RASUAH DALAM UMNO


| | Comments (413) | TrackBacks (0) | Previous Blog
1. Dato Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang telah membuat kenyataan yang beliau tidak akan bertanding untuk Majlis Tertinggi UMNO kerana rasuah yang berleluasa dalam kempen pemilihan ketua-ketua pemuda, ketua bahagian dan Majlis Tertinggi.

2. Sebelum ini saya telah lapor berkenaan tindakan dua tokoh UMNO; seorang Ketua Bahagian yang menulis kepada Ibu Pejabat UMNO berkenaan rasuah yang dilakukan oleh Presiden sendiri untuk mendapat sokongan bagi pencalonannya sebagai Presiden pada Disember ini dan yang satu lagi tindakan seorang veteran UMNO yang telah lapor kepada Badan Pencegah Rasuah berkenaan rasuah yang sama yang dilakukan oleh Presiden, walaupun ia sendiri kerap bercakap dan mendesak semua orang supaya jangan amalkan rasuah.

3. Baru-baru ini saya telah dapat maklumat daripada beberapa pemimpin UMNO bahawa rasuah, iaitu pemberian duit yang tidak kecil jumlahnya dan pemberian lain-lain, telah dilakukan untuk pemilihan ke Majlis Tertinggi dan Ketua Pemuda.

4. Lebih daripada 150 ahli telah dikenalpasti yang akan mencabar ketua-ketua bahagian yang ada sekarang dengan diberi sogokan wang yang besar. Ada pula Ketua Bahagian yang diberi kontrak projek Kerajaan supaya mencalonkan calon tertentu.

5. Mereka yang menjadi Ketua Bahagian sekarang yang akan dicabar dan dijatuhkan tahu dan sedar yang rasuah ini sedang berlaku. Mereka kecewa. Tetapi mereka tidak sanggup mendedah secara tepat dan terbuka orang yang memberi sogokan dan siapa yang mereka dikehendaki mencalon dan menyokong dan lain-lain butir dan maklumat berkenaan kegiatan rasuah ini. Mereka yang disogok pula tidak sanggup membuat apa-apa laporan.

6. Mereka sedar bahawa rasuah yang berleluasa dalam UMNO ini akan menghancurkan parti, dan merosakkan masa depan orang Melayu dan negara Malaysia tetapi mereka masih berharap apabila mereka sudah tidak jadi Ketua Bahagian, tidak jadi ahli atau memegang jawatan dalam Majlis Tertinggi, apabila mereka tidak lagi jadi Menteri atau Timbalan Menteri, mereka mungkin diberi saguhati dengan dilantik sebagai Senator dan melalui saluran ini mungkin dapat jadi Menteri lagi, atau dapat jadi pengerusi syarikat GLC, atau jadi penasihat berpangkat Menteri kepada PM atau pengerusi badan-badan lain, atau dijadikan duta dan lain-lain, semuanya dengan elaun-elaun yang lumayan juga.

7. Oleh kerana harapan ini mereka sanggup melihat rasuah berleluasa dalam UMNO, melihat UMNO hancur, melihat orang Melayu diperhambakan, menjadi golongan yang miskin dan tidak berkuasa dalam negara, merosakkan negara. Tidak ada seorang pun daripada mereka, daripada Timbalan Presiden sehingga ke ketua cawangan, yang akan sanggup mendedah secara jelas, mengeluar 'statutory declaration' berkenaan rasuah yang akan hancurkan UMNO dan menghakis apa sedikit daripada kuasa orang Melayu di negara ini yang masih ada.

8. Mereka ini berharap orang luar daripada UMNO, NGO (Badan bukan Kerajaan) Melayu akan menyelamat UMNO supaya mereka yang tersingkir akan dapat kembali jawatan-jawatan mereka.

9. Semua ini berlaku kerana presiden UMNO membenar ianya berlaku. Sebagai Perdana Menteri beliau dipercayai akan selamatkan mereka yang terlibat dengan mengguna rasuah untuk mendapat tempat dalam kepimpinan UMNO daripada apa-apa tindakan jika laporan dibuat kepada Jawatan Kuasa Disiplin Parti atau Badan Pencegah Rasuah.

10. Perjuangan 62 tahun UMNO akan menjadi sia-sia kerana UMNO sudah dilanda gejala rasuah dan tidak lagi dapat perjuangkan tujuan-tujuan yang UMNO ditubuh. Perjuangan pemimpin dan ahli UMNO sekarang tertumpu kepada mendapat sesuatu bagi diri sendiri. Kerana semua mereka sudah terlibat dengan rasuah, samada memberi atau menerima, tiada ada siapa yang ingin bertindak memberhentikan jenayah ini.

11. Inilah keadaan dalam UMNO sekarang.

12. Malangnya yang boleh bertindak hanyalah ahli UMNO.

13. Saya tidak fikir ada dalam UMNO orang yang mampu bertindak. Masing-masing hanya utamakan kepentingan diri. Apa yang akan jadi pada kaum bangsanya tidak mengapa asalkan diri sendiri mendapat sesuatu.

14. Hari ini UMNO belum hancur lagi tetapi ia jelas sudah lemah. Dengan tahap kelemahan ini sahaja pun orang Melayu sudah berada dalam keadaan kelam kelibut, berpecah dan terdedah pada macam-macam serangan terhadap maruah bangsa dan agama yang mereka tidak berupaya mempertahankan.

15. Percayalah, apabila orang Melayu begitu mudah menjual hak mengundi mereka, ahkhirnya mereka akan terima padahnya; mereka akan hilang apa juga kuasa yang sedikit yang ada pada mereka untuk menyelamatkan kaum bangsa mereka. Mereka akan kembali menjadi hamba orang, mempertahankan orang. Mereka akan jadi seperti orang Melayu Singapura yang sudah jadi kaum minoriti yang termiskin di pulau yang sebenarnya sebahagian dari Tanah Melayu dahulu. Inilah nasib yang menunggu orang Melayu.

0 TrackBacks

Listed below are links to blogs that reference this entry: RASUAH DALAM UMNO.

TrackBack URL for this entry: http://test.chedet.com/cgi-bin/mt/mt-tb.cgi/85

413 Comments

Rasuah dalam Umno kini amat berleluasa bukan kerana ahli Umno menjadi 'corrupt' secara tiba-tiba tetapi kerana amalan ini i-pupuk dari peringkat tertinggi.
Presiden yang berlagak seperti pemilik mutlak parti adalah punca segala-galanya.
He not only has no control over anything but is also actively involved in political corruption of the highest order.

i dont mind if i sound stupid but i want to say that u are the BESTEST leader that ever walk on the earth... i love u Tun.. may God bless u, ur equally charismatic wife and family...

This is the cycle which seems to be 'vehicle' Umno is riding at the moment.

Alexander Fraser Tytler's quotes below, while making real sense is also kind of scary. What will the future of this beloved nation of ours be if Abdullah Ahmad Badawi continues to be blind, deaf and dumb?

"From bondage to spiritual faith; From spiritual faith to great courage; From courage to liberty; From liberty to abundance; From abundance to complacency; From complacency to apathy; From apathy to dependence; From dependence back into bondage."

Are we heading towards bondage, again after slightly more than just 50 years?

i dont mind if i sound stupid but i want to say that u are the BESTEST leader that ever walk on the earth... i love u Tun.. may God bless u, ur equally charismatic wife and family...

Salam buat Tun serta Keluarga,

Istilah rasuah ne terlalu luas la Tun. Belanja sikit2 kat kawan2 pun tak kan rasuah namanya. Tak kan cuma pakai air liur aja kalau nak jadi pemimpin?

Istilah yang paling mudah adalah LIWAT. Semua orang tau, tapi ada juga yang betul2 tak tau.
Hehehe.......

Hidup Tun!

Salam Tun

Org2 melayu la ni tak tau nak turn pi mana. Umno dah jadi kelam kelibut lagu tu..Nak sokong pembangkang lagi tak guna...pemimpin depa pun nak gadai maruah bangsa..mengarut!

Love to read your blog.


SALAM to U SIR!!

WAKE UP PEOPLE- !!
NO MORE MISTAKE....PLEASE WAKE UP!!
THE TIME IS NOW!!!!

SIR i thank u !!!
SALAM...

Semua ni salah Tun sendiri.
22 tahun berkuasa dan Tun tak tahu saipa yang sepatutnya jadi pengganti. Ini tak masuk akal. 22 tahun tu lama.
Kami akan tetap menyalahkan Tun. Ingat lah tu. Kami akan tetap ingat siapa yang memilih PM sekarang ini. Tun lah orang nya.

Dear TDM yang dikasihi,

Walaupun saya bukan seorang ahli UMNO tapi saya rasa terkilan dengan apa yang sedang berlaku sekarang. Jelas terang tang tang yang berada di atas iaitu Paklah sendiri mengajar yang bawah-bawah tentang rasuah dengan mempraktikkannya bukan menanganinya untuk masa depan negara.

Saya dapat rasakan dengan kenaikkan Anwar Ibrahim akan membuatkan kaum bukan Melayu makin berani bersuara dan sesungguhnya jika benar Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri yang seterusnya, sudah tentu mereka akan lagi lantang berkata-kata.

Rupanya mudah untuk menjatuhkan orang Melayu walaupun sudah 50 tahun merdeka....

Mudah.... Mudah...

corupted leader nowdays not afraid of pak lah...

Salam Tun,
Semoga sihat sejahtera.
Rasuah yang amat berleluasa pada masa kini memang semakin teruk.
Negara kita Malaysia akan parah dari segi ekonomi jika perkara ini tidak dibanteras. Semoga Tun dapat terus menulis di blog ini dgn idea2 yang bernas

Tun,
You are still a very powerful person. Respect.

JobsBroadway.com - Malaysia Fastest Growing Jobsite

Tun:
Gejala rasuah itu biasalah bagi Umno , bukan sahaja Umno bahkan banyak anggota kerajaan juga rasuah,

Kalau tak silap saya Tun juga marah marah tentang rasuah, ini membuktikan sejak zaman pemerintahan Tun juga kuat rahsuah, cuma Tun yang pandai pandai lepas makan tutup mulut tak nampak clear saja, antaranya orang mengelarkan Tun sebagai Mr 10 % ....

cuba lihat video clip ini, jelas nampak segala rahsia Umno
http://www.youtube.com/user/antimamak

dear Tun Mahathir,
i hope that you could proceed with something more than giving info here. thanks

regards,
TAN

Tun TDM

Betul Tu Tun Betul Tu....

Selamatkan malaysia Tun

Selamatkan lah Tun...

TQ

My Dearest Tun,
Fithing the british for MERDEKA was not this hard but fighting against corruption is a mountain of a task.Malays devided is not good for all the races and harmony of this country.Maybee people forgot FIJI.
God Bless You Tun and Youre Family.
Thank You.

It's very disheartening to look at such an important party in Malaysia fall in this state. I hope this can be rectified soon for the good of Malaysia

Dearest Tun, u know this.
Then do something.
Takkan Tun hanya bercakap sahaja.
Tun mampu.
Kami dalam ketakutan.
Tolonglah.

Dah lama dah... banyak sgt dah..

Assalamualaikum Tun.

Pesan Luqman Nur Hakim kepada anaknya.Jika takde orang yang layak untuk dijadikan orang perantaraan,sebaik-baiknya biar diri kamu sendirilah menjadi orangnya.

Kalau ada umur yang panjang dan peluang yang mendatang mana tahu saya pulak jadi PM Malaysia.Walaupun saya tidak sehebat Tun.

Terima kasih Tun.

Assallammualaikum,
YABhg.Tun Dr.Mahathir sekeluarga. Smuga sentiasa sehat walafiat.

Rasuah dalam UMNO bukan baru. Setiap kali ada pemilihan MT/Bhg/Caw.
pasti rasuah akan menular..Dari perlis sampai sabah dan balek ke johor hingga kelantan..Semua sama jer.. Pada perwakilan ini bukan rasuah tapi saguhati untuk mereka TUAI..3 tahun sekali.. Perwakilan UMNO peduli apa akan jadi asalkan mereka dapat imbuhan bila saja nama sah sebagai perwakilan cawangan ke bahagian dan perwakilan bahagian ke dewan merdeka..Mereka betul betul merdeka dengan ribuan duit rasuah dalam kocek baju melayu..Duit di hantar ke bilik tidor perwakilan setiap tahun.. MEMANG MELAYU MUDAH LUPA..

Saya akui KEBENARAN AKAN APA YANG TUN NYATAKAN..

Tapi siapa lah kita nak mengadu..bukan kita yang di rasuahkan..
mengadu pun kita dianggap akan merosakkan parti. Ahli UMNO dilarang membuat laporan polis akan kes rasuah politik.. Umpama satu kes yang berlaku pada tahun 2000..bila seorang setiausaha politik di tuduh rasuah politik wang..Macam mana nak dikenakan beliau tuduhan politik wang ? Kerana dah memang jawatan politik dia SETIAUSAHA POLITIK MENTERI !! Dalam sejarah politik malaysia HANYA seorang sahaja SETIAUSAHA POLITIK yang pernah dituduh bersalah dari segi undang undang negara TAPI bukan kes politik.Tetapi kes 'espionage' kerana menjual rahsia kerajaan malaysia kepada kuasa besar ketika itu. itu pun Setiausaha Politik kepada YABhg.Tun, ketika Tun sebagai TPM dan Menteri Perdagangan dan perindustrian.

sekarang dunia melayu khianat melayu ..ada jer nak dikongsi ramai..
Kemana menghilang nya menteri de-facto undang2 ZAID 'BAR' IBRAHIM ya Tun..

Saya sekeluarga doakan agar TUN sekeluarga sehat dan ceria selalu.
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN.
Wassallammualaikum.

salam buat tun..

setiap pertuduhan rasuah di negara ini bila melibatkan jerung-jerung besar amat sukar dibuktikan tapi kalau ikan-ikan bilis yang merasuah pasti akan terjerat atau jadi kambing hitam.. sesungguhnya rasuah di malaysia sudah semakin kritikal melibatkan banyak pegawai kerajaan hinggakan peniaga seperti saya pun tak mungkin dapat kalau tak merasuah orang - orang tertentu atas dasar entertainment atau untuk tabung politik.. ia telah terlalu lama berlaku hingga jadi trend yang tak mungkin dapat dikawal.. hatta jika pas sekalipun memerintah.. rasuah ini akan tetap menjadi budaya kita.. moga allah ampunkan dosa pemimpin-pemimpin ku yang tahu budaya ini tapi tak berbuat apa2..

semoga tu sihat selalu

Salam sejahera Tun,
Dengan tidak mengurangkan rasa hormat saya kepada Tun,ingin saya bertanya kepada Tun satu soalan :
Dengan pendedahan ini semua,orang orang Melayu semakin risau dan celaru.Sebagai rakyat biasa yang hanya memegang undi,tiada apa apa lagi yang boleh kami lakukan,hanya melepaskan perasaan di dalam blog.Apakah ikhtiar Tun untuk mengatasi segala masalah yang Tun telah utarakan?
Apakah Tun juga melepaskan perasaan seperti kami yang tidak mempunyai apa apa ini?Tun masih mempunyai suara,banyak cabang untuk Tun melepaskan perasaan Tun demi membaiki apa yang telah Tun nukilkan.Tun memang dilahirkan sebagai pemimpin rakyat,hanya mati yang menoktahkan kepimpinan.Insyallah kami akan menyokong Tun.
Tun,sampai kemanakah bicara tanpa usaha?

Salam hormat dari saya.

http://telagi.blogspot.com

Salam Tun & Tun

Itu la pasal saya tidak langsung lagi melihat UMNO walaupun sebelah mata...terlalu memalukan golongan yang ada dalam umno kini....

Apa nak jadi dengan kami yang dulunya ahli umno???
Sokong PKR????Gila lagi...
Sokong PAS......maybe...looks like the worst considered option...
Sokong DAP.....nak mampus...tapi apa salahnya. I know a lot of my chinese frens...they are as good as(or better) us and give us no harm...in fact when they work they are more focus & sharp....Why not then???

saya sokong Tun..'Melayu Mudah Lupa"

Tun,

Kononnya melayu dah kaya sekarang jadi macam enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing masing.

Kononnya UMNO di buat macam mana pun tetap kekal untuk di hisap darahnya oleh ahli ahli akan datang.

Jadi ambil apa yang boleh sementara 'ada masa'.

Zaman sekarang, ada orang tidak sayang anak sendiri. Inikan pula bangsa lagi lah jauh.

Jadi kiranya UMNO dah mati. Dah di padang masyar. Masing masing kesana kemari tanpa tujuan. Persatuan tidak wujud lagi.

UMNO pun sudah sakit masih ramai yang bermimpi boleh buat duit kalau berpangkat. Mata pembangkang yang sudah semakin besar tidak akan berdiam diri.

Atau masing masing berlumba untuk kepenjara.

Bukan mereka mahu perbaiki malah tenatkan lagi.

Ini lah kejahilan sebahagian yang berpangkat tinggi dalam UMNO kerana kurang ugama. Lebih teruk dari rakyat biasa. Sebab itu PAS hentam mereka semacam jer. Walaupun PAS pula berfikiran kolot walaupun berkelulusan tinggi.

Jadi mereka ini ekstrem di kedua hujung.


Rasuah dalam UMNO bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah lama berlaku sejak zaman Tun dulu lagi. Jadi, tak perlulah terperanjat seolah-olah ianya hanya baru berlaku. Kini nasi telah menjadi bubur....

Assalamualaikum Tun,

Saya masih lagi ahli UMNO,harap akan ada perubahan menjadikan UMNO kembali maca zaman Tun menjadi PM dahulu...
Salute pada atas keputusan Dato'Seri Adnan Yaakob atas keputusan beliau itu......

Yes, indeed, this is what happen in UMNO right now, At my place "Ketua PEMUDA" seems has been paid to challenge "Ketua Bahagian" bribe with a lot of money,to all Ketua Cawangan, only certain refuse to take this bribery tsunami, let us pray to God, punishment will wait for them, definetely!!! Amin

http://pasiralus.blogspot.com

Baguslah Tun. Adalah lebih baik negara tercinta ini ditadbir oleh DAP yang bukan melayu. Biar mereka berkuasa yang merosakannya pun orang-orang Umno. Ini semua sementara akhirat jua lah tempat selama-lamanya, Semua ahli umno teruskan dengan sikap kamu yang tamak sangat duit yang tak seberapa sebelum terlambat tak lama lagi pemerintahan baru. Kita yang dibawah bermati-matian mempertahankan orang atas tapi sudahnya rasuah, gila kuasa dan macam2 lagi dah naik bosan. Saya orang Johor dah muak dengan Umno yang tak sedar diri. Supaya berkuburlah cepat lagi baik buat sakit hati. Kita seperti menyalak bukit, baik lupakan mereka sahaja. Kalau Tun sendiri tak boleh lakukan apa-apa apatah lagi kita semua. Duduk Diam sahaja.

Assalamu'alaikum. Betullah kenyataan Dr.Mahathir. Saya sokong 100%. Dr. lebih faham pasal parah tak parah nie. Patutlah Dr nie dpt tittle Dr, tahu mana yg dah teruk mana yg ok. Hidup che det!
Wassalam.

Ustaz Abu Syafiq

www.abu-syafiq.blogspot.com

Selamatkan Malaysia Kita..

tun,

pls fight corruption to the end,just like how u fight for the country last time....we dont want abdullah or anwar to be pm.....

Aslkm YBhg TUN,
Di dlm sistem yg ada dlm UMNO skrang, nampaknya saya yang telah menjadi ahli setia UMNO sejak 32thn yang lalu tiada dapat berbuat apa2 untuk membetulkan keadaan parah di dlm UMNO skrang. Kalau dah merasuah dlm mendapatkan jawatan dari ketua cawangan, ketua bahagian, MKT seterusnya jawatan presiden dan timb presiden, apalah hak kami untuk bersuara untuk membetulkan keadaan. Apatah lagi untuk berjuang mempertahankan hak bangsa melalui UMNO...

UMNO sedang meniti jalan kehancuran....

Kalau beginilah keadaannya TUN, boleh tak TUN beri cadangan untuk menyelamatkan parti keramat UMNO ini agar si penghancur bangsa yang berada di atas tu dapat di singkirkan menjelang perhimpunan UMNO akan datang..

Tolong ya TUN beri cadangan sbb kita ni banyak bercakap soal orang ni tak betul, orang tertentu merasuahlah dsb nya.

assalamualaikum YAB Tun.

Rasuah ini dah lama menjalar dalam UMNO..zaman Tun sendiri lagi pun dah ada..peringatan demi peringatan telah di beri...namum tak nampak solusinya..masih berluasa dan semacam tak terdaya ahli ahli nak membendungnya...

Dah takdir orang Melayu AKAN jadi bangsa yang merempat di tanah air sendiri?

semua kerana sudah di tanam dalam lubuk hati orang Melayu yg jadi ahli umno,SEKIRANYA nak kaya, nak berharta -rebut jawatan jadi ketua pemuda ,ketua cawangan, jadi ajk bahagian , jadi naib ketua bahagian ,jadi timbalan Ketua bahagia dan jadi ketua bahagian...

PASAL APA DI PANGGIL BAHAGIAN, ATAU KETUA BAHAGIAN? KERANA mereka AKAN DAPAT BAHAGIAN NANTI...

ini musim pemilihan...baru baru ini saya kebetulan pergi Termeluh tenguk saudara sakit, waktu malamnya singgah kat kedai makan Thai...wah penuh dgn orang politik sedang berkempen rupanya...Yang datang tu sudah tentu dari cawangan dari kampung kampung...kalau tak musim kampen tak ada pula orang orang ni nak ajak member member dari kampung tu datang makan...

Tun Dr Mahathir Mohamad,

Saya sudah lama tidak komen, di sini sebab tidak dapat sign in.

Kini baru dapat, lega...

InsyaAllah, aktif kembali di sini.

Assalamu alaikum Tun,

Datuk Seri Adnan pernah berbuat kebaikan kepada saya di tahun 2007 di hospital Tawakkal dan tanpa pengetahuan orang yand disekeliling kami. Itu kejujuran dan ikhlas pada saya.

Sesungguhnya ramai yang perihatin akan diri Tun dan tulisan-tulisan Tun.

Molek juga Tun rakamkan buah-buah fikiran Tun dalam bentuk buku-buku dengan tajuk-tajuk khusus supaya generasi kami dan generasi akan datang dapat mengambil kebaikan darinya.

Wassalam Tun dan keluarga.

Salam Tun,

Teruknya Umno. Untung saya tidak pernah menjadi ahli Umno.........

salam TUN,

Bukan perkara baru lagi dlm UMNO, dari atas kebawah semua mahu habuan. maruah bangsa tak mustahak lagi.

Kami melayu yg diatas pagar ini tak tahu nak sokong mana lagi.Kami tak mahu Anwar Pembelot, kami juga tak mahu Paklah Pemusnah bangsa.

Kami tiada pilihan lagi,Pas pun dah bersekongkol dgn DAP.

TUN apa lagi yg kami boleh bergantung,maruah dicabar,agama pun dicabar, ekonomi di manopoli.

Kami tidak hairan jika ini berterusan negara akan jadi huru-hara.

BUMI DIPIJAK MILIK ORANG.MENANG SOROK NEGARA TERGADAI.

Perjalanan memang jauh kerana kita kena mula semula.

Selamat sejahtera TUN.

Amat menyedihkan. Ramai yang sayangkan UMNO tapi sekarang dah jadi meluat sangat. Jika ada pilihanraya sekarang, UMNO akan kalah di semua negeri kecuali Johor mungkin. Harap-harap nasib orang Melayu dapat dipertahankan oleh parti Melayu yang lain. Bekas ahli UMNO mungkin masih tidak dapat mempercayai PKR dan DSAI. Saya rasa, ramai akan menyokong PAS nanti.

UMNO dah habis dah Tun. Nak buat macam mana. Kebanyakan ahli dan pemimpin UMNO sekarang dah tak sayangkan orang Melayu. Mereka berjuang untuk wang-ringgit sahaja.

Salam Tun,

Terlalu ramai yang pentingkan kepentingan diri sendiri tanpa batas AGAMA.... alaskan kekayaan, pangkat etc menyebelahi mereka....

Salam Ayahanda Tun,

Comment Dan Alasan alasan Tun TEPAT SEKALI.
Demi kepentingan diri, Ketua2 UMNO rela MENGHANCURKAN NEGARA, mahu pun UMNO.

Pada pendapat saya, TAKNAT dah dekat, jika sekiranya perbuatan yang khianat ini diteruskan. Apalah akan terjadi pada Negara kami.

Saya dengan ini MERAYU KEPADA AHLI2 UMNO SUPAYA KEBIJAKSANAAN Mereka, jangan di perdaya olih kolongang2 yang tertentu.

Semoga ALLAH selalu Melindungi Ayahanda.

Salam.

Sehingga tahun 2003 sudah selama hampir 18 tahun saya hidup sebagai rakyat Malaysia, Perdana Menteri yang pernah saya rasa dibawah naungannya cuma seorang, iaitu Tun sendiri. Saya amat mengagumi Tun sebagai icon orang Melayu yang cemerlang. Tak ubah juga saya amat menghormati Tun sebagai icon penggerak bangsa saya, melalui parti UMNO yang telah byk berjasa kepada bangsa Melayu sejak penubuhannya.

Tun yang lantang, yang sentiasa menjurus kepada pembanggunan, kualiti dan professionalism negara Malaysia dan sebagai juga pemimpin terulung UMNO, Tun tak serik-serik mengingati kami tentang perjuangan bangsa, dimana kita mesti selalu berusaha gigih menjadi Melayu moden yang cerdas pintar dari segala hal demi memartabatkan bangsa kita yang masih membangun dan suka leka ini.

Dengan Tun sebagai penggerak UMNO yang sgt progresif, saya selalu memandang UMNO sebagai pertubuhan orang Melayu yang sangat saya hormati, yang telah byk membantu orang Melayu sejak sebelum merdeka, membantu ahli keluarga saya, kawan-kawan, jiran-jiran, dan rakan Melayu yang memerlukan bantuan supaya segera bangun.

Tak lupa juga mengingatkan atas usaha kerajaan UMNO dan Barisan Nasional yang byk berjasa mempertahankan hak orang Melayu, di atas nama membantu mereka yang masih memerlukan pertolongan selepas efek penjajah yang memecahbelah status sosioekonomi di negara ini, saya amat bersyukur kepada terutama kepada UMNO yang secara tak lansung menjaga keluarga saya, ibu bapa saya cukup makan bahagia, dan perkara ini bertambah baik tahun demi tahun.

Apabila Tun melepas jawatan sebagai Perdana Menteri, saya bersama jutaan rakyat Malaysia yang lain turut berasa sebak dan terharu. Walau bagaimanapun saya akur, waktunya pasti akan tiba untuk seseorang yang baru memimping Malaysia ke arah kecemerlangan sejagat. Apabila Pak Lah terpilih sebagai pengganti Tun, saya optimis, berharap pejuang Melayu yang baru akan kelak menyerlah membela bangsa dan negara.

Selepas tahun demi tahun di penggal pertama Pak Lah sebagai PM, byk hal yg saya kurang setuju dengan beliau sebagai pemimpin negara Malaysia dan bangsa Melayu. Ramai-ramai kawan mula memberitahu saya dimana mereka tak selalu tak setuju dengan apa dia lakukan, tak seperti Tun kata mereka.

Pak Lah nampak agak slow, tapi macam ada agenda tersembunyi disebalik apa dia lakukan. Sebagai rakyat yang baik, saya selalu ingatkan diri saya, "Give him a chance. This is just his first penggal as our PM, its not fair to directly compare him from what our great Tun did". Mungkin Pak Lah lain-lain cara, tapi matlamat satu, perjuangan bangsa Melayu dan Malaysia.

Walaubagaimanapun, bila masuk ke penggal kedua Pak Lah sebagai PM, saya makin tidak setuju dengan cara beliau sebagai penggerak bangksa. Bukan saja pada pendapat saya kurang berkesan dan tidak ada perubahan. Jangan katakan perubahan bangsa, malah perubahan-perubahan baik yang cuba dilakukan oleh Tun dan menjadi tanggungjawab beliau untuk meneruskan tanggungjawab tersebut (seperti projek jambatan bengkok) pun dihentikan.

Beliau tidak konsisten dengan apa yang beliau ucapkan. Kami sebagai rakyat merasa tertipu dan diperbodohkan. Desas desus beliau cuba mengaut keuntungan sendiri dan keluarga menambahkan lagi rasa curiga tak tidak percaya kepada kepimpinan Pak Lah.

Oleh sebab itu tak hairanlah saya jutaan orang Melayu begitu marah dan memilih untuk tidak mengundi Barisan walaupun mereka sebenarnya tidak menyokong parti pembangkang.

Saya berpendapat mungking Pak Lah akan sedar akan apa yang beliau telah lakukan. Kerosakan pada parti UMNO, kerosakan pada perpaduan orang Melayu itu sendiri. Tetapi ternyata walaupun beliau jelas rakyat menolaknya sebagai pemimpin, beliau tetap mahu meneruskan usaha mempromosi perpecahan dalam bangsa kita. Saya amat kecewa dengan hal ini.

Saya melihat perpecahan orang Melayu itu semakin kronik. Byk yang tereksploitasi oleh matlamat selffish pembangkang. Sangat sedih apabila saya lihat orang Melayu bersorak Horray apabila pulang dari mengundi DAP.

Sebagai orang Melayu, saya byk terhutang budi pada UMNO, dan saya sentiasa mendukung matlamat UMNO dan matlamat pemimpin UMNO terdahulu dalam memaksimalkan kemajuan bangsa kita. Saya berpendapat UMNO itu jernih, cuma tindakan orang sekarang yang cuba mengeruhkan perjuangannya.

Semakin ramai yang cemuhkan UMNO masa demi masa. Ramai yang terlalu kecewa dengan sikap pemimpin Melayu UMNO sekarang semakin terpesong dan bulat-bulat menyalahkan UMNO walaupun yang sebenar mereka tidak setuju adalah dengan pemimpin UMNO sekarang iaitu Pak Lah. Saya lebih bersedih apabila Tun sendiri yang kecewa dengan Pak Lah mengambil keputusan untuk keluar UMNO walaupun saya tahu Tun akan tetap sayangkan UMNO sebagai parti orang Melayu yang terulung.

Atas sebab ini, saya terpanggil untuk menyertai UMNO. Saya sayangkan bangsa ini. Saya mahu perjuangan murni UMNO memartabatkan bangsa diteruskan. UMNO sudah banyak berjasa pada saya, keluarga saya, dan bangsa saya.

Secara peribadi saya berpendapat tidak tetap untuk kita pada hari ini yang kecewa dengan Pak Lah untuk menyalahkan UMNO, parti Melayu yang byk berjasa pada kita. Ya saya mengaku ramai kalangan pemimpin UMNO sekarang sakit dan mungkin lupa perjuangan sebenar selepas sudah 50 tahun merdeka, lupa mereka masih ada tanggungjawab terhadap orang Melayu secara keseluruhan, bukan sekadar menjadi pemimpin yang menolong mengagihkan harta semata-mata.

Tetapi sebagai seorang Melayu yang sayangkan bangsa, yang sayangkan UMNO yang sudah sekian lama secara tak lansung membantu kita sampai dimana kita berada pada hari ini, membantu untuk sentiasa memelihara hak kita, kesejahteraan dan makan minum kita dan nenek moyang kita selama ini, sangat tidak adik apabila UMNO cuba dirosakkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab, kita keluar dari UMNO dan melihat ia rosak dari jauh.

Mungkin juga saya selalu cuba sematkan didada sebagai seorang pelajar perubatan, kita tidak boleh meninggalkan orang sakit untuk terus tenat dan kemudiannya mungkin meninggal, atau mengharap doktor lain datang membantu orang sakit tersebut sedang kita lihat dari jauh. Saya berpendapat bila sesuatu sedang sakit, kita jika sayang, akan tetap berusaha 'mengubati'nya.

Kini saya tak serik-serik selalu mengajak kawan-kawan untuk kita dari bawah cuba untuk 'mengubati' hal ini. Jgn sebab tak suka Pak Lah, kita nak buang parti org Melayu dan banyak berjasa pada kita, saya cakap, "Pak Lah bukan UMNO". Apa yang lebih penting pada saya adalah perpaduan orang Melayu itu sendiri. Pepecahan yang boleh kita lihat sekarang antara orang Melayu itu sendiri amat menyedihkan.

Saya yakin masih ramai pemimpin diatas sana yang masih up to perjuangan UMNO yang sebenar. Lawanlah perkara yang tak benar dan zalim. Lawanlah dan dakwalah orang yang rasuah dan cuba menghancurkan UMNO.

Sebelum terlambat, jangan biar keadaan seperti dalam lagu Warisan,

"..tergadai seluruh harta benda, akibat sengketa, sesamalah kita, bumi dipijak milik orang."

Pemimpin Kelab UMNO Luar Negara.


Salam Tun.

Saya pun turut simpati ke atas bala yang akan menimpa orang Melayu khususnya tentang gejala rasuah yang melanda UMNO. Sebenarnya Tun, masalah rasuah ini telah wujud sejak Tun masih Presiden lagi bila team wawasan yang dikepalai Anuar, najib, muhyidin, mat tyson dll meraih kemenangan besar dalam pemilihan pucuk pimpinan masa tu.

Semasa pemilihan tersebut setiap perwakilan ke perhimpunan agong masa tu telah kembali ketempat masing2 dengan membawa pulang wang tunai sehingga mencecah puluhan ke ratusan ribu ringgit setiap seorang.

Wah, memang sungguh mewah. Bahkan ramai pulang dan terus gunakan wang tersebut untuk deposit beli kereta baru. Setiap seorang ahli akan berasa bernasib baik jika dapat jadi perwakilan pada setiap pemilihan MT. Jika Tun sebagai Presiden pun gagal mengekang amalan ini apakan lagi pak lah lidut ini diharapkan untuk hapuskan rasuah. Jadi tak hairanlah jika sehingga hari ini rasuah payah dan sukar untuk dibenteras.

Saya berpendapat memang mustahil untuk hapuskan rasuah dalam UMNO terkecuali UMNO ditewaskan dan tidak lagi memerintah negara. Bila UMNO hancur dan tidak jadi kerajaan barulah orang Melayu akan sedar. Orang Melayu sikapnya dari dulu memang macam begitu, " dah terantuk baru terngadah ".

Nampaknya orang Melayu kenalah bersedia dari sekarang untuk mencari parti alternatif lain jika nak teruskan perjuangan Melayu & Islam.

YBhg Tun,

Always support u

Assalamualaikum Tun'

Memang benar 100% yang di perkatakan Tun, UMNO memang sudah lemah akibat gejala rasuah dan ini akan menjadi titik hitam dalam sejarah politik Melayu. Saya berharap Tun dapat mendedahkan semua gejala rasuah politik untuk tatapan orang Melayu. Semoga segala usaha Tun diberkati Allah dan dapat menyedarkan pemimpin Melayu yang di atas sana betapa perik nya kehidupan bila kuasa telah tiada di tangan orang Melayu.

Sekian wasalam, semoga Tun sekeluarga dan juga warga chedet.com didalam peliharaan Allah. Wallahualam.........Hidup Tun Dr Mahathir

Assalamualaikum TDM.

Ya Allah selamatkanlah kami. Amin...

Wassalam.

Sudah menjadi hukum alam, keadilan memang wujud di dunia. Dulu UMNO berkuasa dan apabila berkuasa akan berlakulah salahguna kuasa. Sekiranya UMNO tidak hancur maka negara kita lah yang akan hancur. Memang patut UMNO hancur kerana sebelum ini UMNO cuba untuk menghancurkan kaum-kaum lain. Ahli dan pemimpin UMNO sudah tidak boleh berubah lagi, kerana ianya telah menjadi satu tradisi, masing-masing mementingkan diri-sendiri, kalau tidak orang lain akan mengambil kesempatan. Kesedaran tentang bahayanya rasuah tidak difahami oleh mereka. Inilah kelemahan orang Melayu.

Dear Tun,

Doomsday for UMNO for its rampant corruption.

He will win in Permatang Pauh and back to Parliament. Then easily persuade the members to crossover and table a vote of no-confidence towards the weak PM in the Parliament.

As we can see now the PM strategy is trying to stop him back to Parliament no matter what with the recent DNA Bill tabled for reading and etc.

We can expect more drama after 26 Aug.


Assalamulaikum....
Semoga Tun berdua sihat-sihat saja Hendak-Nya....
saya ada antara ribuan peminat tetap blog Tun...
bagi saya Tun adalah pemimpin yang terbaik negara kita lahirkan...
dan tak mungkin akan ada penganti yang mampu mentadbir negara...
sebagaimana yang Tun telah lakukan...
walaupun beribu tahun akan datang,walau berapa banyak sekalipun pemimpin bersilih ganti...
Tun tetap yang terbaik dan tak akan ada tandingannya....
salam kemerdekan ke - 51 dan selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak..
wasalam...

Salam Tun, Yer Tun saya sedar nasib orang melayu akan bertambah teruk selepas ini. Kita dianggap perkauman bila mempertahankan kedudukan kita. Kita sudah tidak ada maruah lagi, melayu boleh melihat bangsanya diperlekehkan dan kedudukan serta hak mereka dirampas. Saya berasa sedih Tun, saya menjangkakan sesuatu yang buruk akan dihadapi oleh bangsa syang saya sangat cintai. Saya tidak tahu bolehkah saya tinggal di negara Malaysia ini pada hari mendatang. Perjalanan Hidup saya masih panjang, umur saya baru 18 tahun. BAGAIMANAKAH NASIB ANAK-ANAK BANGSA SAYA YANG AKAN DATANG???

Terima Kasih TUN

Tun...sila kembali ke arena...

Tun, saya Berasa amat sedih dan terluka apabila Tun mengatakan TUN akan tinggal diluar negara jika DSAI menjadi PM. Saya juga tidak mahu lagi tinggal di negara ini jika ianya berlaku. Saya merasakan ini bukan negara saya jika TUN keluar dari Malaysia kerana Tun dan pemimpin serta pejuang terdahulu yang telah bersusah payah membangunkan bangsa ini akan hancur. SAYA TIDAK DAPAT MENERRIMANYA!!!

Kadand-kadang saya sedih tengok orang melayu ni....
Rosak parti bangsa melayu- UMNO disebabkan ahli tu sendiri....

Wahai bangsaku....
Sedarlah....Jangan takut menghadapi kegagalan....
Kegagalan akan pasti disusuri dengan kejayaan....

The road of life twists and turns and no two directions are ever the same. Yet our lessons come from the Journey, Not the Destination-Don Williams Jr

Jangan la samapi menggadai maruah untuk berjaya...
Walau kita berjya dengannya....esok atau lusa tidak pasti lagi kesudahannya....

I would love to quote something from Will Smith' marvelous movie – Pursuit of HappYness:

Can I say something? Um, I'm the type of person that if you ask me a question and I don't know the answer, I'm gonna tell you that I don't know.But I bet you what, I know how to find the answer and I will find the answer-Christopher Gardner

------------------------------------------------------------------

Christopher Gardner: Hey. Don't ever let somebody tell you... You can't do something. Not even me. All right?
Christopher: All right.
Christopher Gardner: You got a dream... You gotta protect it. People can't do somethin' themselves, they wanna tell you you can't do it. If you want somethin', go get it.

Fikir-fikirkanlah.....

www.helmiasyraf.com
Place where hands start to give helps...

Salam Tun,

Berita mengenai Pemimpin2 Sabah begitu menyedihkan apabila Jeffrey Kitingan membuat pengumuman petang tadi. Sebagai anak Sabah, saya malu dengan berita ini. Tapi, saya faham bahawa pemimpin Sabah masih percaya pada BN, tapi sudah hilang kepercayaan sepenuhnya kepada kepimpinan Pak Lah. Saya percaya ramai Pemimpin Sabah tidak mahu Anwar menjadi Pemimpin negara ini. Namun, mereka tiada pilihan melainkan memberi amaran dalam senyap kepada Pak Lah supaya cepat turun sebelum Anwar memerintah....Binasa negara kita sepenuhnya jika Anwar memerintah.....

Paklah, turunlah sebelum rakyat benar-benar memberontak secara kejam terhadap kamu. Kami masih mahu melihat Putrajaya sehingga tahun depan..

UMNO? RASUAH? erm,
kinda a tired with these,

Tun, please, I and we Malaysian need more educational information rather then this. I know you had more in your mind rather then a party which you are not a member anymore.

TQ so much in advance.

Selamat petang dan salam buat Tun sekeluarga.Hari ini Tun menulis pasal rasuah yang berlaku didalam kalangan ahli UMNO terutama dari peringkatan atasan.Sungguh memalukan agama ISLAM ,kerana rata2 dikalangan yang memberi /menerima adalah beragama ISLAM.Mengapa perlu buat begitu?Kerana wang/kuasa telah bermaharaja dihati manusia itu.Tak cukupkah dengan apa yang diperolehi sekarang?Begitu mudah bangsa kita lupa diri,apakah ketua pemimpin sekarang ingin menghalalkan rasuah?Kita dah dengar/tahu apa akibatnya jika didapati memberi/menerimanya tetapi kerana bongkak serta jahilnya mereka ini telah mennafikan apa yang telah dilarang dalam agama ISLAM.Adkah anda suka melihat bangsa kita diperbodohkan.Terutama ahli2 umno yang tua yang setia pada negara dgn tak berbelah bagi.Sedarlah walaupun sehelai kain pelikat pun rasuah telah berlaku.Kerana takut diri tersungkur ,kenapa perlu membuat kerja begini.Ini menunjukkan betapa lemah& rapuhnya kepemimpinan sekarang.Jika difikirkan memang sakit hati.Apatah dilakukan oleh seorang ketua pemimpin negara ini yang telah ternyata tak mampu untuk mengatur sistem pemerintahan negara ini.Kerana tamak dengan harta dunia orang ini sangguh buat perkara yang dilaknt ALLAH.Sayangkan anak dan menantu hingga dibuat seperti kerbau dicucuk hidung.Jadilah contoh mereka yang dibawah,yang kebanyakkan memang pantang nampak ,tentu sapunya.
Hidup ini ibarat mereka mati kelak boleh bawak semua itu.Dosa,halal/haram dah tak ada lagi dalam kamus mereka.Ingatlah hidup dan mati serta berjaya atau tidak seseorang itu dikuasa ALLAH,bukan pada kekayaan yang ALLAH pinjamkan itu.Kebanyakkan dunia politik diMALAYSIA ini telah bermain dengan rasuah,bagaimana nak menghapuskannya?.Semuanya terletak pada diri seseorang itu.Ini tak akan berlaku jika tiada yang menerima /memberinya.Jika rasa diri itu ingin sentiasa diatas ,jangan gunakan rakyat yang dibawah sebagai batu loncatan anda.JANGAN SAMPAI MARUAH &NEGARA INI TERGADAI ATAS SIKAP PEMIMPIN YANG LEMAH DAN SOMBONG ,MASA TAK BOLEH DIKEMBALIKAN.Jadilah hambaNYA yang sentiasa ingat akan azab dariNYA.Mohon para politik kita sedar akan apa yang mereka lakukan.Tak jatuh harga diri seseorang itu apabila dia merendah diri demi kebaikkan orang2 lain.Jangan sampai diri kita diumpamakan seperti syaitan yang mana disuruh oleh ALLAH agar sujud pada NABI ADAM .INGAT HIDUP INI TAK AKAN SELAMAT JIKA MEMILIH UNTUK MELAKUKAN KEJAHATAN.

Assalamualaikum Tun,

Saya berpendapat sama dgn Tun yg boleh mngubah UMNO hanyalah ahli2 UMNO sendiri.kalaulah ahli UMNO tidak berani utk mengemukakan calon yang layak dan berwibawa,siapa lagi yg akan berbuat demikian.kerana ALLAH tidak akan mengubah nasib UMNO melainkan ahli2 UMNO sendiri berusaha mengubah nasib parti yg mereka cinta dr berpecah.

Parti pembangkang sememangnya suka dengan Pak Lah.kerana Pak Lah mereka menang besar pada parti pilihan raya baru2 ini..

Saya mencadangkan kepada Tun supaya Tun memberi motivatasi n boost kepada ahli2 UMNO supaya mereka tidak menjadi ahli yang bacul,penakut,pengecut dan dayus kerana sememangnya mereka bukanlah org yang sedemikian.

Kita perlukan pengorbanan utk menyelamatkan UMNO dan pengorbanan yg boleh dilakukan dengan menukar presiden UMNO sendiri.

Salam Tun,

Memang tak dapat di sangkal lagi sememangnya rasuah telah menjadi-jadi di dalam umno...

Sememangnya rasuah didalam umno menaik ke tahap yang teruk for pemilihan 1993, di tahun itu kita melihat Arwah Tun Ghaffar Baba telah tewas didalam pemilihan Timbalan Presiden. Pada tahun itu kita dapat melihat betapa lumayan nya apabila dapat menjadi perwakilan bahagian ke perhimpunan agung. Dan semakin menjadi-jadi sehingga sekarang. Hingga ada yang sanggup mengaku sebagai perwakilan walaupun sebenarnya tidak.

Kita dapat juga melihat apabila perebutan sebagai perwakilan bahagian ke perhimpunan agung agak sengit pada tahun-tahun yang ada pemilhan jawatan-jawatan nasional. Ini kerana ahli-ahli tau ada ganjaran kewangan jika menjadi perwakilan.

Perkara ini juga telah menular ke pemilihan jawatan di bahagian, dimana pembesar-pembesar bahagian akan juga menggunakan rasuah kewangan atau menyalah guna kuasa untuk mengekalkan jawatan masing2 atau untuk menghalang orang lain dari menjawat jawatan yang kritikal di bahagian.

Untuk ahli-ahli UMNO yang akan melakukan pemilihan tidak lama lagi, pikir-pikirkan lah.

SALAM KEPADA TUN M, I RASA SENANG NAK TUDUH SESEORANG ITU RASUAH, NAK BUKTIKAN SUSAH. I RISAU HANYA KADANG KADANG YANG MENUDUH ORANG LAIN ITU RASUAH, SEBENARNYA DIA MENGETAHUI DIRI DIA TIDAK DAPAT TEMPAT DALAM UMNO. JIKA BENAR DAKWAAN TUN ITU, KEBENARAN AKAN MENYUSUL JUGA NANTI. SEPERTI JUGA TUDUHAN LIWAT KEPADA DS ANWAR IBRAHIM KEBENARAN AKAN TUDUHAN ITU AKAN MENYUSUL JUGA APABILA ANWAR DIHADAPKAN KE MAHKAMAH NANTI.

Tun,

It is clear that UMNO culture is already ingrained with corruption and because of that we don't see that there is any way that anybody can save UMNO, short of wholesale cleansing exercise.

You've admitted, the last time in UMNO AGM, that you have failed to get rid of corruption in UMNO. Mr Clean has also failed and perhaps succumbed to it as well. Najib? Mahyuddin? Ku Li? We just don't see that happening.

Time is running out and in my humble opinion - it is much better to start afresh. Brand new political party, brand new people. If nothing materialise, looks like we'll be dancing with the devil soon.

Dear Tun,

Biasalah Tun, Melayu will lose out again. They are good at being conquered ever since "zaman kegemilangan melaka"

I think Hang Tuah was actually saying

"Takkan Melayu Hilang dah di dunia ni?????"

when he came out and saw all mat salleh conquering Melaka

Salam buat semua..

1. Jgn leka dan mudah lupa

2. Sentiasa bersedia, kerana..

3. Kegagalan kita utk BERSEDIA memberi makna yg kita telah bersedia utk GAGAL..

4. Semoga Allah melindungi negara Malaysia yg tercinta ini drp sebarang musibah dan merahmati pemimpin-pemimpin kita yg telah byk berjasa kpd agama, bangsa dan tanahair..

Jasamu sentiasa ku kenang..
T.Kasih TUN

Dearest TUN, May God bless you and family.
I have always voted for BN when you the Prime Minister because of your plans & visions and DOING it for Malaysia and its citizens regardless of race and religion. (I know alot of non-bumis will disagree) And it breaks my heart seeing what's happening to my beloved country. All that YOU, TUN, have done & build for Malaysia during your time as PM is going on a downward spiral.
The cause, UMNO. UMNO members, PLEASE WAKE UP!!! Do you really want leaders like the present ones to take it lower that it already has? Stand up and be heard. Only when all of you join as one, then the change WILL come. It's your country and your right. (I want to do so but I can't. Why? Because I not a bumiputra.)
To me, the Opposition must NOT rule the country. Not in the near future. They just do not have enough capable leaders and the machinery to do so. Only UMNO. I sincerely belive that with the current UMNO leadership, it can happen and when it does, where will Malaysia be ??
Dearest TUN, please don't stop what you are doing and hopefully, soon, they wake up.

Semoga yang keruh kembali jernih.........ARB Dagang

SALAM TUN,


Saya pecaya kepada PENGALAMAN.

PENGLAMAN ADALAH ILMU TERBESAR DALAM KEHIDUPAN.

PENGALAMAN TUN selama lebih setengah abad sebagai pemimpin dan negarawan menjadikan TUN lebih matang dan berpandangan jauh daripada semua pemimipin yang ada hari ini termasuklah DSAAB dan DSAI.

Tidak akan adanya sebab TUN menolak kepimpinan hari ini jika TANPA ASAS YANG KUKUH.

JADI bercakap hal DEMOKRASI, RASUAH, AUKU atau sebagainya boleh menampakkan kelemahan orang yang TUN TUJUKAN.

TETAPI pendapat saya TUN tidak akan ke mana jika menulis dan hanya bertindak sebagai 'PENGHIBUR' dan pembaca merasa 'TERHIBUR'.

SAYA ingin mengajukan TUN bertindak DEMI NEGARA MALAYSIA.

Bermula dengan 'TINDAKAN' BARU DAPAT MERUBAH KEADAAN.

CADANGAN SAYA:

1. TUN perlu mendapatkan sokongan calon pengganti PM yang TUN rasakan layak bertanding melawan PRESIDEN pada EGM UMNO akhir tahun ini dan mencalonkan beliau dengan sokongan MT UMNO.

2. TUN boleh mencabar PAK LAH supaya SATU PETI UNDI KHAS DIADAKAN semasa EGM UMNO nanti bagi melihat sama ada ahli-ahli UMNO masih yakin dengan presiden atau tidak.

3. TUN juga boleh mencadangkan atau mencabar satu poll online diadakan di website PEMUDA UMNO atau website UMNO sama ada mereka yakin dengan presiden hari ini.

CUKUP SETAKAT ITU CADANGAN SAYA KERANA SAYA YAKIN TUN LEBIH BIJAK DARI SAYA MENGENAI INI.

TERUSKAN MENGUNDI MENDESAK PAK LAH SUPAYA MELETAK JAWATAN:

http://www.PetitionOnline.com/PakLah/

VOTE SEGERA DEMI MALAYSIA!!!!!!!!!!!!!!


................... .................... ....________
............ ................... .....,.-‘”.......... .........``~.,
................... ..........,.-”...... .................... .........“-.,
................... ......,/............ ......BELUM PAGI LAGI..........”:,
................... ..,?................ ....SAMBUNG TIDUR!!.................\,
................... /................... ...PAK LAH......... .................... ,}
................./. .................... ......TURUN!!!...... .............,:`^`.. }
.............../... .................... .................... ........,:”......... /
..............?.... .__................. .................... ....:`.........../
............./__.(. ....“~-,_........... ..................., :`........../
.........../(_....” ~,_........“~,_..... ...............,:`.. ......_/
..........{.._$;_.. ....”=,_.......“-,_. ......,.-~-,},.~”;/. ...}
...........((.....* ~_.......”=-._...... “;,,./`..../”....... ......./
...,,,___.\`~,..... .“~.,............... .....`.....}........ ....../
............(....`= -,,.......`......... ...............(.... ..;_,,-”
............/.`~,.. ....`-.............. .................\.. ..../\
.............\`~.*- ,................... ..................|, ./.....\,__
,,_..........}.> -._\................ ...................| ..............`=~-,
.....`=~-,_\_...... `\,................. ................\
................... `=~-,,.\,........... .................... \
................... .............`:,,... .................... ....`\.............. __
........... ................... .......`=-,......... ..........,%`>--= =``
................... .................... ._\..........._,-%.. .....`\
................... ................,

WASALLAM

Salam Tun,

Masalahnya orang Melayu apabila nampak RM10, RM50, RM100 sanggup jual apa saja, termasuk hak mengundi. Instant result is the order of the day. Tak payah fikir untuk masa depan, nasib anak-anak dan cucu kita. Hidup untuk hari ini. Ini disebabkan pemimpin yang ada sekarang pandai business. Bagi RM10 untuk dapat RM1,000. Tidak takut pada Allah s.w.t apalagi pada Perlembagaan UMNO.

Dalam masa 10 tahun lagi, Melayu akan jadi hamba dibumi sendiri.

Sedarlah!!!!

.

TUN,

RASUAH TETAP RASUAH.....BPR HARUS BERTINDAK.

KEMPEN PILIH AKIM: DI P44

KEMPEN PILIH AKIM: DI P44

KEMPEN PILIH AKIM: DI P44

http;//isteri-mamak-tua.blogspot.com


salam perjuangan


_ashar_

.

SALAM TUN,

KEPADA PENYOKONG KUAT ANWAR!!

PLUS

KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI PERMATANG PAUH!!!!!!

Baru-baru ini TUN BUAT SATU KENYATAAN tidak akan menginap di Malaysia jika Anwar menjadi PM Malaysia.

Soalnya saya tak nak ulas kenyataan TUN sama sekali, mungkin juga hal peribadi antara dua pemimpin.

Tapi buat SEMUA CERDIK PANDAI BLOGGERS chedet.com, saya nak cakap sikit pasal ‘BUDI’!!


Pepatah Melayu ada berkata,

Orang memberi kita merasa
Orang ber’BUDI’ kita berbahasa.

HAKIKATNYA, pada hari ini setiap budi bukan hanya untuk dirasa lebih daripada itu ‘SETIAP BUDI HARUS DIBAYAR BALIK’.

Perjuangan Anwar menjadi PM Malaysia telah mendapat sokongan banyak pihak dari luar negara dan juga dari dalam negara. Ini termasuklah orang Cina, Hindu (Hindraf), pertubuhan NGO dalam negara juga luar negara, yang nyata lagi jelas media alternatif Malaysiakini, juga lebih besar sokongan proksi Barat dari pemimipin-pemimpin seteru Anwar.

Jadi sokongan kepada Anwar adalah ‘BUDI’ yang semuanya IKHLAS ataupun perlu DIBALAS????

Jika hidup terlampau banyak BUDI yang kita terima sekeliling pinggang, MAKA apabila senang, kitalah yang perlu membayar BUDI orang kembali.

UNTUK KES ANWAR
Relevannya, tidak mungkin semuanya percuma.
Jadi pada setiap BUDI yang diberi pasti ada HADIAH yang perlu dibayar balik. Jika Anwar jadi PM adakah ini HADIAHnya

1. Kepada penyokong kuat dari Cina terutamanya DAP…..
‘HADIAH’nya kemungkinan besar adalah TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA, setelah Anwar pernah berkata “Apa salahnya TPM bukan dari orang Melayu…………………...”(TPM salah satu misi perjuangan DAP)

2. Kepada penyokong kuat orang Hindu terutamanya dari HINDRAF dan PKR…
‘HADIAH’nya mungkin adalah MENTERI KEWANGAN atau MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA setelah Anwar juga menyokong pendapat Hindraf berlaku penghapusan etnik Hindu di negara Malaysia apabila Anwar mengiringi mereka ke mahkamah atas kes demonstrasi beberapa bulan sebelum pilihan raya.

3. Kepada penyokong kuat dari media alternatif seperti MalaysiaKini…..
‘HADIAH’nya mungkin juga besar seperti hak penyiaran ke televisyan, akhbar Harian utama negara, juga media alternatif utama rujukan negara, setelah berbulan MalaysiaKini memaparkan rentetan Anwar menjadi PM Malaysia sebagai berita perdana.

4. Kepada proksi BARAT terutamanya USA…..
‘HADIAH’nya kemungkinan besar adalah campurtangan lebih luas dalam sistem ekonomi politik dan sosial negara, peluang perniagaan US dan mungkin juga hadiah terbesar iaitu pangkalan tentera USA di Labuan setelah Rice dan AlGore menyokong perjuangan Anwar serta laman web yahoo dan msn Malaysia hampir setiap hari memaparkan perjalanan Anwar menjadi PM Malaysia(dalam tidak sedar)

5. Kepada seteru Anwar dari pemimpin Yahudi…..
‘HADIAH’nya kemungkinan besar adalah buat pertama kalinya dasar luar Israel dan Malaysia dibuka yang membolehkan ruang berpolitik, ekonomi dan sosial untuk kedua-dua negara. Ini kerana kenalan Anwar Paul Wolfowitz adalah neo-konservatif Yahudi dan Jerusalem Post menyiarkan artikel bertajuk ‘Anwar : Malaysia PM in waiting’ sebelum PRU yang lepas.

6. Dah cukup lima, mungkin anda dapat cari HADIAH seterusnya…………


Saya tulis pada semua point keMUNGKINan HADIAHnya…. Kerana adalah hanya keMUNGKINANan Anwar akan jadi PM MALAYSIA.

Soal BUDI yang Anwar terima, anda semua boleh cari dalam akhbar ataupun internet maklumlah semuakan BLOGGERS…..…..

Penulis: HADIAH untuk orang MELAYU hapuskan DEB!!


TERUSKAN MENGUNDI MENDESAK PAK LAH SUPAYA MELETAK JAWATAN:

http://www.PetitionOnline.com/PakLah/

VOTE SEGERA DEMI MALAYSIA!!!!!!!!!!!!!!
WASALAM

Salam AYAHANDA RAKYAT TUN,
Just arrived home from over the seas.
Although the ' samuraimelayu' had in many ways commented on the eventualities in UMNO such as
'dimakan dek anai2', 'dimasukkan oleh Pak Long(kang) kedalam longkang dan terus ke dalam Tasek PUTRAJAYA' and many other remarks and reminders but nothing cud match the direct and simple and sober approaches of Ayahanda Tun in the article 'RASUAH DALAM UMNO' with the precision of the SHOGUN'S sword.
Ayahanda Tun said,

11. Inilah keadaan dalam UMNO sekarang.

12. Malangnya yang boleh bertindak hanyalah ahli UMNO.

13. Saya tidak fikir ada dalam UMNO orang yang mampu bertindak. Masing-masing hanya utamakan kepentingan diri. Apa yang akan jadi pada kaum bangsanya tidak mengapa asalkan diri sendiri mendapat sesuatu.

14. Hari ini UMNO belum hancur lagi tetapi ia jelas sudah lemah. Dengan tahap kelemahan ini sahaja pun orang Melayu sudah berada dalam keadaan kelam kelibut, berpecah dan terdedah pada macam-macam serangan terhadap maruah bangsa dan agama yang mereka tidak berupaya mempertahankan.

Anakanda wud like to ask,

Should we the Anakanda Chedet.com and the Rakyat take it from here and form an 'alternative' party(PEMANGKU) to continue the struggles of the Melayu and bumiputera and uphold the Vision 2020 objectives?

We await the formation (if necessary) for the sake of 'Bangsa, Ugama dan Negara'

MELAYU TAK HILANG DIDUNIA BUKAN DENDANGAN TETAPI LANDASAN PERJUANGAN
WAWASAN 2020 BUKAN TITK PENYUDAH BAGI GENERASI MENDATANG IA BERMULA

Alfatihah, Amin Yaarobbal Alamin.

Tun,

I am not sure if any politician joint politics wanting to be YB want to serve people of Malaysia or to be powerful rich through the people?. At time you want to be powerful rich not for yourself but for at least seventh generation to come. If you do some investigative accountings, there is no way for the politicians and government servants to be powerful rich through their salaries and perks.Salaries of YBs not enough to serve coffee to all their voters. How is that some YBs started with meagre live now ended powerful and very rich?. I tend to agree with Tun that ethical corrupted practices are well laid in UMNO, and it is dangerously cancerous.I do hope some UMNO members do "dare devil" searching curing the long scale disease for the sake of the loving Nation.May God save us all.

Walau sebanyak mana pun kita bersembahyang, berpuluh tahun kita lakukan hitam dahi, sakit-sakit kaki, tapi yang sembahyang itu ialah fizikal lahir kita. Yang berdiri badan, akal dan hati tidak berdiri. Badan yang rukuk, akal dan hati tidak rukuk. Badan yang sujud, akal dan hati tidak sujud. Yang membaca lisan, akal dan hati tidak membaca. Itulah rahsia mengapa sembahyang tidak memberi kesan. Itulah rahsia mengapa orang yang bersembahyang berbohong, rasuah, menipu, bakhil, sombong, khianat, mengumpat, kejam, zalim, pemarah, riyak, sum'ah, tidak bertimbang rasa, tidak ada tolak ansur, tamak, jahat sangka, ingin nama, suka glamour dan lain-lain lagi sifat yang keji. Sedangkan sembahyang Allah berkata: tanha 'anil fahsa i'walmunkar.

Salam Dr M

"Mereka akan jadi seperti orang Melayu Singapura yang sudah jadi kaum minoriti yang termiskin di pulau yang sebenarnya sebahagian dari Tanah Melayu dahulu. Inilah nasib yang menunggu orang Melayu".

Ya, mereka yang dahulu tuan punya tanah "freehold" - kini tuan punya satu unit "rumah pangsa" hanya untuk 99 tahun sahaja.

Ini harus menjadi satu amaran pada ahli2 UMNO.

Dato Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang pernah juga memberikan sedikit sumbangan ikhlas kepada saya semasa saya berkerja di VIP LOUNGE KLIA satu masa dahulu...saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau yang prihatin terhadap kesusahan dari golongan rendah seperti saya ini.Terima kaih Dato Sri hanya Tuhan saja yang dapat membalasnya.Amin

Assalamualaikum Tun,

Bagaimanakah caranya mengubah budaya tidak sihat dalam UMNO ni?

http://anakmalaysia81.blogspot.com/

Salam TUN,

Saya mungkin bersetuju berkenaan dengan banyak topik dan tajuk yang dibincangkan oleh TUN.

Tapi mengenai bab RASUAH, tidak dapat tidak benda yang busuk dan korup ini telah menular dan berkembang semasa zaman TUN.

Pada asasnya zaman pemilihan AGUNG UMNO ketika zaman TUN, RASUAH telah berkembang dengan pesat di peringkat bawahan sehingga pemilihan TIMBALAN PRESIDEN dalam UMNO.

MUNGKIN DI PERINGKAT PRESIDEN tidak ada orang berani mencabar TUN kerana semua orang byakin dengan KEPIMPINAN TUN walaupun berlaku krisis pada tahun 1998.

Semasa zaman PAK LAH RASUAH menjadi semakin busuk apabila PERINGKAT TERTINGGI menggunapakai kaedah ini untuk meghalalkan perebutan jawatan.

SETELAH BN MENANG dengan MAJORITI BESAR PADA PILIHAN RAYA 2003, PRESIDEN MUNGKUN MERASAKAN KUASA BELIAU ADALAH MUTLAK YANG MANA TIDAK AKAN ADA SEORANG PUN BERANI MENCABARNYA.

PADA KETIKA ITU, RASUAH BERADA DALAM KEADAAN PARAH, 2 daripada 3 ORANG YANG LAWAN NAIB PRESIDEN UMNO DENGAN TERANG MEMBERI RASUAH.
WANG DIBERI DENGAN MEMBERI DUIT POKET SEHINGGA RIBUAN RINGGIT DARI BILIK KE BILIK DI KAMAR HOTEL.

SALAH SEORANGNYA TELAH DIGANTUNG KEAHLIAN.

KINI 'RASUAH' SUKAR DIBENDUNG LAGI DAN MENJADI BUDAYA DALAM UMNO.

WASALAM

UMNO Parti Keramat atau Parti dah tak selamat?

Salam Yg Amat diHormati Tun,

Saya setuju 100% dengan pandangan & saranan Tun.

Memang bangsa Melayu amnya dan UMNO khasnya berada dalam keadaan kelam kelibut dan tidak menentu seperti anak-anak ayam kehilangan ibu dan yang paling sedih masih tidak mahu bertindak untuk memperbetulkan keadaan – masih di alam hayalan seperti juga DSAAB. Besar kemungkinan mereka yakin yang keadaan akan menjadi lebih baik tanpa perlu berbuat apa-apa (sikap tak apa), dan terus menyokong kepimpinan DSAAB yang lemah longlai lagi korup. Harap ahli-ahli UMNO berani bersuara untuk menegak kebenaran dan membetul keadaan.

Kepada DSAAB, tolonglah berundur untuk kepentingan agama, bangsa, negara dan juga UMNO. Terimalah kelemahan diri sendiri. Itu lebih baik untuk semua.

Semoga Tun & keluarga dirahmati dan dilindungi Allah SWT.

Salam utk ayahanda Tun Dr. Mahathir.
Baru kini saya berkesempatan utk respon terhadap semua kritikan & komen tulus ikhlas daripada ayahanda Tun. Kalau diizinkan dan dpt perkenan Tun, saya ingin meluahkan satu dua pandangan dan mohon ayahanda Tun tegurlah saya sekiranya saya terlanjur pandangan dan tersilap tafsiran.
1.Sebagai rakyat Malaysia berjiwa MALAYSIA, saya amat terharu dan ada waktunya sebak melihat usaha & ikhtiar ayahanda Tun untuk memperbetulkan dan menyata mayakan fakta kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu, bumiputera dan bukan bumiputera terhadap situasi sebelum, semasa dan jangkaan mendatang berkaitan isu politik tanah air kita.Begitu juga ayahanda Tun telah cuba untuk merungkai simpulan pemikiran orang-orang Melayu agar berupaya memproses maklumat dan menyaring maklumat berdasarkan daya tapis ilmiah yang tidak bertunjangkan emosi tetapi logik akhliah dan kebenaran hakiki. Namun hanya segelintir sahaja yang melihat dan mengambil berat terhadap hamparan lipatan sejarah perjalanan politik negara dan tahap kebarangkalian ancaman yang bakal kita hadapi.
2. Saya juga tersentuh hiba tatkala ayahanda Tun mengambil keputusan meninggalkan UMNO untuk seketika dan kembali semula apabila YAB PM meletak jawatan. Saya percaya ayahanda Tun ada jawapan paling munasabah lagi holistik sifatnya terhadap keputusan tersebut.
3. Kemelut yang berlaku dalam negara kini amat menepati susur galur yang digariskan dlm 24 protokol Zionis dan ia seperti menyokong perancangan Illuminati untuk menawan Nusantara pada 2019.Tidak perlu saya huraikan secara terperinci di sini kerana rata-rata rakyat Malaysia mengetahui perancangan regim zionis apatah lagi ayahanda Tun sendiri amat maklum mengenainya.
4. Ironinya, kenapa situasi sebegini tidak ditangani oleh kita, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira status, darjat, atau apa saja hukum budaya yang mencipta 'rating/ranking' kita. Kami orang kecil, amat tidak berdaya. Saya memohon ayahanda Tun menggerakkan sesuatu yang boleh menyelamatkan negara kita daripada digodam oleh instrumen globalisasi Zionis. Kalau dulu kita kuat sebagai rakyat Malaysia, kini pun kita boleh tegak bersama demi kelangsungan kemerdekaan mutlak negara asalkan kita sanggup membuang semua yang keruh dan mengambil semua yang jernih.
5. Apa yang kami harapkan agar pelanduk tidak terkorban ditengah medan apabila gajah beradu tenaga. Saya sentiasa mendoakan kesihatan ayahanda Tun sekeluarga dan insya Allah, Yang Maha Esa tahu keikhlasan kita untuk melihat syiar Islam masih tegak bersinar di bumi Nusantara.


salam sayang buat ayahanda Tun.

Salam,
Betul Tun UMNO dah sampai barah peringkat terakhir. Satu sebab utama Yang orang Melayu duk benci UMNO sekarang ni sebab depa tahu pemimpin UMNO ramai rasuah, kenyang perut bersama2 dengan sanak saudara dan rakan2 terdekat. Belajar sekolah tak pandai pun boleh kaya raya!Cuba lihat kelayakan akademik atau pengalaman kerja kebanyakan pemimpin2 UMNO yang kaya. Orang Melayu dah tak yakin dengan depa.

Orang Melayu PKR kebanyakannya serpihan UMNO. Saya percaya akan menjadi masalah sama kepada PKR nanti jika depa berkuasa. PAS pun tak tentu lagi. Hanya yang berpegang teguh kepada ajaran agama sahaja yang tak akan terima rasuah kerana takut azab api neraka.

Assalamualaikum Tun,
Sedih, parah sekali keadaan nya!
Wassalam
Fawz

Dear YAB Tun Dr.M,
You yourself have said that those who are power craze willing to do whatever they can to achieve their goal even by giving contracts to their cronies and friend in UMNO.....So how the NEP will help the Malay overall???? The way I see the Malay rights are taken away not by Indian or Chinese but by the Malay themself. As long there are people in UMNO and BN with power and money craze, the Malaysian overall will not get anything for next 50 or even 500 years. You will see there will be poor Malay, Chinese and Indian forever in Malaysia as long as this devils are around.....

Thank you.

Salam hormat buat Tun,

Saya rasa semua sedar terutama yang duduk sebagai ahli UMNO dari bawah hingga tertinggi bahawa "PEMILIHAN UMNO DICEMARI RASUAH".

Ia berlaku sejak dahulu lagi. Lebih ketara lagi sejak Presiden UMNO dipimpin oleh Dolah Badawi ini. Kononnya Mr Clean ... sebenarnya dia merupakan orang yang paling kotor dalam politik tanah air. Yang ke 2 ialah menantunya KJ.

Politik wang sekarang ini semakin tidak terkawal lagi. Di tempat kelahiran saya, walaupun saya bukan ahli UMNO tetapi banyak tahu dari sumber-sumber dan kawan-kawan dalam UMNO bahawa rasuah semakin teruk sejak kebelakangan ini. Yang banyak wang akan terus berkuasa. Yang kurang semakin tiada tempat dalam arena politik tanahair terutama dalam UMNO. Kemampuan memimpin demi memertabatkan perjuangan bangsa terletak di bawah sekali di mata ahli UMNO. Justeru itu, saya semakin celaru di manakah perjuangan sebenar UMNO di mata ahli-ahlinya sekarang.

Saya sebagai pemerhati di luar UMNO amat sedih apa yang berlaku sekarang. Sedih bukan disebabkan UMNO tetapi masyarakat Melayu sanggup ( ahli-ahli UMNO ) majoritinya boleh dibeli dengan wang dengan mudah sekali. Tidak hairanlah sedikit masa lagi UMNO semakin jauh dan terus jauh dari mata masyarakat Melayu.

Kalaulah majoriti ahli-ahli UMNO boleh dibeli dengan wang ringgit, bagaimanakah Presiden UMNO sekarang akan ditumbangkan Tun? Langkah Tun keluar dari UMNO bagi saya amat tepat.

Saya ingin bernazar sesuatu jika DOLLAH BADAWI dan KJ tumbang ...

Salam Tun,
There is nothing new about money politics in UMNO among the Top leadership. "Kal au guru kencing berdiri, murid kencing berlari".
Kita akan siasat.... Kita akan siasat. Itu saja jawapan yang diber. Tapi apa keputusan siasatan tak diberi tahu.
Apa nak jadi dengan UMNO, members are killing UMNO.

Regards

Laknat la org2 mcmni Tun..diberi amanat tp berkhianat..munafik..

Tun yang dihormati…

Rasuah ibarat satu budaya.

Sedih tapi benar.

Saya tidak paham kenapa gejala ini berleluasa. Jika dikaji kebanyakan adalah penganut agama Islam. Islam tidak mengajar umatnya mengamalkan rasuah. Maka siapakah mereka2 ini?. Apakah agama mereka? Bagaimana mereka berugama?

Tidakkah kita sedar. Kita ambil rasuah dan kita gunakan untuk diri sendiri, isteri dan juga anak2? Jika sudah menjadi darah daging bagaimana untuk dibersikan.

Jika tangan kotor boleh cuci tetapi jika darah daging kotor bagaimana? Sudah tentu keturunan bermula dari kita selagi tidak putus akan turut kotor.

Sedih mengenangkan bangsa kita. Tun telah berusaha dengan segala kebijaksanaan Tun untuk membangunkan bangsa kita tetapi bangsa kita masih tidak berubah. Perasaan sedih Tun jelas terpampang semasa Tun mengumumkan perletakan jawatan sebagai PM dahulu.

Hasad, dengki, tamak, haloba, mencaci, menghina, riak, takbur, sombong dan bongkak masih lagi menjadi amalan kita.

Adakah dengan sifat2 ini yang hendak kita bawa untuk mengadap Allah.

Tun…just my thought..

Assalamualaikum Tun. may Allah bless Tun and family forever.

Tun, i always support you even when i wasn't born yet.it sound ridicules right?.

Tun please kick out those who used bribe to win the election.Tun must attack them as hard as possible. make all Malaysian realize that our leader is a big liar.

father, the same hope that i wrote before..please teach us how to be a good man, please help Malaysian, you are the only hope that Malaysian, especially Malays have. you are the one to rearrange Malaysia and bring peace to Malaysian.

thanks father.

Assalamualaikum

Salam tun,

Gejala rasuah di kalangan ahli-ahli dan pemimpin UMNO bukan lagi menjadi rahsia terbuka (open secret) seperti yang selama ini kita anggap. Ahli-ahli menerima rasuah daripada pemimpin-pemimpin UMNO sebagai balasan ahli-ahli memilih pemimpin tersebut untuk mendapatkan atau mengekalkan kuasa yang sedia ada pada mereka.

Dan ini sudah dianggap lumrah di dalam setiap percaturan politik dalaman UMNO dan ia bukan lagi satu rahsia. Secara terang, pemimpin yang tidak mengamalkan politik rasuah telah secara terbuka membuka pekung bahawa gejala ini telah menular secara rakusnya.

Yang sedihnya, pemimpin seperti Dato Adnan Yaakob hanya berani mengeluh kekecewaan di atas apa yang terjadi.

Tidak ramai yang berani tampil ke depan untuk membongkar perkara ini kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO atau pihak Badan Pencegah Rasuah kerana mungkin akan dituduh sebagai "takut kalah" dan menggunakan alasan rasuah apabila kalah dalam satu-satu pemilihan.

Tun, saya menganggap bahawa tidak ramai yang berani melaporkan kelakuan rasuah ini adalah disebabkan kumpulan ini adalah minoriti di dalam UMNO. Maknanya, majoriti adalah pelaku rasuah dan golongan minoriti ini biasanya akan tunduk kepada kemahuan majoriti atau hanya mengikut arus majoriti.

Jika anggapan saya salah, saya menyeru golongan ini mengambil kenyataan saya tersebut sebagai satu cabaran untuk menghapuskan rasuah dalam UMNO. Buktikan bahawa pelaku rasuah adalah minoriti dalam UMNO.

Jika tidak, kerbau yang membawa lumpur akan mempalitkan semua orang.

Kesedaran berkenaan bahayanya gejala ini harus datang dari atas.. maknanya pucuk kepimpinan tertinggi iaitu tuan Presiden sendiri yang perlu menunjukkan teladan dengan menjauhi segala unsur-unsur rasuah tetapi sebaliknya berlaku(yang mana akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan laporan oleh ahli UMNO tentang salahlaku beliau)dan bukan hanya bercakap dengan nada retorik sahaja.

Tun,

Kawan-kawan saya pernah menyatakan bahawa "UMNO ini adalah peluang kedua untuk orang Melayu menjadi kaya selepas kecundang dalam pelajaran"... maknanya UMNO adalah tempat untuk mencari kekayaan dan bukannya untuk perjuangan agama dan bangsa.

Apakah anggapan ini yang menyebabkan ramai orang memasuki parti UMNO?

Jika jawapannya "Ya" maka matlamat mereka itu "boleh" tercapai dengan "menyertai" pesta rasuah di sana sini tak kira pada masa pemilihan atau bukan. Maka ramailah juga yang menjadi talam dua muka demi mendapat sedikit sebanyak habuan yang dijanjikan pemimpin yang rasuah.

"Undi orang ini dan kita akan dapat projek itu"

"Sokonglah saya, insya Allah saya dapatkan projek yang tuan minta"

"kalau kamu dapat jatuhkan pemimpin itu, saya akan pastikan tender tuan terpilih apabila saya berkuasa"

"berapa banyak pemimpin itu boleh bayar kepada kamu, saya boleh bayar dua kali ganda"

-maka tidak hairanlah ahli-ahli bermuka-muka demi mendapatkan habuan tersebut. Mereka tidak menyokong pemimpim itu kerana ketokohannya tetapi kerana apa yang dijanjikannya atau apa yang telah ditaburkannya...

-saya rasa ini adalah juga punca perpecahan ahli UMNO di peringkat akar umbi.. benar tak TUN?

Tun,

walaupun pedih dan terasa seperti merendahkan maruah bangsa sendiri, tetapi itulah hakikatnya yang saya amati selama ini.

Dengan rendah diri saya menyarankan supaya imej "UMNO = kekayaan wang ringgit dan harta benda" dihapuskan secepat mungkin supaya nawaitu orang melayu dan pemimpin muda dalam UMNO dapat diperbetulkan bagi meletakkan perjuangan di landasan yang betul.

Tun,

Pemimpin (dan anak menantu) tidak perlu terlalu kaya untuk dihormati. Jika pemimpin berjaya menyalurkan kekayaan negara dan kemakmuran kepada rakyat yang selama ini merintih merayu dalam kesempitan, maka rasa hormat dan setia tidak berbelah bahagi dapat diperolehi.

Pemimpin yang ada kedai roti pun, cukup lah.. kita hormat juga (hahahaha...)

Tun,

ramai yang menyalahkan Tun kerana memilih Pak Lah sebagai pengganti Tun. Saya tak salahkan Tun. Tidak ramai yang boleh menjangkakan bahawa Pak Lah akan jadi sebegini lemah. (saya tidak mengatakan Pak Lah jahat atau seleweng). Saya pun amat setuju semasa Tun umumkan beliau sebagai pengganti sebab beliau dilihat sebagai "Bersih".

Ya, mungkin nampak peribadi beliau bersih tetapi komitmen beliau amat lemah. Mudah mengikut kata orang demi menjaga hati dan perasaan tanpa memikirkan kepentingan nasional (bukat sekadar kepentingan bangsa Melayu). Dan mungkin akibat daripada kelemahan ini beliau terpaksa membiarkan gejala rasuah ini berleluasa di peringat pemimpin bawahan supaya terus menyokong beliau untuk terus berkuasa?

Adakah Tun tersilap perkiraan kerana hanyasanya beliau menurut titah perintah Tun dahulu, maka beliau dipilih?

Tun juga manusia. kalau saya jadi Tun, saya pun akan pilih Pak Lah. Dengan harapan beliau akan terus dengar cakap Tun, tun amat kecewa apabila Pak Lah mengambil pusingan 360 darjah dan terus meminggirkan Tun (bukan sekadar tidak dengar cakap dan nasihat).

Oleh yang demikian, saya berpendapat apabila tun bertanggungjawab menaikkan Pak Lah, dan beliau gagal, maka adalah tanggungjawab Tun jugalah untuk menurunkan beliau semula (sebab seingat saya bukan MT UMNO atau kabinet atau MT BN yang lantik beliau).

Apa Tun rasa?

Kini sultan Abdullah Badawi dah tak pakai otak ( kalau adanya otak ).Hang Tuah (TDM)pula la tak ada kat istana ( UMNO ).....mana Jebat ?
we now need a Hang Jebat to run amok kalau nak selamat negara kita ni !!

Yang Berbahagia TUN

Sememangnya ini lah