kami dipimpin oleh PM yang kuat TIDUR. Amat malang buat kami rakyat biasa. Ke mana lagi mencari pemimpin hebat seperti Tun. Sungguh hambar negara ini tanpa penglibatan Tun sehambarnya suasana sambutan hari MERDEKA bulan ini.

Semoga pemimpin hari ini dapat berubah jangan sampai kami rakyat yang berubah hati.

Salam hormat buat Tun dan Isteri.

MDZ


Salam Tun,

Semoga Semua ahli UMNO dapat mengerti apa yang ditulis oleh Tun, Sesungguhnya Dato' Onn lah pejuang sejati yang mempunyai jiwa rakyat dan Semangat Nasionalisme. Tidak seperti PM kita Skang nih..
Tak pernah memikirkan masalah rakyat sebelum membuat keputusan...asyik2 keputusan Flip Flop...
Semoga Pak Lah diberikan hidayah untuk meletak jawatan....

Amin...

salam Tun.
betul tu.. kite kena ingat pejuang2 merdeka yang lama..

bukan PKR yang menang tapi BN yang kalah..huhu..

huzaifah
http://miros-road-safety.blogspot.com

Dear Tun and Everybody,

We should not forget the true Heroes who have sacrifice in the name of freedom for the sake of our nation's independence and sovereignty.

Salam Merdeka Malaysia!!


Cheers!

salam TUN

Saya akan memastikan mesyuarat bahagian yang bakal menjelang
tiba akan menyampaikan hasrat akar umbi supaya
Pak Lah mempercepatkan peralihan kuasa

dan akan memastikan menantunya tidak akan tercalon untuk jawatan tertinggi sayap kanan parti di bahagian saya ini

Hidup TUN, Hidup Dato Mukhriz

Kami Sentiasa Bersama Dengan TUN

Salam Tun

Dari dulu hinggalah kini kerajaan BN pimpinan Umno sering menonjolkan Umnolah yang mempelupori kemerdekaan semata-mata untuk mempengaruhi generasi muda agar akur bahawa Umno dan pemimpin hari ini adalah kesinambungan pejuang kemerdekaan.

Kita dapati Umno telah menafikan fakta sejarah yang sebenar dan Umno juga begitu takut untuk membongkar rahsia sejarah sebenar berhubung gerakan kemerdekaan ini.

Benar kata Tun , Umno memang mudah lupa.

Gerakan yang tersusun dilakukan oleh KMM, PKMM, API dan AWAS lah yang telah berjaya dibentuk untuk menentang penjajahan Inggeris di Tanah Melayu ketika itu. Malang sekali orang-orang ini telah dilupakan daripada generasi kini.

http://www.impianrakyat.blogspot.om

2008 Merdeka..

bebas dari jajahan BN..

assalamualaikum,

ntah la Tun. Biasanya kita akan ingat bila semuanya dah terlambat. Wallahualam.

p/s send my regards to your another half. She was there during my convo 2008. Tq

perlu diucapkan terima kasih juga kepada tun kerana pengisian kemerdekaan yg telah tun lakukan..
terima kasih tun dr. mahathir..
may god bless you..
www.cendawankuala.blogspot.com

semua pejuang pergi ke Permatang Pauh, semua terbunuh kat sana, rakyat tak dapat aper2, tinggal sendiri aja,

Salam merdeka dan selamat berpuasa.
Dulu selalu dok tunggu dpn tv nak tgk tun bg ucapan.

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Salam tun..

Aku pertama?

Semoga tun sejahtera bersama keluarga...

Merdeka !! Merdeka !! Merdeka !! .. Merdeka ka kita ?

Assalamualaikum Tun... semoga sihat sentiasa di bawah kerahmatanNya.

Kemerdekaan... saya adalah generasi muda yang lahir pada tahun 1981.. mungkin saya tidak memahami penat jerih datuk moyang dahulu semasa mendapatkan kemerdekaan daripada British dahulu.. cumanya, saya sentiasa berharap, keamanan yang diperolehi dari nilai kemerdekaan yang terdahulu akan terus mekar di setiap rakyat Malaysia..orang melayu juga harus lebih merdeka dan matang dengan setiap keputusan yang diambil.. sejarah membuktikan peranan orang melayu dalam membebaskan Tanah Melayu dahulu.. semoga erti kemerdekaan yang sebenar akan diperolehi oleh semua rakyat nanti.

Selamat Hari Kemerdekaan buat Tun sekeluarga dan seluruh rakyat Malaysia..

-mohd haizi-

Salam Dr M

Maka dengan itu, sejarah pahit dijemput berulang lagi.

Takkan Melayu hilang didunia, hanya dijajah dinegeri sendiri...

PERJUANGAN YANG TIDAK DIKENANG

itu menyebabkan melayu mudah lupa....kalau skrg remaa berumur
30 tahun...10 tahun dulu dia berumur 20 tahun ditahun 1998..
umur muda yg tak tahu apa itu merdeka kecuali seronok beremba
dgn motor...mereka tak tahu kita hampir tergadai segalanya kalau tun tidak bertindak menghalang anwar dari tunduk ke imf..begitu juga
dgn pak lah dan kroninya skrng yg tidak nampak kehendak rakyat..
seolahnya sedang mmemberi laluan mudah kepada pkr.
Paklah tak nampak rakyatnya semakin pelik...blog, lirik merdeka dicacatkan, kibaran bendera diterbalikkan dan pengundi yg mengundi pembangkang. Dia hanya kata kena sabotaj. Mungkin pak lah nak tunggu macam dibangkok baru nak bukak mata...

Salam Dr M

Maka dengan itu, sejarah pahit dijemput berulang lagi.

Takkan Melayu hilang didunia, hanya dijajah dinegeri sendiri...

Salam,


KEPADA SEMUA:

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Jasa pejuang kemerdekaan harus kita ingati. Kesenangan hidup kita sekarang diatas jasa pejuang2 kemerdekaan. Jangan lupa jasa arwah ibubapa dan keturunan kita dahulu.Mereka pun sama2 berjuang unmtuk kemerdekaan demi kebaikan kita semua. Sama2 kita doakan keberkatan dan keredhaan Allah Ta'ala kepada mereka semua.Al-Fatihah.


PANDANGAN SAYA MENGENAI TUN :
Seperkara penting ingin kita semua kenangkan ialah jasa Tun Dr. Mahathir sendiri kepada kita. Kita semua sediamaklum Tun satu2nya pemimpin yang masih ada berjuang dalam politik sejak 1945 menentang Malayan Union sehingga sekarang masih lagi berjuang untuk kemajuan Negara kita. Sekarang tahun 2008 bererti Tun telah lebih 62 tahun berkorban untuk kita semua.Kasihan isteri dan keluarga Tun.

Pemimpin UMNO yang ada sekarang berapa tahun saja dah lintang pukang Dato Seri Anwar join UMNO 1982, baru 25 tahun dalam politik.Itu pun dah join Parti lain pula. Kalau kakitangan kerajaan masuk kerja umur 25 tahun, baru berumur 50 tahun! Saya hanya beberapa tahun sahaja aktif dalam UMNO dah tak larat nak teruskan atau berkorban lagi untuk UMNO. Tun dah 62 tahun berkorban.

Saya terus terang kasihan kat Tun (walaupun kadangkala tak setuju pendapat Tun). 62 tahun terlalu lama. Kasihan kat Tun. berkorban untuk orang lain lama sangat.

Kepada semua, Janganlah menghina atau mencaci Tun. kalau Tun buat silap maafkanlah kerana pengorbanannya teramat besar. Kalau saudara semua pernah ada pengalaman dalam politik, saudara tahulah betapa sukarnya nak selesaikan masalah manusia. Itu baru peringkat ahli biasa, peringkat cawangan. Orang UMNO yang ikhlas terpaksa tinggal anak bini kat rumah untuk memperjuangkan hak Melayu. Yang lain2 duk tengok TV , berborak2 dan ada yang hanya tahu menyalahkan UMNO sahaja. Cuba bayangkan pula masalah Tun sebagai Perdana Menteri dan pemimpin parti. Macam2 kerenah manusia kena selesaikan. Tun telah terbukti berusaha bersungguh2 memajukan negara tercinta ini.
Manusia hanyalah boleh merancang dan berusaha tetapi akhirnya Allah yang tentukan.

Sama2 kita doakan kebahagian, keselamatan dan kebaikan kepada Tun dan keluarga dunia dan akhirat diatas jasa beliau kepada kita semua.

KALAU KITA SEMUA TERSESAT, KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN. ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG.

TUN,
PERSOALAN DARI SAYA..
1.KEMANAKAH HALA TUJU KITE SEKIRANYE ANUAR MENJADI PM...
2.SIAPAKAH PENGANTI ANUAR SEKIRANYE DIE JADI PM?
3.ADAKAH HAK-HAK ORG MELAYU AKAN DIBUBARKAN SEKIRANYE DIE MAHU JADIKAN M`SIA NI SEBUAH NEGARA YANG ADIL "MALAYSIA IS MALAYSIAN"

MENGIKUT PENDAPAT SAYA KABANYAKAN ORG KANAN ANUAR TERDIRI DARIPADA ORG BUKAN MELAYU..DAN MUNGKINKAH PERDANA MENTERI NEGARA INI AKAN JATUH KETANGAN BANGSA ASING???

Salam

Maka Tun pun sudah merdeka dari UMNO... Tahniah kerana tak jemu-jemu menasihat orang PEKAK dan BUTA HURUF.

Tun Dr.Mahathir juga merupakan Pejuang Ulung Malaysia.

Pejuang yg memperjuangkan apa yg belum selesai....

Salam,
Betapa bertuahnya anak-anak Malaysia, bila ada perarakan kemerdekaan, masing-masing berlari-lari ke hadapan utk melihat kereta kebal/pesawat pejuang.

Dibandingkan dgn anak-anak di negara perang. Mereka berlari-lari mencari perlindungan apabila mendengar atau melihat kereta kebal/pesawat pejuang.

Mengingati tokoh-tokoh yang bertungkus-lumus dan tanpa penat lelah menyatukan melayu di bawah satu payung besar adalah keperluan utk semua Melayu bagi mengenang kehidupan kita. Tapi sekarang ini, Melayu sudah mula berpecah belah. Gelaran pemimpin ini seolah-olah tiket bagi mereka mengejar kekayaan.

Di mana salahnya kita sehingga menjadi begitu? Ke mana arah Melayu?

Saya memang tak mempunyai ketokohan utk memimpin dan dalam kesibukan diri mengejar harta utk membayar hutang belajar, hanya dalam blog boleh saya berkongsi ide.

Saya mengaku diri sendiri, sudah lama tidak mendengar nama-nama tokoh dan persatuan Melayu satu ketika dahulu. Membaca 'posting' kali ini seolah-olah menyelak helaian buku teks sejarah di waktu sekolah.

-Force-tobe-workaholic Boon.


semoga jasa pejuang terdahulu sentiasa di ingati

Assalammualaikum YBhg Tun Dr. Mahathir,

The lack of Merdeka celebration this year is reaching its climax very soon. There is no Merdeka mood, not even in Kuala Lumpur where buildings are not "dress up" for the event.

Around my housing area, there is only one house flying the Jalur Gemilang from about fifty houses. Personally, I'm not in the mood myself, since Mr. Arrogant Lah is still the PM.

Anyway, deep down inside I believe every red blooded Malaysian would want to celebrate the independence day but they are afraid that such celebration would be spun into strong support for this "Headless Samurai" administration.

Wassalam

LoyalCitizen
Shah Alam

If I were asked what I wish for my country, my answer will be peace and harmony. That’s why I tend to look doubtfully at any arguement based on Rule of Law and Freedom Of Expression. Are we going to sacrifice peace and harmony for the Human Laws inherited by us from our Colonial oppressors, however widely accepted by the Western world? While we should respect these laws, we should not allow ourselves to be bound and gagged by it. Adjustments should be made to suit our needs in Malaysia, for the sake of peace and harmony.

Please also remember that Malaysia is not just a multi-racial country but also multi-religious. For me, what separates us is more of the religious matters and practice and not so much of the difference between the races. But some people are using the racist cards far too dangerously and misleadingly, that intervention by leaders are necessary. History should not be repeated. Have we learnt anything from the past?

Since we are a multi-racial and multi-religious country, we should not just look into what is considered as legally wrong but also what is morally wrong. The Western world won’t take sodomy, for example, as something wrong but Islam abhors it and so does our country. Conversion to another religion may be accepted by modern Christians, Buddhists and Hindus but it is against the teaching of Islam. It becomes more complex when there are collissions or conflicts between the teachings of Islam, Christian, Hindus and other religions in Malaysia. So what should we do?

Also note that apostasy is a serious offence under classical Islamic law and the leading schools of fiqh have adopted as standard law the ruling of the hadith which declares simply that "one who changes his religion shall be killed". In 1997, in Nor Aishah’s case, The Islamic party of Malaysia (PAS) printed and circulated some 100,000 posters bearing Nor Aishahs photo and urging her to return to Islam. Its official newspaper, Harakah, called o­n the government to consider arresting apostates under the Internal Security Act which allows for detention without trial.

Sometimes I think we should look at the root of the problem itself. Cases seems to suggest that conversion from Islam to other religions are not because the individuals have lost faith in Islam, but due to lack of knowledge about Islam and sometimes because they seek for a more convenient lifestyle for themselves. They explain that they are not practicing the teachings of Islam (ie no drinking, partying, praying, etc) when actually the basic tenets of all religions are almost the same (ie abhorrence towards alcohol, extra-marital affairs, sodomy, etc). And sadly too, some convert to Islam simply because they wish to marry a Muslim.

The difference between religions are plenty, but the problem in Malaysia is that the teachings of other religions are not being enforced. Other religions prefer to segregate between religion and other facets of life. Religion is a personal matter. But Islam to Muslims encompass everything. And Islam being the religion of the Federation means it’s enforcement on Muslims in this country is a national responsibility and privilege.

http://malaysiannewsblog.whizz.net.in/?p=71

update dari permatang pauh,

tun,
sehari selepas menang, langsung tiada bendera dan poster pembangkang di seluruh kawasan ini. Sebaliknya, BN dan posternya berselerak dimerata-rata. Strategi pembangkang disini saya nilai pada gred 1 kecuali pada sikap ahlinya. Mereka turun dengan satu matlamat. Khemah gerakan mereka sentiasa dipenuhi orang. Kalau tiada penceramah, mereka tayang video. Bagi yg tak menyumbang wang, mereka sumbang keperluan lain seperti beras dan gula. Pada malam hari mereka membuat taklimat sebelm operasi. Poster diletak pada tempat strategik, berbeza dgn bn yang main tagkap muat saja. Yang menarik perhatian saya ialah tukang naik poster bukannya para pengundi atau pekerja bn tapi budak petani yg meniaga tom yam.
Banyak budak muda yg tak tahu cerita 1998 dan imf. Pada mereka anwar ialah godfather. Sedangkan bn kena buat kenduri makan dan wang bar nampak muka. Nasib baik ada polis, kalau tidak, para pemimpim bn mungkin akan setengah jalan patah balik.
Dan apa pak lah kata....ini tak mendatangkan apa-apa kesan.
Pak lah, jangan melihat pada mata kasar tapi apa yg tersirat.

Hi to Tun and visitors of chedet.com
to get through the future we must always maintain the traditions and values in the past. a lot of sacrifice has been made in the past few years. now it's being wasted and taken for granted by most of us. we are being too dependent. hoping someone else to do some change. imagine 25 million malaysians thinking the same way. nothing will happen. wake up people. don't let our country down. be proactive. nothing will happen if we just leave our thoughts in this virtual world without doing in the real world.

as a malaysian currently studying overseas, it is sad that the media are portraying malaysia in a bad way. propaganda and exaggerating stories are the main menu on their headlines. people from other countries have been asking me questions about malaysia. they asked 'what happened to your country?', 'is it safe for me to visit malaysia?', 'why is your country so corrupted?', 'why are the people not doing anything there?' and others. i believe majority always win. one voice may be insufficient but with thousands or millions of voices taking a brave approach in seeking justice and truth, i'm sure things will be better. act now. remember, 'the people should not be afraid of the government. the government should be afraid of the people'. Selamat menyambut hari Kemerdekaan.

salam Tun yg di hormati..
dunia dah berubah...kita semakin maju..
penghargaan dah semakin dilupakan..
saya org muda sekarang hanya mampu melihat dan memikirkan tentang tingkah laku pemimpin sekarang..tak tahu mana yang betul mana yang salah..yang pasti..saya masih mengenangkan jasa orang terdahulu yang menjadikan situasi kami seperti sekarang dengan izin Allah s.w.t..yang tak ketinggalan dan boleh hidup aman damai..tapi sampai sekarang sahaja semuanya akan nampak perubahan..saya dah bosan dengan drama yang dimanipulasikan orang2 politik..saya berharap kehidupan di Malaysia bumi tercinta ini akan aman seperti dahulu..

dear tun,

we will remember all our heroes in the past, including you.

salam Tun yg di hormati..
dunia dah berubah...kita semakin maju..
penghargaan dah semakin dilupakan..
saya org muda sekarang hanya mampu melihat dan memikirkan tentang tingkah laku pemimpin sekarang..tak tahu mana yang betul mana yang salah..yang pasti..saya masih mengenangkan jasa orang terdahulu yang menjadikan situasi kami seperti sekarang dengan izin Allah s.w.t..yang tak ketinggalan dan boleh hidup aman damai..tapi sampai sekarang sahaja semuanya akan nampak perubahan..saya dah bosan dengan drama yang dimanipulasikan orang2 politik..saya berharap kehidupan di Malaysia bumi tercinta ini akan aman seperti dahulu..

askum....
ya melayu mudah lupa....
lebih menyedihkan apabila tidak ada orang yang tahu akan wujudnya pejuang pejuang ini...
lebih menyedihkan apabila adanya setengah pihak yang memutarbelitkan kemerdekaan ya