1. Saya mendapat banyak laporan berkenaan dengan politik wang dalam UMNO. Demikianlah keadaan sehingga Dato Seri Dr Rais Yatim mencadang secara sinis supaya jawatan-jawatan Majlis Tertinggi ditender. Dato Seri Shahidan Kassim amat marah dan akan tender sebanyak RM1 untuk Rais. Bila makan cili rasa pedas.
2. Saya diberi tahu wang banyak digunakan. Dahulu cuma ketua pemuda bahagian sahaja dapat. Ini menyebabkan pemegang jawatan lain dalam pergerakan enggan bekerjasama. Sekarang semua mendapat sogokan dan hasilnya amat memuaskan bagi penyogok.
3. Ketua-ketua Bahagian dan ahli jawatankuasa juga dijemput ke Kuala Lumpur untuk berjumpa orang tertentu. Mereka di arah supaya mencalonkan orang-orang tertentu untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi. Juga pencalonan Ketua Pemuda. Berkesan atau tidak akan kita lihat daripada pencalonan yang dibuat.
2. Saya diberi tahu wang banyak digunakan. Dahulu cuma ketua pemuda bahagian sahaja dapat. Ini menyebabkan pemegang jawatan lain dalam pergerakan enggan bekerjasama. Sekarang semua mendapat sogokan dan hasilnya amat memuaskan bagi penyogok.
3. Ketua-ketua Bahagian dan ahli jawatankuasa juga dijemput ke Kuala Lumpur untuk berjumpa orang tertentu. Mereka di arah supaya mencalonkan orang-orang tertentu untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi. Juga pencalonan Ketua Pemuda. Berkesan atau tidak akan kita lihat daripada pencalonan yang dibuat.
4. Tetapi cawangan dan ahli biasa pun sudah pandai. Mereka menawarkan sokongan mereka jika sekian-sekian banyak dihulur.
5. Mereka yang menang boleh jadi Yang Berhormat, ahli Exco, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, pengerusi syarikat-syarikat Kerajaan dan juga dapat kontrak berjuta Ringgit.
6. Ahli biasa yang memberi sokongan dengan undi mereka dapat apa? Dengan kesedaran akan soal ini maka penyokong dan pengundi pula berpendapat mereka juga harus dapat nikmat daripada pemberian undi mereka. Maka mereka akan menunggu sogokan sebelum memberi undi mereka.
7. Amalan rasuah dalam UMNO di semua peringkat sudah menjadi buah mulut orang ramai. Mereka jelek dan muak dengan UMNO, orang UMNO dan pemimpin UMNO. Perasaan benci kepada UMNO sebagai parti yang tidak bermoral merebak ke merata-rata tempat.
8. Orang ramai melihat UMNO sebagai parti pimpinan orang-orang yang berkepentingan diri semata-mata. Dari cawangan sehinggalah kepada pucuk pimpinan yang diutamakan ialah jawatan dan peluang memain kuasa dan buat duit apabila memegang jawatan.
9. Dalam pilihanraya umum 2004, rakyat memberi sokongan padu kepada BN. Ini adalah kerana rakyat percaya benar yang kepimpinan baru UMNO dan Barisan Nasional akan menjadi lebih baik daripada yang terdahulu.
10. Antara 2004 dengan 2008 mereka dapat lihat pemerintahan Abdullah dengan rasuah yang berleluasa dan keruntuhan ekonomi. Mereka juga lihat peranan yang dimainkan oleh keluarganya dan kroni mereka dan juga sikap ahli-ahli kabinet. Apa yang mereka lihat meyakinkan mereka bahawa pemerintahan ini tidak baik. Hasilnya ialah keputusan pilihanraya ke-12.
11. Mereka kecewa bahawa Abdullah bukan sahaja tidak membetulkan keadaan tetapi sebaliknya menafikan kekalahan dan penolakan oleh pengundi, termasuk yang terdiri daripada ahli-ahli dan penyokong UMNO dan lain-lain parti komponen.
12. Saya percaya orang ramai amat kecewa melihat mainan wang dalam UMNO sekarang. Wang akan mengalir dengan banyak dan laju semasa dan selepas pencalonan. Rumah terbuka oleh kementerian sedang diadakan dengan menggunakan duit Kementerian. Semasa rumah terbuka kempen untuk pencalonan diadakan.
13. Menjelang pemilihan bulan Mac 2009 lebih banyak lagi acara dan sogokan boleh diadakan. Kemuncak akan tiba apabila wakil ke Mesyuarat Agong tiba di Kuala Lumpur untuk bersidang.
14. Kata orang melihat kepada jawatan-jawatan yang dipertandingkan tiap seorang wakil boleh dapat hingga RM20,000.
15. Ada yang berpendapat tidak apa menerima sogokan tetapi tidak semestinya mengundi penyogok. Jangan percaya iman penerima begitu kuat sehingga tidak merasa terhutang budi. Lagipun duit yang diterima adalah duit haram. Yang menerima akan menanggung dosa.
16. Terimalah. Pedulikan jika semua orang tahu. Apa salahnya. Dosa, dosalah. Tetapi seperti disebut di atas apabila pengundi pilihanraya umum sudah benci dan bosan dengan UMNO mereka akan undi parti lawan untuk kalahkan UMNO. Selepas kalah tidak ada lagi jawatan Perdana Menteri, Menteri dan lain-lain. Tidak akan ada lagi kontrak, AP dan lesen.Tidak akan ada lagi nikmat! Semua pihak akan merana, akan dihina oleh orang. Dan UMNO akan habis riwayatnya. Mereka yang betul-betul sayang kepada UMNO akan kutuk pemimpin dan ahli UMNO.
17. Inilah akhirnya musibah yang akan diterima kerana tamak, kerana rasuah di kalangan pemimpin dan ahli UMNO.
5. Mereka yang menang boleh jadi Yang Berhormat, ahli Exco, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, pengerusi syarikat-syarikat Kerajaan dan juga dapat kontrak berjuta Ringgit.
6. Ahli biasa yang memberi sokongan dengan undi mereka dapat apa? Dengan kesedaran akan soal ini maka penyokong dan pengundi pula berpendapat mereka juga harus dapat nikmat daripada pemberian undi mereka. Maka mereka akan menunggu sogokan sebelum memberi undi mereka.
7. Amalan rasuah dalam UMNO di semua peringkat sudah menjadi buah mulut orang ramai. Mereka jelek dan muak dengan UMNO, orang UMNO dan pemimpin UMNO. Perasaan benci kepada UMNO sebagai parti yang tidak bermoral merebak ke merata-rata tempat.
8. Orang ramai melihat UMNO sebagai parti pimpinan orang-orang yang berkepentingan diri semata-mata. Dari cawangan sehinggalah kepada pucuk pimpinan yang diutamakan ialah jawatan dan peluang memain kuasa dan buat duit apabila memegang jawatan.
9. Dalam pilihanraya umum 2004, rakyat memberi sokongan padu kepada BN. Ini adalah kerana rakyat percaya benar yang kepimpinan baru UMNO dan Barisan Nasional akan menjadi lebih baik daripada yang terdahulu.
10. Antara 2004 dengan 2008 mereka dapat lihat pemerintahan Abdullah dengan rasuah yang berleluasa dan keruntuhan ekonomi. Mereka juga lihat peranan yang dimainkan oleh keluarganya dan kroni mereka dan juga sikap ahli-ahli kabinet. Apa yang mereka lihat meyakinkan mereka bahawa pemerintahan ini tidak baik. Hasilnya ialah keputusan pilihanraya ke-12.
11. Mereka kecewa bahawa Abdullah bukan sahaja tidak membetulkan keadaan tetapi sebaliknya menafikan kekalahan dan penolakan oleh pengundi, termasuk yang terdiri daripada ahli-ahli dan penyokong UMNO dan lain-lain parti komponen.
12. Saya percaya orang ramai amat kecewa melihat mainan wang dalam UMNO sekarang. Wang akan mengalir dengan banyak dan laju semasa dan selepas pencalonan. Rumah terbuka oleh kementerian sedang diadakan dengan menggunakan duit Kementerian. Semasa rumah terbuka kempen untuk pencalonan diadakan.
13. Menjelang pemilihan bulan Mac 2009 lebih banyak lagi acara dan sogokan boleh diadakan. Kemuncak akan tiba apabila wakil ke Mesyuarat Agong tiba di Kuala Lumpur untuk bersidang.
14. Kata orang melihat kepada jawatan-jawatan yang dipertandingkan tiap seorang wakil boleh dapat hingga RM20,000.
15. Ada yang berpendapat tidak apa menerima sogokan tetapi tidak semestinya mengundi penyogok. Jangan percaya iman penerima begitu kuat sehingga tidak merasa terhutang budi. Lagipun duit yang diterima adalah duit haram. Yang menerima akan menanggung dosa.
16. Terimalah. Pedulikan jika semua orang tahu. Apa salahnya. Dosa, dosalah. Tetapi seperti disebut di atas apabila pengundi pilihanraya umum sudah benci dan bosan dengan UMNO mereka akan undi parti lawan untuk kalahkan UMNO. Selepas kalah tidak ada lagi jawatan Perdana Menteri, Menteri dan lain-lain. Tidak akan ada lagi kontrak, AP dan lesen.Tidak akan ada lagi nikmat! Semua pihak akan merana, akan dihina oleh orang. Dan UMNO akan habis riwayatnya. Mereka yang betul-betul sayang kepada UMNO akan kutuk pemimpin dan ahli UMNO.
17. Inilah akhirnya musibah yang akan diterima kerana tamak, kerana rasuah di kalangan pemimpin dan ahli UMNO.
Assalamualaikum Tun..
semoga tun panjang umur dan murah rezeki..terima kasih kerana memberikan gambaran yg sebenar pada kami..tun is the legend!!!
biar la apa yg org nak kata tun..mulut diaorg tu memang tak leh nak tutup..hidup tun!!!
www.thankyoumahathir.com
Hal itu, tidak lain tidak bukan, adalah hasrat suci Abdullah hendak memastikan keputusannya memilih Mohd Najib Abdul Razak sebagai penggantinya tidak diganggu gugat oleh sesiapa pun, hatta Dr Mahathir.
Justeru itu, beliau tidak mahu sesiapa menjadi atau berpura-pura menjadi pengarah pemilihan pucuk pimpinan Umno yang sedang berjalan sekarang kerana dia takut harapan Mohd Najib akan terjejas.
Saya berkata begitu kerana Mohd Najib bukan sekadar pengganti Abdullah, tetapi dia adalah “pengganti pilihan” atau dalam bahasa Inggeris dipanggil “anointed successor”. Abdullah.
Sebelum bahagian-bahagian Umno memilih Mohd Najib sebagai calon Presiden dan bakal Perdana Menteri, Abdullah sudah memilihnya.
Bukan itu saja, pelan peralihan yang kini menjadi agenda Umno dan negara adalah hasil runding empat mata dua hati antara Abdullah dan Mohd Najib. Begitulah akrabnya Abdullah dan Mohd Najib.
Selesaikan MASSALAH KEWANGAN ANDA DI http://creditcentre.webs.com
Entah sampai bila politik wang dalam UMNO akan berakhir.
Salam YABhg Tun,
An apt reminder for the umno reminders when selecting their leaders. Umno must be cleansed from these destructive elements. What I see is, Umno of the future must be resilient enough to brave through any challenges.
Umno may not succeed in doing that if the core value of Umno is gravitating towards money and corruption. Thank you.
With permission,
http://jebatmustdie.wordpress.com/2008/10/13/glorifying-pak-lah-in-history-books/
http://jebatmustdie.wordpress.com/2008/10/15/siapa-wajar-kita-pilih/
http://jebatmustdie.wordpress.com/2008/10/21/umno-without-pak-lah-is-the-struggle-on-the-right-track/
Thank you.
Yes..tun, u r always rite.. sedih tgk org melayu iaitu ahli umno khususnya senang di beli dgn duit, x kire dari peringkat cawangan hinggalah ke Mesyuarat Agong. jika di peringkat cawangan pun ahli boleh di beli dgn harga RM50? murah sungguh hati org melayu Tun...saya sebagai orang muda , merasa sedih teramat sangat akan hal ni. Tolong lah Tun, apa nak jadi dengan bangsa kita? budi dan jasa tidak dipandang lagi Tun, duit juga yang di pandang. Jika pepatah lama menyebut ' duit bukan segala-galanya', tapi bagi orang Melayu amnya dan Umno khususnya telah bertukar kepada ' duit adalah segala-galanya '. That's all Tun..
Dipendekkan cerita, tugas dan tanggungjawab Abdullah yang paling penting dan mencabar daripada sekarang hingga hari pengundian Majlis Tertinggi adalah memastikan pengganti pilihannya dicalonkan oleh bahagian dan diundi oleh perwakilan.
Berpandukan keputusan pencalonan oleh bahagian-bahagian yang sudah bersidang, keputusan Abdullah menamakan Mohd Najib sebagai pengganti pilihan beliau mendapat sokongan total.
Tahniah kepada Abdullah dan Mohd Najib. Kalau trend ini berterusan, besar kemungkinan Mohd Najib tidak akan dicabar.
Selebihnya, serah sahajalah kepada Mohd Najib yang Abdullah sendiri sudah lantik sebagai pengganti pilihannya.
Tidak perlulah Abdullah memeningkan kepala memikirkan siapa yang akan bertanding atau tidak bertanding dan siapa akan menang dan kalah.
Sertai 100 Million contest online di http://www.dotcomsecrets.com/blogs/etp2020
Dear Doctor,
I believe that the money politics in UMNO has been around even before 2004. The UMNOputras with their new found wealth would love to hold on to their supreme status and wouldn't think twice about parting with generous sums to maintain their 'jobs' of ruining this country and all her people to the ground. Sadly, UMNOs corruption will affect not only the Malays, but everybody in Malaysia. Because, when you put a morally and politically corrupt people in the top posts and make them supreme leaders of this country by default, we will suffer and be driven to the dark ages again.
I love this country but have no idea how I can play a part in saving it. The only solution is to clean up the core. to relieve the current powers of their cancerous strangle hold and start anew. To rebuild and to progress.
Malaysia needs a revolution.
Moga-moga orang-orang UMNO dapat menilai dosa pahala dengan lebih baik. Jangan sampai ikut hati yang tamak, sampai masa depan cucu cicit tergadai.memang ahli UMNO akan dicaci selepas ini.
Semoga politik wang dapat dibenteras dalam parti UMNO............ARB Dagang
Salam Tun,
Syabas and well said. Kita tengok sama ada Umno akan membuang budaya korup atau terus hanyut dan hilang ditelan sejarah.
Tun, apa khabar? sihat?
saya mengalu-alukan tun menjadi de facto PM di era najib nanti. kerana kami yakin dengan kebolehan tun dan kemampuan tun.
http://writtenbyhim.wordpress.com/2008/10/17/tun-m-as-our-de-facto-pm/
Tun,
Korupsi dalam UMNO sudah peringkat 3 kansernya.Boleh diikhtiar untuk sembuh tetapi makan masa yang agak lama dan perlu ubat booster yang kuat dari BPR. Adalah diharapkan BPR dapat memain agensi penyembuh yang berkesan.
Where does the money come from?
ACA should screen them up...
Salam Tun...
Lebih baik jika jawatan tertinggi UMNO seperti Presiden, Timbalan dan yang lain-lain turut didagangkan atau mungkin dilelongkan sekali.
Saya merasa amat kecewa kerana, kerana zaman sekarang mereka sudah tidak langsung merasakan sebarang sentimen pengorbanan bangsa.
Bagi mereka bangsa dan maruah boleh dijual-beli.
UMNO, U- Untuk, M - Money, N - Not, O - Orang (Melayu)
Itulah hakikatnya.
HESMEL FAZNEE FAISAL
Assalamualaikum Tun M yang dihormati,
UMNO semakin parah , jika tidak diselamatkan generasi muda Melayu yang akan menerima padahnya kelak.
Kita berharap akan muncul pemimpin sejati yang akan memartabatkan UMNO parti keramat demi kepentingan Islam dan orang Melayu.
Selalunya mereka yang ikhlas berjuang dicaci cela kerana puak yang ramai hanya ingin bersuka-suka dan dalam merebut jawatan dalam UMNO pelbagai tohmahan dilempar kepada mereka yang telah berbudi dan berpeluh demi UMNO.
Itulah dugaan bagi para pejuang yang ikhlas dan telah berkorban. Namun Rasullullah saw serta sahabat juga telah mengharungi kepahitan dalam menegakkan syiar Islam, inikan kita hamba yang serba kekurangan.
Berdoa semoga Allah swt menyelamatkan kita semua daripada kemusnahan...
Salam Tun,
Politik wang dalam UMNO ni dah tak dapat dibendung lagi. Cakap macam mana pun sampai berbuih2 mulut, bukannya makin baik malah bertambah parah sbb dah jadi budaya sejak drpd dahulu kala lagi. Dah lama saya dengar orang kata kalau nak berjaya dalam politik kena banyak wang kalau tak jangan haraplah...tepuk dada tanya selera!
Dan... bukan UMNO saja main wang parti lain pun sama, PKR pun hebat tawarkan wang supaya lompat parti. Ia lah, ketuanya pun berasal drpd UMNO....
Hm ~~
Assalam Alaikom Tun
Rasa nya belum terlambat untuk mengucap Selamat Hari Raya AidilFitri.Gembira sekali dapat bersalam dengan Tun Jumaat lepas di Masjid Negara,Tun nampak sihat Allhamdullillah.
Pasal Politik wang dalam UMNO kenapa tak suruh BPR siasat kalau di biar sampai generasi akan datang pun tak habis cerita ni.Agar tahun 2020 tak dak lagi cerita ni..malu kat anak cucu kita nanti.
Yang Benar
Othmanrabi
Riyadh.
Assalamualaikum Tun dan bloggers
Tun saya bersetuju dgn apa yang Tun bicarakan di sini, saya adalah sebahagian rakyat yang sedang memerhatikan perkembangan ini , saya membawakan kabar yang sebenar apa yang terjadi kepada tajuk yang kita baca ini,
Mesyuarat bahagian UMNO Kota Tinggi telah menyaksikan kata2 Tun mmg benar dan saya telah mendapat duit raya ( inilah lah rasuah pemilihan wakil2 UMNO KT) di isi dalam angpau pket Public Bank sebanyak RM250 seorang,saya ambil kerana mengingatkan ia mmg duit raya , selepas seminggu barulah saya diberitahu kenapa kami dibagi peket itu , saya sedih dan mengeluarkan duit simpanan saya sejumlah RM 250 dan mengambalikan kepada sipemberi tetapi malangnya ditolak kerana mereka memerlukan sokongan saya, lantas saya pun sedekahkan duit RM 250 kepada jiran saya yang miskin dan memerlukan,
Yang lebih sedih duit yang diberikan saya belanja anak2 makan seafood, Ya Allah kau halalkanlah rezeki itu kerana Hamba Mu tidak mengetahui niat si pemberi .
Tun saya bersumpah bahawa saya tidak akan menyokong Si Lah & Anak2 serta sesiapa yang menyertainya,alangkah hinanya sebahagian orang2 UMNO ini ,Saya cuma orang kampung tapi saya tidak akan menggunakan duit sedemikian ( kalau saya tau) utk hidup,
YA Allah Kau Tumbangkanlah Abdullah Ahmad Badawi dan keroninya agar kami sekeluarga dan orang2 yang benar2 yang ingin melihat Malaysia kembali ke landasan yang betul beroleh kemenangan,
AMIN
TUN saya pernah tegur Tun kat sogo waktu tu Tun dan Isteri ( body guard jalan jauh2 )saya tegur Tun & isteri pergi shoping ke dan Tun jawab , tengok2 apa yang dia orang jual , saya pun waktu tu bawa family gi KL , Tun mmang nampak sangat sopan dan menghargai kalau orang bercakap dgn TUn .Terima Kasih atas segalanya
Jaga kesihatan dan saya sekeluarga sentiasa berdoa untuk kesejahteraan TUN suami isteri dan keluarga AMIN
The current situation with money politics is not something new. It is something that we all have known all along. However, with the current situation being, everything is up for grabs, it is of no surprise that some lash out like Rais and Shahidan -- as things are not going their way. Will the situation change? Very Unlikely.
Salam Tun..
kalau ada orang kata zaman Abdullah rasuah lebih teruk dari zaman Tun... Memang Benar!!!! Saya masih tidak mahu mempercayai beberapa Ahli Perniagaan asyik membebel ketidak cekapan Abdullah walaupun telah diberi RM.... saya kata pada mereka jangan memfitnah... namun kalau ramai ahli berkata demikian... saya kata, takkan lah Abdullah yang alim tu buat cam tu.. tak de lah...
Namun satu perkara yang belum Abdullah selesaikan... beberapa syarikat bumiputra(saya terlibat sekali) masih belum dapat duit untuk bahan kempen pilihanraya 2004 dulu... nanti lah.. malam ni lah... minggu depan lah.. TOLONGLAH!!! dah 8 tahun dah! dah nak pencen tu.. Bayar je Lah!!
Salam TUN,
Perwakilan yg macam tu, patut di humban dlm laut jer...buat malu kaum jer..
Salam Tun,
Bab pasal politik wang banyak telah saya dengar tapi malaslah saya nak komen kerana tak ada bukti kukuh. Yang pasti ianya perkara umum dan tidak semesti membabitkan UMNO sahaja. Cuma akhir-akhir ini sahaja ianya kembali jadi berita hangat dek kerana bulan Disember yang akan datang.
Pendek-kata gejala politik wang atau rasuah sukar dibendung selagi tiada kesedaran moral dari individu ataupun calon-calon yang bertanding.
Salam,
Saya cadangkan wakil2 bahagian yang boleh mengundi mestilah seorang Ustaz atau guru agama. Wakil2 lain buat kerja lain, cuma taraf Ustaz sahaja dibenarkan mengundi. InsyaAllah kemungkinan besar depa jujur, dan jaga amanah cawangan masing2.
Mungkin Tun boleh ceritakan sedikit asal usul politik wang yang melanda setiap kali musim pemilihan UMNO diadakan bermula dengan tahun 1987 untuk pemilihan jawatan Presiden ? Sudah wujudkah politik wang ketika itu ? Pada saya, pelan peralihan kuasa yang akan dilakukan pada bulan Mac depan adalah antara pilihan atau tekanan kepada pemimpin di atas untuk menukar pucuk pimpinan yang sedia ada walaupun ini bukanlah pilihan yang terbaik sebenarnya. Pilihan yang terbaik adalah pertandingan terbuka di antara calon-calon (tidak kisahlah kalau dia dipanggil 'joker')yang berminat untuk menjawat jawatan tertinggi parti dengan sistem kuota dihapuskan sama sekali. Mandat kemenangan yang diperoleh adalah secara terus dan segar dari proses demokrasi. Ini memastikan setiap calon bekerja keras untuk meraih undi walaupun calon itu adalah incumbent atau favourite. Para-para pengundi juga harus dibuka kepada semua ahli-ahli UMNO dan proses pengundian diadakan secara secret ballot supaya tidak berlaku politicking last minute. Kepimpinan yang dihasilkan dari proses tersebut akan membuktikan kematangan dan kedewasaan politik UMNO yang pemimpin secara tradisinya akan menjadi Perdana Menteri. Kaum Melayu perlu mengubah budaya untuk berani berubah dalam memilih pemimpin dalam arus demokrasi. Di dalam keadaan yang lemah sekarang ini, perlu ada pemimpin yang dapat melangkaui pemikiran Dato' Onn, Tun Razak atau diri Tun sendiri dalam membentuk ketahanan nasional.
Salam Tun,
I think the politicians of today have become too arrogant that they are not even afraid of GOD anymore! If they are, money politics will not thrive the way it is today.
I don't think it is only happening in Umno. Corruption exists everywhere....full stop!!
I'll share an expereince with you. I had to submit a renovation plan for my house in Kuala Kubu Baru. My contractor got an architect from KL to do it and eventually went to the KKB authorities for approval.
The joke is that the officer said that the plan from the KL architect cannot be accepted. My contractor should use the KKB architect recommended by the officer. So, out two and two together and go figure!
Who said it is only corrupted under BN? KKB is now under PKR...corrupt too!! So, what difference does it make? they're all corrupted!!
Soory, Tun , I'm not trying to take it out on you....just a very frustrated hard working Malaysian!!
Take care, Tun
Tun,
Alhamdullillah akhirnya Tun mengaku juga yang UMNO memang terpalit dengan politik wang. Selama ini ketika Tun memerintah, Tun juga seperti Pak Lah menafikan kewujudan politik wang.
Apa yang pasti, soal politik wang semakin memusnahkan UMNO. Rakyat sudah hilang kepercayaan kepada parti.
Yang sedihnya mereka yang diberi amanah untuk membanteras politik wang tidak bertanggungjawab juga. BPR tidak ambil tindakan apa-apa walaupun lembaga disiplin mendapati mereka bersalah.
UMNO telah parah dan tidak boleh diselamatkan lagi dengan pemimpin tua yang masih memegang jawatan.
Pembersihan menyeluruh mesti dilakukan segera oleh Pak Lah sebelum meletak jawatan untuk mengelak terkuburnya UMNO dan BN.
http://globalbreakingnews.blogspot.com/2008/10/najib-is-ready-to-end-special.html
http://blog4pro.blogspot.com/2008/10/how-much-longer-can-government-lie-to.html
http://nmjnh.wordpress.com/2008/10/24/pakatan-rakyat-kemuka-bajet-alternatif/
Assalamaualikum, Tun..
Rasuah memang patut dibendung...
Buat yang berjanji memerangi rasuah, inilah gelanggang yang sepatutunya diberikan perhatian 110%, kerana disinilah bermulanya langkah seorang pemimpin (sekurang2nya buat masa ini)...
Pemilihan pemimpin2 UMNO dari peringkat akar umbi, mestilah dijalankan secara telus dan adil. Hanya yang benar2 layak dan berkaliber layak menjadi pemimpin AGAMA, BANGSA dan NEGARA...
Selamat beristirehat, Tun..
salam bapak....
i like..i like.....heheheeeeee.....
hemmmmmmmm.....cakap pasai umno n melayu...penaaaaaaaaaaaaaaaaaaat.......
salam Tun,
Pertama kali saya menulis walaupun dah lama saya ikuti blog Tun. Umum dah tahu ada politik wang tapi kenapa masih lagi nak teruskan pemilihan. Patut dibatalkan je dan UMNO cari mekanism supaya lebih bersih dan telus. Kalau diteruskan jugak maknanya semua wakil2 UMNO tak kira la MT ke, Bahagian ke, Cawangan ke semuanya orang-orang yg tak betul dan tak layak jadi pemimpin. Semuanya gilakan wang. Orang akan tambah benci.
Saya dah benci dgn cerita2 UMNO. Semua gila kuasa...
Assalamualaikum,
Adakah politik wang hanya berlaku di dalam UMNO sahaja..???
....saya ada juga terdengar bahawa kebanyakan parti politik dan pemimpin mereka menggunakan wang untuk membeli undi samada dalam Pemilihan Agung Parti ataupun dalam pilihanraya..
Malahan PAS sendiri pun ada mengedarkan sejadah atau barang-barang
lain untuk membeli undi (tidak pasti sejauh mana kebenarannya)..
....kalau Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat tu tak payah cerita lah..poltik wang, rasuah sex dan lain-lain lagi tu memang dah biasa kita dengar..
Jadi walau siapapun yang memerintah akhirnya negara akan hancur juga jika amalan ini tidak dibendung
Assalamualaikum Ybhg Tun & famili semoga sihat selalu.
MATI SEMUT KERANA GULA, MATI UMNO KERANA WANG (TAMAK).
1. Tamak org di atas gila KUASA, tamak org di bawah berkehendakkan wang
2. Dengan kegawatan ekonomi yg tak menentu, maka amatlah mudah kerja sogok menyogok ini. Org luar mcm saya cuma melihat dan mendengar, bukan dengki org dapat wang tetapi sedih kerana mengenangkan nasib anak bangsa.
3. Ybhg Tun lebih arif dengan orgx UMNO, kalau bercakap tiang arash pun bergegar kerana garang membela nasib org melayu, tapi mesti ada upah. Haram atau halal tidak lagi mustahak, janji ada habuan/upah.
4. Semuanya bermula dari atas. kalau atas elok, maka eloklah yg di bawah.
5. Setuju dgn pendapat Ybhg Tun, DSN perlu tukar semua kain, selimut, tilam dan termasuk kelambu kalau nak betulkan keadaan. Yg saya risau kotx DSN tukar semua sekali termasuk bantal peluk dia (tak pa lah dia mampu).
6. Saya berdoa semoga semua selamat dan Tuhan berikan lapisan pemimpin UMNO yg terbaik untuk org melayu. Apa lagi yg boleh org mcm saya harapkan, doa yg terbaik.
Wuallahwualam.
Sayang Tun,
Tolong gerak-kan Kempen " Buah Keranji" sebelum PAU nanti. Tolong sedarkan perwakilan akan musibahnya rasuah dan salah pilih. Nanti R.A.H.M.A.N tak ada bin..lagi.
salam Tun dari Chek.
Tun,
saya bangga tun dapat menghasilkan satu luahan yang berguna untuk di tatapi. Sesiapa yang memberi sogokan, hendaklah bertobat, berdosa, masuk neraka jahanam. Negara tak memerlukan orang macam ni, pelingkup parti, agama, negara. Orang sudah muak dengan UMNO la ni, dok main duit..dok perabis duit rakyak. Cuba pi tengok kot ceruk-ceruk kampung, belambak-lambak rakyat memerlukan pembelaan, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..semoga komen tun inin dapat menginsafkan orang-orang yang dok main duit dalam umno..ingat lah tuhan sentiasa melihat, buat baik undi dapat banyak, buat tak baik,,boleh lingkup....
Salam,
It is about time for the PEOPLE of Malaysia to vote for opposition party.
UMNO is corrupt. So as the current government.
Apa kata kita hidangkan babi panggang kepada pemimpin UMNO dalam majlis rumah terbuka ?
Babi panggang haram.
Rasuah pun haram.
Kalau duit rasuah pemimpin UMNO boleh makan, babi panggang pun tentu pemimpin UMNO boleh makan. Betul tak Pak Dollah ?
JOM KITA UNDI PEMBANGKANG kalau orang Pak Dollah jadi pemimpin dan Khairy jadi Ketua Pemuda UMNO
Salam Tun,
Semuga Tun dan seisi keluarga dilindungi dan diberkati Allah s.w.t.Saya sama sama berdoa supaya mereka mereka yang terlibat dalam pemilihan pucuk Kepimpinan UMNO ingat kepada hari pembalasan dan musibah yang akan turun didunia ini angkara perbuatan mungkar kita sendiri.Janganlah hendaknya kita melihat kepada habuan yang sedikit yang tidak akan bawa kita kemana pun malah berdosa dan akan mendapat pembalasan yang setimpal dari Tuhan.Saya mengucapkan syabas kapada nasihat Tun yang sangat berguna ini untuk tatapan orang kita Melayu,UMNO dan Islam.....ayeharis
You should have stopped it during your time.You thought it was one way of giving money to the Malays.The money matter has become a menace and slowly the demise of UMNO.Sometime I wonder how you knew about it and left it alone and then suggesting a solution when you could not anything.Perhaps it is life.I hope you live long enough to see what will happen to UMNO.
Assalamualaikum,
Maafkan saya terlebih dahulu Tun,
'Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih'
'Cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit'
'Tepuk air didulang, mercik airnya ke muka'
'lepar batu, sorokan tangan'
Semua peribahasa diatas, menerangkan keadaan yang hampir sama.
Apa yang saya maksudkan disini adalah apa yang Tun katakan sekarang pada saya adalah sama sahaja semasa Tun memegang tampuk pemerintahan. Tiada bezanya. Politik wang dah wujud dari dulu dan kedua-dua Tun and Pak Lah gagal menghalang atau cuba menghalangnya.
Maafkan saya Tun, Saya masih penyokong Tun yang setia tapi saya rasa saya perlu bagi pandangan saya yang tak seberapa dari kacamata seorang rakyat biasa.
Sekali lagi saya mohon maaf dan tiada niat lain selain memberi pandangan.
Wassalam.
Salam Tun
Rasa rasanya nanti pertandingan pemuda umno adalah salah satu pertandingan yang paling banyak menaburkan politik wang and you know who I meant....
anyway..hidup Datuk Mukriz...
Assalamualaikum Ayahanda Tun,
Masalah yang Tun sebutkan tak akan berakhir. Saya sangat pasti. Cuma kalau nak tahu mengenai kewibawaan calon-calon dalam pemilihan parti UMNO, tengoklah ATMA ASIA di saluran 501 Astro. Sekarang ni hampir tiap-tiap malam jam 9, perbincangan mengenainya sedang hangat dibicarakan. Insya-Allah, jika kita tengok dan menilai pandangan calon-calon yang dijemput, mungkin kita akan terbuka dan lebih yakin hendak mengundi.
Selain itu, rajin-rajinlah tengok Sudut Pandang di saluran yang sama kerana perbincangan yang dilakukan lebih bersifat demokrasi keran seringkali pihak pembangkang dan kerajaan pemerintah duduk bersama bincang isu semasa.
Lagi sekali, Insya-Allah pandangan kita semua terhadap isu yang berlaku di Malaysia dapat difahami dengan lebih lagi berbanding sekadar tengok tv kerajaan yang banyak "ban" dan tapisnya.
Sekian.
Semoga Ayahanda Tun sekeluarga sihat sejahtera selalu hendaknya.
Assalamualaikum.
YABhg Tun yang dihormati, saya sungguh terkilan dan kecewa sehingga kini setelah tahap kefahaman tentang islam bertambah baik dikalangan terpelajar ahli UMNO dan senantiasa inginkan barakah didunia dan diakhirat masih memperkatakan rasuah. Polimik politik wang itu sama ertinya pada hakikat dengan rasuah.
Sepatutnya mereka yang ingin menjadi pemimpin harus memperbetulkan keperibadian sebagai seorang ahli UMNO yang tentunya melayu yang berugama islam. Saya belum nampak lagi seorang ahli UMNO melayu yang tidak berugama islam.
Mungkin ahli UMNO dari generasi muda lebih elok keperibadian mereka, maka berilah mereka peluang untuk menonjol dan menjadi contoh melalui teladan dimana pemimpin UMNO yang baik keperibadiannya dari segi ibadahnya terhadap islam dan masyarakatnya. Mungkin ini adalah satu anjakan paradigma yang UMNO perlu lakukan maka perlu dilakukan segera. Kita hanya tinggal empat tahun sebelum PRU13 yang akan datang.
Salam Tun,
Semasa Pak Lah mula menjawat jawatan Presiden Umno dulu dia berazam untuk perangi politik wang @ RASUAH dalam Umno dan sebagainya tetapi nampak gaya Umno masih tidak berubah.
Kalau Umno kemaruk sangat dengan politik wang @ RASUAH, saya rasa tidak perlulah mereka ni mentadbir negara...habiskan duit rakyat untuk keluarga & kroni mereka je....
Umno Sungguh memalukan...
POLITIK WANG = RASUAH !!! RASUAH !!! RASUAH !!!
Bagi yang memberi dan menerima RASUAH, pembalasan menanti mereka di AKHIRAT nanti....
http://impianrakyat.blogspot.com/
We have to blame AAB for worst corruption ever...he's the one should be blame...
Salam Tun,
Amat menyedihkan, sa-olah olah mereka tidak perdulikan masa depan generasi akan datang. Apakah ini petanda bahwa masa depan bangsa Melayu akan malap kerana kehilangan kuasa untuk memerintah?
Sekian, Terima kasih,
Wassalam.
Dear Tun,
The time has come for u to show more luv for the country and rakyat than UMNO. They are a lost cause, join the opposition and teach those bigheaded morons a lesson. U already left UMNO for good reasons.
We need u to be more effective!
Tun yang saya kagumi,
A'kum. wbt...
Tidak dapat dinafikan dan jelas sekali politik wang @ rasuah dlm UMNO adalah di peringkat cukup parah. Barah yang sukar utk diubati dan mustahil diubati dgn apa cara sekali pun. Hanya masa dan ketika sahaja pemimpin UMNO akan berkubur dan akan lenyap ditelan sejarah.
Pelbagai jawatan dalam UMNO kini menjadi rebutan yang menawarkan ribuan @ jutaan ringgit sekiranya berjaya menang dlm pemilihan akan tetapi kesedaran bahawa UMNO akan hancur tidak terlintas langsung dlm pemikiran mereka. Perebutan jawatan bererti wang akan datang mencurah-curah selepas menang, maka wang haram terpaksa dicurah dahulu kepada pemberi undi. Percayalah orang-orang ini akan mendapat balasan yang setimpal dari perbuatan dan sikap mereka ini, semuanya akan menjadi abu. UMNO AKAN HANCUR.......
Saya adalah salah seorang ahli UMNO yang tegar dan sungguh bangga semasa dibawah pemerintahan TUN akantetapi hati saya sekarang sudah tawar dengan perilaku pengejar-pengejar jawatan yang korup. Bermula dari bahagian sehingga ke Majlis Tertinggi, wang dtg mencurah-curah sehingga ke akar umbi dan ahli-ahli akar umbi sudah mengetahui segala tata kelakuan bakal pemimpin yang rasuah dan jelik.
Sedih dan sungguh kesal terhadap apa yang berlaku sekarang.
Masih mengharap akan sinar kepada UMNO.
Sekian wasalam.
Dearest Dr M
When the carrot failed, then the stick should be used.
When friendly advice, religious and moral reminders do not have any effect on these people, then perhaps the disincentives (penalties) should be increased and multiplied.
Someone with a record of money politics should be barred from standing for life. Or even have their membership revoked. Those who offered bribes should be named and investigated. A 3-year suspension is quite ineffective.
Study, what are the rewards that they stand to gain, once elected. Then impose rules and conditions that have the effect of negating these "rewards".
So the elected ones will only get honour and rakyat's gratitude for "reward", not physical and monetary gains.
Of course that does not mean they have to be impoverised.
Look into the perks that come with positions, possibly the allowance allocated (travel, entertainment etc etc) or other such fringe benefits.
Tie these benefits to their performance.
The stigma of being discovered, for having bribed or taken bribes, need to be intensified.
Kalau dah tak takut dosa atau termakan wang haram, perkara ini sudah terlalu teruk.
Maka Melayu walaupun tidak hilang didunia, tentu sekali dijajah di negeri sendiri.
Ramai yang sedang menunggu mengambil kuasa politik daripada orang Melayu. Awas lah, sedar sebelum terlambat.
Jikalau nasi sudah menjadi bubur, maka hirup lah, tak perlu menggunakan tangan kanan untuk makan.
Pakai saja "sudu" saperti kaum lain. Hilanglah adat Melayu.
Arrrrrggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!
Rasuah! rasuah! rasuah!....
tiada lagi pemimpin yang betul2 ikhlas nak memperjuangkan rakyat seperti kami semua...
Semuanya kerana DUIT!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ya Allah.. Laknati lah mereka yang tiada keikhlasan memperjuangkan dan membela nasib rakyat Malaysia.... Amin.
Dear Tun,
How can I help eliminate this 'politik wang' crisis?
As a proud Malay Muslim, I don't want to give up on UMNO, the champion of our Independence and Malay rights, but it seems that the cancer has spread and has become terminal.
Should we:
A) Form another political party (with the same UMNO ideology, but start afresh with clean members);
B) Join UMNO and create an internal revolution;
C) Support Pakatan Rakyat to ensure the demise of UMNO;
D) Flee the country, as the situation is hopeless.
I am sad to hear that money is being used to garner votes, but the UMNO members just don't have enough fear of God to stop this sinful and destructive behaviour. Too many examples have been illustrated in the Quran to warn us of the 'bala' that is in store for us if this continues. I'm sure that many of us know that the bala from God affects all, and not just the corrupt UMNO members.
I seek an audience with you for advice, and see where I can help before it's too late.
Warmest regards,
Syahazzly Izham Hamzah
Assalamualaikum Tun.
Semalam.
Nampak Tun main pc ek.
Hari ini.
Makcik wafer sebelah saya tanya kalau-kalau nak jual bisnes,juallah kepada dia.Kesian ke anak niaga kain hilang modal.Nak cari tapak lain.Saya rasa RM50k ok kot.
Hari ini.
Makcik entah sapa-sapa datang dengan selambanya tanya resepi roti.Mungkin RM5k ok kot.
Tahun lepas.
Datang brother entah sapa-sapa nak join bisnes.Nak buat SDN BHD.Saya share 30 dia 70.Apa ingat saya bodoh?
Apa la sangat RM20,000.Siapa sahabat,siapa kawan,siapa lawan....diri sendiri lebih bermakna.
Tapi kalau tak ambik anda akan jadi kera sumbang.Dosa,dosalah.
Terima kasih Tun.
Dear Tun,
Money is the most significant motivating factor for UMNO leaders, its too obvious! UMNO members should be ashamed of their party and leaders. If they are not then they are also corrupted and just waiting for opportunities to receive money. Most have been waiting in vain but still havent lost hope! Idiots!
It has corrupted the minds of its members, i believe the place to look for the uncorrupted has to be outside BN! No two ways about it!
Stop wasting time with UMNO my dear TUN.
Focus your attention on something more constructive! Like getting rid of the whole lot(B.N)with the exception of a few and starting fresh. These idiots cant handle the power the have responsibly.
Dearest Tun,
Agree with you that money politics is not good. But for now it's a mere speculation. If there're solid evidents, make polis reports - mobilize ACA. Look at those people who complains about money politics; they'are generally losers.
Assalamualaikum Tun,
Satu saja soalan saya pada artikel Tun nie, memandangkan anak Tun sendiri bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda, adakah beliau juga terlibat dengan politik wang - sogok menyogok bahagian-bahagian ?
Maklumlah sekarang ni pun, anak Tun sendiri "leading" dari segi pencalonan.
Harap Tun boleh komen..
Terima kasih.
Al-Hairil - Shah Alam
Salam Tun,
Akhirnya kebodohan tun timbul juga bila melantik abodolah sebagai Pengganti tun..yang lain-lain tun hamba dapati cerdik.. walaupun pada mulanya marah jugak dengan tun masa buat klcc klia litar lumba.. bila dah lama2 baru sedar tun buat tu banyak faedah2 untuk rakyat malaysia.. sorry.. Tapi setelah diperhatikan lagi hamba rasa tun sedang berusaha memikul tanggung jawab kepada malaysia untuk membetulkan kembali kesilapan tun..
KEEP GOING TUN.. JANGAN BIARKAN PEROSAK NEGARA BERADA DIATAS LAGI
Salam Tun,
Pada pandangan Tun, apa rasional YAB Presiden UMNO sekarang ingin melanjutkan tempoh pemilihan UMNO hingga Mac 2009? 3 bulan dari bulan Disember 2008 bukan sesingkat masa.
Minta maaf Tun, sebagai rakyat biasa dan ahli UMNO yang tidak diundang ini, apabila sahaja perkataan 'RASUAH' ditimbulkan, saya tidak nampak lambang lain, melainkan lambang UMNO dan Barisan Nasional. Sebut saja UMNO dan BN, keluar perkataan 'RASUAH'... sungguh-sungguh sinonim. Menyedihkan tetapi adalah benar!
Dear Tun,
Basically this money politics scene is already became a norm not just to the Umno's but to all the people who involved basically.
The darnest thing is that most of this money mongers are those from the so called 'veteran'.
the adress is, how about we just dump this money minded dignity selling people to the monsoon drain?
Al beit it is quite harsh, this is for the good of Umno and the Malays.
Just telling you frankly, the big fish gets to eat the small ones.
Cheerio.
Boscardin Ugo, PRecint 8, Putrajaya.
Dear Tun,
Kalau kita mengkaji sejarah, kebanyakan peristiwa kejatuhan sesuatu bangsa/negara adalah berpunca dari kelemahan pemimpin yang menerajui tampuk pimpinan sesuatu bangsa/negara. Malaysia juga akan mencipta sejarah yang sama kalau kita terus menyokong pemimpin yg ada.
Berleluasanya gejala rasuah, keruntuhan ekonomi, kekecohan di parlimen dan keadaan tidak tenteram hari ini adalah gejala pemimpin parti, ahli parti dan rakyat yang tidak lagi menghormati pemimpin mereka. Bagi mereka, mereka boleh buat sesuka hati/bebas kerana pemimpin No.1 mengamalkan sifat keterbukaan (Bapa Demokrasi).
Zaman Tun mana ada macam ni.
JL
akum tun,,
saya tertarik utk membuat komen pada kali ini. sebelumnya saya hanya membaca hasil tulisan tun. saya kali ini sangat berharap agar tun boleh komen tentang pembelian BII, eurocopter serta fast-speed broadband (FFSB).
tun,
saya juga sangat mengharap ulasan tun mengenai rm 5 BILLION yang akan dilaburkan dalam klse... nampak sangat goverment nak melindungi org yang sudah byk kerugian dalam klse. kebanyakan org yang memegang jawatan dan mempunyai saham atau yang mempunyai kepentingan dalam glc. kebanyakan orang nie adalah dari golongan UMNO.
tun, saya sangat ingin medengar komen tun.... sgt mengharapkan pendapat tun yang saya sgt sanjungi.
apa yang kita boleh buat,sedangkan kalau kita hendak emembawa perubahan di peringkat akar,awal-awal sudah dipijak dan di sabotaj.inilah melayu berpolitik.
manifesto:untuk rakyatku sayang,jangan kuatir kerana saya akn jaga rakyat
selepas menang:anda bersendirian.
ada pepatah yang saya pernah dengar, ''org cina bagaikan ketam dalam bakul,kalau seekor bejaya keluar,dia akan panjat dan tolong lepaskan ketam-ketam yang lain''-kenapa orang-orang politik kita tidak boleh blajar sesuatu dari pepatah ini? sibuk upah orang ka
Dimana ada gula, disana adalah semut ...
Seperti kata Tun, yg menang akan dapat kontrak berjuta ringgit ... inilah hasil dari polisi 30 tahun yg lepas, yg menjadi punca utama gejala sedemikian ... keadaan begini bukannya berlaku selepas zaman abdullah, ini memang berlaku sejak zaman Tun ...
Merujuk kepada kenyataan #9, saya rasa itu bukan perkara yg sebenar, kemenangan pilihan raya 2004 sebenarnya disebabkan rakyat menaruh harapan pada abdullah yg menyuarakan propaganda beliau untuk merealisasikan kebersihan kerajaan ... namun beliau gagal dan kelemahan beliau pula menjadikan masalah yg berakar umbi sejak zaman tun semuanya terbongkar ... sebab itulah pilihanraya yg lalu gagal sama sekali ... tak percaya dan tetap nak berpendirian "syok sendiri"? cuba tanya makcik-makcik di kampung mengapa mereka memilih BN pada 2004 dan bukannya sekarang dan pada masa akan datang ...
Nampaknya masih ramai di masyarakat ini yg kekal dengan pemikiran yg ketinggalan, dan tidak bertanggungjawab dengan menyalahkan orang lain semata-mata untuk membela diri-sendiri ...
salam tun dan semua forumer/bloger/rakyat malaysia ...
kalau dikaji balik amalan rasuah nie sudah bermula sebelum merdeka lagi dan sehingga kini cukup sukar untuk dihapuskan dan di kalangan pemimpim UMNO sekarang ini LEBIH MEMENTINGKAN KUASA DAN DUIT DARI MENJAGA MARUAH NEGARA BANGSA DAN AGAMA .... pasai tu laaa la nie macam-macam agenda yang berlaku dalam MALAYSIA sampai naik rimas laaa dok tengok baik dari segi BN maupun pembangkang 2x5 ... = 666 lebih kurang camtu laaa....salute TUN Forever ...
Nampaknya niat dan muslihat Tun amat jelas sekali, dengan keyataan #16 yg berikut
16. ...... Selepas kalah tidak ada lagi jawatan Perdana Menteri, Menteri dan lain-lain. Tidak akan ada lagi kontrak, AP dan lesen.Tidak akan ada lagi nikmat! ......
Nampaknya apa yg Tun kecam terhadap pemimpin lain, sifat-sifat yg sama juga tertanam dalam jiwa Tun ...
Adakah kenyataan diatas jelas sekali menunjukkan bahawa Tun juga berprinsipkan kemenangan dan kewujudan UMNO hanyalah semata-mata demi kuasa, kontrak, AP dan lesen?
Muslihat sudah terbongkar ... tetapi tak apa, kerana komen sebegini pasti tidak akan dipaparkan seperti komen-komen saya yg lain ...
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
dear Tun..
Amalan kotor ini telah menjadi-jadi ketika ini...apa yg pelik ialah para pembesar UMNO khasnya yg Nombor 1 hanya berdiam diri seolah mengizinkan apa yg berlaku..
Yg menerima dan si pemberi rasuah ini bukanlah dari golongan membela bangsa agama...tetapi golongan munafik yg mementingkan wang dan kedudukan...mungkin kekalahan pada p/raya lepas adalah amaran dari yg Esa..wallahualam..
NIZAR
kajang
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Asmk Tun,
Corruption in Malaysia after 2004 was worse than before. Attempts to fight corruption had not been so successful. Owing to its rampant corruption the rakyat have no faith in the government. The eeconomy takes a dip and with the increase in food prices the rakyat suffered miserably. The UMNO March 2009 election is interesting to watch. Najib,Muhyidin, Mukritz combination is the best ever. Let all of us work towards making this a reality in the UMNO party election in March 2009!Insyaallah.
Salam Tun...
1. Rasuah dan pengamal rasuah memang insan terkutuk
2. tambah terkutuk bila ada yang cakap tak serupa bikin
3. zaman Tun jadik PM adalah zaman paling kaya ngan rasuah...
4. soalan saya mudah..., kenapalah Tun rasa Tun nie tak mengamalkan rasuah paling terkutuk dalam sejarah malaysia?
5. Jangan hanya nak menuding jari kat pak lah..apa yang pak lah warisi hari nie dalam umno adalah hasil didikan Tun selama memimpin umno..selama Tun memimpin umno, tak pernah nampak Tun serius nak mengawal rasuah...jadik juara segala perasuah adalah...
6. harap dengan pelantikan najib menjadi PM akan mempercepatkan hayat umno ke kubur...hanya perompak sahaja yang memerlukan umno sebagai talian hayat mereka...
Politik wang dalam Umno tidak akan dapat dihapuskan kerana ia telah menjadi satu budaya dikalangan ahlinya. Ia akan berterusan sampai hari kiamat.
Adalah sedih dan jengkel apabila pemimpin dan bekas pemimpin UMNO seperti Tun marah apabila rasuah politik berlaku apabila pemilihan UMNO. Tetapi mereka lupa apabila tiba pilihanraya rasuah politik dilakukan Umno tanpa segan silu.Semua jentera kerajaan diganyang secukup-cukupnya.Waktu itulah segala jenis bantuan akan disalurkan terutamanya apabila berlaku pilihanraya kecil.Jadi siapa yang menyuburkan budaya ini?
Pemimpin-pemimpin ini hanya menyalak mengenai rasuah politik apabila tiba pilihanraya UMNO.
How funny. This is happening right under his nose in UMNO and he wants to stay on until March to table reforms. One of it is Prevention of Anti Corruption Commission. This guy AAB has got to wake up. Somebody wake him up man. Can't do nuts for the last 5 years and thinks he can do it in the last 5 months.Worst is many in UMNO and some in the media like Zubaidah Abu Bakar(NST) thinks this can can do it in the last 5 months. Disgrace to journalism.
Assalamu `alaikum Ybhg Tun, guest dan bloggers,
(01) Saya tak berapa sangat nak faham la kenapa rasuah dalam politik ditukar namanya kepada Politik Wang. Bukankah rasuah itu jijik, kotor dan hina? Dengan menukar namanya kepada Politik Wang seolah-olah memberi kelegaan atau keenakan kepada telinga mendengar perkatan tersebut. Bukankah elok saja disebut rasuah supaya yang nak memberi dan nak menerima kena fikir 3 4 kali sebelum menerima.
(02) Saya juga tak berapa nak faham la kenapa isu rasuah dalam UMNO perlu diperbesarkan di khalayak awam? Bukankah itu masalah dalaman UMNO dan kenapa semua orang mesti menanggung bebanannya? Bukankah telah ada jawatankuasa atau unit atau pasukan yang ditubuhkan di dalam UMNO sendiri untuk menangani masalah rasuah ini?
(03) Yang paling saya tak faham juga ia lah kenapa dalam UMNO, dalam kabinet malah dalam hal pemilihan calon-calon Parlimen dan DUN, kenapa Presiden Barisan Nasional atau Presiden parti pembangkang meletakkan calon-calon yang dalam kategori kaya? Tak bolehkah calon-calonnya terdiri daripada mereka yang miskin, tak ada duit nak melobi dan tak sibuk nak ke sana ke mari nak bagi rasuah.
(04) Juga yang saya tak faham-faham sampai sekarang ini, kenapa dalam sesi pencalonan calon-calon pilihanraya mesti meletakkan syarat mendepositkan sejumlah tertentu wang. Tidakkah dengan meletakkan syarat ini akan menyebabkan hanya mereka yang berduit sahaja dapat menjadi calon dan bertanding dalam pilihanraya. Bukankah lebih baik dihapuskan syarat deposit agar semua orang boleh bertanding dalam satu-satu kawasan dan ini mungkin boleh mengelakkan berlakunya rasuah dalam politik disamping memberikan banyak persaingan dalam pilihanraya.
Saya yang tak faham-faham,
Bujang Redzuan Mohammed
Kuching, Sarawak.
http://bujangrm.ning.com
Assalamualaikum Tun.....
Siapakah yang boleh menyelesaikan masalah ini?, kecuali orang-orang UMNO sendiri.
Di luar sana dan di parleman pun ahli-ahli politik baik dari pihak kerajaan mahu pun dari pembangkang, asik berkata dan melayan isu-isu remeh, perkauman dan isu politik mereka sendiri.
Masalah rakyat, pembangunan dan ekonomi negara, tidak lagi menjadi keutamaan.
Semoga Tun sekeluarga sentiasa sihat.
salam tun,
politik wang dlm UMNO dah terlalu parah.saya masih ingat lagi komen tim. presiden UNMO dlm ucapan pembukaan persidangan agung ketika pemilihan yg lepas berlangsung berkata, serba salah jadinya kita pemimpin UMNO ni. kalu bagi kang susah takut kena tangkap. kalu tak bagi kang tak terpilih! sampai begitu sekali kenyataan terbuka pemimpin tertinggi UMNO berkenaan politik wang!kewajaran tindakan tim. presiden tu masing2 ada yg sokong dan tidak...
masalah ini tak mungkin hilang dlm masa singkat.ini krn pembinaan jati diri org2 UMNO dah lama hilang!matlamat perjuangan utk memajukan bangsa melayu telah lama diganti dgn perebutan jawatan utk satu matlamat unggul-WANG!UMNO dah hilang ahli2 yang berani menegur pemimpin walau terpaksa kehilangan jawatan malah keahlian!mereka tersilap menganggap UMNO adalah tempat cari makan!pandangan saya parti politik mestilah berjiwa merdeka.jika tidak ahli2 malah pemimpin yg dilantik pasti tidak dapat berbuat sesuatu yg significant!krn takut pd ketentuan populariti atau puak2 berkepentingan dlm parti.saya amat tertarik melihat dokumentari 25 thn penubuhan UMNO yg disiarkan di rtm1 satu ketika dulu.para pemimpin ketika itu tiada langsung terfikir utk mendahulukan kepentingan diri.kelantangan mrk dlm mesyuarat UMNO/kabinet juga terserlah.dikatakan pada masa itu masing2 telah terlebih dahulu menyediakan surat perletakan jawatan jika perkara yg dibangkitkan tidak serasi dgn YTM tunku.
sekian dulu tun.
Tun,
Saya ingat lagi peristiwa Tun menadah tangan di depan khalayak ahli UMNO untuk berdoa sambil menitiskan air mata meminta ahli-ahli UMNO menghentikan amalan politik wang. Datang Pak Lah, beliau beria-ia berjanji untuk menghapuskan RASUAH di negara ini.
Nampaknya di zaman Pak Lah rasuah berbentuk politik wang lebih menjadi-jadi lagi. Kalau ANAK Tok Guru Ahmad Badawipun, dengan segala aura keagamaan dan kewarakannya, didorong pula semangat Imam al-Ghazali, tak dapat membendung gejala ini, tak hairanlah mengapa doa Tunpun tidak dimakbulkan Tuhan. Apalah agaknya Dato' Seri Najib dapat buat?
Mungkin mereka hanya akan sedar jika azab dari perbuatan mereka datang terus dari Allah S.A.W. Di zaman moden ini ia mungkin terjadi dalam bentuk penolakan secara total sokongan, khusus dari orang Melayu, dan oleh rakyat Malaysia amnya. Itupun masih dikira azab yang ringan.
Terima Kasih.
(Saya yang dah tak minat nak ambil tahu tentang UMNO.)
Dear Sir,
All that you have written is not something new to the party. It all happened during your presidency. You planted the seeds, watered and nurtured to whatever you say bad for the party now.
Money politics was not something being heard during the first 3 prime ministers.
No 8 of your writing say "kepentingan diri". Are you not the
one? To the best of my knowledge you are one who "jaga
kepentingan diri" the most.
No 9 citizens voted for ruling party in 2004 not because the trust
it more but hated you the most and the hatered made them vote
for ruling party.
No 10. Under present leadership "rasuah berleluas". Compared to
the 3 earlier prime ministers "rasuah lagi leluasa" under your
time. Rasuah was not at zero level at your time.
No 11. Your mention kementerian money were used. Your first
election as prime minister government mechinaries were widely
used for election purpose under the context as opening
ceremony of government building. After thr opening ceremony,
your spoke to tell voters to vote for the party you were
president. Is that not a miss use of power.
So what you write is what you did.
Even after Najib become PM are you going to stop commenting? No.
You will stop commenting only when your son become PM. Is that not self fish
AYAHANDA TUN,
KAT KAMPUNG SAYA NAK JADI KETUA KAMPUNG DAN KETUA CAWANGAN PUN KENA ADA DUIT UNTUK MELOBI.
BILA MENANG DAPAT KERJA TEBAS RUMPUT , BERSIH SUNGAI JPS, BOLEH JUAL TANAH YG TAK DA GERAN DAN MACAM MACAM LAGI.
UMNO AKAN HANCUR TAK LAMA LAGI , SELAMATKAN TUN
BUAT PENGHATUAN ,SAYA DAN RAKAN RAKAN LAIN TAK PERNAH MENGUNDI UMNO DAN PATI LAIN , SEKIRA NYA TUN DAPAT ADA MAKLUMAT LAIN SILA BERITAHU DALAM BLOCK INI,
WASSALAM
salam Tun dan komentar sekalian,
sptmana komen saya dlm post sblm ni, takda sapa2 pun yg nak rugi walau sesen rasuah yg ditaburkan atau setitik peluh yg diusahakan utk buat kempen atau selangkah kaki utk pergi mengundi. skrg dah kembali zaman bertuhankan manusia yg byk wang dan ada kuasa utk mdptkn wang yg byk. sbb tu ramai yg berebut2 nak dpt kuasa dlm jawatan yg tggi2. bg pengundi pulak kalau tak dpt kuasa dan jwtn, takpa memang sdar diri tak layak...dpt wang pun jdlah, sbb tu yg rasa mampu utk rebut kuasa sbb byk wang sggup taburkan wangnya kpd pengundi dgn harapan akn diundi. org yg mengundi tak rugi apa2 sbb dah dpt habuan dan pastinya akn dpt habuan lagi kalau org yg diundinya itu menang dpt jwtn tersebut.
rakyat sprti kami ni pun memang tau akn modus operandi politik wang ni walaupun skolah tak tggi mana. jgn fikir skolah tak tggi senang2 nak diperbodoh dan dipermainkan. spt kata TUN tggulah riwayat akn dihabiskan dlm PRU13 nanti bilamana smuanya tak dpt lagi oleh semua peringkat dan golongan yg terlibat dlm politik wang ni. yg akhirnya keluar mulut naga masuk mulut buaya. tp buaya masih OK lagi dr naga, tp skiranya buaya tu lebih teruk dr naga tggu sajalah utk ditamatkan riwayat dan rakyat akn kembalikan smula pemerintahan negara ini utk diganti oleh pemimpin yg bkn dr kalangan pemimpin yg ada skrg, baik dlm pembangkang maupun dlm kerajaan kini. tak mustahil sejarah boleh berulang lagi bilamana kepimpinan negara diganti oleh satu generasi baru yg tak berkaitan dgn pemimpin2 sblmnya. satu riwayat baru akan bermula.
Asalamulaikum, Tun
Adakah duit adalah segala-galanya bagi seorang permimpin atau ahli ahli politik, jika sedemikian saya rasa tiada seorangpun yang layak memerintah negara Malaysia Tercinta ini.Kami rakyat cuma ingin hidup aman damai dan jika berusaha kita dapat lebih, jika malas sampai bila tak dapat apa apa.
Saya harap anak Tun menang pertandingan ketua permuda umno tak gunakan kaedah politik wang, dan sampai bila bila di masa depan pertandingan umno.
seorang insan munkin tak dapat mengubah sesuatu, tapi jika tidak ada seorang insanpun yang mahu perubahan sampai bila bila Malaysia tetap akan mundur seperti sekarang ini.
Apa yang penting kita patut sama sama jujur dan iklas dalam perjuangan kita, tanya diri apa matlamat perjuangan kita? jawap dengan hati jujur dan iklas dan pegang pada prinsip ini sampai ke akhir perjuangan hidup kita, sebab hidup ini tak lama. Tapi heaven dan neraka adalah kawasan untuk kita selamanya, oleh itu saya Amat harap anak Tun dididik dengan cara yang betul, jadi seorang permimpin yang tulin untuk rakyat Malaysia.
M = mesti
B = berusaha
G = gigih
jika Tun senang Lawatilah Laman Web Saya www.mbg.com.my
ini adalah usaha gigih saya untuk Rakyat Malaysia. Satu jenama 100% tulin dari rakyat Malaysia. ( jual buah je.....) office di PASARAKYAT jika Tun Masih ingat bangunan ini di Jalan Imbi.
Saya terdiam seketika .... begitu sekali yang dinamakan politik wang.
Salam Tun,
Sy br berusia 23 thn. Sy merasa cukup bimbang dgn keadaan skg ni.Klu trend rasuah ni terus berleluasa, apa akn jd dgn ms dpn sy nanti.
Keluarga sy mmg penyokong setia umno lbh 20 thn lama nya. Mmg cukup pantang klu ada sesiapa yg membangkang akn umno.
Dari anak yg sulong hingga lah yg bongsu, mmg darah kami telah di serap dgn UMNO lebih2 lg zmn pemerintahn Tun. Tidak sekali kami adik beradik dibenar kan menyokong parti pembangkang.
Ya, sy terima dan pegang pesanan itu hingga sy masuk ke alam pekerjaan. Tetapi, hingga la ke satu tahap sy hampir2 'TERCEBAK'dgn pengaruh kata2 pembangkang. Biar pun sy tau ianya kata2 hasutan tuk meraih undi, tp ianya 90% blh di terima akal. Sy bingung parti yg mana sy harus pilih?
Soalan sy Tun, Adakah UMNO & KERAJAAN merupakan badan yg berbeza zmn skg ni? Yg mana satu sy harus pilih? UMNO ATAU KERAJAAN?
Yg Perihatin,
Yayan
Yang Mulia Tun,
Assalamu'alaikum!
Tun tidak payah terkejut dan kecewa. Dalam UMNO, perkara wang ini telah menjadi 'biasa' lebih-lebih lagi ketika pemilihan seperti sekarang.
Saya telah ‘melihat’ UMNO menggunakan wang dalam politik sejak usia saya awal duapuluhan dahulu ketika Datuk Senu bertanding dalam Pilihanraya Kecil kerusi Parlimen Kuala Kedah menggantikan Tunku Abdul Rahman yang bersara. Saya menjadi salah seorang petugas di Bilik Gerakan Perikatan di situ. Ketika itu wang telah digunakan untuk kegunaan semasa berkempen. Saya tidak tahu jumlahnya tetapi saya pernah lihat wang tersusun dalam ‘briefcase’ di bawa oleh seorang pemimpin dari Sabah pada waktu itu.
Tetapi wang itu tidak habis dibelanjakan dan Bendahari telah memulangkannya semula kepada pihak yang menghantar wang tersebut. Ketika itu baru saya tahu rupanya wang amat penting semasa berkempen. Sampai ke hari ini saya tertanya-tanya kenapa wang tersebut tidak dihabiskan saja. Rupanya Bendahari tersebut amat beramanah orangnya.
Rupanya penyakit ‘wang kempen’ ini masih hidup hingga ke hari ini dan sudah tentu tanpa wang, seorang pemimpin tidak akan dikenali. Untuk dikenali atau untuk ‘glamour’, wang mesti digunakan. Dalam apa jua bidang, sogokan telah menjadi lumrah. Tun usah terkejut perkara yang semua orang tahu. Cuma antara banyak atau sedikit, antara secara kecil-kecilan atau berleluasa. Itu saja bezanya.
Semua orang berlumba-lumba mahu menjadi pemimpin. Tidak seperti zaman Tun mula menjadi politikus dahulu. Ketika itu ada orang melarikan diri dari mesyuarat jika namanya dicalonkan untuk menjadi pemimpin. Orang tidak mahu dirinya dilantik pada ketika itu kerana apabila menjadi pemimpin, alamat habislah harta mereka.
Ini amat berbeza dengan keadaan sekarang. Untuk menjadi pemimpin, orang sanggup berhabis banyak manapun sebab pulangannya lebih lumayan. Tidak hairanlah gejala ini tidak dapat dihapuskan.
Tun,
Rasuah dalam UMNO?.Macamana dengan MCA? Gerakan? Samy Vellu & the MIC gang? PKR pun dua kali lima jer. etc etc... Saya berani potong kepala la kalau diaorang tu tak de rasuah politik.. Saya still teringat tun remind diaorang ni dulu.. enkorang (politician) kena kaya dulu baru masuk politik.... ini tidak, baru je jadi AJK bahagian dah menconggak untuk jadi millionare..bila dah jadi ADUN @ MP, tidur dalam dewan, berperangai macam budak tadika dan parlimen. Rakyat dalam kawasan mereka masuk rancangan "Bersamamu TV3"!!!!memang saya muak dengan mereka mereka ini. Anyway untuk samy vellu & the gang - Happy Depavali untuk u all. tolong nasihatkan hindraf tu... dah muak tengok perangai diaorang ni jugak!! (maaf Tun, saya ter emosi sedikit hari ni!!)
YA ALLAH...
SELAMTKAN LAH MALAYSIA YANG TERCINTA INI DARI KALANGAN PEMIMPIN2 YG MANGAMALKAN RASUAH, BERKEPENTINGAN PERIBADI DAN YANG PALING UTAMA PEMIMPIN YANG TIDAK MENGAMALKAN DASAR PERIKEMANUSIAAN KEPADA MANUSIA LAIN!
AMIN!!
Salam TUN,
Politik wang tidak akan pernah diselesaikan. Sistem yang digunakan memang boleh berpihak kepada orang yang BERWANG. Tidak ada kepura-puraan kerana WANG merupakan sebahagian daripada sistem tersebut. Siapa yang mampu menawarkan HABUAN WANG akan berpeluang memenangi undi perwakilan. Hanya INGATAN DAN KEINSAFAN semua pihak sahaja yang mampu mengubah keadaan ini. Sama ada PENYOGOK ATAU YANG DISOGOK. Penyelesaiannya cukup mudah, tetapi atas KETAMAKAN WANG DAN JAWATAN semuanya adalah sia-sia.
RAIS YATIM dan SHAHIDAN KASSIM hanya PELAKON dalam SISTEM yang cuba dipulihkan ini. Siapakah yang mampu menjadikan ianya begitu ADIL? Tidak ada sesiapa. Memang LUMRAH manusia bersifat TAMAK namun bukan maksudnya semua akur dengan HABUAN WANG. Sebilangan mungkin memilih dengan AKAL BUDI dan sebilangan memilih dengan rasa TERHUTANG BUDI. Sebaiknya pilihlah dengan penuh AKAL BUDI.. Pasti!!
PEMIKIR BORNEO
You blame and label PM Abdullah corrupt - how did you conduct yourself in the 22 years you were PM, and years before that?
You probably have lots of skeletons in your closet - I hope those skeletons surface...
Keep slandering others, and I can't wait for someone to turn the tables on you Tun...
(Ravi)
Assalamualaikum Tun yg disanjungi,
Ada 2 jenis YB
YB yang berjiwa rakyat.
Rakyat yang berjiwa YB.
Walaupun kedua-duanya sedap didengar namun realitinya jauh berbeza.
1. YB yang berjiwa rakyat adalah YB yang ada berwawasan. Setiap langkah perjuangannya adalah untuk rakyat. Walaupun terdapat kesilapan kerana manusia tidak lari dari kesilapan namun hak rakyat tetap terpelihara. Kuasa membeli dan kesejahteraan rakyat sentiasa dipertingkatkan. Setiap projek yang dirancang memberi keuntungan kepada rakyat baik dari segi ekonomi mahupun ilmu.
2. Rakyat yang berjiwa YB adalah seseorang yang melihat YB bila berada ditampuk pemerintahan senang memperolehi kekayaan. Dia memikirkan apabila menjadi YB dia akan senang memperolehi projek tanpa memikirkan apa yang harus dilakukannya untuk membela nasib rakyat. Asalkan ekonomi dia dan konco-konconya terjamin dan dijana maka itu adalah kejayaan baginya. Dengan hal yang demikian dia sanggup melakukan apa sahaja termasuk merasuah asalkan dia dapat menjadi ataupun memegang jawatan yang membolehkannya berkuasa.
Kedua-dua jenis jiwa ini telah dipertontonkan kepada kita. Diera Tun saya tidak merasa politik itu satu ancaman disebabkan kecekapan pemimpinnya. Namun sekarang saya merasakan kurang selamat hidup di negara sendiri. Hak rakyat sudah semakin terabai dan tak terbela.
Disini saya ingin mengucapkan terimakasih yang tidak terhingga diatas kepimpinan Tun. May Allah bless Tun and family dan Selamat Hari Raya.
ini adalah fakta di mana Malaysia adalah antara 50 buah negara yang teruk di landa rasuah di dunia... tak kira lah Umno ke PKR (ni memang direct ngaku rasuah terang2an pasal pelan peralihan kuasa tu) ke mana2 parti pon sama je... dah nama pon politik kan...x da duit x da pengaruh toksah la masuk... yang tinggal jujo ato x dalam politik tu je...
cite pasal benda lain...ekonomi negara da tambah buruk...pasni 50,000 orang keja kontrak ngan kerajaan akan nganggur...aik? bukan ke ekonomi negara x kena efek ngan kejatuhan ekonomi Amerika? macam x betol je berita tu...
harapan saya ni satu je...kalo Pak Lah bole betray Tun lepas die jadi PM, pasni bia besfren die Najib betray dia balik bile dia ganti jadi PM... bagi balasan dunia sikit... sebab Najib ni pon diam je semacam...hurmm
Assalamualaikum Tun,
Inilah bila umat Melayu Islam kini menjadi rakus dan hilang pedoman bila berdepan dengan wang rasuah. Nilai halal dan haram tak dapat di bezakan. Hancur bangsa dan parti dek kerana sifat durjana......Biarlah aku susah asalkan tidak terlibat dalam kemelut "politik wang". Insyallah tuhan muliakan kami yang susah ini.......
Bila kenangkan moyangku berjuang mengadai nyawa utk membebaskan bangsa dan tanahair....tertanya sendiri mereka kini berjuang utk apa????
Moga Tun & Isteri sentiasa di lindungi yang maha esa.
assalamu'alaikum, Tun..
terima kasih kerana terus menulis..
baca tulisan dan buah fikiran Tun, baru saya dapat gambaran politik negara serba sedikit..
x sabar nak dengar lagi nasihat dan pemikiran Tun di Seoul..
insyaAllah jumpa di forum Tun 30hb ni..
saya berdoa semoga Tun panjang umur dan terus berjuang demi negara dan bangsa.
melayu pemurah...dan amat pelembut...
Tun,
Macam2 alasan diberikan untuk menghalalkan rasuah. Yang lawak sekali, terima dulu baru putuskan samada nak sokong.
Salam
Salam hormat buat Tun sekeluarga...
Kami org2 Melayu masih sygkan UMNO. Perjuangan atas nama bangsa dan agama. Tp UMNO sekarang memperjuangkan pangkat dan harta. merosakkan agama dan bangsa. kerana duit, maruah tergadai. politik tunggang langgang. ekonomi jatuh meleset. boleh lg dok syok sendiri, konon2nya rakyat masih setia bersama, masih mempercayai kepimpinan paklah. takkan nk tunggu smpy kena guling kot baru nk fhm. Ingat, bukan kita akn sentiasa di ats, dh dok atas tu igt2 la dibwh. Majulah Tun Untuk Negara...
Salam Tun,
Saya ni memang jahil dengan hal politik.
Saya cadangkan supaya perlembagaan negara dipinda.
Sesiapa yang ingin menjadi ahli politik, wakil rakyat, menteri2..yang telah bergaji untuk menjalankan tugas tidak boleh ada
perniagaan ataupun kaitan dengan mane2 ahli perniagaan. Sesiapa yang jjadi wakil rakyat, kena jadi wakil rakyat saje...kenapa kena jugak buat kerja lain. Kalau nak buat kerja lain, berhenti jadi wakil rakyat. Biar orang yang betul2 nak jadi wakil rakyat je yang jadi wakil rakyat. Seorang wakil rakyat tak sepatutnya kaye raye...kalau nak kaye, berhenti dan buat business sendiri.Jangan jadikan politik sebagai batu loncatan untuk mengejar apa yang di kehendaki.
Kat uk, sesiapa yang jadi wakil rakyat / menteri, adalah orang biasa yang tak ada kaitan dengan orang buisness. rakyat tahu berapa banyak gaji dia orang dapat.kalau dia orang beli rumah mahal sikitpun dah kena selidik untuk memastikan duit tu dari jalan yang betul. Orang kat uk ni tak kisah sangat dengan parti macam kat Malaysia. Kat Malaysia semua orang nak jadi wakil rakyat sebab lepas tu buleh buat benda lain. Kat uk tak sape yang nak jadi wakil rakyat sebab kerje bukan nya senang. Bila dah jadi wakil tu, dia orang betul2 wakili rakyat dan berjuang untuk rakyat.Dia orang ni selalunya dari golongan professional..tak takut bila dah tak jadi wakil rakyat nanti, tak de kerja. Tak macam kat Malaysia, kebanyakan wakil rakyat tak tahu apa yang dia orang buat, pandai lepaskan tender kan kroni je...
Saya bukan nak agungkan orang kafir, tapi cuma mengambil contoh dan perbandingan.
Assalamulaikum YABhg Tun dan Bonda Tun Hasmah yang dihormati.
Akhirnya dapat saya baca komen tentang pemberian rasuah oleh mereka yang kelahap jawatan yang dah takde maruah lagi.Hal ini dah lama berlaku........... Kalau kudis tu sekarang dah jadi nanah berdarah yg amat busuk lagi buruk.
Para pewakilan kena ingat amanah dan tanggungjawab mereka.Mmg didunia bolehle pelekeh amanah, kami tak halalkan perbuatan mereka yg pecah amanah baik didunia maupun akhirat.Sy harap yg hadir ke perhimpunan nanti adalah mereka yg bertanggungjawab terhadap negara bukan wang hadiah (rasuah).
Sy kesal dengan sikap Sahidan yg bercakap kerana emosi dan termakan cili lada.DSRYatim bercakap atas kesedaran apa yg berlaku kerana kegelojohan mereka-mereka yg GILA PANGKAT/JAWATAN.Sy doakan DSRY berjaya dlm pemilihan nanti.Kita tengok jelah nanti bertamaddun ke tidak pelahap-pelahap duit haram masa pemilihan nanti.
DSAAB hanya tunggu balasan dari Allah SWT je.KJ akan terima habuan bila DSAAB turun tahta nanti.Allah Maha Kaya, Maha Mengetahui dan balasanNya bagi orang-orang mcm mereka Insya'Allah ada le tu.Sy hairan kenapa BPR tidak siasat kewangan KJ yg unemployed jadi jutawan.KJ duit tak bawa kamu kemana-mana melainkan membutakan hati dan iman kamu.
YABhg Tun
Setinggi harapan sy Tun beroleh kesihatan yg baik, sihat walafiat agar dapat meneruskan blog ini lagi.Nasib Tun ada blog sendiri klau tak, tak dpt le sy berhubung dgn Tun.Apa jua halangan yg cuba geng-geng GILA tu nk buat Insya'Allah tak diberkati.
Tun yg di kasihi jagalah kesihatan ya jgn putus asa.Tun masih dihormati oleh kami-kami yg kecil ikan bilis ni.Wasallam
Kalau Umno dikalahkan oleh parti lawan dalam pilihanraya lain kali dan terpaksa menjadi parti pembangkang, kita semua orang masih boleh hidup juga! Kalau tak biasa menjadi ahli Umno apabila Umno sudah menjadi parti pembangkang menjelang tahun 2013, keluarkan sendiri daripada Umno dan lompat masuk ke dalam parti lawan untuk menjadi ahli Pakatan Rakyat sahajalah. Lagipun, habis menerima keuntungan di sini pergilah cari keuntungan di sana barulah boleh cepat kaya dan boleh cepat mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru. Apakah harga prinsip-prinsip Agama dan nilai akhlak sekilogram pada zaman politik wang sekarang? Semua orang pun berhasrat nak menjadi kaya seperti Mokhzani Mahathir juga. Kenapa Tun susah sangat dalam hal politik wang ini?
Kalau Umno dikalahkan oleh parti lawan dalam pilihanraya lain kali dan terpaksa menjadi parti pembangkang, kita semua orang masih boleh hidup juga! Kalau tak biasa menjadi ahli Umno apabila Umno sudah menjadi parti pembangkang menjelang tahun 2013, keluarkan sendiri daripada Umno dan lompat masuk ke dalam parti lawan untuk menjadi ahli Pakatan Rakyat sahajalah. Lagipun, habis menerima keuntungan di sini pergilah cari keuntungan di sana barulah boleh cepat kaya dan boleh cepat mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru. Apakah harga prinsip-prinsip Agama dan nilai akhlak sekilogram pada zaman politik wang sekarang? Semua orang pun berhasrat nak menjadi kaya seperti Mokhzani Mahathir juga. Kenapa Tun susah sangat dalam hal politik wang ini?
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada TUN, keluarga dan semua rakyat Malaysia dan ahli UMNO.
Untuk menjadi seorang pemimpin baik, kita bukan hanya perlu bersih tetapi perlu kelihatan bersih dan dianggap bersih.
Melihat kepada response orang ramai, saya merasa amat sedih kerana persepsi pemimpin dan ahli UMNO amat teruk terutamanya mengenai masalah 'politik wang' atau lebih senang RASUAH. Mungkin tidak semua ahli UMNO yang terlibat tetapi seperti pepatah Melayu "kerana nila setitik rosak susu sebelanga".
Saya rasa bukan hanya pemimpin UMNO perlu dipersalahkan, semua ahli UMNO (semuanya beragama ISLAM dan berbangsa MELAYU) perlu bertanggungjawab kerana merekalah yang memilih pemimpin UMNO.
kini, tidak ada lagi jalan lain. Semua ahli UMNO perlu berusaha keras bagi membersihkan imej UMNO yang sudah tercalar. Ia bukan satu tugas yang mudah. Ia memerlukan politikal komitmen, kerja keras dan ketabahan hati. Perubahan ini akan menjadi lebih mudah sekiranya pemimpin yang terpilih nanti mempunyai keazaman tersebut. Jika tidak perubahan tidak mungkin berlaku.
Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh semua adalah mengakui akan wujudnya masalah tersebut (walaupun cuma persepsi). Kemudian di ikuti dengan azam bagi menghapuskan persepsi tersebut dan menyediakan langkah-langkah yang tegas bagi menyelesaikannya. Saya yakin dan pasti masalah ini akan dapat diatasi.
S.Covey dalam bukannya "The 8th habit" menyatakan "human civilization is moving toward 'wisdom based era' from 'knowlwdge based era' that we are practising now. In wisdom based era, only those people who has knowledge and skill together with good principle will survive.
Dengan itu ahli-ahli UMNO perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan mengamalkan sikap-sikap yang terpuji. Jauhi sikap-sikap yang keji seperti ego, berdendam, mencurigai,t