1. Apa yang telah dijangka sudah pun berlaku.
2. Anwar menang.
3. Barisan Nasional kalah.
4. Saya biasa menulis berkenaan dilema Melayu. Saya percaya dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ramai yang berada dalam keadaan serba salah. Bukan sahaja Melayu tetapi juga bukan Melayu.
2. Anwar menang.
3. Barisan Nasional kalah.
4. Saya biasa menulis berkenaan dilema Melayu. Saya percaya dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ramai yang berada dalam keadaan serba salah. Bukan sahaja Melayu tetapi juga bukan Melayu.
5. Ramai pengundi tidak ingin undi bagi Dato Seri Anwar. Tetapi mereka juga tidak ingin undi Barisan Nasional. Calon Barisan Nasional baik tetapi kalau beliau menang maka Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi akan dakwa yang dirinya menang, dakwa yang sokongan kepada Barisan Nasional iaitu pada dirinya sudah kembali, dakwa Barisan Nasional telah dipulih dibawah kepimpinannya.
6. Saya percaya dengan berat hati penyokong-penyokong Barisan Nasional telah undi PKR supaya Dato Seri Abdullah akan sedar yang kepimpinannya tidak dikehendaki lagi.
7. Wang yang banyak telah ditabur atau dijanji akan ditabur. Pekerja Barisan Nasional dibayar saguhati. Calon yang diletak sesuai juga. Apakah yang tidak kena dengan Barisan Nasional sehingga pengundi memberi kelebihan undi yang lebih banyak dari bulan Mac kepada Dato Anwar yang enggan bersumpah.
8. Mesej yang hendak dihantar oleh pengundi Melayu, Cina dan India menjadi sia-sia kerana Dato Seri Abdullah tidak ada telinga untuk mendengar, tidak ada mata untuk melihat.
9. Tetapi ahli UMNO daripada pemimpin lain UMNO perlu sedar dan faham mesej daripada pengundi Permatang Pauh. Sejak Mac 2008 sokongan kepada UMNO dan BN bukan pulih tetapi merosot.
10. Kamu boleh terus sokong Dato Seri Abdullah sebagai Presiden parti. Tetapi rakyat tidak akan sokong UMNO kerana UMNO sudah jadi alat Dato Seri Abdullah dan keluarganya. Apabila datang pilihanraya ketiga belas rakyat akan jatuhkan UMNO dan Barisan Nasional kerana hanya dengan cara ini sahaja rakyat akan dapat jatuhkan Dato Seri Abdullah.
11. Malang bagi UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi kerana UMNO dan Barisan Nasional tidak sanggup bertindak, rakyat terpaksa bertindak.
12. Untuk pulihkan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional, Dato Seri Abdullah perlu bertanggungjawab dan letak jawatan sekarang. Ini akan memberi masa empat tahun bagi pemimpin-pemimpin UMNO berusaha untuk menarik balik penyokong UMNO dan Barisan Nasional. Jika ditunggu hingga Jun 2010 masa yang tinggal untuk pemulihan hanyalah 2 tahun; terlalu pendek untuk kerja yang berat ini.
13. Pilihan bagi UMNO hanya dua. Setia kepada Dato Seri Abdullah dan kalah dalam Pilihanraya Umum ke 13 atau setia kepada UMNO lebih daripada setia kepada Dato Seri Abdullah dengan kemungkinan menang Pilihanraya Umum ke-13.
14. UMNO perlu ingat undi daripada ahli-ahli setianya sahaja tidak mencukupi untuk mendapat kemenangan. Untuk menang calon UMNO perlu undi orang bukan ahli parti dan orang Cina dan India. Dalam keadaan sekarang, dalam keadaan UMNO dan Kerajaan di pimpin oleh Dato Seri Abdullah tidak mungkin orang bukan daripada parti UMNO dan orang Cina dan India akan beri kemenangan kepada calon UMNO atau Barisan Nasional. Bahkan ahli-ahli UMNO yang kecewa dengan pimpinan Dato Seri Abdullah pun tidak akan undi UMNO dan Barisan Nasional.
15. Saya percaya akhbar dan TV arus perdana akan putar cerita pilihanraya kecil Permatang Pauh untuk menyedapkan hati pemimpin UMNO dan Dato Seri Abdullah. Justeru itu pemimpin, terutama Dato Seri Abdullah akan yakin yang dianya dikehendaki untuk pulih semula parti. Dan UMNO pun akan terus pilihnya dengan sebulat suara pada bulan Disember. Dan akan merosot lagilah UMNO dan Barisan Nasional.
16. Dengarlah, lihatlah apa yang dipertunjukkan oleh pengundi Permatang Pauh. Mereka tidak undi untuk Dato Seri Anwar dan PKR. Mereka undi untuk mengalahkankan Barisan Nasional dan UMNO.
17. Kelebihan undi bagi Dato Seri Anwar berbanding Mac 2008 tentulah kerana dalam jangka hanya lima bulan sokongan kepada BN dan UMNO merosot lagi.
18. Nak tunggu sampai bila wahai ahli UMNO, sebelum kamu sedar akan perlunya kepimpinan Dato Seri Abdullah ditamatkan?
6. Saya percaya dengan berat hati penyokong-penyokong Barisan Nasional telah undi PKR supaya Dato Seri Abdullah akan sedar yang kepimpinannya tidak dikehendaki lagi.
7. Wang yang banyak telah ditabur atau dijanji akan ditabur. Pekerja Barisan Nasional dibayar saguhati. Calon yang diletak sesuai juga. Apakah yang tidak kena dengan Barisan Nasional sehingga pengundi memberi kelebihan undi yang lebih banyak dari bulan Mac kepada Dato Anwar yang enggan bersumpah.
8. Mesej yang hendak dihantar oleh pengundi Melayu, Cina dan India menjadi sia-sia kerana Dato Seri Abdullah tidak ada telinga untuk mendengar, tidak ada mata untuk melihat.
9. Tetapi ahli UMNO daripada pemimpin lain UMNO perlu sedar dan faham mesej daripada pengundi Permatang Pauh. Sejak Mac 2008 sokongan kepada UMNO dan BN bukan pulih tetapi merosot.
10. Kamu boleh terus sokong Dato Seri Abdullah sebagai Presiden parti. Tetapi rakyat tidak akan sokong UMNO kerana UMNO sudah jadi alat Dato Seri Abdullah dan keluarganya. Apabila datang pilihanraya ketiga belas rakyat akan jatuhkan UMNO dan Barisan Nasional kerana hanya dengan cara ini sahaja rakyat akan dapat jatuhkan Dato Seri Abdullah.
11. Malang bagi UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi kerana UMNO dan Barisan Nasional tidak sanggup bertindak, rakyat terpaksa bertindak.
12. Untuk pulihkan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional, Dato Seri Abdullah perlu bertanggungjawab dan letak jawatan sekarang. Ini akan memberi masa empat tahun bagi pemimpin-pemimpin UMNO berusaha untuk menarik balik penyokong UMNO dan Barisan Nasional. Jika ditunggu hingga Jun 2010 masa yang tinggal untuk pemulihan hanyalah 2 tahun; terlalu pendek untuk kerja yang berat ini.
13. Pilihan bagi UMNO hanya dua. Setia kepada Dato Seri Abdullah dan kalah dalam Pilihanraya Umum ke 13 atau setia kepada UMNO lebih daripada setia kepada Dato Seri Abdullah dengan kemungkinan menang Pilihanraya Umum ke-13.
14. UMNO perlu ingat undi daripada ahli-ahli setianya sahaja tidak mencukupi untuk mendapat kemenangan. Untuk menang calon UMNO perlu undi orang bukan ahli parti dan orang Cina dan India. Dalam keadaan sekarang, dalam keadaan UMNO dan Kerajaan di pimpin oleh Dato Seri Abdullah tidak mungkin orang bukan daripada parti UMNO dan orang Cina dan India akan beri kemenangan kepada calon UMNO atau Barisan Nasional. Bahkan ahli-ahli UMNO yang kecewa dengan pimpinan Dato Seri Abdullah pun tidak akan undi UMNO dan Barisan Nasional.
15. Saya percaya akhbar dan TV arus perdana akan putar cerita pilihanraya kecil Permatang Pauh untuk menyedapkan hati pemimpin UMNO dan Dato Seri Abdullah. Justeru itu pemimpin, terutama Dato Seri Abdullah akan yakin yang dianya dikehendaki untuk pulih semula parti. Dan UMNO pun akan terus pilihnya dengan sebulat suara pada bulan Disember. Dan akan merosot lagilah UMNO dan Barisan Nasional.
16. Dengarlah, lihatlah apa yang dipertunjukkan oleh pengundi Permatang Pauh. Mereka tidak undi untuk Dato Seri Anwar dan PKR. Mereka undi untuk mengalahkankan Barisan Nasional dan UMNO.
17. Kelebihan undi bagi Dato Seri Anwar berbanding Mac 2008 tentulah kerana dalam jangka hanya lima bulan sokongan kepada BN dan UMNO merosot lagi.
18. Nak tunggu sampai bila wahai ahli UMNO, sebelum kamu sedar akan perlunya kepimpinan Dato Seri Abdullah ditamatkan?
A clear case of being in between the Devil and the Deep Blue Sea, Sir.
The Umno president must step down..or be removed at all costs.
At stake is the future of this beloved nation ... a once proud nation which is fast sliding into the backyards of the third world.
Tamatkan Yang Ini Sekarang! Don't Wait In Vain.
Menyesal Dahulu Pendapatan................!
Dear Tun Jangan Banyak Stress Ok. I Think Of You As a Lovable Father For The Country :)
Tun,
Pada asasnya ahli UMNO adalah pengecut. Semua bacul. Itulah masalah ahli UMNO. Ataupun mereka tidak ada otak. Apakah benar UMNO maksudnya 'Untuk Melayu No Otak'?
I`m the firstt!!!! That is simply true! dah terang lagi bersuluh, tak paham paham jugak.. camne nie??
Salam
Berapa banyak lagi petunjuk yang harus rakyat bari. Harap pucuk pimpinan kerajaan faham sekarang.
Salam Tun,
Seperti yg dijangka, BN kalah.
Apa boleh buat sekiranya pak lah masih lagi berdegil untuk tidak meletak jawatan sebagai PM dan presiden UMNO. Selagi pak lah berada diatas, nescaya BN amnya, UMNO khususnya akan kalah lebih teruk lagi dalam PRU 13.
Saya menyokong post Tun kali ini.
Sedarlah wahai ahli-ahli UMNO, kita perlu bangkit dari tidur! Jangan biarkan pengkhianat bangsa menawan putrajaya!
Ahli-ahli biasa UMNO memang sudah lama sedar kepimpinan Pak Lah harus ditamatkan...
Tetapi ahli-ahli 'special' UMNO tidak mahu Pak Lah berundur kerana mempunyai kepentingan peribadi...ataupun takut dilucutkan kuasa masing-masing kerana bersuara menentang Pak Lah dan kuncu-kuncunya
Kepada Pak Lah,
Jika anda betul seorang Islam, Melayu, Bapa, Datuk dan PEMIMPIN yg bertanggugjawab, tolong la berundur sekarang. AdakaH anda ingin melihat anak cucu anda generasi akan datang hidup seperti Melayu di Singapura. Berundur bukan beerti kalah, tp berundur demi agama, bangsa dan negara.
PLEASE PAK LAH, STEP DOWN OR RAKYAT WILL SUFFERED.
Adakah anda mampu menjawab di alam kubur dan akhirat nanti.
Tun,
Macam tu la Tun. Puas kita kta membebel, mengomel, bersyarah tapi apa keputusannya? Saya dah malas nak fikir apa yang akan terjadi dengan Malaysia ni. Cuma saya dapat berdoa & mengharap kepada Allah SWT Tuhan sekian alam semesta semoga dihindarkan segala bala untuk kita.
Mungkin kita cakap 4 tahun kita akan tengok keputusan yang sama. Saya takut dalam masa 4 tahun lagi lain pulak yang akan berlaku. Mungkin Allah akan turun kan bala pada kita. Bala turun bukan mengira kita ni baik ke jahat. Bala akan datang dan semua orang akan merasa. Sesungguhnya Allah SWT maha mengetahui dan maha bijaksana.
Sekian
Yes sir, u r right. saya penduduk permatang pauh yang bekerja di kuala lumpur pun terasa malas nak balik kampung untuk mengundi memandangkan ketiga-tiga parti bukan menjadi pilihan saya. saya cuma akan mengundi sekiranya Tun menjadi PM semula.
i am the first??
Tun, thanks for your postings.
Dear Tun,
Agree with Tun 200%.
Professional, cikgu, pemandu teksi, driver bas, orang bandar dan orang kampung bila bercakap pasal UMNO atau kerajaan, mereka akan kata:
- Kerajaan sekarang tak betul
- UMNO dah rosak
- Kenapa ABB tak nak letak jawatan
So, why need to wait, take action now or UMNO akan hancur.
anwar dgn rasminya dah jadi ahli politik kembali. lepas ni anwar akan masuk parlimen. langkah seterusnya? *jiwa rakyat kacau bilau*
as'kum tun
mungkinkah cita2 DSAI akan tercapai untuk menjadi perdana menteri? apa komen tun? harap tun sihat selalu..
Salam sejahtera Tun,
You are right. Pak Lah tiada pilihan lagi. Step down now.Ahli-ahli UMNO wake-up. Saya setuju dengan pandangan Tun.Sekiranya ahli UMNO masih perlukan Pak Lah lagi, saya yakin PR13, UMNO sudah tidak releven lagi.Inilah kesempatan yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat terutamanya DSAI. Yang penting sekarang PAK LAH & KJ, undurlah sekiranya sayangkan UMNO dan bangsa Melayu.
Sekali lagi ingin saya ucapkan. UNDURLAH PAK LAH demi utk agama, bangsa & negara.
Wasallam.
Assalamualaikum, tun
Anwar menang kerana berjaya memberikan janji dan harapan kepada seluruh rakyat malaysia dan kerajaan barisan nasional sekarang gagal menghalang kemaraan beliau.
Segala janji yang ditabur adalah lebih manis daripada madu untuk dirasa, lebih sedap daripada lagu siti nurhaliza untuk didengar. semoga janjinya adalah janji pemimpin, bukan janji ahli politik..
Semoga malaysia lebih cemerlang, gemilang dan terbilang...
Allah Selamatkan Malaysia dan rakyatnya..
Tun,
Semasa kempen pilihanraya beberapa hari lalu Khairy ingin menguburkan kerjaya politik DSAI dalam ucapan beliau. Sekarang kita dapat lihat siapa masuk kubur dulu...
Dear Tun.
The UMNO member must act now and our PM must go,Najib also has failed to deliver in Permatang Pauh ,we need new leader for UMNO or BN will be the opposition during the next election.
dah memang SIFAT pak dolah cam tu...ibarat mr.bean memerintah negara...SENGIH & TIDO 24JAM...
Assalamualaikum Tun,
Diharap perwakilan UMNO tahun ini lebih matang dan bijak
Assalamualaikum...
Rakyat perlukan PEMIMPIN yang boleh MEMIMPIN, bukan ahli politik yang MEMPOLITIKKAN SEMUA perkara...
Tiada LIWAT, tiada SUMPAH LAKNAT, Tiada mempergunakan AGAMA untuk kepentingan PERIBADI..
Bersih, Cekap, Amanah..
Luv U TUN...
Dear Tun,
You are the best leader ever in Malaysian history.
Thank You for everything that you have done for us.
You will always have my support.
Take Care coz we still need you!
YD TUN
Apa yang sedihnya berita TV dan Akhbar arus perdana menceritakan bahawa BN boleh menang, Bahawa kejutan akan berlaku, lepas tu bila dah kalah dia kata “Sebagaimana yang dijangka kan DSAI akan menang” apa ni berita !! Langsung tak Boleh Percaya? Yang kesiannya DSNTR siang malam berkerja keras,macam dah hilang punca je……UMNO jangan hilang focus sebab jawapan nya senang je.. UMNO kene jadi KULI Rakyat bukan bukan jadi MANDOR kepada Rakyat, suruh itu ini akhirnya dia yang sapu semua….
Sekian, Maaf Bang.. Juga maaf kepada TUN yang bistari
Tun,
Yes..support for BN has fallen. The PM failed his PEOPLE miserably and he should resign. Enough of flip flops and sandiwara. May I ask whom in UMNO does Tun suggest to carry the torch from AAB? I can tell you this...NONE. There is no one person in UMNO who is bright enough, intelligent enough, un-corrupted and responsible enough to revamp UMNO. UMNO is sliding down the slippery slope.
What? Najib you say? People threw water bottles at him yesterday. What say you?
Good article..
People is not supporting Anwar but is fighting against BN.
Tun,
I'm dissapointed that Anway won the election.... Anyway, this is a clear message from the people of Permatang Pauch, NOT the entire Malaysia !!
So Anwar, just made a huge step foward in making his personal agenda a reality. The fact is he made it...and BN lost it, yet again !!!!!!!
Anyway, the next move from Anwar will be to pull fence sitting MPs to opposition.. lets see if he succeed in doing this.
If he does, then the power hungry Anwar will be PM of Malaysia, which is disgrace to the people of Malaysia !!!
I'm totally speechless.............
Tun,
what as you predict is absolute correct.I will always support you Tun.
Assalamualaikum Tun & Isteri,
I think you just hit UMNO right in the middle of their heart. UMNO should think fast and wise. DSAB might be a good leader but not good enough to lead our country. We need someone else at UMNO helm before Anwar Ibrahim make this country running out of control...
Okay Tun selamat menyambut our 51st Independence Day and Selamt Menyambut Ramadhan Al- Mubarak.
Salam Tun,
Saya kurang setuju kalau cakap orang Permatang Pauh "tak ingin" mengundi DSAI. Kalau Tun cakap pengundi Permatang Pauh "tak ingin" mengundi BN itu betulah.
Orang UMNO tunggu Malaysia jatuh ke tangan Pakatan Rakyat baru diorang nak "tendang" PM flip flop kesayangan mereka dan kebencian 99 peratus rakyat Malaysia.
Dear Tun,
Perlukah kami semua melutut supaya Pak Lah mengundurkan diri? Jika perlu, saya sanggup. Saya sanggup bukan kerana saya benci Pak Lah, tapi kerana Malaysia yang semakin sayup yang semakin hilang hala tujunya.
Mr & Mrs Imran
Dear Tun,
I totally agreed on this. People are not really like Anwar but their hate Pak Lah worst. Therefore they have not much choice to vote for Anwar so that Anwar can fight Pak Lah. He should resign immediately so that BN can start to plan and win back the next election.
Balik2 Tun nak Dato' Seri Anwar bersumpah,Tun tau tak yang DSAI penah bersumpah 10 tahun yang lalu?tapi masuk penjara gak.Plz lah,jgn politikkan agama kalau ilmu agama tak ke mana.Malu lah ngan saudara-saudara yang non-muslim asyik baca kisah sumpah kat newspaper tiap- tiap ari.Sumpah macam mainan plak.Pastu yang Azizan tue tak gak kene dakwa atau kena sebat walaupun kes liwat DSAI dah terbukti tak bersalah.Tun,aku respect Tun sbb banyak bawak Malaysia ke tahap sekarang tapi tak bermakna apa Tun cakap tue kena diterima.Kita da mahkamah syariah,better kita sumpah ikut prosedur agama,jangan balik-balik nak bersumpah.sekarang nie macam terbalik,bukan kerajaan yang bela nasib rakyat,tapi rakyat yang susah ati tiap-tiap ari pemimpin kerajaan dok gadoh tak abis-abis tunjuk kebodohan masing-masing.Kalau macam nie tak 10 tahun akan datang,aku tak tau sama da kita mampu ke tak capai WAWASAN 2020 yang Tun ilham kan tue.Cubalah cari kaedah camne nak selesai masalah tue elok-elok,jangan balik-balik sumpah,sumpah,sumpah dan sumpah!
jangan termakan sumpah sudah.
Assalammualaikum Tun Dan Para Bolgers..
Mengaku kelemahan diri selalunya hanya boleh dilakukan oleh mereka yang betul-betul kuat..dan dengan pengakuan sebegitu bukannya bermaksud kita gagal cuma ianya bermaksud kita belum berjaya lagi...jadi saya amat yakin inilah formula yang tepat untuk semua ahli UMNO perlu guna pakai untuk memulihkan sokongan daripada orang kebanyakan seperti saya...jadi ahli UMNO dari pada akar umbi hinggalah ke presidentnya wajib mengaku hakikat ini..
Saya amat menyokong pendapat Tun dalam soal ini..sayang UMNO hanya tinggal menjadi satu tajuk sejarah kepada anak cucu kita dimasa hadapan...
Berubahlah..terimalah kenyataan..yang ingin kita selamatkan adalah anak bangsa kita dan anak cucu kita..kalau ini pun tidak di sedari oleh orang bijak pandai dan para ilmuan yang ada dalam UMNO sekarang bererti tidak salahlah apa yang semua orang selalu katakan selama ini bahawa Orang dalam UMNO sekarang dari bawah sampai ke atas tidak berwibawa, tidak pandai dan kalau di Sabah..tidak pandai ini selalu diertikan sebagai BODOH!!(sila tanya Datuk Bung Mokhtar Radin)
Berubahlah demi anak cucu dan bangsa melayu dan Malaysia..sebelum sampai pilihan raya umum ke 13 atau rakyat akan mengubahnya sendiri sebelum masa tersebut..
Apa Pun selamat menyambut Bulan Ramadhan dan hari Merdeka..
(Tak salah dan bukannya dosa besar untuk bertanya dan mengambil pendapat Tun...)
Wassalam...
tak tahu lah bila depa2 nie nak sedaq...
kena ketuk sampai 4 kali pun ( Kedah, P.Pinang, Perak, Selangor) dok tak sedaq2...
Salam Tun,
Dengan kemenangan DSAI, Adakah 16 september 2008 akan berlaku perpindahan kuasa kerajaan!!!
Tak Suka DSAI jadi PM...
Assalamualaikum Tun... Jika Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi step down, siapakah yang paling layak menggantikan tempat beliau memandangkan terlalu ramai ahli UMNO yang tidak boleh dipercayai?
salam Tun.
Semoga Allah memberkati Tun sekeluarga dan sentiasa sihat ada nya.
Saya gembira dan bersyukur kehadrat Allah SWT kerana adanya kesedaran berpolitik di kalangan masyarakat Malaysia...Semoga kemenangan DSAI memulihkan ekonimi Malaysia tercinta dan yakin bahawa Allah bersama orang orang yang benar
Salam Setia Tun,
Saya daif tentang pelembagaan UMNO. Tetapi tidak kah ianya membolehkan ahli2 (jika ada suara yang mencukupi) mengadakan EOGM untok mengajukan Undi Tidak Yakin (Vote of No Confidence) kepada President nya?
UMNO perlu berbangkit semula untok menangani masalah yang membelenggu Negara ini secepat yang mungkin.
Tetapi yang paling baik adalah jikalau President nya dengan rela hati dan penuh tanggung jawab mengundurkan diri secara terhormat. Jestru mengalihkan kepimpinan secara teratur and lancar.
Cukup lah dengan huru hara dan kebinggungan yang berleluasa sekarang ini.
Ini kan pula Anwar nak bermain politik negara dunia ke tiga nya.
UMNO (dan BN) masih di perlukan Negara tetapi UMNO yang yang di perlukan berhala tuju balik kepada hala tuju pengasas2 nya. Yang tidak lupa daratan, yang tidak mengambil kesempatan, yang tidak lupa tanggung jawab sebagai parti yang perlu menjayakan NEP dan yang berjiwa TUN Dr Mahathir Mohamad.
yes u r right tun, no option other than vote anwar...
tunggu jangan tak tungguuuuuu
Tun,
Apa yang dikhuatiri ialah rakyat yang di dalam dilemma ini tidak lagi mempunyai pilihan selain mengharapkan sesuatu yang baru. UMNO tidak memberikan petanda bahawa sesuatu yang baru selain DSAAB terus kekal.
Ini memberikan DSAI kelebihan dalam mendapatkan sokongan rakyat yang tidak mahu lagi menyokong BN. Memang benar, kalau dibiarkan lama, UMNO dan BN akan berkubur.
Arus media seperti TV dan newspaper tidak lagi memberikan peranan apa2 kepada rakyat2 Malaysia yang semakin maju untuk mendapatkan berita2 terkini.
Effie Amri,
SAHOCA class of '97
Salam Tun... memang saya jangka BN akan tewas di Permatang Pauh; sesuai sangat dngn satu artikel blog yg saya baca dengan
tajuk : Anwar wins and BN is still as ignorant as ever.
1001 alasan akan dicipta untuk melegakan hati mereka atas
kekalahan ini..namun tidak langsung merasa merekalah puncanya.
Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita dan mereka semua demi
negara tercinta.
Selamat Menyambut Ramadhan buat Tun sekeluarga.
Kami dah minta dia turun Tun, tapi mesej kami dia tak peduli.
Masalahnya pemimpin kami yang bodoh, pekak dan tuli.
salam Tun, saya harap Malaysia akan kembali bertuah seperti dibawah pimpinan Tun...pemimpin Umno masih belum dsedar lagi...sungguh menyedihkan...
Terima kasih, Tun.
Assalamualaikum Tun,
Kemungkinan kita akan memasuki era baru.
Yang baik dan yang tak baik akan kita sama2 rasa. Mungkin ini akan lebih menguatkan kita atau sebaliknya.
http://anakmalaysia81.blogspot.com/
yes u r right tun.. no option
akum Tun,
saya teramat setuju dengan pendapat Tun. Walau dari dulu semua orang tahu perangai Anwar. tapi masih ramai rakyat yang 'terpaksa' memilihnya dari calon-calon lain yang bertanding.
Bolehkah Tun nyatakan dengan jelas dari manakah sumber kewangan PKR yang dilaporkan begitu banyak digunakan ketika pilihanraya kecil ini mahupun pilihanraya umum Mac lalu. Memang menghairankan parti yang hampir tekubur 5 tahun lalu boleh bersaing dari segi jumlah peruntukkan kewangan untuk berkempen mengalahkan parti kerajaan.
Sebagai ahli umno, walaupun saya amat tidak menyenangi kempimpinan sekarang, jasa baik Tun tak akan saya lupa.
Semoga Tun sekeluarga dirahmati Allah selalu. Selamat menyambut hari merdeka. keranamu Mahathir!
salam Tun, saya harap Malaysia akan kembali bertuah seperti dibawah pimpinan Tun...pemimpin Umno masih belum dsedar lagi...sungguh menyedihkan...
salam tun.
apa kata kita tunggu sampai sept-16 untuk next show???
Saya tak sokong pak lah mahupun anwar.. habis tu sapa yang saya boleh sokong? hidup ayahanda Dr Mahathir !!! smoga ayahanda sekeluarga diberkati Allah dan sihat selalu.. ALLAHU AKBAR.
rosak ade pemimpin macam paklah ni.
dah agak dah..
diorang ni x faham bahasa TUN..
masih dibuai mimpi lagi..
dah kono, baru ponoh akal masing2
adoiaaiiiiii...
nak bwek camno, xdo joki..
YABhg Tun,
I m the first!
I agree with what you said - makes sense as always...
Sometimes when I read your blog, I can actually hear your voice saying it.....
Tahniah AI...
Dia memang layak untuk menang berbanding dengan UMNO.
Tak lama lagi pilihanraya di Sarawak akan diadakan, 2010/11. Sekali lagi kuasa rakyat akan tumbangkan BN. Percayalah...
saya setuju 101%. Paklah kena turun taktha pasal rakyat dah bersuara. Nak tunggu bila????
Yang Mulia Tun,
Nampaknya barisan pimpinan UMNO sekarang dah pekak telinga dan buta mata. Yang menghairankan banyak ahli-ahlinya pon ikut buta dan pekak sama-sama. Terutama gulungan yang 'pandai-pandai', yang bijak-bijak dan yang mungkin anggap diri mereka 'gulongan intelek'. Yang lebih menghairankan mereka merasa telinga dan mata mereka masih terang..masih ok. Nanpaknya negara dan rakyat Malaysia akan KO. Dah tak lama dah. Sesuatu tindakan yang amat segera mesti diambil bukan dari kalangan ahli UMNO.tapi kalangan yang sayang negara, bangsa dan ugama.
Love you Tun,
Orangeman.
terserah pd najib atau muhyiddin untuk mencabar pak lah.. kami org kebiasaan, rakyat jelata semua telah jelak dengan kepimpinan pak lah.. kami mahukan perubahan mendadak dalam kepimpinan umno.. jatuhkan pak lah sebelum kamu semua dijatuhkan!
sy bharap politik dan ekonomi Msia kembali pulih, janganlah kerana kepentingan seseorg itu, maka bangsa dan negara dikorbankan...iutlah yg sy nmpk ada pd kebanyakan pemimpin skrg ini...mereka tidak mementingkan perjuangan bangsa dan negara sebaliknya utk kepentingan kroni2 sendiri...jgn biarkan diri ditindas ditmpt sendiri...ayuh bangkitlah wahai bangsaku!
Tun Dr Mahathir,
My first time posting.
I agree with what you said about the by elections.
But more so, I believe it is because the people want to see more check and balance in place so that the people in power will have a harder time if they wish to abuse their power.
Sending a strong opposition leader back into the Parliament is definitely is the only thing we can do to change the way things are.
sy bharap politik dan ekonomi Msia kembali pulih, janganlah kerana kepentingan seseorg itu, maka bangsa dan negara dikorbankan...iutlah yg sy nmpk ada pd kebanyakan pemimpin skrg ini...mereka tidak mementingkan perjuangan bangsa dan negara sebaliknya utk kepentingan kroni2 sendiri...jgn biarkan diri ditindas ditmpt sendiri...ayuh bangkitlah wahai bangsaku!
Pilihanraya telah pun selesai. Dan ini adalah pilihanraya yang mungkin terpenting... iaitu musuh utama BN telah memasuki parlimen. Sebelum ini masing-masing tertanya-tanya, adakah Anuar akan berjaya atau tidak memasuki parlimen.
Jadi bagi mereka yang telah menjadi wakil rakyat.. mulalah bekerja untuk rakyat.. rakyat sudah muak dengan isu-isu yang tidak menguntungkan rakyat..
Mulalah bekerja.. mulalah membantu kami rakyat.. kawasan yang BN menang.. bekerjalah memajukan kawasan anda.. kawasan yang PR menang.. bekerjalah memajukan kawasan anda..
Sudah-sudahlah bersengketa sesama sendiri sehingga merugikan malaysia.. bukan itu yang rakyat mahukan.. kita tunggu PRU 13 nanti jika pun nak berkelahi.. sekarang rakyat sudah memilih anda untuk BEKERJA UNTUK RAKYAT..
Dear Tun,
After this we have to ADVICE Pak Lah to look into all UMNO and BN Minister and ADUN, to care about their HEALTH.. takut ada ADUN @ Ahli Parlimen BN yang tak sihat esok kena buat pilihanraya kecil lagi.For sure the 2/3 majority will be decreased.
Salam Tun,
Benar...kemenangan Anwar menunjukkan protes rakyat terhadap kepimpinan Pak Lah. At the same time rakyat menggali kubur mereka sendiri...kemungkinan besar seandainya Anwar berjaya mencecahkan kakinya ke Putrajaya.....Malaysia juga akan menjadi seperti Afghanistan dan Iraq..Nauzubillah
Assalamualaikum Tun dan Keluarga.....
TUN,
MELAYU MUDAH LUPA...
ZAMAN KEGEMILANGAN UMNO DA BERLALU .......
MARUAH AGAMA DAN BANGSA DAH SEMAKIN DI PERKOTAK KATIK KAN....
DAH DIJADIKAN MAINAN POLITIK
APA NAK JADI.... APA NAK JADI......
KITE NAK TGK KE MELAYU MALAYSIA MENJADI MELAYU DI SINGAPURA???
TUN,
SALAH TUN BAGI SAYA YANG TERBESAR CUME SATU JER....
TUN TAK PATUT LETAK JAWATAN....
Hope Pak Lah and the rest of the lot realize that they should pack and leave A.S.A.P.
I don't think that Pak Lah is in touch with reality, at all.
Walaupun di tuduh meliwat + sumpah tetapi masih menang.Pengundi masih memberi mandat kepada PKR. Hairan dan ajaib... Bagi gua ini menunjukkan pengundi sudah hilang kepercayaan kepada UMNO 100%. Sedarlah wahai badawi...walau apepung yang dibuat selepas ini rakyat sudah hilang kepercayaan kepada kamu...Setakat turunkan harga minyak 15 sen buat kejutan kat stesen LRT rakyat dah cerdik sekarang... Itu semua gimik pancing undi..
KESIAN.........KESIAN......KESIAN
Yg Berbahagia Tun,
Kalau para pemimpin UMNO masih lagi diulik mimpi dengan kekalahan ini dgn tidak berbuat apa-apa, dan Pakatan Rakyat yang dikatakan akan mengambil alih kepimpinan negara mula menggerakkan langkah, nampaknya sama-samalah kita bersiap sedia.
Bersiap sedia untuk mula berkemas dan berpindah ke luar negara.Walaupun sayangkan Malaysia dan cintakan Malaysia, namun nampaknya negara ini sudah tidak seperti dahulu lagi.
Tidak seperti dahulu lagi, yg dihormati disegani oleh negara luar, yg aman makmur, yg orang melayunya bersopan santun dan bersatu dan yg serba serbinya murah dan berpatutan.
Wasalam, Azleen
Assalamualaikum Tun,
a) Kekalahan ini mnunjukkan rakyat memerlukan perubahan pada parti UMNO terutamanya dalam isu kepimpinanan yang lemah dan juga isu rasuah yang hangat diperkatakan.
b) Jika tiada perubahan dalam masa terdekat ini, PERCAYAlah UMNO akan terkubur dengan sendiri.
c) Kepercayaan rakyat semakin hari terhadap BN, semakin lemah, kita harap Pak Lah & sekutu-kutunya dpt mengundur sebelum keadaan lebih parah. Jika ia ingin melihat UMNO mendapat hati orang melayu khasnya.
d) Sedih dgn keputusan PP ini, apa boleh buat orang atas atau pimpinan atas masih dibawah mimpi-mimpi indah, rasa KEPENTINGAN DIRI lebih daripada parti
Wassalam,
Kaf Yaa Ain Sod Qaa Haa
Dear Tun,
Now, we have an recognized MSM in the parliament. I hope, we have a better leader in the future. Somebody that when children says " My role model is my prime minister. I want to be like him", we smile in delight. We need good muslim leaders to rule this country.
I am glad that we have the same idea regarding the the discrimination thing. I felt shameful that I was regarded as deficient and as needy. That however applies to me because I had a good headstart since I came from a supportive family and with lots of advantage. It is pure frustration and irritating to know people abusing the oppurtunity given to them.
Assalamualaikum....
Kebanyakan rakyat tidak mementingkan betul salahnya tentang 'kes' terbaru yang berbangkit. Di benak hanya memikirkan runtunan corak penghidupan di bawah pimpinan DSAAB.
Wallahualam...
Yg Berbahagia Tun,
Kalau para pemimpin UMNO masih lagi diulik mimpi dengan kekalahan ini dgn tidak berbuat apa-apa, dan Pakatan Rakyat yang dikatakan akan mengambil alih kepimpinan negara mula menggerakkan langkah, nampaknya sama-samalah kita bersiap sedia.
Bersiap sedia untuk mula berkemas dan berpindah ke luar negara.Walaupun sayangkan Malaysia dan cintakan Malaysia, namun nampaknya negara ini sudah tidak seperti dahulu lagi.
Tidak seperti dahulu lagi, yg dihormati disegani oleh negara luar, yg aman makmur, yg orang melayunya bersopan santun dan bersatu dan yg serba serbinya murah dan berpatutan.
Wasalam, Azleen
Salam Tun
Memang yang dijangka telah menghadirkan diri. Apakah yang lena masih lagi terus di buai mimpi? Inilah masanya untuk orang orang dalam UMNO dan parti yang seangkatannya harus bertindak untuk memperbaiki diri. Pak Lah harus letak jawatan sekarang. Tiada guna lagi untuk duduk di kerusi empuk dan syok sendiri. Lihatlah betapa rapuhnya BN. Orang yang berdiri dengan cuak dan tak mahu bersumpah pun boleh menang.
Kalau dikira calon BN yang menang dalan ADUN pun boleh hilang undi dari tempatnya sendiri. Bukan salah calon, tapi orang lihat siapa pemimpin beliau. Terlalu taksub dengan kuasanya yang ada. Gagal lihat kemahuan rakyat yang berjuta. Turun minyak, mana ada barang yang turut turun harga. Dah naik mana nak turun! Macam la tak tahu hakikat dunia perniagaan.
Kalau sekadar keluar TV dan kenyataan 'menyeru' peniaga turunkan harga baik tak payah la Pak Lah. Semua saudagar saudagar hanya tersenyum dan gelak. Pak Lah kata turunkan harga sebab minyak dah turun, mereka akan beri selembar sebab menyapa harga tak boleh diturunkan. Malah kalau tak naik harga tiket, ramai tak boleh balik raya sebab dah diugut oleh pengusaha bas yang mengatakan tiada bas tambahan.
Bangun lah Pak Lah, rakyat telah lama bangun...
Askum Tun... walaubagaimanapun, saya tetap merindui kepimpinan Tun. Saya yakin, jika cadangan Tun di atas dilaksanakan Pak Lah.. sudah tentu kita boleh raih kembali UMNO yang dahulu... Entahlah.. Ramai yg enggan buka mata.. ramai lebih suka jadi "Sleeping Partner"..
This is not just the problem of Abdullah alone. It is the problem of UMNO. Look at the kind of attitude of the UMNO ministers and those holding high posts in UMNO. Every one would like to throw them out. There is no space in Malaysia for this kind of politics and politicians. My guess is BN is going to break apart. The good ones from each party may go to Pakatan Rakyat.
Kalau saya pengundi di Permatang Pauh saya tidak akan mengundi BN atau PKR. Undi akan saya berikan pada AKIM. Kerana saya tidak menyukai Pak Lah & saya juga tidak menyukai DSAI.
Pilihanraya yg lepas saya tidak mengundi BN & PKR kerana saya tidak sanggup memberi undi saya pada parti berikut. Undian saya berikan kepada BEBAS. Walaupun BEBAS tidak menang tapi hati saya puas sebab saya tidak bersekongkol dgn kedua2 pemimpin yg menjengkelkan.
Nasib melayu akan tergadai oleh kedua2 pemimpin ini. Zaman kegemilangan Malaysia akan lenyap. Pemimpin gilakan kuasa rakyat yg jadi mangsa.
Jelas dan Nyata.
Rakyat telah menolak politik perkauman dan mengetuk pintu harapan !
DSAI Menang - Harapan Baru Untuk Malaysia
DSAI Angkat Sumpah Sebagai Ahli Parlimen Esok ! - 28 Ogos
salam Tun,
Saya setuju 100% pendapat Tun. Rakyat dah tak ada cara lain untuk menjatuhkan PM. Calon BN di Permatang Pauh memang bagus tapi atas tiket BN dia kecundang juga, sama nasib dgn Ustaz Firdaus.
Walau berita kerajaan (RTM dan TV3)cuba memburukkan Anwar sehari sebelum pilihanraya dengan menemuramah bekas orang kuat Anwar iaitu Ezam dan rakan baik Anwar iaitu Datuk K.S Nalakarupan, rakyat tetap dengan pendirian mereka untuk memilih Anwar.
Saya sebagai rakyat Malaysia sememangnya risau dengan perkembangan politik sejak Tun menyerahkan kuasa pada PM. Apa akan jadi pada negara kita yang tercinta, yang sebelum ini aman damai tapi sekarang macam-macam isu di bangkitkan.
Saya hanya mampu berdoa agar pemimpin yang di beri kuasa tahu tanggungjawab sebenar sebagai pemimpin. Bagi pemimpin yang beragama Islam, mereka pasti tahu balasan yang akan di terima di akhirat kelak jika mereka tidak adil sebagai pemerintah.
sekian...doa untuk Tun sekeluarga, moga ALLAH s.w.t beri keberkatan dunia dan akhirat.
Anak Muar,
United Kingdom
Asalam Tun,
Saya setuju sangat kenyataan Tun, sedih rasanya UMNO dan orang melayu sekarang ini, mungkin hanya tinggal ....jawatan dalam parti tetapi tidak dalam kerajaan, menang sorak - kampung tergadai, mendonggak langit tanpa berpijak di bumi nyata, berasa suka tapi dalam "duka", apa nak jadi "tebalkan telinga, butakan mata", melayu dan rakyat jadi mangsa, akibat nahoda tiada telinga, mendengar kata, jauh dari rasa, malang sungguh malang, umpama lebai malang - menongkah arus, itu isu kita!!! kita semua!!!
wasalam
Anakteja - mula berkata2
Kemenangan ini telah dijangka. Ada hikmah di sebalik kemenanagan ini. .......ARB Dagang
BERKAITAN DENGAN PERMATANG PAUH DAN UMNO SETERUSNYA BN.
Pada saya undi BN merosot adalah faktor UMNO dan BN itu sendiri.
1)Ramai pengundi tidak percaya dengan kredibiliti calon, pemimpin BN/UMNO kerana rakyat sekarang telah bijak memilih bukan sekadar bagi kain pelikat bak kata Berita Harian " Zaman dah berubah, dunia dah maju" motto tersebut memberi gambaran yang jelas dan mudah di fahami tetapi ramai pemimpin UMNO termasuk penyokong tak berapa 'pandai' atau lembab (kurang kering - kata apek)
2)Pemimpin BN/UMNO memang 'pandai' buat duit untuk diri sendiri manakala pengikutnya dapat juga tempias % jadi itulah yang UMNO perlu baiki sebab orang-orang kampung ramai dah tahu semua temberang dan tembelang cuma tak dapat nak buktikan.
3)Secara jujur dan ikhlas, siapa pemimpin UMNO yang betul-betul bersih dan tidak rasuah bolehkah Mantan PM tuliskan/berikan.
4) Jika betul pemimpin itu bersih Insyaallah UMNO boleh bertahan tetapi jika pemimpin sedia ada ini masih berkuasa ( dari bahagian hingga ke presiden ) maka amat susahlah pemimpin UMNO akan datang untuk merawat BARAH yang telah lama berada dalam UMNO.
5)Rumusan awal ikut kata motto MAKNA - kesan barah Awal (KEBAL)
Tunggu tinggal nama saja..... masih tak faham2...
p/s: an advice that should be considered seriously
Mesej pengundi jelas...tapi adakan pemimimpin menerima dan memahami mesej itu dengan jelas. Budaya politik negara ini ialah pemimpin hanya akan berhenti setelah rakyat memberhentikan mereka. Terlalu jarang atau hampir tiada pemimpin yang sanggup berhenti sekalipun dihadapan mata mereka terbentang semua fakta menunjukkan yang mereka perlu berundur dan memberfi peluang kepada orang lain utk mentadbir mengikut gya dan pendekatan yang berbeza. Jika kepimpinan Pak Lah masih tidak mahu menerima mesej Permatang Pauh, tidak hairan jika ada MP kelak terjun meninggalkan kapal yang hampir karam untuk menyelamatkan diri.
Hakikatnya bukan setakat Pak Lah, malah gaya pengurusan dan pentadbiran serta berbagai polisi kerajaan juga sudah sampai masanya utk diperbaiki dan diperbaharui.Antaranya dasar untuk menjutawankan sebilangan melayu melalui pemberian projek perlu dihapuskan. Orang melayu perlu bersaing dipadang yang adil dan sama rata sesama mereka untuk berjaya. Tindakan menjutawankan sebilangan orang terbukti membawa lebih banyak kerosakan kepada imej kerajaan dan merugikan sama sekali. Tambahan pula, orang yang sudah dijutawankan itu akhirnya memilih untuk menentang kerajaan.
Pak Lah, Musa Aman, Taib Mahmud dan beberapa orang lain mungkin perlu memilih untuk memerdekakan diri mereka dari sebarang ikatan politik dan kepemimimpinan kerajaan, berikan kepada orang lain yang mampu membawa idea dan gaya pentadbiran baru kepada negara ini. Berdegil mempertahankan kuasa hanya akan membawa kepada kebinasaan yang amat dasyat. Berkorbanlah demi kebaikan negara ini.
Jika mereka terus degil mungkin inilah yang dikatakan sebagai...permulaan kepada penamat yang amat tidak ingin kita lihat.
Salam Dear TUN,
I think the current PM should resign ASAP. May God bless you and your family. Thankyou
SALAM TUN,
Saya pecaya kepada PENGALAMAN.
PENGLAMAN ADALAH ILMU TERBESAR DALAM KEHIDUPAN.
PENGALAMAN TUN selama lebih setengah abad sebagai pemimpin dan negarawan menjadikan TUN lebih matang dan berpandangan jauh daripada semua pemimipin yang ada hari ini termasuklah DSAAB dan DSAI.
Tidak akan adanya sebab TUN menolak kepimpinan hari ini jika TANPA ASAS YANG KUKUH.
JADI bercakap hal DEMOKRASI, RASUAH, AUKU atau sebagainya boleh menampakkan kelemahan orang yang TUN TUJUKAN.
TETAPI pendapat saya TUN tidak akan ke mana jika menulis dan hanya bertindak sebagai 'PENGHIBUR' dan pembaca merasa 'TERHIBUR'.
SAYA ingin mengajukan TUN bertindak DEMI NEGARA MALAYSIA.
Bermula dengan 'TINDAKAN' BARU DAPAT MERUBAH KEADAAN.
CADANGAN SAYA:
1. TUN perlu mendapatkan sokongan calon pengganti PM yang TUN rasakan layak bertanding melawan PRESIDEN pada EGM UMNO akhir tahun ini dan mencalonkan beliau dengan sokongan MT UMNO.
2. TUN boleh mencabar PAK LAH supaya SATU PETI UNDI KHAS DIADAKAN semasa EGM UMNO nanti bagi melihat sama ada ahli-ahli UMNO masih yakin dengan presiden atau tidak.
3. TUN juga boleh mencadangkan atau mencabar satu poll online diadakan di website PEMUDA UMNO atau website UMNO sama ada mereka yakin dengan presiden hari ini.
SAYA YAKIN TUN LEBIH BIJAK DARI SAYA MENGENAI INI.
TERUSKAN MENGUNDI MENDESAK PAK LAH SUPAYA MELETAK JAWATAN:
http://www.PetitionOnline.com/PakLah/
VOTE SEGERA DEMI MALAYSIA!!!!!!!!!!!!!!
................... .................... ....________
............ ................... .....,.-‘”.......... .........``~.,
................... ..........,.-”...... .................... .........“-.,
................... ......,/............ ......PUNCA BN KALAH...........”:,
................... ..,?................ ....PAKKK LAHHHH!!.................\,
................... /................... ...PAK LAH......... .................... ,}
................./. .................... ......TURUN!!!...... .............,:`^`.. }
.............../... .................... .................... ........,:”......... /
..............?.... .__................. .................... ....:`.........../
............./__.(. ....“~-,_........... ..................., :`........../
.........../(_....” ~,_........“~,_..... ...............,:`.. ......_/
..........{.._$;_.. ....”=,_.......“-,_. ......,.-~-,},.~”;/. ...}
...........((.....* ~_.......”=-._...... “;,,./`..../”....... ......./
...,,,___.\`~,..... .“~.,............... .....`.....}........ ....../
............(....`= -,,.......`......... ANWAR Berjaya TIPU MELAYU..;_,,-”
............/.`~,.. ....`-.............. .................\.. ..../\
.............\`~.*- ,................... ..................|, ./.....\,__
,,_..........}.> -._\................ ...................| ..............`=~-,
.....`=~-,_\_...... `\,................. ................\
................... `=~-,,.\,........... .................... \
................... .............`:,,... .................... ....`\.............. __
........... ................... .......`=-,......... ..........,%`>--= =``
................... .................... ._\..........._,-%.. .....`\
................... ................,
WASALLAM
Dear Dr,
I must agree that this is UMNO/Barisan's weakest hour. But I strongly disagree that a majority of the voters voted against BN and not for Anwar. I think Anwar is the wild card and he brings the voice af a free and fair Malaysia. For all its people.
Malaysia has grown up. Maybe UMNO/MIC/MCA and others of the ruling coalition need to grow up too.
My advice is for you to sit back and enjoy the show!
Best regards and good health,
Mikey
Salam tun..
memang dijangka stor kunyit tu menang tapi bersediakah UMNO dan BARISAN untuk terus dilanda gelora Tsumani.. Fikir-fikirkan lah wahai ahli UMNO..satu lagi tun saya ada satu cadangan tentang sumpah saiful yang banyak kebanyakan orang tak percaya..apakata kita bawa saiful dan rombongannya bersumpah laknat di depan ka,baah di masjidil haram mekah..kepada tun sila komen
Salam Ayahanda Tun,
Itulah yang saya nyatakan dalam blog 'malaysiatoday'(dikenali sebagai 'justice bao'), berhubung para 5&8 Ayahanda Tun.
Jika Bukan BN menyalahguna kuasa, seperti menguna tatik yang kotor,hulur wang, jentera2 kerajaan dan sebagainya, untok menhadapi DSAI, HILANG AKAN WANG PERTARUHAN (DEPOSIT) BN. ITU TETAP.
MANA ADA PILIHAN KECHIL BN KALAH SETERUK INI.
BANGKITLAH DOLL-LAH BODOHWI, BANGKIT DARI KERUSI PM. KERUSI INI BUKAN UNTOK KAMU. KAMU TIDAK LAYAK. TURUN DENGAN SERTA MERTA.
Semoga Allah Panjangkan Usia, Kesihatan serta Kekuatan Kepada Ayahanda Tun Supaya Terus Berjuang Untok Rakyat Malaysia.
TUN,
tolonglah kembali...
kami merindui anda
Tak terasa langsung nak sambut Merdeka tahun ni....ke mana hala tuju Malaysia....
Malangnya orang melayu bila orang-orang UMNO semuanya sudah jadi penakut, tidak berani bersuara dan kebanyakkan mereka hanya mementingkan diri sahaja. Melayu sedang menuju ke zaman kegelapan, saya sedih. Inilah akibatnya jika kita alpa, hidup terlalu senang dan mengambil mudah semua perkara. Inilah juga akibatnya bila kita gagal mendidik anak-anak kita erti kemerdekaan.
I'm the first to comment????
Salam Tun yang dikasihi.
Saya pun skrg tak tau nak kata apa yang terjadi pada negara ini setelah Tun tak jadi PM. Kalau boleh nak Tun ambil balik jawatan PM dan tolong settlekan semua kekusutan yang berlaku skrg.
Saya tak sanggup negara ni jadi Malaysia Malaysian
Saya tak sanggup tengok negara islam ini tergadai.
Saya tak mau tengok negara ini mengikut telunjuk Yahudi, US, dan yang perkauman.
Apa yang saya nampak sekarang ada orang yg cuba pusingkan fakta sejarah negara ini dengan mengatakan semua salah UMNO.
Saya sedih keadaan ini terjadi.
Setiap hari saya berdoa agar negara ini aman, dan org2 Melayu diberi tunjuk jalan yang benar dan bersatu kembali bagi menjaga hak2 yang telah 50 tahun kita pertahankan.
Saya doakan Tun dan Seri Hasmah akan teruss sihat dan kembalilah perbetulkan keadaan negara ini. Amin :)
Asalamualaikum TUn,
finally i'm the first... MUHAMMAD ZAKI BIN ROOSLI. Mmg mengejutkan kemenangan besar DSAI.... apa yg sy jangkakan kemenangan ttp kepada DSAI ttp dgn majority yg kecil.. namun apa yg terjadi adalah diluar jangkaan. Sangkaan sy mungkin selepas pengalaman PRU ke 12 BN akan berjaya memulihkan sokongan rakyat, tetapi nampaknya jawapan sebenar telah pun kita semua ketahui, dan kita semua sedia maklum ada suatu batu penghalang yg besar berada didalam BN yang perlu kita alihkan....
saya amat bersetuju dengan kaka kata tun. tetapi saya ingin menarik perhatian tun bahawa dengan hanya berkata di laman blog ini tidak membawa apa makna kepada PM sekarang.
sudah tiba masa nya kita menyelamatkan NEGARA kita ini dengan membuat bantahan atau protes yang lebih bermakna untuk menuntut pucuk pimpinan negara sedar serta mengetahui dengan jelas bahawa rakyat malaysia menolak sama sekali kepemimpinan DSAAB.
Mungkin cara yang sama protes yang berlaku di Thailand?
Saya juga ingin menyeru kepada TUN DR MAHATDIR supaya SEGARA BERTINDAK ke ARAH YANG LEBIH SIGNIFIKAN UNTUK MENGHALANG MALAPETAKA-MALAPETA YANG BAKAL BERLAKU SEKIRANYA DSAAB TERUS MEMERINTAH ATAU DSAI MULA BERKUASA.
Perjuangan yang tidak akan selesai........
Salam kpd Tun Sekeluarga dan Kepada Semua Pembaca.
Fikirkan lah apa akan jadi kpd Malaysia. Ini lah akibatnya jika Pemerintah LEMAH moga kita rakyat Malaysia aman damai. UMNO tolong buat sesuatu jgn sampai lemas.
Dear Ayahnda Tun, What can we say!? But I feel so devastated, so sad, and so lost (for words) when the Permatang Pauh by-election results were announced last night. Is this what the rakyat want? Isn't there anything we/you can do to save our beloved Malaysia.
salam
saya amat bersetuju dengan apa yag dikatakan oleh ayahanda tun..
keputusan pilihanraya yang diumumkan semalam mencerminkn rakyat semakin menolak kepimpinan pak lah...
saya selaku mahasiswa sendiri telah melihat betapa tingginya kebencian mahasiswa2 dan mahasiswi2 melayu terhadap kerajaan..
kemenangan anwar pada pilihanraya semalam disambut gembira oleh golongan2 ini..
pada masa yang sama,kerajaan pada hari ini pada mereka dilihat mempunyai pelbagai kelemahan..
pada mereka dato anwar adalah segala-galanya...
mereka amat menyanjungi beliau...
mereka mungkin lupa atau sengaja buat tidak nampak apa yang diinginkan olah anwar iaitu manghapuskan keistimewaan orang melayu dan sanggup berbuat apa saja untuk mencapai cita2 beliau untuk menjadi pm...
saya amat berharap kerajaan hari sedarlah,
buatlah sesuatu sebelum kemerdekaan yang kita kecapi selama 51 tahun ini akan tergadai dek ketamakan anwar untuk menjadi perdana menteri...
kepada ayahanda tun sekeluarga,semoga sentisa sihat dan dirahmati oleh Allah swt agar terus dapat memimpin rakyat yang semakin menderita.....
salam
Anwar tampak sungguh angkuh semasa menjawab soalan wartawan malam tadi. Dia akan menunjukkan dirinya yang sebenar tidak lama lagi.
Pak Lah pula masih berdiam diri hingga tengahari ini (dumb silence, not elegent silence). Habis lah UMNO selagi Pak Lah masih begitu.
www.jurublog.blogspot.com
Salam Tun,
Benar sekali apa yang diperkatakan oleh Tun itu. Rakyat sudah bosan dengan tindak-tanduk pemimpin UMNO dan BN, sebab itulah majoriti undi untuk DSAI meningkat.
Pemimpin UMNO mungkin akan buat kenyataan "self consolation" - Permatang Pauh kubu atau lubuk DSAI...patutlah dia menang. Tapi saya rasa bukan itu hakikatnya.
Malanglah UMNO jika maksud tersirat rakyat ini gagal ditafsir dengan betul oleh UMNO...terutama presidennya yang tidur sahaja.
Assalamualaikum Tun,
Thank ou for throwing your briliant ideas and thought in this blog.
Saya cadangkan Tun menubuhkan parti baru yang di pengurusikan olen Datuk Mukhriz sendiri dan Tun sebagai Penasihat. Saya Pasti ramai yang akan menyertai parti baru ini.
Tolonglah kami Tun, dah tak sanggup dengan P.Lah ni.... Kalau DSAI naik lagi HANCUSS Malaysia ni.... another PM wanabe (KJ).. lagi kaputt dibuatnya...
Ya Allah bukakanlah pintu hat Tun untuk kembali aktif dalm politik... Aminnnn..
Sekian...
Hamba Allah sayangkan Malaysia
Sedarlah.. bahawa org skrag sudah tak dapat terima perjuagan UMNO.. perjuangan hanya untuk perut sendiri & keluarga.. bila dah nak tenggelam, panggil orang melayu tolong... tapi bila diatas/ambang kejayaan lupa diri.. lupa melayu..
Beri anwar peluang.. untuk buktikan bahawa apa yang akan dibawa adalah lebih baik.. kalau tak, cantaslah ia next election.. simple??
Assalamualaikum Tun,
Setelah lama saya menanti komen dari Tun akhirnya tercatit juga di blog ni. Saya setuju 110% dgn komen yg Tun berikan. The message is simple and very clear.
Siapa yang harus bertindak? Masihkan UMNO mahu menjaga reputasi yang tidak nampak sebarang potensi? Anwar is very lucky to be in this current situation - dilema rakyat. The award is people have to choose him just to send the message.
Semoga Allah membuka hati dan minda para pemimpin.
Betul ape yang tun katakan itu,
Kebenaran telah nampak.. tak semua rakyat menyokong Anwar untuk menjadi PM suatu hari nanti.. walaupun ada yang pangkah beliau dlm pada pilihan raya kecil semalam sungguhpun jumlah agak kecil berbanding dengan penyokong 'extreme' nya.
Rata-rata orang melayu tidak mahu pemerintahan negara di bawah kuasa bangsa asing...takut..tak yakin, geram, sakit hati sume akan timbul..
'protes'
Semuanya adalah berkehendakan perubahan dalam UMNO dan barisan nasional. sumenya berkehendakkan pemerintah di bawah barisan nasional seperti di zaman TUN dahulu..perjuagan bangsa dan agama tidak diabaikan begitu sahaja walaupun pelbagai tomahan dan fitnah dilemparkan pada tun dahulu. MALAYSIA tetap maju di mata dunia. TP skg ni pemerintahan Pak LAh kini terlalu 'slow' dan lemah. pilihan raya kecil P.Pauh jelas menunjukkan kepincangan yang nyata di dalam UMNO dan barisan nasional...
...mungkin UMNO dan barisan nasional terlalu selesa berada di atas sehinggakan 'matlamat menghalakan cara' digunakan untuk sentiasa berada di atas.
sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara ini...kemungkinan besar, ketuanan melayu, hak bumi dah sebagainya akan terhakis..dahlah melayu dalam kategori mundur di bumi sendiri...klu pemerintah pun dh start berkomplot dgn kaum lain..abislah melayu semakin layu..
Pak lah, bukalah mata dan besarkanlah telinga utk mendengar rintihan rakyat yang sayangkan UMNO..barisan Kabinet UMNO tlglah jangan hanya menegak benang yang basah semata2 untuk kepentingan periuk nasik sendiri..sedarlah negara kita di ambang perubahan 'PERGERAKKAN BONEKA KETUANAN ANWAR UTK MENGHALALKAN MATLAMAT PERJUANGAN DAP'
Hakikatnya perubahan ini amat membahayakan dan memberikan kesan parut besar kepada keturunan melayu secara amnya...
rasanya kita tidak mahu tragedi 13 MAY berulang lagi utk memampankan semula masalah seperti ini...(minta dijauhkan)
fikir-fikirkanlah wahai rakyat, pembesar, pemerintah, raja-raja dan sultan seluruhnya..
SEMOGA TUN SENTIASA SIHAT DAN CERGAS SERTA DAPAT MENGUTARAKAN IDEA DAN PANDANGAN YANG BERNAS DEMI KEPENTINGAN POLITIK DAN KETUANAN MELAYU KESELURUHANNYA...AMIN
MELAYU MUDAH LUPERRR!!
I think It is not only a matter of removing Pak Lah, but also who will be the next PM, followed by drastic restructuring.
Assalamualaikum wbt
Apa lagi yang akan berlaku selepas ini?
Keadaan semakin meruncing dan merisaukan. Apakah kita memang menunggu Malaysia menjadi kacau bilau dan rakyatnya kembali hidup dalam kesengsaraan?
Wahai Pemimpin Negara... Sedarlah.. Bangunlah.. Berpijaklah dibumi yang nyata. Lakukanlah sesuatu untuk membetulkan keadaan. Bertindaklah sekarang. Jangan gadaikan negara dan rakyat untuk kepentingan peribadi. Sayangilah bangsa anda. Sayangilah generasi kita. Apa yang akan kita tinggalkan kepada mereka?
Tun,
Saya masih menanti kata-kata UMNO untuk meminta pandangan hingga ke akar umbi.
Jazakallah Tun...
Salam buat Tun sekeluarga,
Sedih dgn kemenangan PKR...lg sedih dgn kedegilan Pak LAH. Knapa dia sanggup hancurkan bangsa dia sendiri. Apa akan jadi pada M'sia kelak.
BTW, im so happy that i met with u during convofair last SUnday. U are my Idol, TUN!!!
Dpt jugak sy bsalaman dgn TUN waktu...btapa gembiranya sy ~
Doa sy untuk Tun Sekeluarga.
P/s; Diharap dpt bjumpa TUN pada AUG 2009 ~ My graduation day in UTP
I'm looking forward to meet with u again.
Salam Tun,
Persoalannya sekarang adakah pemimpin dan ketua UMNO mahu berkorban? Sekiranya Abdullah digugurkan, ramai pemimpin-pemimpin tinggi dan ketua-ketua UMNO seolah-olah seperti kehilangan sumber mata pencarian. Sudah menjadi lumrah bagi kebanyakan pemimpin dan ketua UMNO untuk terkenal dengan cara mudah, hidup mewah dengan wang,kuasa dan wanita. Pada hemat saya, sekiranya pemimpin atau ketua-ketua UMNO berpendirian dan mendesak Abdullah dan keluarga serta Najib berundur saya percaya mereka akan berundur. Tetapi masalahnya, majoriti dari pemimpin dan ketua UMNO ini lebih pentingkan periuk nasi mereka atau diri mereka sendiri. Inilah masalah yang sebenar dan cabaran yang besar bagi pemimpin dan ketua UMNO. Sekian.
Ikhlas,
NOH
Y.B. Tun yang dikasihi,
Kebanyakkan kami di peringkat bawahan sedar, cuma pandangan dan isi hati kami tidak di endahkan kerana para pemimpin hanya mementingkan diri sendiri.
sepatutnya AAB berundur sebelum pilihanraya kecil permatang pauh..
huhhh!!!
Dear Tun Mahathir,
Taken from http://tbsbidayuh.blogspot.com
The Barisan Nasional should use media not to manipulate the people but to persuade the people to support their candidate. By doing so, we are not conned by false information by the mainstream media. The government must use media as their advantage and not to poison the mind of the people by telling “truth” out of the truth. How do we know Najib does not have any connection with Altantuya murder case since C4 is a prohibited explosive? How do we know that Saiful is sodomized by Anwar Ibrahim since there is no piece of evident? Will it be the DNA that can be found in Saiful’s anus or the damage of his anus that might be itchy and he scrubbed it?
At first, we saw a terrible or horrible debate between elephant and cow to broadcast the sins of Anwar Ibrahim but at the same time the information minister never realize that he was naked on the stage. What was happened between Koh Tsu Koon and Guan Eng? I do not have any interest to watch since it was a childish act of the Barisan Nasional. There are many things that government can say to gain support from the people of Permatang Pauh such as reducing the corruption rate, freedom of religion, NEP and so forth. Since, Lim Kit Siang said the same issue in the parliament, why don’t BN try to clear those said things to convince the people.
The TVs should broadcast more on our National Day advertisement since it benefits all the people instead of talking a lot about Permatang Pauh. We forgot 31st August and will remember 26th August as the most shameful day of the nation.
To me, the strategy must be strengthening to wind the people and not to create hatred of the people. Albar must play his role to ensure the community piece and freedom.
Regards,
Author
Salam Tun,
Tun betul sekali. Ternyata rakyat muak dengan 'beliau'. Ini masanya pemimpin UMNO bertindak dengan rasional.
Inilah hikmah disebalik kekalahan di Permatang Pauh. Para pemimpin UMNO jangan jadi buta dan tuli lagi. Kalau tidak PRU akan datang, bye2 UMNO, bye2 BN..
Wassalam..
Akum....
Tun...
Sedih nyer hati ini lihat UMNO sekarang ni....
Sedih lagi bila mom ckp biarla... annuar menang (dosa liwat 2 hanya dia dengan Allah s.w.t)
Walaupun tak setuju dengan kepimpanan Pak Lah, jauh di sudut hati ini masih sayang kan UMNO(saya percaya perasaan Tun pun macam tu juga)
UMNO adalah perjuangan datuk nenek kita dulu, ingat lagi tiap-tiap pagi sabtu arwah nenek saya(jalan kaki 2 batu) pergi kelab UMNO untuk dengar ceramah dari Pemimpin UMNO.
Wahhh.... sedih nyer....
Wsalam...
MERDEKA'MERDEKA'MERDEKA'.....
Salam Tun,
1. Saya pun HAIRAN dengan ahli UMNO & pemimpin UMNO, orang yang dibawah pun atau rakyat dapat memikirkan atau nampak massalah yang berlaku dalam UMNO. Ini kan pulak ahli2 UMNO bertindak seolah-olah tiada apa yang berlaku.
2. Rakyat sekarang bukan macam rakyat yang dulu. Mereka sekarang dah tak termakan dengan janji manis UMNO seperti beri kain pelikat, beras. Fahamilah apa massalah rakyat
3. Yang kita mahu dari UMNO, apa yang dia nak buat untuk rakyat terutama bangsa melayu ni sebab tu kita lantik AWAK jadi wakil rakyat.
Wassalam
Salam Tun,
Memang benar. Saya pun harap agar ahli2 Umno lain sedar betapa sengsaranya rakyat sekarang...
.. mmg dah tau BN akan kalah ..
.. kami menanti akan perubahan dalam UMNO , namun Tun sendiri dalam UMNO dah tau mcm mana permainan politik dalam UMNO .. nak melobi duit tabur sana sini .. semua ada kira -kira .. bayangkan kalau di peringkat cawangan pun dah wujud satu sebab yg jelas mengapa semua org sibuk nak lawan dan dapatkan jawatan. begitu juga berlaku di peringakt bahagian dan sy pasti ini juga berlaku diperingkat Umno pusat.
tapi itu lah realiti yg berlaku di dalam UMNO .. mereka bukan ikhlas berjuang demi memartabatkan UMNO itu sendiri .. mmg ada pemimpin yg berkokok seolah-olah memperjuangkan misi & visi parti , tapi itu hanyalah topeng..kerana setiap ketua bahagian mahupun pemimpin di atas akan pasti fikir tentang pulangan jika mereka menjadi pemimpin parti.
hari ini, kepincangan dalma UMNO yg semakin menjadi-jadi lebih2 lagi melibatkan YAB perdana menteri benar2 mengugat kestabilan politik org melayu. JIka dibuat satu "survey" secara tidak rasmi pasti ramai menolak kepimpinan beliau. kalau ada pun, itu pun bergantung kepada ketua bahagian yang akan menaja para penyokong nya utk naik bas pergi ke lokasi rapat umum yg ada Perdana Menteri sambil melaungkan "Hidup PAk Lah" .. maksudnya ia hanyalah satu bentuk upah kerja .. bukan ikhlas .. sy rasa ini dah pun berlaku dulu lagi zaman Tun pun ada, cuma tun perasan ke tak ? bila ada satu bas tulis banner "hidup mahathir " ..
utk kembali kan kepercayaan dalam UMNO mahupun BN, hanya melalui perubahan yang drastik dan benar2 memperjuangkan kesejateraan rakyat dan memastikan ekonomi negara terus membangun. seperti yg tun cakap, peringkat akar umbi mmg perlu bangkit dan melaungkan perubahan. namun kadang2 sukar juga sebab faktor2 yg tun kata seperti tak dapat projek, kronisme dan mcm2 lagi. Tun bayangkan kalau yuran ahli pun , ketua cawangan yang bayar itu pun dia akan "claim" pada ketua bahagian dgn caj triple. Bila nak buat mesyuarat agung tgk nama dah takder. buat cawangan baru, depa tahu kita ni puak penentang mmg cawangan tu sampai bila-bila tak diluluskan..
bagi saya mmg dah jadi budaya UMNO mcm tu.. kadang yg muda-muda nak masuk UMNO pun fikir takut diperalatkan. Dahulu Tun duduk di atas sebagai presiden parti mungkin Tun tak rasa mcm mana ahli UMNO yang kat bawah ni dipermainkan . hari ni Tun di bawah, Tun sendiri rasa mcm mana Tun sebagai bekas presiden parti pun boleh kalah undi dalam pemilihan bahagian . itu lah UMNO ..
ini sekadar pandangan sy yang hanya seorg anak org politik yg gagal dalam UMNO .. namun sokongan kami sekeluarga pada TUN tidak pernah luntur ..
p/s : ayah sy pernah memesan kepada sy kerana beliau juga dipesan oleh seseorg "jangan terlalu rapat dgn pemimpin, kelak anda akan hilang rasa hormat padanya .... "
http://www.flickr.com/photos/angah316/sets/
Tun M:
nampaknya, Tun M sahaja "tida